Anda di halaman 1dari 27

TING.

5 : PUISI : BEBERAPA PETUA HIDUP


HALAMAN : 5

Soalan 2(d) - Puisi Tradisional

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BEBERAPA PETUA HIDUP

Fikir dan Kata

Kurang fikir kurang siasat,


Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,


Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,


Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,


Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa,


Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,


Jika tersua janganlah lari.

Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna,


Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,


Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,


Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,


Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,


Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
1
Sifat-sifat Yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman,


Dipandang sebagai bunga di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,


Segala orang dapat kautawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,


Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan Yang Baik

Barang siapa berbuat jasa,


Mulia namanya segenap masa.

Menolong sesama wajib dan perlu,


Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat Yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait,


Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,


Tuhan kelak memberi laknat.

Kalung Bunga Za’ba, 2008


Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, nyatakan sifat-sfat seorang yang baik.


[2 markah]

(ii) Rakan merupakan seseorang yang paling rapat dengan remaja.

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhati-hati memilih rakan?


[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan dalam gurindam tersebut. [4 markah]

2
SKEMA JAWAPAN :

(i) Sifat-sifat seorang yang baik ialah seorang yang budiman, dermawan dan
pemurah.

(ii) Kita perlu berhati-hati memilih rakan untuk memudahkan bekerjasama


dalam melaksanakan sesuatu tugas. Selain itu, dapat membimbing kita ke
jalan kebaikan. Seterusnya, dapat membantu kita ketika dalam
kesusahan.

(iii) Persoalan kebijaksanaan dalam memilih rakan. Contohnya, kita


hendaklah bijak memilih rakan yang mempunyai sifat yang baik. Selain itu,
persoalan berfikir sebelum berkata-kata. Contohnya, kita disarankan
supaya berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
perselisihan.

TING.5 : PUISI : BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU


3
HALAMAN : 7

Soalan 2(d) - Puisi Tradisional

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat,


Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh purnama,


Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam Sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Duabelas dengan anjung tinggi,

Tiga sudut menteri delapan,


Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti,
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai,


Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina,
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.

Istana siap tukang pun mati,


Tiada orang dapat meniru;
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Kalung Bunga Za’ba, 2008


Dewan Bahasa dan Pustaka

4
i) Huraikan maksud rangkap pertama seloka di atas. (2
markah )

ii) Pada pendapat anda, mengapakah imej alam dipilih untuk dijadikan
sebagai
penghias tiang, kasau, pintu dan lain-lain? (3 markah )

iii) Kemukakan dua nilai yang terkandung dalam seloka tersebut. (4


markah )

5
SKEMA JAWAPAN

i) Maksud rangkap pertama seloka di atas ialah raja menyampaikan titah


kepada empat orang pembesar baginda supaya sebuah istana dibina. Titah
itu disampaikan pula kepada Pawang Raja yang kemudiannya
mengumpulkan para pekerja. Pembinaan itu melibatkan 44 orang tukan yang
bekerja tanpa henti

( 2 markah )

ii) Pada pendapat saya, sebab imej alam dipilih untuk dijadikan sebagai
penghias tiang, kasau, pintu dan lain-lain adalah kerana:

…. Mengekalkan warisan tradisi


…. Menggunakan bahan yang sedia ada di persekitaran
…. Imej yang mudah diperoleh
…. Keindahan alam semula jadi
…. Kepakaran dan kemahiran juru ukir
(3 markah )
iii) Dua nilai yang terkandung dalam seloka tersebut.

…. Nilai ketaatan.
Contoh: Orang Besar Empat dan Pawang Raja taat akan perinntah raja
untuk membina istana berkota. Pawang Mengerahkan 44 orang tukang
untuk membina istana tersebut

…. Nilai kegigihan.
Contoh : 44 orang tukang gigih bekerja membina istana tanpa henti
sehingga istana itu dapat dibina dalam masa tujuh bulan.

(4 markah )

6
TING.5 : PUISI : SEJADAH RINDU
HALAMAN : 13

Soalan 2 ( d ) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan mengunakan ayat anda sendiri.

Sejadah Rindu
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti

Hati ini luluh


ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
keinsafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dala gemuruh

Ugkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia Yang kian sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara

Mohd. Haikal Aminuddin


Kalam Pertama 2013
Dewan Bahasa dan Pustaka

7
i) Berdasarkan rangkap pertama sajak di atas, mengapakah penyajak berasa
insaf?
[2 markah]

ii) Pada pendapat anda, jelaskan faktor-faktor yang mendorong seseorang itu
melakukan dosa dalam kehidupannya?
[3 markah]

iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

8
SKEMA JAWAPAN

i) Berdasarkan rangkap pertama sajak di atas, penyajak berasa insaf

- apabila mengenang dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini

(2 markah)

ii) Faktor-faktor yang mendorong seseorang itu melakukan dosa dalam


kehidupannya ialah :

- Kurang didikan agama/ jahil dalam agama


- Pengaruh media massa
- Kurang pengawasan ibu bapa
- Pengaruh rakan sebaya
- Terikut-ikut gaya hidup moden
- Terperangkap dengan tipu daya
- Terdesak dalam kehidupan/ miskin
- Tidak berilmu
- Lemah iman
(Mana-mana 2 isi)

iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah :

- Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke pangkal


jalan .kerana apa-apa yang kita lakukan kan mendapat balasan.

- Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa
Tuhan yang maha esa supaya kita takut melakukan dosa

- Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan


terutamanya sewaktu usia semakin tua.kerana boleh menjadi contoh
teladan kepada golongan muda

- Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang
hidup yang dikurniakan kepada kita supaya kita sedar bahawa semua
nikmat itu bersifat sementara
(mana-mana 2 isi)

TING.5 : PUISI : PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


HALAMAN : 16 & 17
9
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampong bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kau mesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih


dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dank abut angin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmu


hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbang


menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.

Dipetik daripada Sajak Pesan Lelaki Kecil


Kepada Gadis Kampus, Belati Cinta Zulaikha,2004
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

(i) Berikan maksud dengan percikan duka dan balutan luka (2 markah)

(ii) Sebagai murid, mengapakah anda harus menimba ilmu pengetahuan?


(3 markah)

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? (4 markah)

SKEMA JAWAPAN

10
(i) Maksud dengan percikan duka dan balutan luka ialah mengalami kegagalan
dan kekecewaan (2 markah)

(ii) Sebagai murid, diharuskan menimba ilmu pengetahuan kerana

( 3 markah)

- Supaya kita dapat menggunakan ilmu pengetahuan untuk manfaat diri


sendiri dan orang lain
- Supaya kita dapat menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi
menggunakan ilmu yang dimiliki
- Supaya kita dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat jika
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi

(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas:

( 4 markah)

- Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak -


Sebelum melepaskan anak gadisnya melanjutkan pelajaran di universiti,
penyajak yang merupakan ayah gadis tersebut memberikan nasihat dan
pesanan agar anaknya itu berjaya dan berakhlak mulia.
- Persolan kepentingan pendidikan peringkat tinggi -
Penyajak sanggup melepaskan anak gadisnya melanjutkan pelajaran di
universiti supaya anaknya itu menimba ilmu pengetahuan dan
memperoleh pendidikan peringkat tinggi
- Persoalan pandai membawa diri di perantauan -
Penyajak berpesan kepada anak gadisnya agar pandai membawa diri di
universiti yang jauh dari kampung mereka. Selain itu, suasana di universiti
jauh berbeza dengan tempat tinggal mereka.
(pilih 2 isi dan huraian )

TING.5: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI


HALAMAN : 18

Soalan 2(d) – Puisi Moden


11
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

(i) Berdasarkan sajak Erti Hidup Bererti, apakah yang hendak disampaikan
oleh
penyajak dalam rangkap 1? [2 markah]

12
(ii) Pada pendapat anda, sebagai ahli masyarakat yang prihatin,
bagaimanakah
cara-cara untuk memastikan warga tua di rumah orang-orang tua tidak berasa
sunyi? [3 markah]

(iii) Nyatakan dua pengajaran daripada sajak Erti Hidup Bererti. [4 markah]

SKEMA JAWAPAN

(i) Perkara yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam rangkap 1 ialah:
- Penyajak berasa sunyi
13
- Keadaan tersebut masih sama pada hari berikutnya
- Tiada sesiapa yang datang menziarahinya.
Isi cukup: 2 isi
[2 markah]

