Anda di halaman 1dari 33

http://guruselamanya.wordpress.

com/2011/03/02/penanda-wacana/

Penanda wacana
Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan Terbuka dan dan Pemahaman, Karangan Karangan Berpandukan Respons Bahan

Rangsangan pada peringkat PMR) penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan: wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori danwacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak. i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini, 2. Dalam meniti arus kemodenan ini, 3. Dewasa ini-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini. Ada sesetengah guru berpendapat dewasa

ini kurang sesuai untuk memulakan karangan. Saya juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa ini sesuai digunakan seperti dalam ayat contoh tersebut. 4. Pada masa ini, 5. Kini, 6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu darsawarsa; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh. 7. Sejak sedekad yang lalu, 8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .) 9. Belakangan ini, 10. Sejak akhir-akhir ini, 11. Baru-baru ini, 12. Umum mengetahui bahawa, 13. Sejak zaman-berzaman 14. Sejak dahulu lagi, 15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Antara, Selain itu, Di samping itu, Sementara itu, Dalam pada itu, Lain daripada itu Dalam pada itu, Seterusnya, Begitu juga dengan

10. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Ahkir sekali, Saya berpendapat demikian kerana Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini berlaku kerana Hal ini terjadi kerana Hal ini disebabkan oleh Hal ini wujud akibat daripada Hal ini bersangkut-paut dengan Hal ini berpunca daripada Hal ini tercetus apabila Tindakan tersebut perlu dilakukan

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

supaya.. iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan 1. 2. 3. 4. Misalnya, Contohnya, Sebagai contoh, Tamsilnya,

tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula

beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); 5. 6. 7. 8. 9. Seperti yang kita sedia maklum, Antaranya adalah seperti Satu contoh Satu cara Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Hal ini mengakibatkan Hal ini menyebabkan Oleh itu, Maka, Oleh hal yang demikian, Oleh sebab itu, Jelaslah bahawa Justifikasinya,

justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut;

menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. vi)Penanda menutup isi 1. 2. Kesannya, Natijahnya, keputusan itu baik (daripada sesuatu), natijah kesudahan, daripada

natijah -Ar tidak suka

kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan natijahnya; perkembangan ekonomi kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu, Kesudahannya, Dengan berbuat demikian, Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

justeru juga malah malahan tambahan pula sementelahan bahkan juga sekali gus di samping bahkan malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup 1. 2. Kesimpulannya, Intihanya,

intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup. 3. Secara tuntas, tidak mengalir lagi (kerana sudah habis

tuntas 1.

dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segalagalanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa

Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat menuntaskan 1. galanya; ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas. 4. 5. Tuntasnya,. Konklusinya, dan mencurahkan semua tegas; (habis-habisan),

menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-

konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. 6. 7. 8. 9. 10. Sebagai penutup wacana, Sebagai penghias bicara akhir, Sebelum mengakhiri wacana ini, Secara keseluruhan, Secara total,

total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang); ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).

11.

Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Walau bagaimanapun, Namun demikian, Namun begitu, Meskipun, Daripada perspektif yang berbeza, Jika dilihat dari sudut lain, Dengan kata lain, Kontradiksinya, Di sebalik itu, Dalam pada itu, Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat 1. ___bak /seperti kata peribahasa, bak I -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. 2. 3. 4. ___bak kata peribahasa Melayu, ___bak kata pepatah Melayu, ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll

5. 6. 7. 8. 9.

___bak kata mutiara, ___bak peribahasa, ___bak pepatah, ___bak kata cendekiawan,/ pujangga ___persis kata peribahasa,

persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. yakni 17. 18. 19. Fenomena Masalah ini sama ini dengan dikatakan peribahasa Hal ___persis ___persis ___persis ___persis ___persis ini sama kata dengan kata kata peribahasa orang kata Melayu, tua-tua, mutiara, peribahasa, cendekiawan, peribahasa

Senario ini persis dengan peribahasa Melayu,

Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan

20.

Saya berharap agar slogan _________ dijadikan

pegangan oleh semua


Like One blogger likes this post.
PENANDA WACANA Disebabkan kekangan masa dan kesihatan, saya hanya akan memuatkan maklumat berkaitan penanda wacana ini yang dipetik daripada beberapa penulisan dalam blog-blog berkaitan..

Dipetik daripada : http://cikgutancl.blogspot.com/2008/07/penanda-wacana.html Penanda Wacana Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya. Penanda Wacana i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini,

h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,

f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan

p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......... Dipetik daripada : staff.iiu.my/mascitah/penandawacana.doc.

