Anda di halaman 1dari 12

Penanda Wacana

3 jenis penanda wacana: i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi ii. Memperjitu organisasi penulisan. iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi Beri pengertian kepada persoalan berkaitan waktu. Contoh: Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya, dsbnya. Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas. Memperjitu orgonisasi Penulisan Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Beritahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan kepada bahagian tertentu. Contoh: Sebagai kesimpulan, untuk merumuskan, contohnya, tegasnya, dapat dinyatakan bahawa pertama, ahkir sekali, dengan kata lain, dalam hal ini, dalam hubungan ini untuk menjelaskan lagi Nota: Setiap frasa yang diikuti koma (,) seperti contoh di atas diwajibkan meletakkan koma dalam penulisan. Menghubungkan fakta dengan fakta atau ide dengan ide yang lain Halliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian, iaitu: a. Menambah atau memperluas ide Contoh: dan

selanjutnya, di samping itu, selain itu, lebih-lebih lagi tambahan pula, begitu juga, seterusnya, satu lagi dsbnya. b. Menunjukkan pertentangan ide Contoh: tetapi Sebaliknya, pada masa yang sama walaupun walau bagaimanapun, walaupun demikian sama ada sebenarnya, dan sebagainya. c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat. Contoh: jadi, Oleh sebab itu, disebabkan oleh yang demikian, untuk tujuan itu, maka (kata pangkal ayat) Berikutan itu, Dengan demikian, kecuali dengan syarat justeru

tetapi - Sekiraya tetapi terletak pada permulaan ayat ia mestilah diikuti dengan tanda koma. contoh: ... Tetapi, ... sebaliknya - Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma (,) sebelum perkataan 'sebaliknya'. Contoh:..., sebaliknya...

pangkal ayat - Di antara contoh-contoh pangkal ayat ialah seperti berikut: hatta, arakian, sebermula, alkisah. justeru - penggunaan 'justeru itu' adalah salah dari segi tatabahasa Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PMR) penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan: wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak. i) Penanda wacana untuk memulakan karangan 1. Pada era globalisasi ini, 2. Dalam meniti arus kemodenan ini, 3. Dewasa ini-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini. Ada sesetengah guru berpendapat dewasa ini kurang sesuai untuk memulakan karangan. Saya juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa ini sesuai digunakan seperti dalam ayat contoh tersebut. 4. Pada masa ini, 5. Kini, 6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu darsawarsa; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh. 7. Sejak sedekad yang lalu, 8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .) 9. Belakangan ini, 10. Sejak akhir-akhir ini, 11. Baru-baru ini, 12. Umum mengetahui bahawa, 13. Sejak zaman-berzaman

14. Sejak dahulu lagi, 15. Pada tahun-tahun belakangan ini, ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya) 1. Antara, 2. Selain itu, 3. Di samping itu, 4. Sementara itu, (untuk unsur pertentangan/keadaan yang berbeza) 5. Dalam pada itu, 6. Lain daripada itu, (boleh digunakan, sebab ada ungkapan lain daripada yang lain) 7. Dalam pada itu, 8. .. Seterusnya, 9. Begitu juga dengan. 10. Ahkir sekali, (untuk isi yang terakhir, bukannya untuk kesimpulan) iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan 1. Saya berpendapat demikian kerana 2. Hal ini dikatakan demikian kerana 3. Hal ini berlaku kerana 4. Hal ini terjadi kerana 5. Hal ini disebabkan oleh 6. Hal ini wujud akibat daripada 7. Hal ini bersangkut-paut dengan 8. Hal ini berpunca daripada 9. Hal ini tercetus apabila 10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya.. iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan 1. 2. 3. 4. Misalnya, Contohnya, Sebagai contoh, Tamsilnya,

tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm

sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); 5. 6. 7. 8. 9. Seperti yang kita sedia maklum, Antaranya adalah seperti Satu contoh Satu cara Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Hal ini mengakibatkan Hal ini menyebabkan Oleh itu, Maka, Oleh hal yang demikian, Oleh sebab itu, Jelaslah bahawa Justifikasinya,

justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut; menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. vi)Penanda menutup isi 1. 2. Kesannya, Natijahnya,

natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadangkadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu.

3. Akibatnya, 4. Akhirnya, (menegaskan kesudahan kesan dan akibat sesuatu perkara. Bukannya untuk isi yang terakhir) 5. Dengan itu, 6. Kesudahannya, 7. Dengan berbuat demikian, 8. Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) 1. justeru (membawa maksud malahan, bahkan, sebaliknya. BUKANNYA bermaksud oleh itu (justeru itu) 2. juga(mesti di belakang frasa nama; Contohnya; Ibu saya guru juga . Bukannya: Ibu saya juga doktor. . 3. malah 4. malahan 5. tambahan pula 6. sementelahan 7. bahkan juga 8. sekali gus 9. di samping 10. bahkan 11. malar-malar viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup 1. 2. Kesimpulannya, Intihanya,

intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup. 3. Secara tuntas,

tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan

supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya; ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas. 4. 5. Tuntasnya,. Konklusinya,

konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. 6. 7. 8. 9. 10. Sebagai penutup wacana, Sebagai penghias bicara akhir, Sebelum mengakhiri wacana ini, Secara keseluruhan, Secara total,

total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang); ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya). 11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Walau bagaimanapun, Namun demikian, Namun begitu, Meskipun, Daripada perspektif yang berbeza, Jika dilihat dari sudut lain, Dengan kata lain, Kontradiksinya, Di sebalik itu,

10. 11.

Dalam pada itu, Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat 1. ___bak /seperti kata peribahasa, (bak bermaksud sebagai, seperti: bak kata orang tua-tua, tak ada gading yang tak reta. Bak tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat selepas tanda noktah, sebaliknya selepas tanda baca ( , ). Sesungguhnya tiada sesuatu yang betul-betul sempurna, bak kata orang tua- tua, tak ada gading yg tak retak. 2. ___bak kata peribahasa Melayu, 3. ___bak kata pepatah Melayu, 4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll 5. ___bak kata mutiara, 6. ___bak peribahasa, 7. ___bak pepatah, 8. ___bak kata cendekiawan,/ pujangga 9. ___persis kata peribahasa, persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. 10. ___persis kata peribahasa Melayu, 11. ___persis kata orang tua-tua, 12. ___persis kata mutiara, 13. ___persis peribahasa, 14. ___persis kata cendekiawan, 15. Hal ini boleh disamakan dengan peribahasa yang bermaksud 16. Senario ini persis peribahasa Melayu, yakni.. 17. Fenomena ini dikatakan 18. Masalah ini ada persamaan dengan peribahasa 19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan . janganlah nantislogan tinggal slogan.

20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua, jangan hanya menyebutnya saja.

penanda wacana yang menarik :D


PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan

terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

http://www.scribd.com/doc/60256917/Frasa-Menarik-Kata-kata-Hikmat-PenandaWacana

http://cikgutancl.blogspot.com/2008/07/penanda-wacana.html

Anda mungkin juga menyukai