Anda di halaman 1dari 30

PANDUAN MENULIS KARANGAN

 PENDAHULUAN
i) PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT
PENDAHULUAN KARANGAN
   (perenggan pertama)
a)Pada era globalisasi ini,                              
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini         
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,                                                
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,                                           
  h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,                            
  j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
l) Belakangan ini,                                           
 m) Sejak akhir-akhir ini,
 contoh:
–        Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
–         Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba
mencabar akal dan minda kita telah …
–        Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin
menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik
permulaan
pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
–        Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh
rakyat kita sendiri.
–        Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini

–        Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat
menyaksikan …
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini
menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian
….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
 PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR
PENDAHULUAN KARANGAN
–   Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus
perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci demi kebaikan bersama.
–    Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca
yang menunjangi masalah
ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
–  Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang
efektif dan drastik
dilakukan segera  untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang
lama di negara kita
ini.
–         Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya
bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
–        Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan
agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi
ISI
i)          PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA
SETIAP PERENGGAN              
  (UNTUK ISI PERTAMA)
· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan
ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
ii)              PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2, 3 DAN
SETERUSNYA DALAM KARANGAN
(BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ISI PERTAMA DAN ISI
ETERUSNYA…PILIH YANG BERSESUAIAN)

 · Bagi sesetengah orang …                       · Begitu juga dengan …


· Begitu juga halnya dengan …                · Bertitik tolak daripada itu

· Bukan itu sahaja …                                 · Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..                               · Dalam zaman yang serba
canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …                                  · Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..                          · Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan                      · Hal ini penting dalam
 · Hal ini serupa dengan                              · Hal yang serupa berlaku
apabila
· Ini disebabkan                                          · Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa                   · Ini secara tidak langsung
akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan                   · Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah                                 · Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini                      · Kesemua ini menyumbang
kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa              · Kita sering menonton di
kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
 · Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini                 – Hal ini demikian kerana
– Hal ini berlaku kerana                             · Oleh itu, bolehlah
dikatakan
· Secara logiknya masa yang                     – Hal ini terjadi kerana
– Hal ini disebabkan oleh                          – Hal ini wujud akibat
daripada
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh               –  Hal ini bersangkut-paut
dengan
– Hal ini berpunca daripada                      – Hal ini tercetus apabila
– Hal ini timbul apakala                           –  Walaupun demikian,
sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih         – Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

 Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang


berbeza
a)Walau bagaimanapun,                     g) Jika dilihat dari sudut lain,
b) Dengan kata lain,                           h) Kontradiksinya,
c) Di sebalik itu,                                 i) Walakin begitu,
d) Namun demikian,                           j) Daripada perspektif yang
berbeza,
e) Dalam pada itu,
f) Dari sudut lain,
Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,                                            b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,                                 d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti                  g) Sebagai contohnya
h) Biar kita lihat                                  i) Biar kita ambil contoh
j) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan
ialah
k) Sebagai analoginya,
l) Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan                      b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,                                            d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,                   f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa                               h) Justifikasinya,
 Penanda menutup isi (untuk bahagian isi)
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang
memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua
pihak. (Huraian 2)

