Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEREMPUAN METHODIST Kod Sekolah: AEB2047

1. Nama Guru FARAH NABILA BINTI AMINUDDIN


SERLAHKAN AURA GURU
2. Judul SUPER PROFESIONALISME 3. Bidang: Nilai dan Amalan

Tarikh
4. - 5. Masa: -
Pembentangan
Tempat -
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Penulis berkongsi pengalaman dan tipsnya sepanjang bergelar pengetua di sebuah


sekolah yang berjaya melonjakkan sekolah tersebut ke arah kecemerlangan. Seorang
pemimpin mestilah memiliki sifat-sifat terpuji kerana bagi melahirkan anak murid yang
mendengar kata dan cemerlang, ianya memerlukan keikhlasan, komitmen dan
kesungguhan yang tidak berbelah bahagi. Prinsip yang diketengahkan sangat relevan
untuk diikuti dan kita sebagai pembaca akan merasai kehebatan dan keberkesanannya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sepuluh daripada 43 ciri kepemimpinan berkesan yang merupakan aura penulis


mendapat
pengiktirafan semua peringkat warga sekolah. Ciri-ciri itu adalah berwawasan, motivator,
sumber inspirasi, tegas, kerja kuat, membina budaya kerja berpasukan, teliti, menjana
kecemerlangan, membimbing serta mesra dan mudah didekati. Buku ini juga mengajak
pembaca mereflek diri sendiri dan berfikir sejauh mana ciri-ciri itu diaplikasikan dalam
tugas kita sebagai pendidik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Salah satu aspek yang ingin saya sentuh adalah berkenaan disiplin pelajar. Apabila
berlaku kesalahan disiplin, guru haruslah meletakkan diri mereka di tempat pelajar. Kita
perlulah mengelak daripada mengeluarkan kata-kata kasar seperti mencaci, mengutuk,
menggertak atau mengugut kerana ia akan menghasilkan pelajar yang berdendam.
Pelajar yang melanggar disiplin haruslah diberi kesedaran mengapa mereka perlu
mematuhi peraturan. Kesedaran perlu dikaitkan dengan ajaran agama. Guru juga perlu
merangsang murid untuk berfikir kebaikan yang diperoleh apabila mematuhi peraturan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................................... ......................................................
(FARAH NABILA BINTI AMINUDDIN) ( )

Anda mungkin juga menyukai