Anda di halaman 1dari 6

Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan

dan

Pemahaman,

Karangan

Respons

Terbuka

dan

Karangan

Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PMR)


penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang
menandakan:
wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan,
ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama
ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti
surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur
kritikan

sastera

yang

dibajai

oleh

pengetahuan

tentang

teori

dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera


yang banyak.
i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada
ketika ini, pada waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak
sesuai lagi dengan keadaandewasa ini.
berpendapat dewasa
karangan.

Saya

ini kurang
juga

Ada sesetengah guru

sesuai

berpendapat

untuk

memulakan

demikian

dan

penggunaan dewasa ini sesuai digunakan seperti dalam ayat


contoh tersebut.
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses
itu sahaja mungkin mengambil masa satu darsawarsa; perayaan ~
perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb
sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh.
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .)
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi,

15. Pada tahun-tahun belakangan ini,


ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas
perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke
seterusnya)
1.

Antara,

2.

Selain itu,

3.

Di samping itu,

4.

Sementara itu, (untuk unsur pertentangan/keadaan yang

berbeza)
5.

Dalam pada itu,

6.

Lain daripada itu, (boleh digunakan, sebab ada ungkapan lain

daripada yang lain)


7.

Dalam pada itu,

8.

.. Seterusnya,

9.

Begitu juga dengan.

10.

Ahkir sekali, (untuk isi yang terakhir, bukannya untuk

kesimpulan)
iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1.

Saya berpendapat demikian kerana

2.

Hal ini dikatakan demikian kerana

3.

Hal ini berlaku kerana

4.

Hal ini terjadi kerana

5.

Hal ini disebabkan oleh

6.

Hal ini wujud akibat daripada

7.

Hal ini bersangkut-paut dengan

8.

Hal ini berpunca daripada

9.

Hal ini tercetus apabila

10.

Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan


1.

Misalnya,

2.

Contohnya,

3.

Sebagai contoh,

4.

Tamsilnya,

tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu


tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran
yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia

menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi


~ dan ibarat;
bertamsil menggunakan tamsil (contoh);
5.

Seperti yang kita sedia maklum,

6.

Antaranya adalah seperti

7.

Satu contoh

8.

Satu cara

9.

Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh


1.

Hal ini mengakibatkan

2.

Hal ini menyebabkan

3.

Oleh itu,

4.

Maka,

5.

Oleh hal yang demikian,

6.

Oleh sebab itu,

7.

Jelaslah bahawa

8.

Justifikasinya,

justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar


dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg
dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~
sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai
alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan
tersebut;
menjustifikasikan

memberikan

justifikasi

kpd:

mereka

perlu

memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu.


vi)Penanda menutup isi
1.

Kesannya,

2.

Natijahnya,

natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan,


akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik
natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial sepertr
itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu.
3.

Akibatnya,

4.

Akhirnya, (menegaskan kesudahan kesan dan akibat sesuatu

perkara. Bukannya untuk isi yang terakhir)


5.

Dengan itu,

6.

Kesudahannya,

7.

Dengan berbuat demikian,

8.

Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini
memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan
semua pihak. (Huraian 2)
1.

justeru (membawa maksud malahan, bahkan, sebaliknya.

BUKANNYA bermaksud oleh itu (justeru itu)


2.

juga(mesti di belakang frasa nama; Contohnya; Ibu saya guru

juga . Bukannya: Ibu saya juga doktor. .


3.

malah

4.

malahan

5.

tambahan pula

6.

sementelahan

7.

bahkan juga

8.

sekali gus

9.

di samping

10.

bahkan

11.

malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup


1.

Kesimpulannya,

2.

Intihanya,

intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup.


3.

Secara tuntas,

tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis


(air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai,
sempurna: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa
Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~
secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja);

3. singkat dan tegas;


menuntaskan 1.

mencurahkan

semua

(habis-habisan),

menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;


ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas;
ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.
4.

Tuntasnya,.

5.

Konklusinya,

konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan,


dll), kesimpulan.
6.

Sebagai penutup wacana,

7.

Sebagai penghias bicara akhir,

8.

Sebelum mengakhiri wacana ini,

9.

Secara keseluruhan,

10.

Secara total,

total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah


semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut
berperang);
ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).
11.

Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang


berbeza
1.

Walau bagaimanapun,

2.

Namun demikian,

3.

Namun begitu,

4.

Meskipun,

5.

Daripada perspektif yang berbeza,

6.

Jika dilihat dari sudut lain,

7.

Dengan kata lain,

8.

Kontradiksinya,

9.

Di sebalik itu,

10.

Dalam pada itu,

11.

Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik

termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat


1.

___bak /seperti kata peribahasa, (bak bermaksud sebagai,

seperti: bak kata orang tua-tua, tak ada gading yang tak reta. Bak
tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat selepas tanda noktah,
sebaliknya selepas tanda baca ( , ). Sesungguhnya tiada sesuatu
yang betul-betul sempurna, bak kata orang tua- tua, tak ada
gading yg tak retak.
2.

___bak kata peribahasa Melayu,

3.

___bak kata pepatah Melayu,

4.

___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll

5.

___bak kata mutiara,

6.

___bak peribahasa,

7.

___bak pepatah,

8.

___bak kata cendekiawan,/ pujangga

9.

___persis kata peribahasa,

persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak
seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn
waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;
kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg
ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi
~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu
bahasa Melayu yg dikuasai.
10.

___persis kata peribahasa Melayu,

11.

___persis kata orang tua-tua,

12.

___persis kata mutiara,

13.

___persis peribahasa,

14.

___persis kata cendekiawan,

15.

Hal ini boleh disamakan

dengan peribahasa yang

bermaksud
16.

Senario ini persis peribahasa Melayu, yakni..

17.

Fenomena ini dikatakan

18.

Masalah ini ada persamaan dengan peribahasa

19.

Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan . janganlah

nantislogan tinggal slogan.


20.

Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh

semua, jangan hanya menyebutnya saja.

Anda mungkin juga menyukai