Anda di halaman 1dari 2

ORANG BERILMU BELUM TENTU BERADAB, ORANG BERADAB SUDAH PASTI

BERILMU

PENANDA WACANA MENARIK


STRATEGI A+

PENANDA WACANA MEMULAKAN AYAT PERTAMA PERENGGAN PENDAHULUAN

a) Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir manusia di segenap penjuru dunia ini tentang
isu…
b) Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita,…
c) Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pelbagai
kemewahan dan kemajuan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak
oleh pelbagai permasalahan social seperti…
d) Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi kini…
e) Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini, kita dapat menyaksikan…
f) Dalam era perubahan arus globalisasi yang pantas dan mencabar…
g) Pada era globalisasi ini,…
h) Dasawarsa ini,…

PENANDA WACANA MEMULAKAN AYAT PERTAMA PERENGGAN ISI PERTAMA

a) Sebagaimana yang kita ketahui…


b) Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa…
c) Pada hemat saya,…
d) Faktor perdana yang menjadi penyumbang kepada …
e) Faktor menjadi mangkin utama…
f) Sebagai cetusan minda saya yang pertama, antara langkah…

PENANDA WACANA MEMULAKAN AYAT PERTAMA ISI KEDUA DAN SETERUSNYA

a) Dari perspektif yang lain pula,…


b) Ditinjau dari kaca mata yang berbeza pula,…
c) Menyingkap jendela langkah yang seterusnya,…
d) Merenung sejenak memikirkan rasionalnya,…
e) Lebih istimewa lagi, dalam konteks ini…

PENANDA WACANA AYAT HURAIAN ISI KARANGAN

a) Hal ini dikatakan demikian kerana…


b) Dalam konteks ini…
c) Bertitik tolak daripada itu…
d) Hal ini membuktikan…
e) Hal ini menggambarkan…
f) Hal ini tercetus apabila…
g) Hal ini bersangkut paut dengan…
h) Hal ini timbul tatkala…
i) Daripada realiti ini,dapat kita jelaskan bahawa…

ILMU ITU CAHAYA, CAHAYA AKAN MENERANGI HATI.


ORANG BERILMU BELUM TENTU BERADAB, ORANG BERADAB SUDAH PASTI
BERILMU

PENANDA WACANA BAGI MENGHURAIKAN ISI/IDEA/PENDAPAT YANG BERBEZA

a) Walau bagaimanapun
b) Kontradiksinya
c) Jika dilihat dari sudut lain
d) Di sebalik itu
e) Namun demikian
f) Walaupun begitu
g) Ironinya,…

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

a) Sebagai contohnya
b) Sebagai analoginya
c) Misalnya
d) Tamsilnya
e) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
f) Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK STATISTIK

a) Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak


b) Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan
c) Pada tahun…
d) Bukti jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

PENANDA WACANA AYAT PENEGAS ISI

a) Jelaslah bahawa…
b) Oleh hal yang demikian, kita haruslah…
c) Maka,…
d) Ringkasnya,…
e) Tuntasnya,…
f) Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa…
g) Izaharlah…

PENANDA WACANA PERENGGAN PENUTUP

a) Sudah terang lagi bersuluh


b) Intihannya
c) Konklusinya
d) Sebagai mengakhiri wacana ini
e) Secara total

PENANDA WACANA MEMASUKKAN PERIBAHASA

a) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni…


b) Persis kata cendekiawan...

ILMU ITU CAHAYA, CAHAYA AKAN MENERANGI HATI.

Anda mungkin juga menyukai