a) justeru                                                      b) malah
c) malahan                                                   d) tambahan pula
e) sementelahan                                           f) sekali gus
g) di samping                                              h) bahkan
i) malar-malar
iii)  PENANDA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP
PERENGGAN              
  (UNTUK ISI KE-2, KE-3 DAN SETERUSNYA)
a) Selain itu,                                             b) Di samping itu,
c) Sementara itu,                                      d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,                                   f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,                     h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
—–UNTUK HURAIAN GUNA KAEDAH YANG SAMA DI ATAS.—-
         PENUTUP
 Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,                                b) Intihanya,
c) Secara tuntas,                                   d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,                f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,   h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya
bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni,
insyallah  perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita
bersama-sama
Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, …….
b) Bak kata peribahasa Melayu, …………
c) Bak kata orang tua-tua, ………..
d) Bak kata mutiara, ………
e) Bak peribahasa, …………
f) Bak kata cendekiawan, ………….
g) Persis kata peribahasa, …………
h) Persis kata peribahasa Melayu, ………….
i) Persis kata orang tua-tua, …………
j) Persis kata mutiara, …………
k) Persis peribahasa, ……………
l) Persis kata cendekiawan, ………….
m) Hal ini sama dengan peribahasa ……….
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni …….
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ………..
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ……….
PANDUAN MEMBINA PENUTUP
A1-  SIMPUL    (S)
A2-  CADANGAN (C)
A3-  HARAPAN (H)
A4- PENDIRIAN  (P)
Contoh:
A1- S-    Sebagai kesimpulannya, dapatlah kita merumus bahawa
semua pihak memainkan
peranan yang   sama untuk menangani masalah ini.
A2- C-   Semua pihak yang terbabit perlu menjalinkan hubungan
kerjasama yangerat untuk
memastikan    kejadian jenayah yanag membabitkan remaja
berkurangan bak
peribahasa Melayu berat sama dipikul    ringan sama dijinjing.
A3- H-  Diharapkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak 
dapat
menyedarkan  remaja daripada   terus terlibat dalam jenayah
A4- P-  Remaja merupakan aset negara yang bernilai dan jangan
biarkan aset ini
menyebabkan imej negara   tercalar di mata dunia.
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-
buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan
maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-
muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan
kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke
muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba.
~Usman Awang
06. “Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat
kemenangan.” ~Surah al-Hajj:77
07. “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah
sajalah tempat meminta pertolongan” ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya
seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-
hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. “Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai
bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak
menggunakan emosi dalam melakukan tindakan.” ~Tengku Habsah
Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan)
11. “Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah
peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah
yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.” ~Profesor Diraja
Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu
menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang
banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga
dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak
itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal
seperti cuka merosakkan madu.”
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali
berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu
balasan bukanlah manusia yang jujur.
     Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan
kamu bersabar dan berpegang teguh
    dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada
empat sifat yang membinasakan iaitu; dia
     akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau; hartanya
     akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat
     dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu
akan dicuri dan digunakan untuk
     berfoya-foya. – SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang
bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang
      boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang
hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan
batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
  Penanda Wacana
A
1.        Andaikan perkara ini berlanjutan,
2.        Apa yang membimbangkan kita ialah
3.        Abad yang mementingkan material ini mengajar kita …
4.        Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah…
5.        Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa…
6.        Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa
7.        Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang
gejala ini,
8.        Ada pihak yang beranggapan bahawa
9.        Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas
bahawa
10.     Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan
11.     Adalah dipercayai bahawa…
12.     Adalah lebih Afdal (baik) jika…
13.     Adalah memalukan kita kerana
14.     Adanya perkara ini kerana
15.     Adalat (keadilan) akan terpancar jika….
16.     Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini
menyebabkan
17.     Adat di dunia memang begitu,
18.     Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana…
19.     Adiwarna (memang bagus) jika kita……
20.     Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan…
21.     Advis (nasihat) saya ialah …
22.     Aduan yang kita sering terima uialah…
23.     Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan
24.     Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa…
25.     Agak membimbangkan kita kerana…
26.     Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah…
27.     Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan….
28.     Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..
29.     Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,
30.     Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan
pendapat bahawa
31.     Alam terbentang menjadi saksi,
32.     Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita
bahawa
33.     Almalun (terkutuk) sekali jika kita….
34.     Amnya, (Umumnya)
35.     Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku
kerana….
36.     Angkara perbuatan ini,
37.     Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa….
38.     Aspirasi (cita-cita) negara ialah …
39.     Atas dasar perikemanusiaan,
40.     Ayuhai manusia,….
B
41.     Bagaimana pun,
42.     Bahang masalah in semakin terasa kerana
43.     Bagunlah wahai rakyatku,
44.     Barangkali kita terlupa bahawa…
45.     Baru-baru ini,
46.     Belakangan ini,
47.     Bayangkan suatu hari nanti,
48.     Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas
menyebabkan…
49.     Bedooh (melampau) sekali jika mereka…
50.     Belukar kehidupan ini mengajar kita….
51.     Benarlah jika saya mengatakan bahawa
52.     Bernas sekali anggapan bahawa…
53.     Biasanya,
C
56.     Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut
dengan faktor…
57.     Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana
58.     Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..
59.     Cukuplah sekadar ini,
60.     Cukup malu kerana…
D
61.     Dada manusia yang kejam ini..
62.     Dada insan yang rakus (tamak) ini…
63.     Daifnya (hina) kita jika dikatakan…
64.     Dakwaan yang mengatakan bahawa…
65.     Dakwaan ini memang tepat kerana
66.     Dakwaan ini tidak berasas kerana
67.     Dalam mengharungi arus globalisasi,
68.     Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,
69.     Dalam meniti (melalui) hari demi hari,
70.     Dalam hal ini,
71.     Dalam ajaran agama dan moral,
72.     Dalam mengaplikasikan nilai ini,
73.     Dalam pada itu,
74.     Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah
75.     Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa…
76.     Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa….
77.     Dapat kita simpulkan bahawa…
78.     Daripada membiarkan masalah ini kronik,
79.     Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa…
80.     Dalam hal sedemikian,
81.     Dengan berbuat demikian,
82.     Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..
83.     Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan…
84.     Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana
85.     Diskriminasi kaum menyebabkan…
E
86.     Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita
87.     Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.
88.     Ekoran daripada peristiwa ini,
89.     Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..
90.     Entah mengapa,
F
91.     Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa…
92.     Faktor utama ialah..
93.     Faraq (perbezaan) hal ini ialah
94.     Fasal (berkenaan) itu,
95.     Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah…
96.     Fokus utama topik kita ialah…
97.     Fungsi utama ialah..
G
98.     Galakan ini datangnya daripada…
99.     Gamatlah suasana kerana …
100.  Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana…
101.  Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa
102.  Gejala ini ada kaitan dengan….
103.  Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila…
104.  Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan
menyebabkan….
105.  Generasi dotkom ini mementingkan..
106.  Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila…
107.  Gundah sekali apabila….
108.  Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,
H
109.  Habis (jadi),
110.  Hala tuju kerajaan ialah…
111.  Hal ini demikian kerana
112.  Hal ini berlaku kerana…
113.  Hal in memang memeranjatkan kita kerana…
114.  Hal ini tidaklah menghairankan kerana…

115.  Hal ini berpunca daripada…


116.  Hal ini menyebabkan…
117.  Hal ini menghalang usaha kita…
118.  Hampanya ibu bapa apabila…
119.  Harapan kita ialah…
120.  Harapan negara ialah…
121.  Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan
122.  Hipotesisnya ialah…
123.  Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana…
124.  Hujah yang dikatakan…
125.  Hujah itu memang tepat kerana…
I
126.  Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan…
127.  Idea ini menyebabkan
128.  Ideologi ini memang benar kerana…
129.  Ijtihad (pendapat) ini benar kerana
130.  Ijtihad pelbagai pihak ialah…
131.  Iklim budaya ketimuran menyebabkan…
132.  Iman manusia semakin menipis kerana..
133.  Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,
134.  Impaknya(kesannya) ialah
135.  Impak daripaha hal ini menyebabkan…
136.  Ingatlah bahawa…
137.  Ingat,
138.  Insaflah wahai manusia,
139.  Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana…
140.  Istilah malas memang bahaya kerana…
141.  Izinkan saya katakan bahawa….
 
J
142.  Jika ditinjau dari sudut agama,
143.  Jauhari berpendapat bahawa,
144.  Jabatan narkotik membuktikan bahawa
145.  Jadi,
146.  Berjaga-jagalah kita,
147.  Jagat (dunia) ini amat luas,
148.  Jagatraya (seluruh dunia) ini,
149.  Jago (juara) politik beranggapan,
150.  Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana
151.  Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin
152.  Jak ( semenjak / dari)
153.  Jalan hidup yang lurus ini
154.  Jauh di sudut hati,
155.  Jauh berbeza daripada orang lain,
156.  Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan
157.  Jentera kerajaan mestilah
158.  Jihad (perjuangan) manusia
159.  Justifikasinya, (alasannya)
160.  Jurang pemisah in menyebabkan
K
161.  Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa
162.  Kaca mata ini sentiasa melihat
163.  Kadangkala,
164.  Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan
165.  Kala manusia bermain dengan kezaliman,
166.  Kalakian, ( ketika itu)
167.  Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila
168.  Kalimah  (kata-kata) ini menyebabkan
169.  Kancah politik menyebabkan
170.  Kancah jenayah ini semakin serius sehingga
171.  Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan
172.  Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan
baik kerana
173.  Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila
174.  Kata Perdana Menteri,
175.  Kata golongan intelek,
176.  Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa
177.  Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa
178.  Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah
179.  Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila
180.  Kekecamukan  ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan
181.  Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)
182.  Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak
kerana
183.  Kelak,
184.  Kemudiannya,
185.  Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan
186.  Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan
187.  Kekentalan hidup mengajar kita
188.  Kerenah manusia pada zaman moden ini,
189.  Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila
190.  Khususnya,
191.  Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana
192.  Kini,
193.  Kira-kira sedekad lalu,
194.  Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa
195.  Klasiknya pemikiran seseorang apabila
196.  Kombinasi ini menyebabkan
197.  Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan
198.  Kompleksnya kehidupan manusia kerana
199.  Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa
200.  Konklusinya,
201.  Konsep ini sesuai kerana
202.  Kontradiksinya, (sebaliknya)
203.  Kekosongan jiwa menyebabkan
204.  Kotornya sanubari seseorang jika
205.  Kreativiti ini menyebabkan
206.  Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana
207.  Kritikalnya masalah ini kerana
208.  Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila
209.  Kurangnya pendidikan menyebabkan
L
210.  Lagipun,
211.  Lagi pula,
212.  Langkah yang sesuai ialah
213.  Langsung tidak kita ramalkan bahawa
214.  Lebih-lebih lagi,
215.  Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana
216.  Lahiriahnya  ( pada awalnya)
217.  Lakonan manusia kini semakin baik kerana
218.  Lanjutan daripada peristiwa itu,
219.  Lantangnya suara manusia menyebabkan
220.  Lapangan (bidang) ini berkisar tentang
221.  Lebih-lebih lagi,
222.  Leganya kita jika
223.  Lillahi, (demi Tuhan)
224.  Lumrahnya, (lazimnya)
225.  Lumpur hidup ini memang begitu,
M
226.  Maknanya,
227.  Maka,
228.  Masa sekarang
229.  Malangnya,
230.  Malang tidak berbau,
231.  Masihkah anda ingat,
232.  Misalnya,
S
233.  Sementelahan,
T
234.  Tempiasnya (kesannya)
MUTIARA KATA
1.    Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers.
2.    Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan
kesalahan-kesalahanmu. Benjamin Franklin.
3.    Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi
tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham
Lincoln.
4.    Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi
tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal
5.    Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah
Tibet.
6.    Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun
orang itu telah mati. Shakespeare.
7.    Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga
berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes.
8.    Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih
tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia.
9.    Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa
pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab.
10.Merancang masa bermakna, merancang kejayaan. Dr. Irfan
Khairi.
_______________________________________________
___________
1.    Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda
kebimbangan. Zhuang Zi.
2.    Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu,
tiada harapan. Cicero.
3.    Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui
kelebihan bakat temannya. Confucious.
4.    Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat
bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia. Napoleon Hill.
5.    Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero.
6.    Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman.
7.    Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun
sihat. Beng Tju.
8.    Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi
sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt.
9.    Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun
kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik. Pepatah Arab.
10.Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk
mengalami kegagalan. Henry Thoreau.
11.Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates.
12.Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita
akan pergi. J. Jayewarden

