Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SEAFIELD Kod Sekolah: BBA8227

1. Nama Guru PUNITHA PARAMASIVAN

2. Judul 3. Bidang: Pembangunan Diri


GURU DAN CABARAN SEMASA
4. Tarikh Pembentangan 19 April 2022 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan tentang konsep keilmuan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pelbagai bidang seperti perkembangan pembelajaran, strategi pengajaran dan pendidikan
kaunseling. Ianya merangkumi kosep, kaedah, teori dan teknik pemgajaran dan pembelajaran
untuk membentuk daya pemikiran yang kreatif dan sistematik. Buku ini juga merangkumi pelbagai
tajuk berkaitan nilai peribadi yang perlu dimiliki oleh para guru dan bakal guru bagi meningkatkan
kualiti serta nilai profesion keguruan. Sesungguhnya, ia menyentuh personaliti seorang guru
mahupun bakal guru yang diperlukan dalam menjiwai bidang profesion keguruan yang mulia ini.
Personaliti seseorang guru yang dipaparkan meliputi pelbagai aspek umum dan khusus yang
melibatkan ciri-ciri, sikap, tingkah laku dan tindakan yang sewajarnya diamalkan oleh seseorang
guru. Semua aspek tersebut amatlah pentingbagi melaksanakan tugas, tanggungjawab, amanah
dan integriti sebagai seorang pendidik yang berwibawa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara Cabaran yang guru hadapi adalah, beban tugas guru yang melampau, sikap ibu bapa
yang terlalu mengutamakan anak, sikap pelajar yang tidak menghormati guru, kemerosotan
disiplin murid, bilangan murid yang terlalu banyak dalam kelas,dan sikap murid sendiri seperti
malas, dan pasif. Untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, guru-guru perlu mengetahui nilai
profesionalisme, dasar dan perundangan pendidikan bagi memudahkan mereka melaksanakan
tugas dengan penuh dedikasi dan kompeten. Antara nilai profesionalisme yang perlu dimiliki oleh
seseorang guru adalah menghormati murid, menyayangi profesion, pemaaf, positif, menaruh
harapan tinggi, berpandangan jauh, menanam rasa dipunyai atau sense of belonging, belas
kasihan, mengaku kesalahan sendiri, penyayang, bertanggungjawab, kepercayaan, jenaka,
sabar, adil dan saksama serta ikhlas. Perubahan dalam sistem pendidikan negara sentiasa
berlaku dan masyarakat guru perlu menghadapinya dengan bijaksana. Atas hakikat inilah, para
guru perlu kompeten dalam memahami dan menghadapi sebarang perubahan dan inovasi dalam
pendidikan. Semangat yang jitu dan jiwa guru yang kental serta mantap akan dapat menjamin
kejayaan wawasan pendidikan negara.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Segala nilai dan pengajaran yang diperoleh dari buku ini sememangnya akan dapat diaplikasikan
atau dicurahkan dalam proses menjadi guru yang kompeten dan berwibawa. Nilai-nilai
profesionalisme yang dipelajari dan diketahui melalui buku ini dapat digunakan bukan sahaja
dalam aspek pdp malah juga dalam pelbagai situasi sebagai seorang guru disamping bagi
memantapkan diri dari pelbagai aspek. Misalnya, buku ini mengajar kita bahawa guru perlu
melaksanakan pelbagai tugas yang berkaitan dengan pelajar seperti pengurus akademik dan
bukan akademik serta memainkan peranan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Selain itu,buku
ini dapat memberi penduan kepada golongan guru dari segi memantapkan personaliti seorang
guru yang unggul dalam pada menjadi golongan pendidikan yang kompeten.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai