Anda di halaman 1dari 10

 

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO


 
 1.1       KEKUATAN

Bagi memudahkan saya membuat refleksi untuk


pengajaran makro kali ini, saya telah meminta seorang
rakan sekerja membuat pemantauan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Selesai sahaja
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran hari ini,
saya meminta rakan memberi pandangan dank omen
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilaksanakan.  Hasil daripada perbincangan kami,
terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenal pasti
sepanjang proses pengajaran makro dilaksanakan. 

Kekuatan yang amat ketara dalam pengajaran


makro kali ini ialah dari aspek kelantangan suara.  Guru
berupaya mengemukakan soalan dengan jelas dan
respon murid juga agak menggalakkan. Soalan yang
dikemukakan oleh guru dapat didengar dengan jelas
dan ini memudahkan proses pengajaran diteruskan
tanpa ada sisipan pengulangan langkah pengajaran. 
Kelantangan suara ini menunjukkan ketegasan guru
dalam menyampaikan isi pelajaran.  Murid memberi
perhatian semaksimum dan ini memudahkan
pencapaian objektif pembelajaran yang telah
dirancangkan.  Murid-murid juga tidak bertindak
mengganggu rakan lain sepanjang proses pengajaran
makro ini.  Keadaan ini memperlihatkan sikap murid-
murid yang hormat kepada guru sebagai seorang
pendidik yang menyampaikan ilmu pengetahuan.

Selain itu, penggunaan kemudahan Teknologi


Maklumat iaitu slide powerpoint oleh guru telah menarik
perhatian murid di samping memudahkan murid melihat
paparan gambar, petikan dan latihan penilaian dengan
lebih jelas.  Dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan
mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif
dan cergas sekaligus menepis tanggapan streotaip yang
menyatakan bahawa proses pembelajaran dan
pengajaran Bahasa Malaysia adalah membosankankan
kerana hanya bergantung kepada papan tulis dan kertas
sebak semata-mata.  Murid kelihatannya melibatkan diri
secara aktif di samping kewujudan suasana kelas yang
kondusif melancarkan lagi proses pengajaran guru. 

Sehubungan itu, kawalan kelas guru juga baik dan


tidak terdapat gangguan daripada murid ketika proses
pengajaran makro dijalankan.  Tindakan guru yang
membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan
murid memudahkan guru mengawasi tindakan dan
prilaku murid supaya dalam terkawal serta tidak
menimbulkan suasana kelas yang bising.  Keadaan ini
memudahkan guru menreuskan aktiviti pembelajaran
yang telah dirancang dengan lancar dan selesa serta
mengikut langkah dalam rancangan pengajaran harian
yang telah dibuat.

Isi pelajaran dapat disampaikan oleh guru mengikut


perancangan yang dibuat dalam rancangan pengajaran
harian.  Guru dapat mempelbagai aktiviti pembelajaran
untuk tujuan penyampaian isi pelajaran secara mudah,
lancar dan tersusun mengikuti langkah pengajaran yang
dibuat.  Sehubungan itu, tindakan guru membuat aktiviti
perbincangan secara berkumpulan memperlihatkan guru
menekankan pembelajaran berpusatkan murid.  Aktiviti
berkumpulan ini menggalakkan kolaborasi di kalangan
murid di samping meningkatkan pemikiran secara
reflektif terhadap isi pelajaran yang boleh dikongsi
bersama dengan rakan lain.
           
1.2       KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan


yang telah dikenal pasti ketika menjalankan pengajaran
makro ini.  Kelemahan yang amat jelas berlaku
sepanjang pelaksanaan pengajaran makro ini ialah guru
menghadapi masalah dalam pengurusan masa
mengikut tempoh masa yang telah dibuat dalam
rancangan pengajaran harian.  Berdasarkan kepada
rakaman yang telah dibuat, guru telah menggunakan
masa yang lebih bagi setiap langkah pengajaran
bermula dengan set induksi ataupun kemahiran
memulakan pengajaran.  Keadaan ini disebabkan oleh
gangguan-gangguan lain walaupun masa keseluruhan
pengajaran tidak terjejas. 