Penanda Wacana A 1. Andaikan perkara ini berlanjutan, 2. Apa yang membimbangkan kita ialah 3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita ... 4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah... 5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa... 6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa 7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini, 8. Ada pihak yang beranggapan bahawa 9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa 10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan 11. Adalah dipercayai bahawa... 12. Adalah lebih Afdal (baik) jika... 13. Adalah memalukan kita kerana 14. Adanya perkara ini kerana 15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika.... 16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan 17. Adat di dunia memang begitu, 18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana... 19. Adiwarna (memang bagus) jika kita...... 20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan...

21. Advis (nasihat) saya ialah ... 22. Aduan yang kita sering terima uialah... 23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan 24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa... 25. Agak membimbangkan kita kerana... 26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah... 27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan.... 28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana.. 29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya, 30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa 31. Alam terbentang menjadi saksi, 32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa 33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita.... 34. Amnya, (Umumnya) 35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana.... 36. Angkara perbuatan ini, 37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa.... 38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah ... 39. Atas dasar perikemanusiaan, 40. Ayuhai manusia,.... B 41. Bagaimana pun, 42. Bahang masalah in semakin terasa kerana 43. Bagunlah wahai rakyatku, 44. Barangkali kita terlupa bahawa... 45. Baru-baru ini, 46. Belakangan ini,

47. Bayangkan suatu hari nanti, 48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan... 49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka... 50. Belukar kehidupan ini mengajar kita.... 51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa 52. Bernas sekali anggapan bahawa... 53. Biasanya, 54. Bobroknya (rosaknya) masyarakat hari ini kerana... 55. Bulan dan bintang menjadi saksi bahawa C 56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor... 57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana 58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan.. 59. Cukuplah sekadar ini, 60. Cukup malu kerana... D 61. Dada manusia yang kejam ini.. 62. Dada insan yang rakus (tamak) ini... 63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan... 64. Dakwaan yang mengatakan bahawa... 65. Dakwaan ini memang tepat kerana 66. Dakwaan ini tidak berasas kerana 67. Dalam mengharungi arus globalisasi, 68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini, 69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari, 70. Dalam hal ini, 71. Dalam ajaran agama dan moral,

72. Dalam mengaplikasikan nilai ini, 73. Dalam pada itu, 74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah 75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa... 76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa.... 77. Dapat kita simpulkan bahawa... 78. Daripada membiarkan masalah ini kronik, 79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa... 80. Dalam hal sedemikian, 81. Dengan berbuat demikian, 82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita.. 83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan... 84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana 85. Diskriminasi kaum menyebabkan... E 86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita 87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan. 88. Ekoran daripada peristiwa ini, 89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa.. 90. Entah mengapa, F 91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa... 92. Faktor utama ialah.. 93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah 94. Fasal (berkenaan) itu, 95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah... 96. Fokus utama topik kita ialah...

97. Fungsi utama ialah.. G 98. Galakan ini datangnya daripada... 99. Gamatlah suasana kerana ... 100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana... 101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa 102. Gejala ini ada kaitan dengan.... 103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila... 104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan.... 105. Generasi dotkom ini mementingkan.. 106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila... 107. Gundah sekali apabila.... 108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,, H 109. Habis (jadi), 110. Hala tuju kerajaan ialah... 111. Hal ini demikian kerana 112. Hal ini berlaku kerana... 113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana... 114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana...

115. Hal ini berpunca daripada... 116. Hal ini menyebabkan... 117. Hal ini menghalang usaha kita... 118. Hampanya ibu bapa apabila... 119. Harapan kita ialah... 120. Harapan negara ialah... 121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan

122. Hipotesisnya ialah... 123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana... 124. Hujah yang dikatakan... 125. Hujah itu memang tepat kerana... I 126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan... 127. Idea ini menyebabkan 128. Ideologi ini memang benar kerana... 129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana 130. Ijtihad pelbagai pihak ialah... 131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan... 132. Iman manusia semakin menipis kerana.. 133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik, 134. Impaknya(kesannya) ialah 135. Impak daripaha hal ini menyebabkan... 136. Ingatlah bahawa... 137. Ingat, 138. Insaflah wahai manusia, 139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana... 140. Istilah malas memang bahaya kerana... 141. Izinkan saya katakan bahawa.... J 142. Jika ditinjau dari sudut agama, 143. Jauhari berpendapat bahawa, 144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa 145. Jadi, 146. Berjaga-jagalah kita,