PENULISAN CEMERLANG : KOLEKSI COGAN KATA

1. Filem Kita Wajah Kita


2. Fikir Dahulu Sebelum Buang
3. Generasi Muda Wawasan Bangsa
4. Generasi Muda Peneraju Wawasan
5. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang
6. Guru Pembina Negara Bangsa
7. Indah Budi Kerana Bahasa
8. Kepimpinan Melalui Teladan
9. Keranamu Malaysia
10. Malaysia Boleh
11. Membaca Jambatan Ilmu
12. Membaca Sepanjang Hayat
13. Rumahku Syurgaku
14. Remaja Penggerak Wawasan
15. Satu Malaysia
16. Semakin Hari Semakin Sayang
17. Sihat Sepanjang Hayat
18. Sayangilah Sungai Kita
19. Tak Nak Merokok
20. Utamakan Kesihatan
KOLEKSI FRASA MENARIK

 memiliki iltizam yang tinggi


 memiliki jati diri yang unggul
 mempunyai keterampilan sendiri
 mempunyai pegangan agama yang mantap
 memiliki prakarsa untuk melakukan perubahan
 menempuh arus globalisasi
 menjana pertumbuhan ekonomi
 mengasah daya kepimpinan
 mengukuhkan keutuhan perpaduan bangsa Malaysia
 memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan
dan cabaran

 menerjah kecemerlangan
 menggarap pengetahuan
 memberikan nafas baharu
 membentuk personaliti unggul dan hala tuju kehidupan
 menjana kehebatan bakat dan kreativiti
 menyuburkan amalan nilai murni
 menyemai kesantunan budi pekerti
 menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda
 menjalinkan kemesraan dan ikatan kasih sayang
 mengeratkan jalinan semangat kejiranan

 menyimpulkan ikatan sosial


 membina kecemerlangan sahsiah
 menjadi pemangkin kemajuan negara
 menguasai fikiran dan mengawal minda
 mematangkan minda masyarakat
 merealisasikan impian, harapan dan cita-cita
 membicarakan impian dan harapan
 menjayakan misi dan visi
 meneruskan kelangsungan hidup
 mewarisi tampuk kepimpinan

 menjayakan agenda kerajaan


 memerlukan revolusi sikap
 melipatgandakan usaha dan memperlihatkan komitmen berterusan
 media arus perdana
 menguasai dada akhbar
 mengurangkan jurang digital
 mengundang padah
 masih berada di takuk lama
 masih terbelenggu dengan pemikiran negatif
 meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan
dugaan

