Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang


memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. Dunia Tanpa
Sempadan adalah satu istilah yang sinonim dengan internet. Manakala menurut Kamus Pelajar
Edisi Kedua, internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan
pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai
maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Ia satu rangkaian yang besar terdiri daripada
rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era
zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada
pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju
dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke
hadapan.Tanpa internet, kita akan ketinggalan ke belakang. Maklumat juga tidak dapat
disebarkan dengan cepat dan pantas. Kita akan sukar mendapatkan maklumat dan informasi yang
terkini.Pada hari ini juga manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat
atau mendapatkan sesuatu barangan yang diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat
dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari
kita. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat
jika dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon. Pelbagai
maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk
keperluan pengguna.

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia
mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para pelajar menghabiskan masa enam belas
jam seminggu melayari internet. Manakala,kajian yang dilakukan oleh Grunwald Associates
LLC mendapati golongan ini menghabiskan hampir sembilan jam seminggu melakukan aktiviti
dalam jaringan sosial ini. Anggaran terdapat lebih daripada 459 juta pengguna internet di seluruh
dunia.

Sejarah internet bermula pada tahun 1957 apabila pihak Soviet Union melancarkan satelit
pertama mereka yang diberi nama Sputnik. Kementerian Pertahanan Amerika merasakan ini
adalah satu ancaman kepada mereka lantas menubuhkan ARPA -Advanced Research Project
Agency untuk mencipta satu sistem dimana walaupun berlakunya serangan nuklear, mereka
masih lagi boleh berhubung. ARPA telah berjaya menhubungkan empat buah universiti di
Amerika Syarikat. Oleh kerana sistem ini melibatkan operasi ketenteraan, satu sistem telah
dibangunkan bagi memastikan tiada data yang hilang sewaktu proses perhubungan berlaku
diantara keempat-empat universiti ini. Kajian demi kajian telah dilakukan dan pada tahun 1982,
satu sistem dikenali sebagai TCP/IP telah dibangunkan. Sistem ini juga telah menjadi asas
kepada Sistem Internet pada masa kini. TCP/IP sukar untuk kita hafal, kerana setiapkomputer
didunia ini perlu ada TCP/IP. Oleh itu, satu cara untuk memudahkan kita ialah dengan
menggunakan nama seperti http://www.google.com/ atau http://www.yahoo.com/ . Nama-nama
ini mewakili TCP/IP untuk memudahkan pengguna. TCP/IP ialah Transmission Control Protocol
/ Internet Protocol. Contohnya seperti 192.168.1.84.
Tiada sesiapa didunia ini yang menyangka bahawa internet itu benar-benar terjadi dan
bagaimana sebenarnya internet itu berfungsi. Tugas kita sebagai pengguna internet, tidak perlu
untuk memahami keseluruhan proses internet itu, melainkan jika keadaan memaksa untuk kita
mendalaminya. Internet adalah sebuah dunia yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni kepada
dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna
tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing.
Secara warasnya internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai
seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik
mungkin. Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit
pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet menjimatkan
serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari
mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir ini
lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh diperolehi
berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada waktu tersebut. Berdasarkan statistik di atas,
dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang
asing di kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan positif dan juga
negatif hasil penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.

Manfaat Internet Kepada Pelajar

Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga
masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam
dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika
menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara manfaat penggunaan
internet kepada pelajar ialah:

1. Maklumat
2. Alat komunikasi
3. Hiburan
4. Penjimatan kos dan masa.

Maklumat
Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat
juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam
bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk
media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita,
laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat
yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi
internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang
membacanya menggunakan internet. Disamping itu, ia juga dapat membantu pelajar dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan
pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu
medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan.
Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih
berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik
minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat.
Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Hal ini adalah sangat penting kerana
dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam
usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar
lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di
mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera.

Alat Komunikasi
Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan efisen
untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia sekarang
mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada internet
melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan perbincangan
dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung
dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e-mel dengan
perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya
masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan dan
perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar
fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat
budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar juga boleh menggunakan talian
internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang mereka minat melalui
perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi
antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan
menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah
masing-masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai
contoh, pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat
menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih
menjimatkan wang.

Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh
menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang
menyediakan perkhidmatan tersebut
seperti http://www.youtube.com danhttp://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga
permainan yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai
pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan
dengan kawan-kawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan pembelajaran
mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu mengurangkan
stress mereka walaupun untuk seketika.

Penjimatan kos dan masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan
telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal
jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu
penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah
berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak
mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari
sumber rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan
masa. Tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai