Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan 2

Pengenalan 3

Definisi 4

Tujuan 5

Jenis- jenis Penanda Wacana 6

Kesimpulan 7

Bibliografi 8

1
Penghargaan

Terima kasih kepada Tuhan yang memberi peluang untuk memberi peluang izin
kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan Wacana Penulisan dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Encik Ahmad Jilhadi Abu Samah, selaku Pensyarah Wacana
Penulisan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah Encik Ahmad Jilhadi Abu Samah atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

2
Pengenalan

Roselan Baki (1994) dalam Normah Abdullah & Che Mohd Arif Che Mohd Yusoff
(Nov. 1997 : 1035) menjelaskan bahawa kewujudan wacana dalam sesebuah karangan amat
penting. Oleh itu, pengetahuan tentang teknikteknik kewujudan wacana perlulah dikuasai.
Kefahaman dan keupayaan membina wacana ketika mengarang hendaklah dianggap sebagai
salah satu keperluan mengarang yang utama. Wacana tidak sekadar merujuk kepada
komunikasi bertulis antara penulis dengan pembaca, ia juga turut meliputi komunikasi lisan
antara penutur dengan pendengar serta konteksnya. Dengan penekanan terhadap
komunikasi lisan atau tulisan, istilah wacana atau “discourse” kerap digunakan sebagai
alternatif pada laras ataupun pengucapan biasa sahaja. Wacana digunakan juga untuk
pengertian pada isi misalnya wacana politik, wacana media atau wacana undang-undang
(Mohd. Sidin Ahmad Ishak 1992 : 1). Di samping itu, Roselan Baki (1994 : 123) menambah
bahawa wacana berhubungkait dengan makna yang terbawa oleh ayat, perenggan, atau
keseluruhan karangan. Dalam hubungan ini, makna yang dimaksudkan merujuk kepada
makna dasar dan makna pragmatis. Makna dasar bermaksud makna yang ditanggap tanpa
mengambil kira konteks. Manakala, makna pragmatis pula ialah makna sebenar mengikut
konteks tertentu dalam karangan. Menurut Asmah Hj. Omar (1980 : 1035), wacana (dalam
bahasa Inggeris “discourse”) adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana
boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku atau sebagainya yang
memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butirbutir fikiran serta perkembangan
pemikiran yang ada di dalamnya. Penanda wacana merupakan kata yang digunakan untuk
merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat
yang utuh. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda
wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat atau perantai linguistik.

3
Definisi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat wacana ialah keseluruhan yang merupakan
suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Wacana juga bermaksud kesatuan fikiran
yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti surat,
artikel. Menurut Kamus Webster(1983) wacan ialah hubungan fikiran dengan kata-kata, idea
atau gagasan-gagasan atau percakapan. Asmah Hj Omar(1982) mempunyai pendapat
bahawa wacana ialah, unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalanya memperlihatkan
hununganhubungab dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat,
ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen dan sebagainya.

