Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama Pelajar : Peter Ak Akat


(b) Opsyen : Bahasa Melayu SK2
(c) Ambilan : Jun 2019 (PISMP)
(d) Semester / Tahun : Semester 1 Tahun 1
(e) Tarikh & Masa Pembentangan : Tidak Berkaitan
(jika berkaitan)
(f) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Pengantar Pengajian Profesional
1. Tajuk Buku:
Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim dan Anisah Hashim
2. Pengarang:

3. Tahun
2017
diterbitkan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini membincangkan secara am tentang profesonial
keguruan yang berkait rapat dengan bidang perguruan. Buku ini
diterbitkan khas untuk golongan pelajar IPG yang belajar sepenuh
masa dalam bidang Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PPISMP). Subjek Pengantar Pengajian Profesional ini
penting bagi golongan pelajar supaya dapat menyuntik dan menanam
semangat mereka dalam bidang perguruan agar mereka dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan baik.
Kandungan buku ini meliputi kesemua aspek pengajian profesional
seperti konsep pendidikan, aspirasi pendidikan dan penghayatan
kepada profesionalisme keguruan. Buku ini mengandungi sepuluh bab,
iaitu Bab 1 Definisi Konsep Pendidikan, Bab 2 Bidang Pengajian
Profesional, Bab 3 Perkembangan Keguruan, Bab 4 Aspirasi dan
Kepentingan Pendidikan, Bab 5 Pembinaan Negara Bangsa, Bab 6
Profesionalisme keguruan, Bab 7 Etika Keguruan, Bab 8 Personaliti
Guru Cemerlang, Bab 9 Sekolah dan Permuafakatan Komuniti dan Bab
10 Cabaran Profesionalisme Keguruan.

Dalam bab 1, buku ini membincangkan tentang takrif dan


konsep pendidikan dari perspektif Barat dan Islam serta konsep
pendidikan dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia.
Dalam bab 2 pula, bab ini menghuraikan ruang lingkup beberapa
bidang utama dalam pendidikan, iaitu Psikologi Pendidikan dan
Sosiologi Pendidikan. Huraian dalam bab ini turut menghalusi konsep
serta peranan kedua-dua bidang tersebut dalam konteks sistem
pendidikan di Malaysia. Bakal guru wajar memahami bidang-bidang ini
kerana tugas guru di sekolah sangat berkait rapat dengan bidang
psikologi dan sosiologi. Bab 3 pula menyentuh tentang perkembangan
falsafah pendidikan Barat dan ciri-ciri utama falsafah pendidikan Timur
serta Islam untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran. Peranan
dan sumbangan tokoh-tokoh pendidikan dalam sistem pendidikan
semasa di Malaysia turut dibincangkan sebagai salah satu role model
dan inpirasi kepada guru-guru dan juga masyarakat yang berminat
untuk mengetahui bidang pendidikan.

Bab 4 pula menerangkan tentang aspirasi dan kepentingan


pendidikan. Dalam bab ini, pelajar dapat mengenal pasti pengertian
dan konsep sistem aspirasi pendidikan secara komprehensif
terutamanya berkenaan lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia dan
enam aspirasi murid yang menjadi hasrat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2015. Bab 5 pula membincangkan secara
terperinci tentang konsep dan pembinaan negara bangsa. Aspek-aspek
kepentingan pendidikan untuk pembinaan negara bangsa turut dikupas
termasuk implikasi terhadap peranan guru sebagai pembentuk modal
insan. Dalam bab 6 pula, isu berkenaan profesionalisme keguruan juga
turut dikupas secara terperinci yang mencakupi fungsi sekolah sebagai
sebuah organisasi, laluan kerjaya guru dan peranan guru untuk
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Menerusi bab 7 pula,
pelajar didedahkan tentang pengertian dan konsep etika keguruan. Bab
ini juga menghuraikan prinsip umum tata kelakuan dan tatatertib dalam
profesion keguruan, Etika Profesion Perguruan di Malaysia dan
kepentingan kod etika keguruan. Bab 8 pula mengetengahkan tajuk
Personaliti Guru Cemerlang yang mencakupi ciri-ciri personaliti guru
cemerlang dan implikasinya kepada profesion keguruan. Dalam bab 9
pula menjelaskan konsep permuafakatan sekolah dan komuniti,
bentuk-bentuk hubungan permuafakatan. Bab ini juga mengutarakan
kepentingan permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Akhir sekali,
bab 10 membincangkan tentang cabaran profesionalisme keguruan
yang menyentuh isu-isu keguruan, kelebihan menyertai persatuan
professional, dan peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam
pendidikan.

Secara keseluruhannya, buku Pengantar Pengajian Profesional


ini hanya membincangkan tentang kerjaya guru dalam dunia
pendidikan pada masa kini. Sejajar dengan itu, guru disarankan perlu
menguasai pelbagai bidang supaya ilmu yang sedia ada dapat
ditambah.

6. Manfaat/ Pelbagai manfaat yang dapat diperolehi daripada buku ilmiah ini
pengajaran yang
terutamanya kepada baka guru. Salah satu manfaat yang diperolehi
diperoleh
daripada buku daripada buku ini ialah dapat membantu guru pelatih untuk
yang dibaca:
menyediakan diri bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan.
Selain itu, buku ini dapat membantu guru bagaimana menjadi seorang
guru yang berprofesional dan berkualiti. Seterusnya, melalui buku ini
guru pelatih mampu menjadi seorang guru yang berdisiplin, berdaya
saing, dan mempunyai komitmen terhadap tugas yang diberikan.
Bukan itu sahaja, buku ini juga memberi motivasi kepada bakal guru
untuk menerajui bidang pendidikan yang lebih mendalam. Akhir sekali,
buku ini memberi pengajaran kepada setiap bakal guru supaya
sentiasa mewujudkan dan mengamalkan nilai-nilai murni ketika
berurusan dengan ibu bapa dan komuniti sekali gus menambahkan
ilmu pengetahuan.

7. Tandatangan: Peter Ak Akat

Anda mungkin juga menyukai