Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2019)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2
SESI JANUARI – MEI 2021

: MOHD. IZZAT IZZUDDIN BIN SOFIAN


NAMA PELAJAR
: 001215131003
NO KAD PENGENALAN
: 2019072340070
ANGKA GILIRAN
: PISMP / BAHASA MELAYU
KUMPULAN/UNIT
: JANUARI – MEI 2021 / 2
SESI/TAHUN
: PRKA 3012 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN
KOD/NAMA KURSUS
PEMBELAJARAN

TUGASAN 5
PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH : PUAN KHADIJAH@ASWATI BINTI ADENAN
JABATAN / UNIT : PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa TANDATANGAN TARIKH


saya telah menerima maklum balas
dari pensyarah kerja kursus ini dan
saya telah merujuk dan
memahaminya.
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN................................................................................................................. 2
2.0 STRATEGI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)..................................3
3.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN STRATEGI PLC. 5
4.0 KESIMPULAN.................................................................................................................. 8
5.0 RUJUKAN.....................................................................................................................................9

1
1.0 PENGENALAN
Menurut Smith (1999), PLC merupakan platform untuk berbincang dan berforum yang
bertujuan untuk perkembangan pembelajaran guru yang mana guru dapat berkongsi idea dan
membuat refleksi amalan pengajaran mereka. Guru juga dapat memperbaiki amalan
pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. PLC juga merupakan usaha para pemimpin
dan pendidik yang bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat usaha sama bagi
mencapai prestasi yang baik untuk murid-murid (DuFour, Eaker& Many, 2008). Hal ini dapat
membuktikan bahawa para pendidik komited dalam bekerja secara berpasukan melalui PLC
bagi membuat kajian tindakan di samping merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang
cemerlang.

Menurut Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB, 2014), Kementerian


Pendidikan Malaysia secara jelas mencadangkan aktiviti yang sepatutnya dijalankan untuk
meningkatkan profesionalimse di sekolah ada melalui Komuniti Pembelajaran Profesional
(Mohd Faiz dan Nordin, 2015). PLC juga merupakan salah satu daripada inisiatif bagi
meningkatkan kualiti guru di negara-negara maju. Konsep utama PLC di negara-negara
tersebut adalah kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Hal ini
bagi meningkatkan kerjasama dan pertukaran pengetahuan serta pendapat yang dapat
membantu meningkatkan mutu pengajaran guru-guru di sesebuah sekolah.

Berdasarkan kenyataan di laman web Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir IPG


Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur secara atas talian, Komuniti Pembelajaran Profesional atau
Professional Learning Community (PLC) yang diperkenalkan merupakan kaedah untuk
mempertingkatkan cara pengajaran guru di samping meningkatkan kemahiran pengetahuan
mendidik. PLC menggalakkan perbincangan, kajian, bekerjasama, pertukaran kepakaran serta
melakukan dialog profesional untuk berkongsi maklumat, kaedah, teknik, pedagogi, serta
berkongsi kemahiran teknologi. Ini disokong oleh DuFour (2004) yang menyatakan bahawa
PLC turut menggalakkan komuniti sekolah terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti perkongsian
visi, bekerja dan belajar secara kolaborasi, melawat dan memerhatikan pengajaran guru dan
berkongsi pembuatan keputusan. Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik
yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian
tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, &
Many, 2006).

2
2.0 STRATEGI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merujuk kepada budaya sekolah yang menggalakkan
pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah; budaya di mana mengajar bukan di anggap
kerja masing-masing, tetapi lebih mendapatkan maklum balas dan melaksanakan
penambahbaikan (Fullan, 2007). Hal ini dapat dilihat dalam strategi PLC yang dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan selain dapat membina hubungan yang berkualiti
antara komuniti di sekolah lalu dapat bekerjasama bagi menjalankan program yang berkesan
menggunakan sumber-sumber yang dikongsi.

