Anda di halaman 1dari 21

GWP1092

WACANA PENULISAN

TOPIK 3: PENANDA WACANA

NAMA PENSYARAH: PUAN KARTINI bt KHALID


AHLI KUMPULAN: NGAN XIN WEY
SII TIING POH
Apa maksud penanda wacana?
1)Kamus Dewan Edisi Keempat
Penanda dapat didefinisikan sebagai sesuatu
yang digunakan sebagai tanda.
Wacana pula ditakrifkan sebagai kesatuan
fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan.
Penanda wacana merupakan kata, rangkai
kata, atau frasa yang menunjukkan pertalian,
hujah, dan buah fikiran.
Apa maksud penanda wacana?
2D. Abd Razak Bin Hassan
Penanda wacana ialah perkataan ataupun
rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan
pandangan seseorang semasa menulis ataupun
berucap.
Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak
mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan
menyebabkan seluruh kandungan wacana
berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan
perpautan yang lengkap.
Apa maksud penanda wacana?

3) Penanda wacana berupa kata atau


rangkai kata yang digunakan untuk
merangkaikan ayat dengan ayat yang
lain, bagi menunjukkan wujudnya satu
kesatuan ayat yang utuh.
KEPENTINGAN PENANDA WACANA

penanda wacana digunakan untuk:


i) menyambung ayat dengan ayat
ii) menghubungkan perenggan dengan
perenggan yang lain
iii) melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang
berkesinambungan, gramatis
dan bermakna.
iv) Mempengaruhi pengolahan,struktur
ayat, pemerenggan, kosa kata, dan bahasa
secara keseluruhannya yang sangat
diperlukan dalam usaha menghasilkan
sebuah karangan atau ucapan yang baik.

v) Penanda wacana menyempurnakan tautan


isi-isi di dalam ucapan atau esei.

6/25/2017
Jenis-Jenis Penanda Wacana
1.Penanda Kronologi

2.Penanda Organisasi

3.Penanda Idea
Penanda Kronologi
Fungsi: Menunjukkan pertautan dari segi
kronologi
i)Memberi pengertian kepada persoalan
berkaitan waktu.
ii)Kata kunci: Bila dan yang seumpamanya.
iii)Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-
contoh di bawah.
Penanda Kronologi
Contoh:
1. kini 8. pada suatu waktu
2. lantas 9. pada hari esoknya
3. mula-mula 10. pada zaman dahulu
4. lepas itu 11. dua tahun kemudian
5. sebelum 12. beberapa tahun kemudian
6. kemudian 13. dan yang seumpamanya
7. semenjak itu
Penanda kronologi
Contoh ayat:
1)Pada zaman dahulu, kerajaan Melayu Melaka
merupakan sebuah kerajaan yang kuat.
Penanda Organisasi
Fungsi: memperjitu organisasi penulisan
i) Berfungsi untuk menghubungkan sesuatu
bahagian wacana dengan bahagian wacana
yang lain.
ii) Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat
/didedahkan kepada bahagian tertentu.
Nota: Bagi seperti contoh-contoh di atas,
diwajibkan bagi anda meletakkan tanda
koma selepas setiap frasa.
Penanda Organisasi
Contoh:
a. pertama
b.tegasnya
c. contohnya
d.akhir sekali
e.dalam hal ini
f. sebagai kesimpulan
g. dalam hubungan ini
h.untuk merumuskan
i. dengan perkataan lain
j. dapat dinyatakan bahawa
k. untuk menjelaskan lagi
Penanda Organisasi
Contoh ayat:
1) Kebakaran dapat dielakkan jika kita sentiasa
berwaspada. Akhir sekali, saya ingin menegaskan
bahawa api semasa kesil menjadi kawan, apabila
besar menjadi lawan.
2) Terdapat banyak cara untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang. Pertama, kita harus
rajin berusaha untuk belajar.
Penanda Idea
Fungsi: menghubungkan antara fakta dengan
fakta dan idea dengan idea yang
berfungsi untuk:

a. Mengembangkan idea
b. Menunjukkan pertentangan idea
c. hubungan idea
Penanda Idea
a. mengembangkan idea
malah
satu lagi
selain itu
Seterusnya
begitu juga
di samping itu
lebih-lebih lagi
tambahan pula
dan yang seumpamanya
a. mengembangkan idea
Contoh ayat:
1) Danish suka menonton rancangan
dokumentari, tambahan pula yang
berkaitan dengan haiwan.
2) Farzana mendapat tawaran belajar di
luar negara. Malah, perbelanjaannya
pun akan ditanggung oleh kerajaan
negeri.
b. Pertentangan Idea
tetapi
sama ada
sebenarnya
sebaliknya
walaupun
walau bagaimanapun
pada masa yang sama
dan yang seumpamanya.
b.Pertentangan idea
Contoh ayat:

1) Amirul tidak pergi ke sekolah.Sebaliknya, dia


melepak di pusat permainan video.
2) Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun,
itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke
banglo Dato' Kamal.
c. Hubungan Idea
jadi
maka
kecuali
oleh itu
oleh sebab
oleh hal yang demikian
untuk tujuan itu
berikutan dengan itu
c. Hubungan Idea

Contoh ayat:
1) Pada petang ini saya berasa amat letih
kerana bertungkus-lumus membersihkan
rumah yang dilanda banjir kilat. Oleh itu,
saya mengambil keputusan untuk tidak ke
latihan bola sepak pada petang ini.
2) Semua orang telah menghadiri kuliah
kecuali Ali.
Rujukan
http://www.slideshare.net/samgsttiv/bahasa-
melayu-komunikatif-wacana
http://notapemulihan.blogspot.com/2007/12/
keutuhan-wacana.html
http://www.scribd.com/doc/55533699/Penan
da-Wacana
http://ajariaku02.blogspot.com/2013/01/men
genal-penanda-wacana.html

Anda mungkin juga menyukai