  PENGGUNAAN RANGKAI KATA SETARA

 Bersandar pada cara dan berpegang pada peraturan


 bercelaru dan berserabut
 dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana

 keperibadian yang mulia dan ketinggian budi yang luhur


 kemampuan bersaing dengan negara-negara maju dan
berkeupayaan ….
 keupayaan memanipulasikan dan kebolehan mengendalikan
 kecelaruan pemikiran dan kekusutan minda
 kemiskinan maklumat dan kekurangan informasi

 masyarakat yang berbudaya ilmu dan berperibadi unggul


 melontarkan pendapat bernas dan meluahkan perasaan
 membuahkan kegembiraan dan melahirkan kesejahteraan
 menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar
 melampaui batas dan melanggar tatasusila
 menangkis kegundahan dan keresahan
 mempersoalkan kegagalan dan mengungkitkan ketewasan
 meluahkan perasaan dan melahirkan isi hati
 menimbulkan kesedaran dan melahirkan keinsafan
 menilai keupayaan sebenar dan mentafsir kemampuan hakiki
 memperlihatkan keterampilan dan menunjukkan kemampuan
 melemparkan tohmahan dan melontarkan syak wasangka
 menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati
 mencemarkan imej dan memburukkan bayangan

 membelakangkan amanah ibu bapa dan mementingkan diri sendiri


mengagungkan budaya hiburan dan meminggirkan ajaran agama
 percanggahan pendapat dan pertentangan hujah

 usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur

 
 

 PADA ZAMAN MODEN

 pada era globalisasi


 pada era globalisasi yang semakin mencabar
 pada era dunia tanpa sempadan
 pada era siber
 pada era teknologi maklumat
 pada alaf baharu
 pada alaf baharu yang kian sarat dengan pelbagai cabaran

REMAJA

 anak-anak belasan tahun


 anak-anak belasan tahun yang gigih berjuang di medan ilmu
 pelajar-pelajar
 para belia
 generasi muda
 generasi muda yang masih mentah mengharungi ranjau kehidupan
 generasi pascamerdeka
 generasi pewaris kepimpinan negara
 pemuda pemudi harapan bangsa
 putera puteri harapan bangsa
 putera puteri pewaris kepimpinan negara

MASALAH SOSIAL

 kes-kes jenayah
 gejala negatif
 gejala maksiat yang kian berleluasa
 perangkap maksiat
 perangkap maksiat yang tidak mengenal mangsa
 perlakuan antisosial
 perlakuan yang batil
 perlakuan yang bertentangan dengan ajaran agama
 terjebak dalam kegiatan negatif yang menjejaskan kejayaan masa
hadapan
 terjebak dalam kegiatan negatif yang menjatuhkan maruah
keluarga

MASALAH YANG KIAN MENINGKAT

 masalah yang semakin meningkat tahun demi tahun


 masalah yang semakin berleluasa saban tahun
 masalah yang kian kronik
 masalah yang kian serius
 masalah yang membimbangkan pelbagai pihak
 masalah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan
pemimpin dan masyarakat
 masalah yang menggusarkan pemikiran ibu bapa
 masalah yang menggusarkan pemikiran pelbagai pihak
 masalah yang menuntut penyelesaian segera

 BEKERJASAMA

 bekerjasama “bagai aur dengan tebing” untuk ….


 bekerjasama untuk mengatasi masalah yang kian membimbangkan
 berganding bahu mencari jalan penyelesaian bagi menangani
masalah ….
 bergabung tenaga untuk mengatasi ….
 melipatgandakan usaha untuk ….
 pelbagai langkah perlu diambil untuk ….
 pelbagai langkah proaktif perlu digerakkan dengan berkesan demi
….
 pelbagai tindakan drastik perlu diambil untuk ….
 situasi ….. perlu ditangani dengan bijak agar ….