4
Tujuan

Tujuan penanda wacana ialah, untuk menyambung ayat dengan ayat yang lain. Juga
menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain dan melahirkan ayat- ayat dan
perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna. Penggunaan penanda wacana
dalam sesebuah karangan amat penting bagi mewujudkan pertautan dan kesepaduan bentuk
dan makna sesebuah karangan. Awang Sariyan (1991) menegaskan bahawa penggunaan
penanda wacana yang merupakan kata atau frasa perangkai membolehkan ayat-ayat dalam
perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat atau gagasan menjadi lancar dan
tidak melompat-lompat. Roselan Baki (1994) menjelaskan lagi bahawa penanda wacana
dapat digunakan dalam dua situasi untuk menghubungkan dua ayat (lalu membentuk satu
ayat), dan antara perenggan. Penggunaan penanda wacana dalam ayat membentuk
perkaitan dan pertalian antara ayat dengan ayat atau ayat-ayat sebelumnya. Penanda
wacana juga dapat digunakan untuk menghubungkan idea antara dua perenggan. Hal ini
bermakna bahawa penanda wacana boleh menghubungkan dua wacana yang lebih luas
antara dua perenggan. Sekiranya penanda wacana tidak digunakan, hubungan idea atau
urutannya tidak begitu jelas. Keupayaan pelajar khususnya dalam mempersembahkan
karangan dengan baik dipengaruhi oleh kebolehan pelajar menggunakan penanda wacana
yang merupakan satu faktor yang menentukan mutu persembahan dan pertautan idea dalam
kemahiran mengarang. Dalam memperjelaskan kategori penanda wacana yang digunakan
untuk tujuan mewujudkan pertautan dan kesepaduan ayat-ayat dalam karangan, Awang
Sariyan (1991) membahagikannya kepada dua jenis penanda wacana iaitu yang melanjutkan
maklumat atau gagasan yang terdiri daripada beberapa perkataan, contohnya “di samping itu,
selain itu, sementara itu, dengan demikian, dengan kata lain, oleh itu, selanjutnya, tambahan
pula, demikian juga dan singkatnya”, dan yang menunjukkan pertentangan yang terdiri
daripada perkataan “namun, bagaimanapun, meskipun demikian, walau bagaimanapun dan
sebaliknya”.

5
Jenis-jenis Penanda Wacana.

Terdapat tiga jenis penanda wacana iaitu, penanda kronologi, penanda organisasi dan
penanda idea. Penanda kronologi ialah, persoalan mengenai waktu. Ia mengandungi kata
kunci ‘bila’ dan seumpamanya. Contohnya, kini, lantas, lepas itu, sebelum, kemudian, pada
suatu waktu dan sebaginya.

Seterusnya, penanda organisasi berfungsi sebagai mempertautkan sesuatu bahagian


wacana dengan bahagian yang lain. Contohnya, pertama, tegasnya, contohnya, akhir sekali,
sebagai kesimpulan dan sebagainya.

Akhirnya, penanda idea berfungsi sebagai, menghubungkan antara fakta dan idea
dengan idea yang berfungsi untuk mengembangkan idea, pertentangan idea dan hubungan
idea. Contoh penanda idea bagi menggembangan idea ialah, malah, satu lagi, selain itu,
seterusnya, di samping itu dan sebagainya. Contoh pertentangan idea ialah, tetapi, sama ada,
sebenarkan, sebaliknya, walaupun dan sebainya. Contoh hubungan idea ialah, jadi, maka,
kecuali, oleh itu, untuk tujuan iru, berikutan dengan itu dan sebagainya

6
Kesimpulan

Tuntasnya, penanda wacana ini amat penting dalam menulis esei, surat, majalah dan
sebagainya. Penanda wacana ini dapat membantu untuk menyediakan tugasan atau esei
yang gramatis. Bukan itu sahaja, dengan penanda wacana ini, dapat kita simpulkan bahawa
dapat meningkatkan pemahaman orang lain masa perbualan atau penulisan seperti esei.
Penanda wacana mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks
dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan dan menghubungkan ayat dengan
ayat, menghubungkan perenggan dengan perenggan, membantu pendengar/ pembaca
memahami teks.

7
Bibliografi.

coursehero. (n.d.). Retrieved from Wacana penulisan:


https://www.coursehero.com/file/p13u2km/Wacana-tulisan-seperti-tanda-baca-
contohnya-noktah-tanda-seru-tanda-soal-Wacana/

Ketupat, K. (2013, Aug 22). Scribd. Retrieved from Penanda Wacana:


https://www.scribd.com/doc/162148651/Penanda-wacana-ppt-1

Teu, L. (2018, April 8). Blogger. Retrieved from Blogspot:


http://lohteu.blogspot.com/2018/04/penanda-wacana-apakah-itu-penanda.html

Tripod. (n.d.). Retrieved from Nasa76: http://nasa76.tripod.com/wacana.htm

xin, T. (2016, March 30). Prezi. Retrieved from GWP: https://prezi.com/hagdi8-cmkxx/gwp-


1092-wacana-penulisan/

Anda mungkin juga menyukai