Anda di halaman 1dari 6

KARANGAN :

PENDAHULUAN

PENANDA WACANA

         Pada zaman pascakemerdekaan ini,     


Pada era globalisasi ini,
         Kini,                                                   
         Dewasa ini,                                                               
         Pada masa ini,                                 
         Sejak sedekad yang lalu,
         Dasawarsa ini,                                   
         Dalam meniti kehidupan pada marcapada,                
         Belakangan ini,                                
         Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,     
         Kebelakangan ini,                           
         Sejak akhir-akhir ini,                                               
         Dalam meniti arus kemodenan ini,

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN


· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu …

· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2030. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat……

· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

--Ketika mengaharungi arus globalisasi, arus momentum negara turut bergerak ke hadapan tanpa
berlengah-lengah. Pelbagai insfrastuktur yang sofistikated telah dicipta bagi merangsang ekonomi
negara di samping membolehkan tanah air kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara maju pada peringkat global.
ISI –

 Sebagai pembukaan dan kupasan saya yang pertama,


 Ayuh kita memfokuskan lensa perbincangan pada hari ini kepada cakupan di bawah
peranan…….
 Bagi memulakan tarian pena, ….
 Uslub proaktif ( kaedah proaktif )
       Kita dapat menyaksikan betapa…     
   Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
   Lazimnya, dalam keadaan …                                                
    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
   Pada hemat saya …                                                                              
  Pada pandangan saya …
  Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …        
  Sebagaimana yang kita ketahui                       
  Sebagaimana yang kita maklumi,                                                     
 Jika dilihat dari lensa perspektif yang lain,
 Sebagai cetusan minda saya yang perdana, kedua, ketiga
 Menyingkap jendala langkah konkrit,

HURAIAN.

a) Hal ini demikian dikatakan kerana…


b) Dalam hal ini…….
c) Perkara ini berlaku kerana….
d) Dalam hal ini dapat dinyatakan bahawa……
e) Seperti yang kita sedia maklum…….
f) Hal ini rentetan daripada……
g) Dalam situasi ini…….
h) Hal ini wujud akibat….
i) Hal ini tercetus apabila……
j) Hal ini terjadi kerana……
k) Hal ini disebabkan oleh………

a) Bukan itu sahaja,……..


b) Pada masa yang sama…….
c) Jika ditinjau dari aspek lain juga,……………………
d) Sebenarnya……
e) Selanjutnya……..
f) Sementelahan itu….
g) Dalam perspektif yang lain……
h) Dari sudut lain,…….
i) Dalam pada itu,………
j) Satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah…..
KESAN

a) Kesannya…..
b) Natijahnya….
c) Realitinya, kita tidak dapat menyangkal bahawa……
d) Hal ini secara tidak lansung akan……
e) Lantaran itu, keadaan ini tentunya……
f) Berpunca dari kepincangan inilah…..
g) Implikasinya………
h) Disebabkan perkara inilah…………………
i) Disebabkan kelebihan inilah…………………
j) Tindakan yang diketengahkan di atas mampu…….
k) Melalui hal ini,…..
l) Oleh yang demikian,……………………..
m) Dengan berbuat demikian……
n) Lantaran itu, sehingga kini…..
o) Perkara ini akan membuatkan…..
p) Keadaan ini tentunya…..
q) Hal ini membuktikan bahawa…..

CONTOH

a) Sebagai contoh…..
b) Misalnya……..
c) Bukti yang paling jelas ialah…….
d) ……………seperti………………….
e) Tamsilnya…..
f) Sebagaimana yang kita sedia maklum…….
g) Sebagai analoginya,……

Terdapat banyak aktiviti bersukan yang boleh diamalkan contohnya, berbasikal, berenang,
lompat bintang.
PERIBAHASA

a) Bak kata peribahasa….


b) Bak kata peribahasa Melayu….
c) Bak kata orang-orang tua……
d) Bak kata mutiara,……
e) Bak kata cendikiawan….
f) Persis kata peribahasa…..
g) Persis kata orang-orang tua….
h) Persis kata mutiara…
i) Hal ini sama dengan peribahasa…..
j) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu,……..
k) Fanomena ini dikatakan……..
Semasa bergotong royong, masyarakat boleh menerapkan semangat bekerjasama bak kata pepatah
bagai aur dengan tebing.
Hal ini boleh divisualisasikan bagai aur dengan tebing.
Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing sesuailah untuk menggambarkan keadaan ini.
Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing ( salah )

PENEGASAN

a) Dapatlah dinyatakan bahawa…..


b) Jelaslah bahawa…..
c) Sudah terang lagi bersuluh,…….
d) Justifikasinya…….
e) Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa…..
f) Izharlah bahawa,
g) Bulan kian terang bayang kian jelas,

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,   
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,   
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja   
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insyallah perkara ini akan …
-Sebelum pena diskusi melabuhkan noktahnya,
-sebelum nasi menjadi bubur, sebelum visi kian kabur,

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan
terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini
perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan
segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik
harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan
sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang
yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita,
Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta
pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap
profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku
Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara
umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja
Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga
dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu
bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan
iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan
orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan
digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang
hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan
terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

FRASA MENARIK DALAM KARANGAN


1.  Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7. Alaf baharu - Masa terkini
8. Mutakhir ini - Pada masa kini
9. Seantero dunia - Seluruh dunia
10. Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12. Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14. Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16. Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17. Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18. Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19. Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20. Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23. Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24. Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25. Landasan berfikir - Cara berfikir
26. Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27. Mengaibkan diri - Memalukan diri
28. Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29. Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30. Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31. Bacul - Tidak bersemangat
32. Badai kehidupan - Cabaran hidup
33. Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34. Berkongkalikung - Bersepakat
35. Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36. Praja - Kota / negeri
37. Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38. pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39. Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40. Nawaitu diri - Keinginan diri
41. Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42. privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43. Portfolio menteri - Tugas menteri
44. Pentas siasah - Dunia politik
45. Polemik - Bahas / debat / konflik
46. Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47. Linglung - Hilang ingatan
48. Falah - Kejayaan / kemenangan
49. interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50. bersilengah - Bersikap tidak tahu
51. sentuhan sentimental- menyentuh emosi dan hati
52. alternatif mahmudah – pendekatan yang baik
53. sofistikated- cita rasa tinggi
54. vital – penting
55. mujtamak- masyarakat

Anda mungkin juga menyukai