 Frasa Menarik Untuk Karangan

Frasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam


penulisan karangan pelajar:
1Memanifestasikan fikiran – Menggunakan idea dengan sebaik-
baiknya
2Menukilkan kata-kata – Menulis / bercakap sesuatu
3Memberikan impak – Mengakibatkan / menyebabkan
4Rentetan senario itu – Selepas fenomena itu
5Jika ditelusuri – Jika dikaji secara mendalam
6Penyalur ilmu – Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu – Masa terkini
8Mutakhir ini – Pada masa kini
9Seantero dunia – Seluruh dunia
10Menikam sanubari – Merosakkan perasaan
11Meluaskan horizon pemikiran – Meluaskan pandangan /
pemikiran
12Menggabungjalinkan elemen – Menggunakan pelbagai aspek
13Merangsang ekonomi – Mengaktifkan proses jual beli
14Lebih intelektual dan berketerampilan – Lebih bijak dan
berkebolehan
15Bitara – Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16Simbiosis – Dua benda yang saling berkaitan
17Masih bermain dengan fantasi – Berkhayal / bermenung / tidak
berfikiran matang
18Mendabik dada – Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19Mengkodifikasikan undang-undang – Menyelaras undang-
undang / peraturan
20Kestabilan spiritual dan fizikal – Keseimbangan rohani dan
jasmani
21Mekanisme kawalan – Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22Pandangan sarwa – Pemikiran biasa / umum
23Anjakan paradigma – Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24Relevan dengan kehendak zaman – Diterima dengan perubahan
dari semasa ke semasa
25Landasan berfikir – Cara berfikir
26Masyarakat konvensional – Masyarakat umum / biasa
27Mengaibkan diri – Memalukan diri
28Alma mater – Sekolah / universiti / tempat pelajar
29Kemapanan fikiran – Keteguhan cara berfikir
30Alpukah – Daya usaha / inisiatif
31Bacul – Tidak bersemangat
32Badai kehidupan – Cabaran hidup
33Inteligensia – Kumpulan manusia yang pandai
34Berkongkalikung – Bersepakat
35Bukti yang konklusif – Bukti yang kukuh
36Praja – Kota / negeri
37Prakarsa – Inisiatif / daya usaha
38pramusaji – Pelayan tetamu di restoran
39Rutin harian – Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40Nawaitu diri – Keinginan diri
41Narsisistik – Terlalu memuji diri sendiri
42privasi – Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang
gangguan
43Portfolio menteri – Tugas menteri
44Pentas siasah – Dunia politik
45Polemik – Bahas / debat / konflik
46Melikwidasikan – Membubarkan / memansuhkan
47Linglung – Hilang ingatan
48Falah – Kejayaan / kemenangan
49interpretasi – Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah – Bersikap tidak tahu
————————————————————————————————
1. bermaharajarela – berleluasa
2. konflik jiwa – pergolakan jiwa
3. menopang dagu- termenung
4. tonggak – asas/dasar
5. aset – sesuatu yang bernilai
6. menuding jari – menyalahkan orang lain
7. seantero – seluruh
8. malapetaka- bencana/ bala
9. keserakahan – kerakusan, ketamakan
10. konkrit- kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan – menjadikan kenyataan
12. vandalisme – merosakkan harta benda
13. lumrah – kebiasaan
14. duniawi – hal-hal dunia
15. ketandusan – tidak ada
16. disisihkan – dipinggirkan
17. kritikal – serius
18. sanubari – jiwa
19. akar umbi – punca
20. meranapkan – menghancurkan
21. kesedaran sivik – kesedaran tentang tanggungjawab
22. perdana – utama, primer
23. materialistik – kebendaan
24. membendung – mengawal
25. realiti – hakikat
26. berjat – kawan
27. pancaroba – keadaan yang kacau
28. mengheret – membawa kepada
29. sayugia – harus, patut
30. merunsingkan- merisaukan
31. kepupusan – kehilangan
32. khazanah – harta benda
33. global – dunia seluruhnya
34. pusaka – sesuatu yang diwarisi turun-temurun
35. warisan – harta pusaka
36. prihatin – peka, cakna
37. demonstrasi – menunjukkan
38. gemuruh- hebat
39. serampang dua mata – melakukan dua kerja serentak
40. terjebak – terlibat
41. arkib – tempat menyimpan benda khazanah
42. mencungkil- mencari
43. iltizam – harapan tinggi
44. silaturahim – persaudaraan
45. motivasi – semangat tinggi
46. menyarankan – mencadangkan
47. era – zaman
48. sistematik- teratur, mengikut peraturan
49. intensif- giat, bersungguh-sungguh
50. menberangsangkan- membanggakan
51. menimba- mendapat
52. rentetan – ekoran
53. tersadai – tidak bergerak
54. peras ugut- ancaman, paksaan
55. dif – tetamu
56. sahsiah- keperibadian
57. komitmen- kesungguhan
58. perspektif – tanggapan
59. julung-julung kali – pertama
60. nadi – penggerak
61. mengikis – membuang
62. kegawatan – kejatuhan
63. tampil – keluar
64. syabas – tahniah
65. kewibawaan- keupayaan
66. muafakat – kerjasama
67. terpikul- tertanggung
68. teladan – contoh
69. mengubah- menukar
70. dinafikan – disangka
71. menyeru- meminta
72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan
73. mutakhir- terkini
74. fasilitator – pemudah cara
75. fleksibel – mudah diubah suai
76. kebejatan – kejatuhan
77. persada -gelanggang, arena
78. boikot- dipulaukan
79. manfaat – faedah
80. total- menyeluruh
81. senggang – santai, tidak sibuk
82. bergelandang- berperleseran
83. maslahat- faedah
84. norma – adat
85. tersohor- terkenal
86. kutsi – suci
87. diuar-uarkan- dicanangkan
88. dana – modal
89. menerajui – memimpin, mengetuai
90. imej – penampilan
91. emansipasi – hak kebebasan
92. merencatkan – menggagalkan
93. dimonopoli – dikuasai
94. kolot- kuno
95. profesion – kerjaya
96. informasi – penerangan
97. integrasi – perpaduan
98. aspirasi – cita-cita, keinginan
99. memudaratkan – memburukkan
100. dinamis – berdaya saing
101. progresif- sihat dan cemerlang
102. drastik – cepat
103. perisai – pertahanan
104. diagnosis – mengenal pasti
105. pemantauan – pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto – pendirian
107. waswas – tidak yakin
108. natijahnya – kesannya
109. mencerminkan- melambangkan
110. jenama – jenis barang
111. pornografi – bahan-bahan lucah
112. diiktiraf -diakui
113. obligasi – semangat
114. impak – kesan
115. tuntasnya- keseluruhannya
116. akur – bersetuju
117. efektif – berkesan
118. konvensional- ceramah
119. panji – bendera
120. individualistik – mementingkan diri sendiri
121. manipulasi- tindakan
122. musibah – bencana
123. lewa – tidak sepenuh hati
124. prosedur – peraturan
125. inisiatif – daya usaha
126. anasir- gejala
127. penggemblengan – penyatuan
128. transisi – perantaraan
129. kaliber – berkeupayaan
130. darsawarsa – satu dekad
131. insentif – imbuhan, ganjaran
Isu Program Latihan Khidmat Negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program yang
akan meneruskan agenda perjuangan bangsa. Pihak kerajaan telah
membuat kajian menyeluruh dan telus sebelum merangka matlamat
dan strategi program ini. Program ini merupakan kayu ukur atau
cerminan pelapis masa depan yang merupakan tonggak tamadun
bangsa atau jati diri bangsa. Kejayaan program ini disandarkan pada
kesungguhan, iltizam dan penegasan baru. Sayangnya dasar yang
hebat ini tidak disertai oleh pelaksanaan yang cekap, telus dan
terperinci.
Isu Gejala sosial
Gejala sosial semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi.
Walaupun hanya segelintir remaja yang mempunyai komputer
peribadi tetapi pengaruhnya sukar dibendung menyebabkan mereka
terjajah minda dan budaya. Hal ini amat membimbangkan pihak
kerajaan kerana mereka merupakan cerminan bangsa yang akan
menongkah cabaran masa depan. Senario sosial yang dipaparkan
mengetuk pintu hati segenap masyarakat untuk bertindak secara
kolektif bagi merencanakan tindakan untuk mengatasi kemelut ini.
Gagasan ”Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” akan dapat
diimplimentasikan sekiranya gejala sosial ini dicantas di peringkat
akar umbi. Seharusnya asas utama yang perlu ditekankan sejak kecil
ialah pembinaan tahap sosialisasi anak melalui aspek keagamaan,
bak kata pepatah Melayu, ”kalau hendak melentur buluh, biarlah dari
rebungnya”.
Isu Alam sekitar