(ii) Ssebagai ahli masyarakat yang prihatin, cara-cara untuk memastikan warga
tua di rumah orang-orang tua tidak berasa sunyi ialah:
- Menziarahi mereka secara berkala
- Memberikan hadiah pada tarikh-tarikh penting
- Mengadakan aktiviti bersama-sama mereka
- Mengadakan jamuan makan / meraikan hari-hari penting
- Menghiburkan hati mereka dengan cerita-cerita menarik
- Membantu mereka melakukan kerja-kerja harian
Isi cukup: 2 isi
[3 markah]

(iii) Dua pengajaran daripada sajak Erti Hidup Bererti:


- Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita agar penat
lelah mereka selama ini dapat dibalas. (1+1)

- Kita hendaklah sentiasa menziarahi ibu bapa kita supaya mereka tidak berasa
sunyi. (1+1)

- Kita perlulah menjaga ibu bapa kita setelah mereka tua supaya kebajikan
mereka terjamin. (1+1)

- Kita hendaklah sedar bahawa tiada yang kekal di dunia kecuali Tuhan agar
kita menghargai orang di sekeliling kita. (1+1)

- Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka tidak


bersikap baik dengan kita supaya permusuhan tidak berpanjangan. (1+1)

Isi cukup: 2 isi


[4 markah]

TING.5: SAJAK KUDUP PERANG


HALAMAN : 20

Soalan 2(d) – Puisi Moden

14
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
KUDUP PERANG

Sementara dia bergelar panglima


laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk


ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak


menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya

15
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.

Sehingga senja tiba,


kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

Sajak’ Kudup Perang’, oleh Tuah Saujana


Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

i. Nyatakan sebab kita masih tidak menggelar Jebat sebagai pengkhianat?


[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang seharusnya
kita
contohi pada masa ini?
[3 markah]
iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

SKEMA JAWAPAN

i. Nyatakan sebab kita masih tidak menggelar Jebat sebagai pengkhianat?


[2 markah]
– kerana kita masih bersedih atas ketidak adilan yang berlaku
16
- kerana rakyat masih memanggilnya sebagai keramat.

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang seharusnya kita
contohi pada masa ini?
[4 markah]
- sentiasa bersikap adil, bertanggungjawab dan jujur.
- bertimbang rasa ketika membuat keputusan agar tidak memudaratkan
- tidak bersikap terburu-buru

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]
- Kita hendak mengelakkan persengketaan dan perselisihan faham
agar ….
- kita hendaklah berusaha mencari kebenaran tentang sesuatu perkara
supaya …

TING.5 : BURUNG TERBANG DIPIPISIKAN LADA


HALAMAN : 27

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

17
Kata sahibulhikayat ,maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman
dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di
bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah
kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk
kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat
sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka
Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka;
Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai
lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja
Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu
banyak tiada terpemanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.

(Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam Antologi Sejadah Rindu, DBP.)

(i) Berikan maksud rangkai kata lalu menyuruh berlengkap.


[ 2 markah ]
(ii) Apakah yang dilakukan oleh Syahrunnuwi setelah mengetahui Melaka tiada
takluk kepadanya?
[ 3 markah ]
(iii) Raja Benua Siam mahu Negeri Melaka menjadi takluk jajahannya. Pada
pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan sesebuah kerajaan itu
dijajah?
[ 3 markah]

SKEMA JAWAPAN
( i ) Maksud rangkai kata lalu menyuruh berlengkap ialah
terus diarahkan bersiap sedia

( ii ) Setelah mengetahui Melaka tiada takluk kepadanya, Syahrunnuwi


Paduka Bubunnya menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah
Sultan MuzaffarSyah tidak mahu menyembah ke benua Siam
18
Raja Siam terlalu marah,
lalu menyuruh berlengkap untuk menyerang Melaka.
Baginda menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa rakyat menyerang Melaka

( iii ) Cara untuk mengelakkan sesebuah kerajaan itu dijajah


menjalin hubungan diplomatik dengan negara jiran
menghantar ufti / hadiah
memperkuatkan barisan ketenteraan
sentiasa mengawal pertahanan di sempadan