Saya juga menghadapi masalah penggunaan


bahasa baku sepenuhnya akibat pengaruhi percakapan
semenjak mengajar di sekolah jenis kebangsaan. 
Tanpa tidak sedar saya ada menggunakan perkataan
“saye, kenape, taka de “ dan ada beberapa perkataan
yang saya rasa menunujukkan kelemahan yang ketara
dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Guru juga lebih banyak mengemukakan soalan


walaupun murid memberi respon yang
memberangsangkan.  Murid tidak menggunakan
sepenuhnya kemahiran berfikir secara kritis dalam
mengemukakan soalan kepada guru.  Keadaan ini
disebabkan masih ramai murid malu bertanya
menyebabkan guru terpaksa mengemukakan banyak
soalan dengan tujuan murid terlibat dalam aktiviti
pembelajaran terutamanya ketika melibatkan
perbincangan secara kelas.  Perkara jelas berlaku ketika
pelaksanaan aktiviti pembelajaran banyak melibatkan
guru yang memberi pendapat dan ulasan.  Murid-murid
hanya menjawab ketika ditanya dan tidak bertindak
secara kendiri serta perlu dibimbing sepenuhnya
sepanjang pengajaran makro ini.  Peranan guru sebagai
fasilitator tidak dapat diterapkan sepenuhnya di samping
tidak menggalakkan pemikiran secara reflektif di
kalangan murid-murid. 

Akibat terlalu terikat dengan tempoh masa 30 minit,


guru kelihatan tergopoh-gapah untuk menghabiskan
setiap langkah pembelajaran.  Keadaan ini
menyebabkan murid juga terpaksa bertindak pantas
dengan setiap aktiviti pembelajaran guru.  Setiap ahli
kumpulan murid juga tidak berpeluang untuk memberi
idea atau pandangan dan hanya bergantung harap
kepada jawapan rakan semata-mata.

            1.3       LANGKAH MENGATASI

Berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan


yang telah dikenal pasti melalui pengajaran makro ini,
guru perlu membuat penambaikan bagi meningkatkan
tahap keberkesanan dan kualiti pengajaran pada masa
akan datang.  Kelemahan yang melibatkan pengurusan
masa, guru perlu mendisiplinkan diri mengikut masa
yang telah dicadangkan dalam penulisan rancangan
pengajaran harian.  Guru perlu memastikan setiap
langkah dalam proses pengajaran mengikut masa yang
ditetapkan supaya aktiviti pembelajaran yang berikutnya
tidak terjejas.  Tindakan ini bertujuan untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar, berkesan dan bermakna. Bukan setakat itu
sahaja, guru yang menepati masa akan memudahkan
mereka menjalankan proses pengajaran yang bermula
dengan set induksi sehinggalah penutup.

            Selain itu, guru perlu memantau perbincangan


murid dari meja ke meja supaya merka tidak
miskonsepsi terhadap isi pelajaran yang disampaikan. 
Guru harus memberi peluang kepada murid untuk
memikirkan jawapan bagi setiap aktiviti berkumpulan
dengan tujuan menggalakkan pemikiran secara kritis di
kalangan murid serta meningkatkan kolaborasi mereka. 
Dengan itu, murid seharusya diberi masa berbincang
dalam kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu
menulis dan membentangkan hasil perbincangan di
samping murid lain memberi maklum balas terhadap
pembentangan rakan mereka.  Tindakan ini bertujuan
melatih murid secara berfikir secara kritis dan mampu
memberi komen terhadap rakan dan bukannya
mengharapkan sepenuhnya jawapan daripada guru. 
Oleh itu, komen dan pandangan yang diberikan oleh
rakan tadi boleh dijadikan sebagai hasil perbincangan
secara kelas untuk mendapat keputusan muktamad
yang boleh dikongsikan bersama.

Guru juga harus bertindak sebagai fasilitator iaitu


menekankan pembelajaran berpusatkan murid.  Murid-
murid harus diberi peluang memberi pandangan dan
menerokai setiap soalan yang dikemukakan.  Guru
hanya sebagai pemerhati dan mengawal aktiviti
pembelajaran murid supaya tidak menyimpang dari isi
pelajaran yang diajar. Saya juga perlu menekan
penggunaan bahasa baku memandangkan mengajar
Bahasa Malaysia kerana kesilapan guru mengakibatkan
penerimaan ilmu murid juga keliru.