Peranan yang lebih signifikan perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan


untuk melestarikan alam sekitar. Usaha ini harus mendapat
komitmen yang sederap daripada pelbagai pihak bagi menghasilkan
persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih
merupakan jantung dan nadi kehidupan di jagatraya ini. Jika
masyarakat hanya memekakkan telinga, menutupkan mata dan
membutakan hati, segala program yang dirancang akan kecundang.
Ironinya, sokongan dan dukungan segenap masyarakat akan
mewarnai kehidupan ini .
Isu Pembangunan
Pembangunan tanpa perancangan secara holistik ibarat api dalam
sekam yang akan merencatkan aspirasi negara ini. Keghairahan
sesetengah pihak yang berfikiran sempit dan obsesi menarah bukit
dan menggondolkan kawasan akan mencetuskan pelbagai musibah.
Seharusnya sebagai warga yang berhemah, kita haruslah menjunjung
tanggungjawab dan meluaskan horizan minda untuk mengekalkan
kelangsungan citra negara yang unggul. Pembangunan yang
direncanakan mestilah bertunjangkan konsep mesra alam yang
mampu memayungi kesejahteraan sejagat.
Isu Sukan
Sejajar dengan slogan ”Malaysia Boleh” setiap ahli sukan perlu
memikul tanggungjawab yang amat berat untuk memanifestasikan
slogan tersebut. Mereka perlu merangka matlamat strategi bagi
menyahut cabaran tersebut. Jika slogan ini berjaya dimanipulasikan
oleh ahli sukan negara sudah pasti kita dapat bersaing di peringkat
global. Negara kita juga akan terkenal di persada dunia. Sokongan
dan dukungan pihak kerajaan merupakan salah satu usaha yang
boleh dilakukan untuk memperkasa sukan negara. Hal ini kerana
ahli-ahli sukan memerlukan pohon rendang untuk bernaung supaya
mereka dapat memberi komitmen yang jitu terhadap bidang sukan
yang diceburi. Setiap ahli sukan seharusnya mampu menghidu
peluang melakarkan kecemerlangan bagi memastikan bidang sukan
negara ini gah di persada antarabangsa.
Isu pendidikan