Terdapat tiga prinsip utama dalam PLC iaitu memastikan pembelajaran murid, budaya
kolaboratif dan fokus pada pencapaian. Pembelajaran sebenar di sekolah berlaku apabila
semua warga sekolah memberi fokus kepada pembelajaran iaitu bukannya menumpukan
kepada apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari oleh murid. Kewujudan kerjasama dan
kolaboratif antara para warga sekolah yang memberi fokus kepada pembelajaran murid sangat
mempengaruhi prestasi pencapaian mereka. Pencapaian murid bukanlah sesuatu
tanggungjawab seorang guru semata-mata bahkan juga menjadi tanggungjawab semua warga
sekolah.
Secara keseluruhannya, objektif utama PLC menekankan kepada kesediaan guru-guru
untuk membantu dalam perkongsian maklumat, idea, bahan, modul dan kaedah pengajaran
serta memberi bimbingan kepada murid yang berpencapaian rendah bukan sahaja dapat
membantu meningkatkan pencapaian murid bahkan juga turut membantu mengurangkan kadar
bilangan murid yang ketinggalan dalam pelajaran. Pelaksanaan PLC ini turut membantu dalam
mencapai visi dan misi sekolah yang mempunyai matlamat yang sama terutama dalam
meningkatkan prestasi akademik murid. Umumnya, PLC adalah berteraskan kepada lima
elemen kritikal sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
Lima elemen kritikal tersebut adalah Dialog Reflektif (Reflective Dialogue), Penswastaan
Amalan (DePrivatization of Practice), Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid
(Collective Focus on Student Learning), Kolaborasi (Collaboration) dan Norma dan Nilai
Dikongsi Bersama (Shared Norms and Values).

3
Rajah 1 : Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di atas merupakan kandungan yang


terdapat dalam elemen Penswastaan Amalan. Strategi PLC dirangka bagi mendedahkan
kepada para pendidik kaedah melaksanakan PLC di sekolah bersama-sama guru lain bagi
meningkatkan kualiti pengajaran.

4
3.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN STRATEGI PLC
Berdasarkan rajah 1, strategi Jejak Pembelajaran (Learning Walk) dipilih bagi diaplikasikan
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang direka cipta. Strategi ini diambil daripada
amalan pengurusan eksekutif Hewlett-Packard (HP) yang mengamalkan konsep ‘pengurusan
dalam pemerhatian’ (Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, 2017). Antara ciri perlaksanaan
ini adalah pemerhatian dilaksanakan secara tidak formal, dilaksanakan dalam bentuk kumpulan
yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang dan mengumpul bahan bukti daripada pemerhatian yang
dilakukan. Rajah 3 merupakan carta alir bagi perlaksanaan strategi Jejak Pembelajaran.

Pengumpulan
Penetapan
bahan bukti Perkongsian
fokus untuk
melalui dapatan
pemerhatian
pemerhatian

Rajah 2 : Carta Alir pelaksanaan strategi Jejak Pembelajaran (Learning Walk)

Tahun 6
Kemahiran Fokus Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan 1.7 Berbincang dan mengemukakan


pendapat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertasusila.

Standard Pembelajaran 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan


pendapat secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan ayat yang gramatis secara
bertasusila.

Jadual 1 : Kemahiran Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dipilih
sebagai contoh pelaksanaan startegi PLC iaitu Jejak Pembelajaran

5
Tema yang dipilih adalah Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan. Tema ini dipilih
kerana tema jati diri memupuk keperibadian insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial. Patriotisme membentuk semangat juang, kecintaan terhadap bahasa
Melayu sebagai bahasa negara yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Tema
ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani yang mempunyai
semangat kekitaan dan sepunya, sanggup mempertahankan dan mengharumkan negara serta
setia kepada negara.

Aktiviti yang dirancang menggunakan strategi ini dinamakan sebagai aktiviti Jejak
Maklumat. Aktiviti ini menggunakan konsep daripada strategi Jejak Pembelajaran. Melalui
konsep ini, murid akan mendapat mengumpul lebih banyak maklumat serta kongsi pendapat
bersama-sama rakan yang lain selain dapat membina hubungan komuniti yang baik dalam
persekitaran sekolah. Bagi langkah yang pertama, murid hendaklah berada secara
berkumpulan yang dianggotai 3 hingga 4 orang. Keahlian murid hendaklah ditentukan oleh guru
agar dapat interaksi daripada pelbagai kaum. Hal ini bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya dari segi sosial (Vellymalay, 2016).