  Kekuatan

Kekuatan yang saya dapati dalam pengajaran dan


pembelajaran pada hari ini ialah segala aktiviti
pembelajaran murid dapat dijalankan seperti mana yang
telah dirancang. Maknanya, objektif pembelajaran yang
telah dirancangkan dalam rancangan pengajaran harian
yang saya buat dapat dicapai sekurang-kurangnya 77.3
peratus iaitu 17 daripada 22 orang murid dapat
menguasai kemahiran yang telah diajar dengan
memuaskan. 

Selain itu, kelantangan suara saya dalam proses


pengajaran dan pembelajaran hari ini telah
memudahkan murid mendengar dengan jelas dan
membantu meningkatkan tahap pemahaman murid
terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh saya. Hal
ini disebabkan oleh tidak timbulnya sebarang gangguan
dalam penyampaian isi pelajaran pada hari ini
terutamanya melibatkan gangguan rakan sekelas. 

         Pengaplikasian kemudahan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini juga dapat menarik perhatian
murid dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran yang telah saya rancang. 
Tindakan saya menayangkan slaid-slaid gambar
menggunakan program MS Powerpoint bagi jenis-jenis
pengangkutan awam di Malaysia memudahkan
pemahaman konsep murid lebih-lebih lagi saya
mengajar di kawasan luar bandar yang mempunyai latar
belakang murid yang berbeza. 

2.2       Kelemahan

Memang saya akui ada beberapa kelemahan


dalam proses pengajaran pada hari ini. Pencapaian
objektif pembelajaran kurang memberangsangkan.  Hal
in kerana seramai 5 orang murid yang tidak dapat
menguasai isi pelajaran akibat mereka sememangnya
murid PROTIM iaitu bermasalah dalam kemahiran 2M
(membaca dan menulis).  Walaupun saya sudah
membezakan murid ini dengan latihan yang lebih mudah
tetapi tahap penguasaan masih lemah.
Kelamahan yang kedua yang saya dapati dalam
proses pengajaran dan pembelajaran hari ini ialah
melibatkan pengurusan masa.  Walaupun segala aktiviti
pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya tetapi
tempaoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti pembelajaran
yang telah dirancang tidak mengikut perancangan yang
telah dibuat.  Keadaan ini amat jelas berlaku dalam
langkah menstruktur semula idea murid di mana saya
memerlukan masa yang banyak untuk menerangkan
jenis-jenis pengangkutan awam di Malaysia
memandangkan ada beberapa orang murid yang saya
ajar belum pernah melihat ataupun mendengar
beberapa nama pengangkutan awam seperti keretapi,
monorel dan komuter.  Keadaan ini berlaku disebabkan
oleh ketiadaan kemudahan seperti itu di persekitaran
mereka akibat latar belakang yang berbeza.

2.3       Cara Mengatasi

          Bagi menangani kelemahan yang timbul dalam


proses pengajaran dan pembelajaran saya hari ini,  saya
perlu memperbanyakkan serta mempelbagaikan bentuk
latihan bagi memudahkan pemahaman murid
terutamanya melibatkan murid yang bermasalah 2M
(membaca dan menulis).  Sehubungan itu, saya juga
perlu menggunakan bantuan rakan sebaya murid yang
cerdas untuk membimbing rakan mereka yang kurang
cerdas dalam proses memahami supaya tidak
berlakunya miskonsepsi tentang isi pelajaran yang
diajar.
             
        Saya juga perlu mendisiplinkan diri dengan
mematuhi dan mengikuti setiap langkah dalam
rancangan pengajaran harian yang telah dibuat bagi
mengelakkan berlakunya maslah yang melibatkan
pengurusan masa.  Di samping itu, saya juga perlu
menggunakan slaid gambar-gambar 3 demensi bagi
memudahkan pemahaman konsep tentang isi pelajaran
murid yang sememangnya berasal dari pelbagai latar
belakang yang bereza.

Anda mungkin juga menyukai