Saban hari kita sering dihidangkan dengan berita tentang tindakan


sadis golongan pelajar. Fenomena yang menjadi lumrah di
kebanyakan institusi pendidikan ini, akan meranapkan keutuhan
bangsa dan negara. Golongan pelajar ini seolah-olah kehilangan
pedoman dan menyerah kalah dalam dunia yang dilingkari
kepalsuan. Sebahagian daripada pelajar ini seolah-olah telah terjajah
minda dan budaya, lantaran mengamalkan fahaman agama yang
jumud. Konsep yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan iaitu untuk
melahirkan modal insan yang berkualiti seolah-olah menemui jalan
buntu.
Isu Perpaduan

Menyingkap nostalgia 13 Mei 1969, telah terpalit sejarah hitam di


negara ini. Hakikat ini telah menggamit perasaan kita untuk
memantapkan integrasi dan memperteguh ikatan perpaduan dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Masalah perpaduan yang
meruncing bukan sahaja melumpuhkan ekonomi malah
melampiaskan pelbagai musibah. Ketegaran perpaduan masyarakat
di negara ini bukan sahaja menjadi pemangkin yang mencorakkan
negara yang berdaulat namun turut akan menjadikan negara ini
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara di
dunia ini.
Karya kreatif
Sakinah menyisir masa lalunya dan menyelongkar nostalgia silam.
Air matanya mula bertakung. Tidak terlintas di mindanya untuk
mencantas tali persaudaraan yang terjalin. Segala peristiwa yang
terungkai mengocak ketenangan kali perasaannya. Tindakan Imran,
tunangannya seperti manusia yang pincang akhlak, rendah moral,
sesat pemikiran dan menyeleweng daripada batas-batas keinsanan.
Tidak pernah terdetik di sukmanya gelagat Imran yang meracuni
kepercayaannya selama ini. Sakinah mendepani hari-hari yang
mendatang walaupun kini dirinya semakin menanjak usia. Segala-
galanya kini nampak begitu sempurna. Cukup sempurna setelah
mengharungi badai dan onak kehidupan. Semuanya kini bagaikan
seindah panorama Arafah.
Isu media massa

Sebagai pengguna yang celik teknologi komunikasi, penggunaan


internet sudah tentu merupakan batu loncatan untuk kita menggapai
kecemerlangan. Internet menyediakan pelbagai kemudahan serta
tempat tersimpan khazanah ilmu yang mampu diterokai oleh semua
peringkat masyarakat. Teknologi maklumat ini merupakan wahana
yang dapat menyalurkan ilmu dan maklumat untuk dimanfaatkan
oleh masyarakat di negara ini.
Isu Pertanian

Mutakhir ini, era perdagangan semakin mencabar dan didominasi


oleh pasaran global. Hal ini demikian, pemasaran hasil pertanian
haruslah menepati kriteria yang ditetapkan. Hanya produk yang
bermutu tinggi dan menepati Skim Akreditasi Ladang Malaysia
sahaja yang dapat meneruskan kelangsungan usaha para petani.
Golongan petani digalakkan mengamalkan pertanian yang mesra
alam, hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk keperluan
para pengguna. Jika gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka
pengiktirafan akan ditarik balik. Kementerian Pertanian haruslah
mempromosikan secara lebih agresif bidang pertanian ini.
Isu Penyakit

Masyarakat hari ini telah digemparkan dengan pelbagai jenis


penyakit berbahaya yang menggugah kesejahteraan sejagat. Wabak
dan epidemik penyakit ini adalah sinonim dengan tindak tanduk
songsang insani. Hal ini berlaku kerana mereka masih lagi
terbelenggu dalam kepompong kejahilan. Sementelahan pula,
segelintir masyarakat terlalu taksub dengan gaya hidup yang diwarisi
sejak turun temurun dan tidak mahu membuat anjakan paradigma.

Anda mungkin juga menyukai