Anda di halaman 1dari 11

PENANDA WACANA

SUMBER DARI: Dewan Bahasa dan Pustaka


Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana atau dikenal juga sebagai
perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan
idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan hasil
penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun antara
perenggan dengan perenggan.
Beberapa contoh penggunaan wacana dapat diperhatikan di bawah :
1. Kerajaan amat menggalakkan rakyat mempelajari penggunaan komputer. Oleh hal yang
demikian, berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk memastikan segenap lapisan masyarakat
dapat mempelajarinya dengan berkesan.
2. Para pelajar diseru agar menitikberatkan pencapaian akademik. Di samping itu, kegiatan
kokurikulum perlu diberikan perhatian juga.
3. Dia terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Tambahan pula,
bapanya telah meninggal dunia.
Antara contoh penanda wacana yang lazimnya ditemukan dalam sesebuah penulisan ialah selain
itu, di samping itu, walau bagaimanapun, apatah lagi, lebih-lebih lagi, jika demikian, oleh sebab
itu, oleh itu, justeru, lantaran itu dan namun begitu. Para guru sering mengingatkan para pelajar
agar tidak melupakan penanda wacana semasa menulis karangan kerana selain dapat membantu
mereka menghasilkan pertautan idea, karangan yang dibina dengan menggunakan penanda
wacana yang sesuai akan kelihatan lebih mantap. Penggunaan penanda wacana yang tepat pada
tempatnya menunjukkan kematangan para pelajar ataupun seseorang penulis menggunakan
bahasa dengan baik.
Namun begitu, kadangkala berlaku kesalahan penggunaan penanda wacana yang berpunca
daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis, fungsinya serta aspek tatabahasa yang
perlu dipatuhi. Misalnya, tidak meletakkan tanda koma ( , ) selepas penanda wacana yang
berfungsi sebagai frasa. Contohnya,
1. Pihak kerajaan akan memastikan pendapatan para petani dapat ditingkatkan. Oleh itu pelbagai
langkah yang difikirkan sesuai sedang direncanakan.
( Sepatutnya : Oleh itu, pelbagai langkah )
Para pengguna bahasa kadangkala menulis penanda wacana yang tidak tepat dari segi struktur
tatabahasanya. Misalnya,
2. Dia amat gemar akan buah manggis. Selain daripada itu, dia juga menggemari buah nangka.
( Sepatutnya : Selain itu, )
3. Pihak berkuasa akan memperhebat gerakan memburu penjenayah itu. Ini kerana dia sangat
berbahaya. ( Sepatutnya : Hal ini demikian kerana )
4. Suria sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan pencapaiannya dalam akademik amat baik.
Oleh kerana itu, dia dipilih sebagai Ketua Murid. (Sepatutnya : Oleh sebab itu, )
5. Dia berlatih di padang setiap petang. Walaubagaimanapun, dia tidak mengabaikan
pelajarannya. ( Sepatutnya : Walau bagaimanapun, )

6. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Justeru itu, kerajaan
mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya. (Sepatutnya : Oleh itu, )
Kebanyakan pengguna bahasa menganggap justeru itu bermaksud oleh itu. Sebenarnya, jika
dirujuki Kamus Dewan edisi ketiga pada halaman 551, kita akan mendapati makna justeru yang
diberikan ialah :
1. kebetulan, tepat, kena benar.
2. malahan, bahkan.
Maksud yang kedua, iaitu malahan dan bahkan yang bersinonim dengan justeru. Sebab itulah
tidak tepat penggunaan justeru itu kerana tidak wujud bentuk malahan itu ataupun bahkan itu.
Penggunaan justeru dalam ayat yang gramatis seperti yang berikut :
7. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya sering membantunya ketika dia dalam
kesusahan.
8. Tindakan mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, justeru melanggar
adab susila orang-orang timur.
Demikianlah serba ringkas penerangan yang dapat dikongsi bersama-sama dalam usaha kita
menggunakan dan menggalakkan penggunaan bahasa yang betul, berkesan, dan menepati hukum
bahasa. Semoga bahasa kita dapat dimartabatkan dengan keazaman untuk membetulkan
kebiasaan yang salah dan membiasakan penggunaan yang betul.

