Anda di halaman 1dari 6

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkai kata yang berfungsi untuk
merangkaikan ayat bagi memperjelas atau melanjutkan sesuatu maklumat.
Penggunaan penanda wacana dalam konteks ayat yang sesuai akan menghasilkan
gaya penulisan yang menarik.
Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan
menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan ayat yang sempurna.

JENIS CONTOH PENANDA WACANA


Akhirnya, / Keduanya, / Selaras dengan itu, / Kemudiannya, /
Turutan Selain…, / Seterusnya, / Pertama sekali, / Lebih penting lagi,
Penambahan Sekali lagi, / Hal ini juga, / Tambahan pula, / Seterusnya,

Kata dan / lalu / jika / agar / serta / tetapi / supaya /


Hubung biarpunsungguhpun / walaupun
Perbandingan
& tetapi / walaupun / sebaliknya, / seperti halnya dengan / berbeza
Pertentangan dengan

Umpamanya, / Contohnya, / Hal yang dimaksudkan ialah …


Contoh Sebagaimana, / Biar kita ambil contoh, / Misalnya,
Masa Sesekali, / Akhirnya, / Selepas itu, / Sebelum itu, Pada masa yang sama,
/ Pada mulanya, / Semenjak itu, / Belakangan ini, / Pada Ketika itu,
Jadi, / Oleh itu, / Ringkasnya, / Pendek kata, / Demikianlah, /
Kesimpulan Rumusannya, / Kesudahannya / Kesimpulannya, / Jelaslah bahawa,
/ Pada keseluruhannya, / Sebagai penggulungan,
Justeru, / Lazimnya, / Dengan ini, / Sering kali, / Pada amnya, /
Umum
Kebiasaannya, / Banyak yang berpendapat bahawa …
Tamsilnya, ...
Sebagai contohnya, …
Memberi Biar kita ambil contoh, …
Contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah ...
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak …
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini
Memberi menunjukkan bahawa …
Statistik Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian
pada tahun … yang menunjukkan bahawa sebanyak …

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA 1


Munsyi Dewan DBP
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
Sedasawarsa ini, / Belakangan ini, / Dasawarsa ini, / Marcapada,

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

…Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci demi kebaikan bersama.
…Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah
ini perlu diperinci demi kebaikan bersama.
…Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT KEDUA DAN SETERUSNYA


Bagi sesetengah orang, … / Dalam konteks ini … / Dalam era yang serba canggih ini …
Daripada realiti ini, dapat kita katakan bahawa … / Hal ini disebabkan oleh …
Oleh itu, bolehlah dikatakan … / Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN


Pada hemat saya, … / Pada pandangan saya, … / Lazimnya, dalam keadaan, …
Sebagaimana yang kita ketahui, … / Malahan, pada masa ini juga ...
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ...
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, ternyata bahawa …

PENANDA WACANA BAGI KESIMPULAN & PENUTUP


Kesimpulannya,… / Secara holistik… / Sebagai intiha, ... / Tuntasnya, … Intihanya, … /
Konklusinya, …

CONTOH PENANDA WACANA YANG LAIN


Perenggan Sementara itu, ... / Dalam pada itu, ... Lebih-lebih lagi, ... /
Baharu Tambahan pula, … / Seterusnya, ... /
Penyambung Hal ini wujud akibat ... / Hal ini terjadi kerana ... /
Kata Hal ini berlaku kerana ... / Hal ini demikian kerana ... /
(Huraian Isi) Hal ini disebabkan oleh ... / Hal ini bersangkut paut dengan ...

Kesimpulan Justeru, ... / Hakikatnya, ... / Impaknya dapat kita lihat ... /
dalam Natijahnya jelas membuktikan bahawa ... /
Satu Ayat Implikasi daripada yang dinyatakan, jelaslah menunjukkan bahawa ...

Bak kata peribahasa, ... / Bak kata peribahasa Melayu, ... /


Bak kata cendekiawan, ... / Persis kata peribahasa, ... /
Menyertakan Persis kata peribahasa Melayu, ... / Persis kata orang tua-tua, … /
Peribahasa Persis kata mutiara, ... / Hal ini sama dengan peribahasa … /
Senario ini persis peribahasa Melayu, yakni ... /
Fenomena ini dikatakan umpama …

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA 2


Munsyi Dewan DBP
A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan
minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang
2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan
yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan
oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN


· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi
masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan
drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama
di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi
hingga ke akar umbi.

C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN


· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui, …
· Sebagaimana yang kita maklumi, …
· Sejak awal lagi, …
· Sejak belakangan ini, …
· Selain itu, pada masa ini juga …
· Seperti yang telah dinyatakan …
· Umum mengetahui bahawa …
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, …

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA 3


Munsyi Dewan DBP
D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT KEDUA DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
· Bagi sesetengah orang, …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu, …
· Bukan itu sahaja, …
· Dalam hal ini, …
· Dalam konteks ini, ...
· Dalam zaman yang serba canggih ini, …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian, …
· Dengan perkataan lain, …
· Disebabkan hal itu, …
· Disebabkan keistimewaan inilah kita …
· Hal ini berlaku sedemikian kerana …
· Hal ini penting dalam …
· Hal ini serupa dengan …
· Hal yang serupa berlaku apabila …
· Ini disebabkan …
· Ini membuktikan bahawa …
· Ini menggambarkan bahawa …
· Ini secara tidak langsung akan …
· Ini semua meninggalkan kesan kerana …
· Ini tentu sekali membuatkan …
· Jadi kita perlu …
· Jadi kita hendaklah …
· Keadaan ini tentunya …
· Lantaran itu sehingga kini …
· Kesemua ini menyumbang kepada …
· Kita mengakui hakikat bahawa …
· Kita sering menonton di kaca televisyen …
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar …
· Memandangkan keadaan yang sedemikian, …
· Namun sejak belakangan ini, …
· Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa …
· Secara logiknya masa yang …
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita …
· Keadaan ini seharusnya boleh …
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini, …
· Kendatipun demikian, kita masih …
· Yang paling nyata ialah …
· Yang perlu kita pastikan ialah …

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA 4


Munsyi Dewan DBP
E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada
tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH


· Sebagai contohnya, …
· Biar kita lihat …
· Biar kita ambil contoh …
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah …
· Sebagai analoginya, …
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah …

G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN


· Intihanya, …
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, …
· Sebagai konklusinya, …
· Dengan ini diharapkan …
· Bukan itu sahaja, …
· Mudah-mudahan perkara ini …
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa …
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni, in sya Allah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama …

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA 5


Munsyi Dewan DBP
H. PENANDA WACANA UMUM
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis
ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai
penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana
berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh
penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan:
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya,
di samping

2. Urutan:
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu,
akhirnya

3. Penyataan semula:
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

4. Contoh:
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan:
Sebagai rumusannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat:
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

7. Waktu:
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan,
lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan:


oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu

9. Bandingan:
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

10. Pertentangan:
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu,
bertentangan dengan

11. Pengesahan:
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA 6


Munsyi Dewan DBP

Anda mungkin juga menyukai