TING.5 : CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL


HALAMAN : 54-56

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Di surau, selepas solat sunat duha, Penghulu Ibrahim Sigap yang
sudah menghidu bahaya segera mengatur tindakan. Tiga kumpulan pencari, sekitar
19
sepuluh orang setiap kumpulan – termasuk Tuan Booth – meredah belukar di
seluruh pelosok kampung untuk mencari jejak Ahmad Mutawakkil.
Di surau, orang perempuan berkumpul. Suasana murung sekali.
Walaupun air mata Sandra hari itu laksana jawapan, tatkala itu, orang perempuan
hanyut dalam esakan anak gadis Tuan Booth itu.
Misteri cintanya dengan Ahmad Mutawakkil kini jelas terjawab. Namun,
ketika bayangan komunis merayap dalam setiap fikiran orang kampung, impian
untuk berkongsi kisah cinta indah di kampung kami itu sudah tidak bererti.
Menjelang maghrib, ketiga-tiga kumpulan pencari pulang dengan tangan
kosong; tak terkesan sebarang jejak, tak ketemu sebarang tanda atau petunjuk;
kecuali khabar cerita, kononnya ada orang yang terserempak dengan kelibat
sekumpulan komunis yang berkeliaran di hutan di pinggir kampung kala maghrib
semalam.
“Boleh saya tau, siapa budak lelaki yang panggil dia semalam?” tanya
Sandra. Pada waktu itu baru kami sedar, tak seorang pun pasti akan kanak-kanak
itu. Jadi, dalam fikiran kami waktu itu, separuh nyawa Ahmad Mutawakkil seakan-
akan sudah berada di hujung muncung senapang komunis.

Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’


oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan keadaan ketiga-tiga kumpulan


pencari
Ahmad Mutawakkil ketika mereka pulang dari mencari jejak Ahmad
Mutawakkil sewaktu menjelang Maghrib. [2 markah]

(ii) Kes orang hilang sudah tidak asing di negara kita.


Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk
mencari atau menyelamatkan orang yang hilang?
[3 markah]

(ii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

SKEMA JAWAPAN:

(i) - pulang dengan tangan kosong


- tak terkesan sebarang jejak
- tak ketemu sebarang tanda atau petunjuk

(cukup 2 isi)
[2 markah]
20
(ii) Cara :
Melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak polis
Menyebarkan kehilangan tersebut di laman sosial
Meminta bantuan jiran/orang ramai mencari
Menampalkan gambar orang yang hilang di premis-premis perniagaan atau tempat
awam
***mana-mana isi calon yang sesuai diterima
(cukup 3 isi)
[3 markah]

(iii) Satu persoalan daripada petikan:


Persoalan kerjasama yang erat antara penduduk kampung.
Contohnya, penduduk kampung dibahagikan kepada tiga kumpulan oleh Penghulu
Ibrahim Sigap untuk mencari Ahmad Mutawakkil. [1+1]

Satu persoalan daripada cerpen:


Persoalan kasih-sayang sesama ahli keluarga. Contohnya, Tuan Booth bertindak
membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana
beliau menyayangi keluarganya. [1+1]

Persoalan ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan.


Contohnya, penduduk kampung sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi
kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis. [1+1]

Persoalan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah
air. Contohnya, Ahamad sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk
mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah serta kekejaman komunis. [1+1]

Persoalan hubungan cinta yang sangat mendalam. Contohnya, Sandra amat


mencintai Ahamad sehingga dia sanggup kembali semula ke banglo bapanya
setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. [1+1]

Persoalan kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat.


Contohnya, pengganas menyerang banglo Tuan Booth dan membunuh lima
penghuni di banglo itu. [1+1]

[4markah]

TING.5 : CERPEN HIPERTENSI


HALAMAN : 62

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

21
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan
jelak,” tingkahnya kepada babah dan ibu.
     “Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si
anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
     “Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula
sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil
mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu
membela diri.
     Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah
itu pun kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik
dedaun kemaafan.
     “Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan
bawa awak menghadap Guru Besar,” Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran
keras.
     Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria
berkedudukan 90 darjah tepat. Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung
sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman
dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.
     Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada
lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan
terungkai.
     Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi
futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.

Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’


Oleh Illias Zaidi
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pandidikan Malaysia

i) Apakah keistimewaan yang ada pada Aiman Aqil?


[2 markah]

ii) Gejala ponteng sekolah kian membimbangkan masyarakat pada masa ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi masalah
ponteng sekolah ini?
[3 markah]

iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu
latar
masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]

SKEMA JAWAPAN
 
Keistimewaan yang ada pada Aiman Aqil ialah
- Aqil sudah cipta formula sendiri biarpun baru berusia lapan tahun,
- baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik
Tingkatan Lima
(isi cukup :2)
22
Cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah
Penguatkuasaan disiplin sekolah
Peranan guru / guru kaunseling
Pemantauan/ketegasan ibu bapa
Didikan agama
Peranan masyarakat/PIBG
(jawapan lain yang sesuai diterima)
(isi cukup :3)

Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan


- masyarakat pelajar yang suka ponteng sekolah (contoh: Aiman Aqil ponteng
sekolah kerana berasa bosan berada di sekolah)
- masyarakat yang mempunyai keistimewaan/kelebihan/kebijaksanaan (contoh:
Aiman Aqil mempunyai kelebihan/kebijaksanaan yang luar biasa)
- masyarakat yang memandang rendah terhadap orang lain(contoh: Aiman Aqil
memandang rendah terhadap kawannya yang tidak dapat menyelesaikan masalah
matematik)
- masyarakat ibu bapa yang tidak memahami/prihatin anak-anak (contoh: ibu bapa
Aiman Aqil tidak memahami/prihatin dengan masalah Aiman Aqil hadapi di sekolah)

(isi cukup 1+1)

Latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen


- masyarakat yang suka berimaginasi/berhalusinasi(contoh: Aiman Aqil berimaginasi
menjadi seorang angkasawan)
- masyarakat yang insaf akan kesalahan (contoh: Aiman Aqil berasa insaf dan
menyedari kesalahannya)
- masyarakat guru (contoh: Cikgu faridah merupakan guru kelas Aiman Aqil)
(isi cukup 1+1)

TING.5 : CERPEN GERHANA MANUSIA


HALAMAN : 69 - 71

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

23
Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar
Musa itu mati; lebih bermanfaat kepada yang hidup. “Dia sudah tidak boleh
diselamatkan. Dia di ambang sakaratulmaut. Syahadah, Yasin lebih diperlukan.
Kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?”
“Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup.”
“Untuk membela atau membuang kemanusiaan?”
“Jangan terlalu beremosi. Kita dibayar gaji.”
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal
memadamkan amarah hati. “Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke
tubuhnya, 50 pek darah juga keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi?
Prognosisnnya terlalu tipis.”
“Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya
muram.
“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat,
padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh
dibeli?”
“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit
Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang
koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh
dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.
Dipetik daripada cerpen ‘Gerhana Manusia’
oleh Aminah Mokhtar
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan pandangan ‘aku’ terhadap Tuan


Besar
Musa. [2 markah]

(ii) Doktor merupakan profesion yang sangat mulia di mata masyarakat.


Apakah etika seorang doktor yang perlu dipatuhi ketika merawat seseorang
pesakit. [3 markah]

(ii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu
pengajaran
lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

SKEMA JAWAPAN

(i) Pandangan ‘aku’ terhadap Tuan Besar Musa:


- Biar Tuan Besar Musa itu mati, lebih bermanfaat kepada yang hidup.
- Dia sudah tidak boleh diselamatkan.
- Dia di ambang sakaratulmaut.
24
2 isi cukup
[Maksimum: 2 markah]

(ii) Etika seorang doktor yang perlu dipatuhi ketika merawat seseorang pesakit.
- menghormati pesakit dan hak-hak mereka
- tidak mendatangkan kemudaratan kepada pesakit
- memberi keadilan kepada pesakit
- memastikan rawatan dan ubat yang diberi mendapat syafaat/manfaat kepada
pesakit
2 isi cukup
[Maksimum: 3 markah]

(iii) pengajaran yang terdapat dalam petikan:


- kita hendaklah merawat pesakit dengan ikhlas tanpa mengira status atau
kedudukan.
Contoh: Nusia mempertikaikan sikap Profesor Doktor Juandi yang mementingkan
darjat seseorang pesakit.
- kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
Contoh: Walaupun Nusia tidak menyukai Tuan Besar Musa, dia tetap menjalankan
tugasnya merawat Tuan Besar Musa.