Seterusnya, guru memberikan tajuk ‘tokoh-tokoh sukan negara’. Oleh itu, setiap
kumpulan hendaklah berbincang dan mengemukakan pengetahuan tentang tokoh-tokoh sukan
negara daripada pelbagai aspek. Hal ini dapat merangsang pemikiran murid untuk mencari
lebih banyak maklumat daripada bergantung kepada pengetahuan sedia ada. Kemudian, murid
perlu memindahkan maklumat kepada bentuk peta i-Think yang sesuai dengan tajuk tersebut.
Murid juga dapat memperlihatkan kreativiti masing-masing seperti melukis dan mewarna. Hal ini
kerana hasil kerja kumpulan yang dilakukan bakal dilihat dan dinilai oleh murid yang lain.

Kemudian, murid akan mempamerkan hasil peta i-Think yang telah dibuat secara
berkumpulan. Murid-murid hendaklah melakukan tinjauan dan pemerhatian daripada satu
stesen ke satu stesen bagi mengumpul bahan tentang tajuk pengajaran pada hari tersebut.
Misalnya, kumpulan 1 mengemukakan tokoh-tokoh sukan bola sepak akan pergi ke stesen lain
yang menonjolkan tokoh-tokoh dalam sukan berbasikal. Hal ini dapat menambahkan maklumat
dan pengetahuan selain dapat menyemai rasa bangga dengan pencapaian negara yang
dicintai. Setiap murid hendaklah mencatat maklumat baharu yang diperoleh daripada setiap
stesen yang dilawatinya. Hal ini bertepatan dengan langkah kedua bagi perlaksanaan strategi
Jejak Pembelajaran seperti yang dikemukakan melalui rajah 2.

6
Setelah mengumpulkan bahan dan maklumat daripada setiap stesen, guru akan
mengumpulkan murid mengikut kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah berbincang bagi
berkongsi maklumat yang diperoleh dan kemudian membentangkan dihadapan kelas. Setiap
ahli kumpulan perlu mengemukakan satu isi, pendapat atau maklumat yang diperoleh daripada
hasil tinjauan. Hal ini bagi memastikan penglibatan murid dilaksanakan secara menyeluruh
tanpa terkecuali. Aktiviti ini juga dijalankan bagi memupuk keberanian dalam setiap individu
bagi berhadapan dan berkomunikasi di khalayak ramai. Melalui aktiviti ini juga guru dapat
mengesan kelemahan murid seperti bahasa yang digunakan, penggunaan kosa kata dan lain-
lain. Hal ini dapat membantu guru untuk mendapatkan tinjauan dan melaksanakan aktiviti bagi
memperbaiki kelemahan murid (Mior Khairul Azrin, 2011). Aktiviti ini juga bertepatan dengan
langkah ketiga perlaksanaan strategi Jejak Pembelajaran.

Selain itu, konsep strategi Jejak Pembelajaran juga dapat diaplikasikan menggunakan
kaedah ICT yang bertepatan dengan pembelajaran abad ke 21. Penglibatan guru dan murid
dapat dilihat dan dipantau walaupun secara maya. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang
khusus untuk dilaksanakan. Murid diperkenalkan dengan aplikasi Padlet yang mana murid
dapat melayarinya menggunakan internet pada bila-bila masa. Secara berkumpulan, murid
perlu mencari bahan dan membuat satu laman tentang fokus tajuk yang telah diberikan.
Kemudian, murid hanya perlu memuat naik hasil kerja mereka melalui aplikasi Padlet. Aplikasi
ini membenarkan sesiapa sahaja untuk mengakses dan melihat hasil kerja murid. Hal ini
memberi kemudahan kepada guru bagi memantau penghasilan kerja murid dari masa ke masa
(Vellymalay, S.K, 2014) .

