Anda di halaman 1dari 20

Tajuk Pembentangan : Jenis-jenis Penanda Wacana

Kod Kursus : GWP1092 Wacana Penulisan


Nama Pensyarah : Encik Ibrahim Bakar

Dibentangkan Oleh : Wong Yuen Jing & Chia Huey Ying


Kumpulan : F2A (BM) SJK(C)
Tarikh Pembentangan : 21 Januari 2016 ( Minggu 3 )
 Pengenalan: Apakah itu penanda wacana ?

Dikenali sebagai
Berupa kata atau rangkai perangkai ayat/
kata yang digunakan untuk peranti linguistik.
merangkaikan ayat
dengan ayat yang lain bagi Berfungsi mempertalikan
menunjukkan wujudnya sesuatu idea, hujah dan
satu kesatuan ayat pandangan seseorang semasa
menulis ataupun berucap.
Penanda
Wacana

Unsur-unsur bahasa yang Mewujudkan pertautan


mewujudkan kohesi dan atau kesinambungan
koheran antara satu teks antara sebahagian teks
dengan teks yang lain dengan yang lain sehingga
sehingga membentuk membentuk kesatuan.
kesatuan.
Apakah kepentingan penanda wacana dalam penulisan?

Kepentingan

Mewujudkan
pertautan atau
kesinambungan antara
sebahagian teks dengan
yang lain sehingga Menghubungkan ayat dengan ayat
membentuk kesatuan.

Tanpa kehadiran penanda Menghubungkan perenggan dengan


wacana yang tepat, idea perenggan
yang diturunkan seolah-
olah tidak mempunyai
kesatuan dan pautan yang
lengkap. Membantu pendengar/pembaca
memahami teks
3.1 JENIS-JENIS PENANDA WACANA

Jenis-jenis
Penanda
Wacana

3)Penanda
1)Penanda Idea
Kronologi

2)Penanda
Organisasi
1) PENANDA KRONOLOGI

Memberi pengertian kepada


persoalan berkaitan waktu

Kata kunci: “bila” dan


seumpamanya.
1) PENANDA KRONOLOGI

CONTOH-CONTOH:

 kini
 lantas

 mula-mula

 lepas itu

 sebelum

 kemudian

 semenjak itu

 pada suatu waktu


 pada hari esoknya

 pada zaman dahulu

 dua tahun kemudian

 beberapa tahun kemudian

 dan yang seumpamanya.


 Contoh ayat :

1) Pada zaman dahulu, Kerajaan Melayu


Melaka merupakan sebuah kerajaan yang
kuat.

2) Kini, masalah disiplin di sekolah semakin


hari senakin serius dan membimbangkan
ibu bapa.

3) Dua tahun kemudian, Siti telah berjaya


mendapat ijazah dalam bidang perubatan.
2) PENANDA ORGANISASI
 Apakah fungsi Penanda Organisasi ?

Mempertautkan
sesuatu bahagian
wacana dengan
bahagian yang lain. Beritahu pembaca
apa-apa yang
dibuat/didedahkan
kepada bahagian
tertentu. 
CONTOH-CONTOH PENANDA ORGANISASI.
 pertama

 tegasnya

 contohnya

 akhir sekali

 dalam hal ini

 sebagai kesimpulan

 dalam hubungan ini

 untuk merumuskan

 dengan perkataan lain

 dapat dinyatakan bahawa

 untuk menjelaskan lagi

 dalam bahagian ini kita akan membincangkan

 dan yang seumpamanya


Contoh ayat :

 Penduduk di negara yang dilanda peperangan hidup dalam


kesengsaraan. Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda
malahan anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai
penduduk Kemboja terpaksa melarikan diri ke negara jiran
semata-semata untuk menyelamatkan diri daripada menjadi
korban peperangan.
3) PENANDA IDEA
Apakah fungsinya?

Menghubungkan antara fakta


dengan fakta dan idea dengan idea
yang berfungsi untuk:

• mengembangkan idea
• pertentangan idea
• hubungan idea
Contoh Bagi Mengembangkan Idea:

)Malah
)Satu lagi
)Selain itu
)Seterusnya
)Begitu juga
)Di samping itu
)lebih-lebih lagi
)Tambahan pula
)dan yang seumpamanya
Contoh ayat:

1. Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak


membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut
digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan
penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang
secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa
istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.
2. Ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa
merupakan pendorong kepada berlakunya gejala
sosial. Begitu juga dengan kekurangan didikan
agama yang mencetuskan isu tersebut.
Contoh Bagi Pertentangan Idea :

)tetapi
)sama ada
)sebenarnya
)sebaliknya
)walaupun
)walau bagaimanapun
)pada masa yang sama
)dan yang seumpamanya.
Contoh ayat:

1. Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar


pada akhir tahun lalu. Namun, hatinya masih
teringat akan kampung halamannya.
2. Dia tidak suka makan sayur tetapi dia makan
juga.
3. Walaupun dia berasal dari keluarga yang kaya,
dia tetap berjimat cermat.
Contoh Bagi Hubungan idea:

 jadi
 maka
 kecuali
 oleh itu
 oleh sebab
 oleh hal yang demikian
 untuk tujuan itu
 berikutan dengan itu
Contoh ayat:

1) Isu kemalangan jalan raya semakin hari


semakin serius. Oleh hal yang demikian,
setiap pengguna jalan raya perlu sentiasa
mematuhi peraturan dan undang-undang jalan
raya.
2) Isu gejala sosial makin hari makin serius .
Jadi, semua pihak yang berkaitan telah
melipatgandakan tenaga untuk menyelesaikan
isu yang mencetuskan kebimbangan ini.
LATIHAN
Sebenarnya, untuk mendidik dan membimbing seseorang murid mejadi tokoh
NILAM bukanlah sesuatu tugas yang ringan dan mudah. Banyak halangan dan
cabaran terpaksa dihadapi. Contohnya, daripada sepuluh orang murid yang
dipilih dan dibimbing dari tingkatan satu tersebut, mungkin hanya tiga atau
empat orang sahaja yang akan kekal bersekolah hingga ke tingkatan lima. Ada
diantaranya akan bertukar ke sekolah lain selepas Peperiksaan PMR. Hal ini
demikian kerana murid yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A dan 8A
ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau
melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik. Apabila perkara ini berlaku, ada
kalanya, calon pilihan utama sekolah yang telah diberi bimbingan dengan ilmu
NILAM turut bertukar sekolah. Selain itu, cabaran terbesar adalah untuk
memilih tokoh NILAM daripada kalangan lelaki. Sudah menjadi kelaziman di
negara kita, murid perempuan lebih gemar membaca berbanding murid lelaki.
Oleh itu, pihak sekolah terpaksa berusaha gigih mancari tokoh dalam kalangan
murid lelaki untuk diketengahkan sebagai tokoh NILAM ini. Sehingga ini, kami
hanya berjaya mengetengahkan hanya dua orang calon sahaja.
RUJUKAN:

Anda mungkin juga menyukai