147. Jagat (dunia) ini amat luas, 148. Jagatraya (seluruh dunia) ini, 149. Jago (juara) politik beranggapan, 150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana 151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin 152. Jak ( semenjak / dari) 153. Jalan hidup yang lurus ini 154. Jauh di sudut hati, 155. Jauh berbeza daripada orang lain, 156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan 157. Jentera kerajaan mestilah 158. Jihad (perjuangan) manusia 159. Justifikasinya, (alasannya) 160. Jurang pemisah in menyebabkan

K 161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa 162. Kaca mata ini sentiasa melihat 163. Kadangkala, 164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan 165. Kala manusia bermain dengan kezaliman, 166. Kalakian, ( ketika itu) 167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila 168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan 169. Kancah politik menyebabkan 170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga 171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan 172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana

173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila 174. Kata Perdana Menteri, 175. Kata golongan intelek, 176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa 177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa 178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah 179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila 180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan 181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya) 182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana 183. Kelak, 184. Kemudiannya, 185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan 186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan 187. Kekentalan hidup mengajar kita 188. Kerenah manusia pada zaman moden ini, 189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila 190. Khususnya, 191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana 192. Kini, 193. Kira-kira sedekad lalu, 194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa 195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila 196. Kombinasi ini menyebabkan 197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan 198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana 199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa

200. Konklusinya, 201. Konsep ini sesuai kerana 202. Kontradiksinya, (sebaliknya) 203. Kekosongan jiwa menyebabkan 204. Kotornya sanubari seseorang jika 205. Kreativiti ini menyebabkan 206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana 207. Kritikalnya masalah ini kerana 208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila 209. Kurangnya pendidikan menyebabkan L 210. Lagipun, 211. Lagi pula, 212. Langkah yang sesuai ialah 213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa 214. Lebih-lebih lagi, 215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana 216. Lahiriahnya ( pada awalnya) 217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana 218. Lanjutan daripada peristiwa itu, 219. Lantangnya suara manusia menyebabkan 220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang 221. Lebih-lebih lagi, 222. Leganya kita jika 223. Lillahi, (demi Tuhan) 224. Lumrahnya, (lazimnya) 225. Lumpur hidup ini memang begitu,

M 226. Maknanya, 227. Maka, 228. Masa sekarang 229. Malangnya, 230. Malang tidak berbau, 231. Masihkah anda ingat, 232. Misalnya, S 233. Sementelahan, T 234. Tempiasnya (kesannya)

Penanda Wacana Ditulis oleh Munsyi Bahasa | www.tutor.com

DALAM sesuatu ayat terkandung sesuatu idea, hujah, atau pandangan penulis atau pengucap. Semua itu dikatakan maklumat tentang sesuatu topik. Beberapa maklumat ini dianggap tidak mempunyai pautan yang lengkap sebagai satu kesatuan tatabahasa jika tanpa penanda wacana, atau jika tidak mempunyai penanda wacana yang lengkap. Oleh yang demikian, dalam sesuatu wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat dapat melahirkan kesatuan yang utuh, kerana wacana itu sendiri, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik. Penanda wacana berupa kata atau rangkai kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat.

Dalam bahasa Melayu terdapat sekurang-kurangnya lima penanda wacana, iaitu penanda wacana penghubung, penanda wacana rujukan, penanda wacana penggantian, penanda wacana leksikal, dan penanda wacana elepsis atau pengguguran. Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis pula, iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab, dan penghubung tempoh. Dalam tulisan, kali ini, akan dihuraikan dua jenis penanda wacana penghubung sahaja, iaitu penanda wacana penghubung tambahan, dan penanda wacana tentangan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan sebelumnya. Antara penanda jenis ini termasuklah dan, tetapi, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini: 1. Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan lebih lebat. 2. Rakyat hendaklah cinta akan negara ini. Di samping itu mereka juga harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara. Dalam ayat (1), penanda wacana malahan menghubungkan maklumat baharu (maklumat tambahan), iaitu lebih lebat kepada maklumat yang terdahulu , yakni Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu subuh tadi lebih lebat bukannya reda. Dalam ayat (2) pula penanda wacana di samping itu menghubungkan maklumat baharu mereka harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara dengan maklumat awal Rakyat hendaklah cinta akan negara ini. Penghubung tentangan pula ialah penghubung wacana yang menunjukkan wujudnya pertentangan maklumat antara satu maklumat yang baharu dengan