Apabila semua kumpulan sudah memuat naik hasil kerja mereka dalam aplikasi
tersebut, semua murid perlu membaca dan melihat hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh
kumpulan lain. Murid perlu meninjau dan menilai hasil kerja yang dilakukan yang sebenarnya
dapat menambahkan pengetahuan. Seterusnya, guru dapat menyambung aktiviti tersebut di
dalam kelas dengan mengadakan aktiviti perkongsian daripada semua murid hasil daripada
tinjauan yang telah mereka lakukan. Murid dapat memberikan pendapat penambahbaikan atau
berkongsi pengalaman mereka semasa mereka menggunakan aplikasi Padlet. Hasil daripada
tugasan itu dapat disimpan dan dijadikan bahan bantu belajar. Melalui aktiviti ini, murid bukan
sahaja dapat berinteraksi secara maya, namun dapat berinteraksi secara bersemuka yang
seterusnya dapat meningkatkan kemahiran murid dari aspek komunikasi dan Teknologi,
Maklumat dan Komunikasi (TMK).

7
4.0 KESIMPULAN
Deduksinya, Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC)
merupakan satu pendekatan baharu untuk membangunkan kapasiti warga sekolah. PLC ini
diperkenalkan merupakan kaedah yang baik bukan sahaja untuk mempertingkatkan cara
pengajaran guru dan meningkatkan kemahiran pengetahuan mendidik bahkan juga salah satu
amalan penambahbaikan sekolah melalui penstrukturan semula budaya sekolah.

Melalui pendekatan tersebut, tahap penglibatan warga sekolah khususnya guru dalam
proses penambahbaikan sekolah adalah tinggi dan berupaya meningkatkan pencapaian diri
mereka. Hasrat tersebut akan tercapai dengan strategi kepimpinan sekolah bagi mewujudkan
komuniti pembelajaran profesional. Dengan kata lain, peranan kepimpinan sekolah amat
diperlukan kerana telah wujud bukti yang kukuh bahawa kepimpinan sekolah berupaya
melakukan perbezaan terhadap pencapaian sekolah. Pemimpin sekolah dan guru perlu
bertindak dengan inisiatif sendiri untuk melaksanakan semua cadangan tersebut dengan
menjiwai dasar dan perancangan pendidikan. Ini selaras dengan aspirasi pendidikan nasional
dalam kehendak PPPM 2013-2025 yang mementingkan pendidikan dan meningkatkan taraf
pendidikan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi.

5.0 RUJUKAN

8
Borrero, N. (2010). Urban scholl connections: A university K-8 partnership catholic education. A
journal of inquiry and practice, 14(1), 47-66.
Chen, C.-a. L.-c. (2007). Factors affecting teacher's knowledge sharing behaviors and
motivations : System function that works. Educational Technology & Society, 8(3), 162-
175.
DuFour, E. M. (2008). Revising professional learning communities at work : New insights for
improving schools. Bloomington, IN: Solution Tree Press.
Fullan. (2007). What's worth fighting for in the principalship.2nd edition. New York: Teachers
College Press.
Huffman, J. &. (2003). Profesionalisme learning community organizer, in J.B. Huffman and K.K
Hipp (eds) professional learning communities intitiation to implementatuon. Lanham,
MD: Scarecrow Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme berterusan
guru dan pemimpin sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran dan pelaksanaan ke
arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 33-47.
Mohd Faiz bin Mohd Yaakob, N. b. (2015). Konsep komuniti pembelajaran profesional
kepimpinan dan transformasi sekolah kepada komuniti pembelajaran profesional . 1-12.
Pejabat pendidkan daerah Hulu Langat. (2017). Manual perlaksanaan pembelajaran abad 21.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rosenholtz. (1989). Teacher's workplace: The social organization of schools. New York:
Longman.
Smith. (1999). The learning organization ten years on: A case study. The learning organization,
6(5),217-223.
Vellymalay, S. (2014). Etnisiti dan interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik di bilik
darjah. Jurnal Ilmi, 47-61.
Vellymalay, S. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas-murid dalam merangsang
kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik darjah. Jurnal Ilmi, 69-
88.

Anda mungkin juga menyukai