Anda di halaman 1dari 2

1.

Pendahuluan

Refleksi saya adalah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Maharat al-
Quran berkaitan tilawah al-Quran tingkatan 2. Masa yang ditetapkan selama 60 minit. Saya telah
memilih set induksi dan langkah pertama dalam pengajaran mikro tersebut. Topik pengajaran
adalah tilawah surah an-Nahl ayat 5 hingga 8. Proses pengajaran tersebut dilaksanakan di bilik
media. Setelah selesai sesi pengajaran ini, saya dapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki.

2. Kekuatan

Semasa set induksi dijalankan, saya dapat lihat pelajar menunjukkan minat untuk
meneruskan sesi PdP dan mengetahui pelajaran yang selanjutnya. Semasa saya menayangkan
slaid gambar-gambar ada kaitan dengan topik pembelajaran, pelajar mula tertarik dengan sesi
pembelajran dan mula menunjukkan respon yang positif. Dengan persoalan yang ditanyakan
tentang gambar yang ditayangkan, para pelajar mula memberi jawapan yang pelbagai. Masing-
masing cuba melontarkan kefahaman mereka terhadap gambar yang telah dipaparkan. Dengan
pujian yang dbierikan selepas semua pelajar memberi jawapan mereka lebih berminat untuk
teruskan sesi pembelajaran.

Seterusnya adalah kejelasan suara dan intonasi yang digunakan dalam memberi arahan dan
pengajaran. Dengan suara yang lantang dapt memudahkan pelajar mendengar seterusnya
membantu pemahaman terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Pelajar juga akan lebih
tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran. Ini adalah yang amat penting dalam memastikan
pelajar faham dan dapat melakasanakan tugas dengan jayanya..

Antara kekuatan dalam sesi pembelajaran saya adalah dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan strategi. Saya menggunakan projector untuk memaparkan bahan
mengajar. Kemudian bilik yang digunakan dalam sesi pembelajaran dalam iklim yang baik.
Dengan itu menambahkan lagi keselesaan pelajar dalam sesi pembelajaran.

3. Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan yang terdapat sesi pengajaran tesebut. Yang pertama tentang
ketetapan dalam mengikut masa yang ditetapkan. Itu menyebabkan PdP berjalan tidak seiring
yang rancangan yang tilah dirancangkan. Namun secara keseluruhan pengajaran tidak terlalu
terjejas. Masa adalah salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap PdP.

1
Kelemahan kedua dapat dilihat dari segi bahasa atau dialek yang digunakan dalam bertutur.
Terdapat beberapa dialek dan juga susunan kata yang mungkin kurang jelas dalam penyampaian
kepada pelajar. Perkara seperti ini kemungkinan dapat menghilangkan sedikit fokus pelajar dalam
pembelajaran.

4. Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan kelemahan yang terdapat dalam sesi pembelajaran saya, perlunya ada
cadangan penambahbaikan bagi memastikan PdP berjalan dengan baik dan yang diinginkan.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang
perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan
murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH.
Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru
menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga
tamat.

Deri segi penggunaan dialek dan susunan kata dalam penyampaian perlu ditambah baik dari
masa ke samasa. Cuba memperbaiki kekurangan pertuturan yang terdapat dalam penyampaian.
Dan ini juga memrlukan ilmu dan latihan dalam pertuturan supaya pelajar tertarik untuk
meneruskan sesi pembelajaran dengan baik.

5. Kesimpulan

Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel.
Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif pengajaran
tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang p&p supaya murid dapat menguasai
kemahiran. Guru yang mengetahui kelemahan dan kekuatan murid. Pandangan dan teguran
rakan-rakan dan murid boleh membantu memperbaiki kelemahan pengajaran guru.

Anda mungkin juga menyukai