Pengajaran daripada keseluruhan cerpen:


- kita mestilah berani mengambil/membuat sesuatu tindakan
Contoh: Nusia berani mengambil pek darah untuk diberikan kepada pesakit di Unit
Rawatan Rapi.
- kita hendaklah menyayangi sesama manusia.
Contoh: Nusia amat mengambil berat tentang pesakit di Unit Rawatan Rapi kerana
sayang akan mereka.
[Maksimum: 4 markah]

TING.5 : DRAMA BUKAN GILA


HALAMAN : 89

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

25
DOKTOR Encik Azmir apa khabar?

AZMIR Baik, doktor. Doktor?

DOKTOR Saya juga baik. Terima kasih. Encik Azmir suka tak kalau saya
benarkan Encik Amir keluar bersiar-siar di luar sana?

AZMIR (Tidak sabar). Saya suka, tuan doktor. Terima kasih, tuan doktor.

DOKTOR Saya benarkan Encik Azmir keluar bersiar-siar di luar kerana Encik
Azmir telah memperlihatkan kelakuan yang baik, tetapi jangan pergi
jauh-jauh. Selepas bersiar-siar, Encik Azmir mesti balik ke sini semula.
Jika Encik Azmir boleh patuh kepada syarat ini, Encik Azmir boleh
keluar sekarang.

AZMIR (Sambil keluar). Terima kasih, tuan doktor.

DOKTOR Jangan pergi jauh-jauh. Encik Azmir hanya boleh pergi di sekitar
kawasan ini saja.

Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’


Dalam antologi Sejadah Rindu

(i) Berdasarkan petikan drama, nyatakan sebab Azmir dibenarkan keluar


bersiar-siar di kawasan hospital? [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seorang pesakit perlu mematuhi


nasihat
dan arahan seorang doktor? [ 3 markah ]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama dan satu
persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [ 4 markah ]

SKEMA JAWAPAN

(i) Berdasarkan petikan drama, sebab Azmir dibenarkan keluar bersiar-siar di


kawasan hospital adalah kerana [ 2 markah ]

- Encik Azmir telah memperlihatkan kelakuan yang baik


- Encik Azmir boleh mematuhi syarat yang ditetapkan oleh doktor.
- Encik Azmir bersiar-siar di sekitar kawasan hospital itu sahaja.
26
(ii) Pada pendapat saya, sebab seorang pesakit perlu mematuhi nasihat dan
arahan seorang doktor [3 markah]

- Doktor mengetahui jenis penyakit dan cara menyembuhkannya


- Supaya pesakit boleh menjaga kesihatannya.
- Supaya cepat sembuh
- Supaya pesakit tidak melakukan tindakan yang melambatkan proses
penyembuhan

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama dan satu
persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [ 4 markah ]

Satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama


- Tanggungjawab seorang doktor menjaga kebajikan pesakitnya.
Contohnya, doktor bertanyakan tentang kesihatan pesakitnya, Azmir.
- Tanggungjawab seorang pesakit menerima nasihat doktor.
Contohnya, Azmir menerima nasihat doktor dengan hati yang terbuka.

Satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama


- Ketabahan seorang pesakit barah otak
Contohnya, Azmir yang menghidap barah otak melawan penyakitnya itu
bersendirian tanpa ibu dan bapanya mengetahui kesakitan itu.
- Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya.
Contohnya, Azmir berterima kasih kepada ibu bapanya yang telah melahirkan
dan membesarkannya.
- Kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya.
Contohnya, Azmir amat mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu
Azmir berhadapan dengan penyakit barah otak.
- Kepentingan wang dalam kehidupan.
Contohnya, wang telah terbukti dapat mengawal fikiran dan sekali gus mengawal
kuasa manusia dan dunia.

27

Anda mungkin juga menyukai