Anda di halaman 1dari 2

1.

Sebagai seorang pendidik huraikan bagaimana anda menjelaskan kepentingan Sirah


Nabawiyah kepada pelajar secara berkesan.

Sebagai seorang pendidik, saya akan menjelaskan kepentingan Sirah Nabawiyah


kepada pelajar dengan menceritakan kisah-kisah tauladan yang menunjukkan
kewibawaan Rasulullah SAW sebagai ketua umat Islam. Oleh itu mereka akan dapat
mengambil iktibar dan menyedari bahawa pentingnya mempelajari Sirah Nabawiyah ini.
Selain itu, dengan menayangkan video perjalanan hidup Rasulullah SAW seperti
perang-perang yang disertai oleh baginda yang telah dilakonkan semula akan
menunjukkan betapa pentingnya Sirah Rasulullah SAW kepada kita. Di samping itu,
saya juga boleh memperdengarkan lagu yang mengisahkan tentang pengorbanan dan
keperibadian Nabi Muhammad SAW agar mereka dapat mengagumi manusia yang
telah dipilih oleh Allah untuk dijadikan role model kepada seluruh umat ini. Dalam masa
yang sama mereka perlu mencontohi perilaku yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan
hal ini membuatkan mereka menginsafi betapa pentingnya Sirah Nabawiyah ini.

2. Bincangkan kesan tidak mempelajari Sirah Nabawiyah kepada masyarakat Islam hari
ini.

Antara kesan tidak mempelajari Sirah Nabawiyah ialah masyarakat Islam hari ini
berpotensi besar untuk tidak mengenali keperibadian kekasih Allah, Nabi Muhammad
SAW dengan baik. Oleh hal yang demikian, masyarakat tidak dapat mencontohi sifat
dan syakhsiah Rasulullah hingga seterusnya mengakibatkan perilaku masyarakat tidak
mencerminkan identiti Islam yang selayaknya. Selain itu, masyarakat Islam hari ini tidak
dapat menghayati dan memahami isi kandungan ayat suci al-Quran. Hal ini demikian
kerana terdapat ayat-ayat al-Quran yang menceritakan perjalanan hidup Rasulullah,
masalah-masalah yang dihadapi dan cara baginda menyelesaikannya. Justeru itu,
masyarakat Islam yang tidak mendalami Sirah Nabawiyah tidak dapat mengambil iktibar
daripada ujian hidup yang dilalui oleh Rasulullah SAW demi menegakkan Islam yang
kekal sehingga ke hari ini. Tambahan lagi, kecintaan masyarakat terhadap junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, kaum kerabatnya dan para sahabat tidak akan terjalin
dek kerana tidak mengetahui pengorbanan yang dilakukan oleh mereka. Oleh itu,
mereka mungkin tidak mengenali salasilah keluarga Nabi dengan baik. Di samping itu,
masyarakat tidak akan mengenali kemuliaan Rasulullah SAW dan betapa Allah
menjaganya daripada gangguan manusia yang memusuhinya. Oleh itu, masyarakat
mungkin akan menganggap Rasulullah SAW itu hanyalah manusia biasa yang tidak
mempunyai apa-apa kelebihan walhal al-Quran itu sendiri merupakan mukjizat terbesar
Nabi Muhammad SAW.

Anda mungkin juga menyukai