Penanda Wacana Karangan


A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini tentang isu
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah .
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan
B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan
terperinci demi kebaikan bersama.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini
perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan
segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan .
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar
umbi.
C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
Kita dapat menyaksikan betapa
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
Lazimnya, dalam keadaan
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
Pada hemat saya
Pada pandangan saya
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi
Sejak kebelakangan ini
Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
Bagi sesetengah orang
Begitu juga dengan
Begitu juga halnya dengan
Bertitik tolak daripada itu
Bukan itu sahaja
Dalam hal ini
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
Dengan adanya
Dengan berbuat demikian
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan
Hal ini penting dalam
Hal ini serupa dengan

Hal yang serupa berlaku apabila


Ini disebabkan
Ini membuktikan bahawa
Ini menggambarkan bahawa
Ini secara tidak langsung akan
Ini semua meninggalkan kesan kerana
Ini tentu sekali membuatkan
Jadi kita perlu
Jadi kita hendaklah
Keadaan ini tentunya
Lantaran itu sehingga kini
Kesemua ini menyumbang kepada
Kita mengakui hakikat bahawa
Kita sering menonton di kaca televisyen
Kita sering membaca di dada-dada akhbar
Memandangkan keadaan yang sedemikian
Namun sejak kebelakangan ini
Oleh itu, bolehlah dikatakan
Secara logiknya masa yang
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
Keadaan ini seharusnya boleh
Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
Kendatipun demikian, kita masih
Yang paling nyata ialah
Yang perlu kita pastikan ialah
E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun
menunjukkan bahawa sebanyak
F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
Sebagai contohnya
Biar kita lihat
Biar kita ambil contoh
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
Sebagai analoginya,
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
Konklusinya,
Dengan ini diharapkan
Bukan itu sahaja
Mudah-mudahan perkara ini
Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insyallah perkara ini akan
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
H. PENANDA WACANA UMUM
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan
sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya
sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan
seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Contoh penanda wacana seperti berikut:
1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping
2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul
kata
6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambatlaun, akhirnya
8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu
9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu,
bertentangan dengan
11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Contoh lain penanda wacana

Penanda wacana Bahasa Melayu


Kata penghubung
-tetapi
-lalu
-jika
-serta
-agar
-supaya
-sungguhpun
-kerana
-walaupun
Penambahan
-dan
-sebenarnya
-juga
-sekali lagi
-bertitik tolak
-hal ini
-tambah lagi
-lebih-lebih lagi
-selain juga
Perbandingan/ Perbezaan
-tetapi
-dalam nada yang berbeza
-selain itu
-walaupun
-sehubungan dengan
- sebagaimana
-sebaliknya
-jika dibandingkan dengan
-sama dengan
-berbeza dengan
-walau bagaimana sekalipun
-selari dengan
-walau bagaimanapun
-setelah dibandingkan dengan
-namun demikian
Turutan

-pertamanya
-akhirnya
-selain itu
-keduanya
-seterusnya
-pertama sekali
-selepas itu
-lebih awal dari itu
-lebih penting lagi
Contoh
-contohnya
-biar kita ambil contoh
-khususnya
-misalnya
-mari kita mengambil contoh
-terutamanya
-umpamanya
-apa yang dimaksudkan
-seperti
Masa
-akhirnya
-pada masa yang sama
-sesekali
-dewasa ini
-pada ketika itu
-sebelum ini
-selepas itu
-pada mulanya
-semenjak itu
-sementara itu
-serentak dengan
-ada ketikanya
Kesimpulan
-oleh itu
-jadi
-kesimpulannya
-jika kita tidak
-jelaslah
-dapatlah disimpulkan bahawa
-kesudahannya
-sesungguhnya
-tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.)
-pendek kata
-walaupun
-oleh hal yang demikian
-ringkasnya

-marilah kita
-komitmen semua pihak
-sebagai rumusan
-demikianlah
-dapatkah kita membayangkan..
-kejayaan...bergantung pada
-pada keseluruhannya
-sebagai menggulung hujah
-keengganan... bakal menyaksikan
-(peribahasa)
-sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...
Penanda wacana umum
-dengan ini
-banyak pihak yang berpendapat
-amnya
-sememangnya
-selaras dengan
-lazimnya
-sejajar dengan sering kali kita
-justeru itu
-sementelahan pula
-secara khususnya
-pada kebiasaannya
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,

h) Dalam pada itu,


i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh : Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan

i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
Kita dapat menyaksikan betapa
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
Lazimnya, dalam keadaan
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
Pada hemat saya

Pada pandangan saya


Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi
Sejak kebelakangan ini
Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
Bagi sesetengah orang
Begitu juga dengan
Begitu juga halnya dengan
Bertitik tolak daripada itu
Bukan itu sahaja
Dalam hal ini
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
Dengan adanya
Dengan berbuat demikian
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan
Hal ini penting dalam
Hal ini serupa dengan
Hal yang serupa berlaku apabila
Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa
Ini menggambarkan bahawa
Ini secara tidak langsung akan
Ini semua meninggalkan kesan kerana
Ini tentu sekali membuatkan
Jadi kita perlu
Jadi kita hendaklah
Keadaan ini tentunya
Lantaran itu sehingga kini

Anda mungkin juga menyukai