maklumat sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara contoh penanda wacana tentang ini termasuklah tetapi, namun, sebaliknya, namun begitu, dan walau bagaimanapun. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini: 3. Dia sudah tiga bulan berhenti merokok. Namun, sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya. 4. Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan serta langkahlangkah pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha ini. Dalam ayat (3), penanda wacana namun menghubungkan maklumat pertentangan antara ayat pertama. iaitu Dia sudah tiga bulan berhenti merokok, dengan maklumat tentangan ia ingin menghisap rokok kembali apabila melihat rakanrakannya sepejabatnya merokok dalam ayat kedua. Dalam ayat (4), maklumat berkenaan dengan usaha pihak Kementerian Kesihatan mengeluarkan panduan serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik dipertentangkan dengan maklumat baharu, iaitu masih terdapat sebilangan orang ramai yang memandang sepi akan usaha ini; dengan menggunakan penanda wacana penghubung tentangan walau bagaimanapun. Secara mudah, ayat (3) dan (4) dapat ditunjukkan proses pembentukannya seperti yang berikut: 3. Ayat tunggal: Dia sudah tiga bulan berhenti merokok. Ayat majmuk: Sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya. Penanda wacana: namun 4. Ayat tunggal: Sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan

usaha ini. Ayat gabungan: Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang ramai dari semasa ke semasa Penanda wacana: walau bagaiman pun Dipetik daripada : Smkrajaperempuanipoh.com/MGC/KintaUtara/.../BM/Wacana.doc

PENANDA WACANA

Objektif : Murid dapat memperluas pengetahuan tentang penanda wacana dengan membuat latihan yang disediakan dan merujuk nota yang diberikan. Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea.Hubungan ini terjadi dalam bentuk ayat baru atau perenggan baru. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat. Pengulangan kata atau rangkai kata utama, terutamanya dalam subjek dan predikat ayat juga berfungsi sebagai penanda wacana. Fungsi 1. Tambahan Contoh dan, serta, lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping itu pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

2. Urutan

3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan 4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan

rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya oleh itu, oleh sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

6. Tempat

7. Waktu

8. Sebab dan kesan

9. Bandingan

10. Pertentangan

11. Pengesahan

Dipetik daripada : http://nasa76.tripod.com/wacana.html 3 jenis penanda wacana: i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi ii. Memperjitu organisasi penulisan. iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi Beri pengertian kepada persoalan berkaitan waktu. Contoh: Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya, dsbnya. Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas. Memperjitu organisasi Penulisan

Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Beritahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan kepada bahagian tertentu. Contoh: Sebagai kesimpulan, untuk merumuskan, contohnya, tegasnya, dapat dinyatakan bahawa pertama, ahkir sekali, dengan kata lain, dalam hal ini, dalam hubungan ini untuk menjelaskan lagi Nota: Setiap frasa yang diikuti koma (,) seperti contoh di atas diwajibkan meletakkan koma dalam penulisan. Menghubungkan fakta dengan fakta atau ide dengan ide yang lain Halliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian, iaitu: a. Menambah atau memperluas ide Contoh: dan selanjutnya, di samping itu, selain itu, lebih-lebih lagi tambahan pula, begitu juga, seterusnya, satu lagi dsbnya.

b. Menunjukkan pertentangan ide Contoh: tetapi Sebaliknya, pada masa yang sama walaupun walau bagaimanapun, walaupun demikian sama ada sebenarnya, dan sebagainya. c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat. Contoh: jadi, Oleh sebab itu, disebabkan oleh yang demikian, untuk tujuan itu, maka (kata pangkal ayat) Berikutan itu, Dengan demikian, kecuali dengan syarat justeru tetapi - Sekiraya tetapi terletak pada permulaan ayat ia mestilah diikuti dengan tanda koma. contoh: ... Tetapi, ... sebaliknya - Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma (,) sebelum perkataan 'sebaliknya'. Contoh:..., sebaliknya... pangkal ayat - Di antara contoh-contoh pangkal ayat ialah seperti berikut: hatta, arakian, sebermula, alkisah. justeru - penggunaan 'justeru itu' adalah salah dari segi tatabahasa

Dipetik daripada : http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=5131&PN=3 PENANDA WACANA Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut: 1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping 2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya 3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan 4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai 5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata 6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan 7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada

mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya 8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu 9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan 10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan 11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

http://yunimaha5-lestaribestari.blogspot.com/2010/08/penanda-wacana.html

WAWASAN 2020

WAWASAN 2020 Wawasan 2020 ialah sebuah wawasankerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysiamenjadi sebuah negara perindustrian dannegara maju sepenuhnya menjelang tahun2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,kerohanian, psikologi, serta jugaperpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020: 1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satubangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. 2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. 3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. 4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, denganwarganegaranya teguh dalam nilai agamadan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. 5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan

rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan, dan kepercayaan agamamereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. 6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. 7. Mewujudkan masyarakat penyayang danbudaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. 8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. 9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental

Anda mungkin juga menyukai