Anda di halaman 1dari 7

Penanda Wacana

(http://cikgutancl.blogspot.com/2008/07/penanda-wacana.html)

Ramai pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang
lemah. 
Hal ini dikatakan demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan
tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. 
Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai penanda wacana untuk para
pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog ini, saya akan mengajar anda cara
menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda
mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia
untuk menerangkannya.
Penanda Wacana

i) Penanda permulaan karangan


a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Bukan itu sahaja,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Seterusnya,

1
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini dikatakan demikian kerana
b) Hal ini berlaku demikian kerana
c) Hal ini terjadi demikian kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberikan contoh dalam karangan


a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh


a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi


a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


2
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang
memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua
pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau menggunakan peribahasa


a) Hal ini bak peribahasa  .......

3
b) Senario ini bak peribahasa Melayu, iaitu  ............
c) Bak kata orang tua-tua, ".....P........"
d) Keadaan ini bak mutiara kata .........
e) Fenomena ini bak peribahasa ............
g) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
h) Saya yakin ramai yang mengenali peribahasa ..........
i)Bak peribahasa …………………………………, _____ amat menyesali
perbuatannya itu.

(Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 12:03) 

4
Latihan ILD (Penggal Satu Minggu 4 : 26 Januari 2023)
Menengah Tiga
Sila pilih 10 peribahasa daripada Senarai Peribahasa kami.
Bina ayat yang menunjukkan makna peribahasa tersebut dengan menggunakan
penanda wacana yang sesuai.
Ayat kamu harus mengandungi sekurang-kurangnya 25 patah perkataan atau
lebih.
Serlahkan/gariskan peribahasa serta penanda wacana yang digunakan.
Sila lihat contoh berikut.
Contoh:
1) Peribahasa : Ada kerak, adalah nasi
Penanda wacana : Bak peribahasa/Akibatnya
Ayat : Alia tergamam kerana dia tidak sangka perbuataanya yang cuai itu
akan meninggalkan kesan yang menjejas ahli keluarganya bak peribahasa
ada kerak, adalah nasi. Akibatnya, rumah mereka dirompak dan semua
harta benda dicuri kerana Alia terlupa mengunci pintu rumahnya. (38 patah
perkataan)

5
Nama: ___________________ Kelas:________
No. Ayat

1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)

6
9)

10)

~Selamat Mencuba!~ 😊

Anda mungkin juga menyukai