Anda di halaman 1dari 6

Cara-cara guru mempositifkan Personaliti Introvert Terdapat beberapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi

bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert.

Bagi menangani masalah murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan suka mengasingkan diri, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid yang optima dalam kelas. Misalnya, bukan sahaja memastikan murid itu menjalankan kerja sekolah yang diberi malahan murid itu turut menjalankan tugasan yang tidak formal seperti membersihkan bilik darjah. Selain itu, guru boleh memberi peluang kepada murid itu untuk mengedarkan kertas soalan atau buku latihan. Guru juga melantik golongan murid yang bersifat introvert ini memegang jawatan penting di dalam kelas seperti ketua kelas,ketua kumpulan ataupun pengawas sekolah. Keadaan ini akan mendedahkan mereka

kepada proses sosialisasi dengan orang lain dapat membantu atau menggalakkan murid itu berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain. Guru juga perlu memberikan peneguhan positif dan pujian kepada murid yang bersikap introvert. Sebagai contoh jika murid membuat kerja sekolah dengan cepat atau pon menjawab soalan dengan betul,murid lain memberi tepukan ataupon katakata peransang seperti bagus sekali,pandai dan lain lain. Hal ini dapat meningkatkan kejayakinan murid yang bersifat introvert ini. Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti bodoh , si gemuk atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya. Disamping itu ,guru perlu libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah memulakan aktiviti

pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar tersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar tersebut akan bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa.

Guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha dengan lebih gigih lagi. Tambahan lagi ,guru perlu melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu. Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain.

Cara-Cara Guru Mempositifkan Personaliti Ekstrovert Murid-murid yang bersifat ekstrovert ini lebih aktif dan sukakan perhubungan dengan dunia luar. Selain itu mereka merupakan individu yang berkeinginan mencuba semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya,tidak mudah malu, pertuturan lancar, bebas dari risau, berminat dalam sukan, peramah dan suka membuat kerja dalam kumpulan. Itu antara sikap-sikap yang positif dalam diri mereka.. Namun ada ciri-ciri negatif yang ada pada muridmurid sebegini iaitu mereka tidak boleh diharapkan dalam melaksanakan tugas yang diberi dan seorang yang cuai. Untuk meningkatkan ciri-ciri positif dalam diri murid-murid yang cenderung kepada persoanaliti ini ialah dengan menggunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana murid ektrovert suka mencuba sesuatu yang baru dan suka untuk tahu sesuatu maka dengan menggunakan teknik inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh dengan memberikan soalan mengenai mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku dan memberikan mereka bahan untuk membuat kajian.. Murid-murid ektrovert ini lebih aktif dan tidak boleh duduk diam. Maka perlulah banyakkan aktiviti yang lebih memerlukan banyak pergerakkan kepada murid-murid ini. Antaranya ialah dengan mengadakan aktiviti lakonan, permainan, mencari harta karun, dan aktiviti sukaneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka lebih seronok. Latihan atau tugasan bagi murid ektrovert ini biasanya diberi untuk dilaksanakan secara berkumpulan. Contohnya memberi kepingan puzzle yang mewakili huruf jawi dan meminta mereka mencantumkan puzzle tersebut agar membentuk huruf jawi yang sempurna. Permainan lain yang melibatkan aktiviti kumpulan ialah permainan keretapi, mencari harta karun dan tol ilmu. Ketua kumpulan yang dilantik terdiri daripada murid-murid dari personaliti ekstrovert untuk meningkatkan lagi keupayaan mereka dalam memimpin. Selain itu, murid ektrovert boleh dilantik untuk membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti berkumpulan. Hal ini dapat membantu murid yang bersikap introvert supaya lebih aktif dan yakin diri.

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja &ved=0CEMQFjAC&url=http%3A%2F%2Fwww.psychologymania.com%2F2012%2F 06%2Fciri-ciri-kepribadian-ekstrovertdan.html&ei=zVpyUdSMGYXnrAfRl4GQCg&usg=AFQjCNEiZRgzWxj5ooPIeljBzFZJ QTroEQ&sig2=xSSU6VvOtnFPmoc8cng62w&bvm=bv.45512109,d.bmk

http://cikgumuzik.com/pdf/psikologi/Soalan3.pdf

Boon Poon Ying, Noriati, Syarifah Fakriah Syed Ahmad, (2009). Murid dan Alam Belajar. Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar, Kuala Lumpur.

Chong Lean Keow PhD(2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Ee Ah Meng(1994). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin(1993).Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia.

Lee Shok Mee(1994).Asas Pendidikan 2: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang(2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Rahil Mahyuddin, Habihah Elias (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publication

Anda mungkin juga menyukai