Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN

[ 35 markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Kehidupan dalam era teknologi maklumat kini dikhuatiri mengurangkan semangat
patriotisme dalam kalangan generasi muda. Oleh itu kita perlulah menerapkan semangat
cinta akan negara dalam kalangan remaja. Misalnya kita perlulah menyuntik semangat juang
yang tinggi dalam kalangan anak-anak muda untuk meraih pingat bagi negara Malaysia
dalam Sukan SEA Kuala Lumpur. Golongan muda juga perlu bersemangat memeriahkan
sambutan perarakan pada Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
Para guru sudah lebih 60 tahun memainkan peranan memupuk semangat
patriotisme dan rasa cinta akan tanah air dalam kalangan murid tanpa jemu. Bagaimanapun,
pendidikan awal di rumah menjadi teras utama dalam memupuk semangat patriotisme
dalam jiwa anak. Ibu bapalah pendidik utama tentang pengorbanan generasi dahulu dalam
mempertahankan maruah negara. Golongan guru hanyalah pemangkin dalam usaha
memastikan kelangsungan semangat cinta akan negara yang sedia ada.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Guru Pemupuk Semangat Patriotisme Murid”
Oleh Abdul Ghoni Ahmad, Majalah Pendidik bil 109

Bahan 2
Mencintai negara mestilah dengan sejujur hati dan setulus jiwa. Semangat
patriotisme dan cinta akan negara harus diterapkan kepada generasi muda sejak di bangku
sekolah lagi. Semangat ini tidak seharusnya dipraktikkan melalui sambutan perarakan pada
Hari Kebangsaan 31 Ogos atau 16 September sahaja, malah sewajarnya diterapkan pada
setiap masa. Generasi muda hari ini bukan sahaja patut sentiasa didedahkan dengan
sambutan yang diadakan, malah mereka juga perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa
dan mengibarkan jalur gemilang bagi menghayati semangat patriotisme.
Rata-rata sambutan yang dihadiri sebelum ini dimonopoli oleh golongan remaja dan
belia melalui perarakan yang sungguh unik bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan dan
Hari Malaysia yang sangat bererti kepada rakyat negara ini. Justeru, rasa cinta akan tanah air
yang ada dalam sanubari setiap rakyat tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak demi
masa depan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Semarak Cinta Negara” Oleh Dr Aminudin Mansor, Majalah Pendidik bil 115

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud hanyalah pemangkin.


[2 Markah]

Berdasarkan Bahan 1, maksud hanyalah pemangkin ialah semata-mata (1m) pemcetus (1m).
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, pengarang menyatakan beberapa cara untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan remaja. Apakah persamaan dan perbezaan cara-cara
memupuk semangat patroitisme dalam kalangan remaja?
[3 Markah]

Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, pengarang menyatakan beberapa cara untuk


memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja. Apakah persamaan dan perbezaan
cara-cara memupuk semangat patroitisme dalam kalangan remaja ialah sambutan
perarakan pada Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. persamaan dan
perbezaan cara-cara memupuk semangat patroitisme dalam kalangan remaja ialah bahan 1,
menerapkan semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja manakala bahan 2,
menghayati sejarah perjuangan bangsa dan mengibarkan jalur gemilang bagi menghayati
semangat patriotisme.

(iii) Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, kita perlulah sentiasa mempertahankan
kedaulatan negara kita.
Pada pendapat anda, apakah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan kedaulatan
negara?
[3 Markah]

Pada pendapat anda, perkara yang boleh saya lakukan untuk mempertahankan kedaulatan
negara ialah menyertai pasukan polis atau tentera Malaysia untuk mempertahankan negara.
Saya akan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakan-rakan saya yang berbilang kaum.

(iv) Anda dapati ada sebilangan rakyat Malaysia menghina bendera negara Jalur Gemilang.
Kemukakan tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang menghina Jalur Gemilang.
[4 Markah]

Tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang menghina Jalur Gemilang ialah
mengenakan hukuman khidmat masyarakat kepada mereka, mengenakan hukuman penjara
dan didakwa ke mahkamah.

Anda mungkin juga menyukai