Anda di halaman 1dari 1

Khairunnisa’ binti Khairul Azrin

5 Al Battani
Pengangkutan Air dari Akar ke Daun (10 markah)
Pergerakan air dalam tumbuhan dibantu oleh tiga daya iaitu tekanan
akar, tindakan kapilari dan tarikan transpirasi. Air tanah adalah
sentiasa hipotonik kepada sel rambut akar. Oleh itu, air akan meresap
masuk ke dalam sel rambut akar secara osmosis. Sel rambut akar kini
menjadi lebih hipotonik berbanding sel-sel jiran. Air dari sel rambut
akar meresap masuk ke dalam sel-sel korteks secara osmosis. Osmosis
berlaku secara berterusan merentasi sel-sel korteks, sel endodermis
hingga ke salur xilem. Proses ini membentuk satu daya tolak iaitu
tekanan akar. Kemudian, pergerakan air dalam salur xilem di dalam
batang dibantu oleh tindakan kapilari. Tindakan kapilari melibatkan
daya lekatan dan daya lekitan. Molekul air melekat antara satu sama
lain melalui daya lekitan dan pada masa yang sama, molekul air
melekat pada dinding salur xilem melalui daya lekatan. Kedua-dua daya
ini menghasilkan satu daya yang kuat untuk menyokong turus air dalam
salur xilem supaya tidak terputus serta mengatasi daya graviti yang
menarik air ke bawah. Pergerakan air dari daun ke atmosfera pula
dibantu oleh tarikan transpirasi. Pada waktu siang, liang stoma akan
terbuka. Oleh itu, wap air tersejat melalui stoma. Ruang-ruang udara
menjadi hipertonik kepada sel mesofil berspan di sekeliling ruang-ruang
udara. Air meresap keluar dari mesofil palisad secara osmosis. Sel
mesofil berspan menjadi hipertonik kepada salur xilem. Oleh itu, air
dari salur xilem meresap keluar secara osmosis. Kehilangan air secara
berterusan melalui proses transpirasi di stoma menghasilkan daya
tarikan air yang disebut tarikan transpirasi.

Anda mungkin juga menyukai