Anda di halaman 1dari 11

Contoh Teks bahas: Perdana Menteri

Teks Bahas:

Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi,.”Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,”

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan “Industri”
dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran
untuk menghasilkan barangan, manakala perkataan “mangkin” bermaksud unsur yang
mempercepat atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan
bahawa “Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara” bermaksud pendidikan yang
berasaskan perusahaan merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini.
Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala
Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan
pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah
yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara
konsesnsus.

Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan
bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil
pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat
memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya
yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami
kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-
hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita
mempunyai tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang
lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara
maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh
berkeadaan sedemikian? Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya,
selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itu
maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam
bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus
beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah
berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah
sedarkah pihak pihak kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi
krisisi makanan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya
bimbang nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan
itu. Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah
daripada negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak
menumpukan perhatian kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang
pertanian yang berasaskan perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita
mengalami kerugian yang besar. Banyak wang negara yang mengalir ke negara asing kerana
kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perindustrian.

Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang


keperluan kita sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya
menjadi pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya
dengan harga yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga
yang berlipat ganda. Alangkah ruginya kita!

Tuan Yang Dipertua,

Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian
dengan melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-
mata tidak bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk
mencapai matlamat itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan
keutamaan.. Usaha ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh
yang demikian, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran
Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah pula,
diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun 2002 mata pelajaran
Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.

Tuan Yang Dipertua,


Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan
mangkin kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu
eleman penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga
oleh oleh pihak pembangkang…..

CONTOH TEKS BAHAS ALAPARLIMEN


CONTOH USUL BAHAS ALA PARLIMEN

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat sejahtera dan selamat petang

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan


Pegawai-pegawai Persidangan
Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang

Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “Rancangan Realiti Televisyen mampu
melahirkan Masyarakat Madani”. Saya percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan yang
mulia ini, usul ini bakal diluluskan.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Rancangan Realiti Televisyen bermaksud program atau siaran televisyen bersifat interaktif yang
dijayakan sebilangan peserta yang telah melalui proses saringan dan tapisan yang tertentu.
Rancangan realiti mempunyai fokus tertentu seperti pencarian bakat hiburan popular dan alternatif,
ilmu, interaksi sosial, sukan, dan lain-lain. Masyarakat madani ialah suatu sistem sosial yang
mementingkan ketertiban, kerukunan dan pematuhan terhadap keperluan hidup yang sejahtera.
“Mampu melahirkan” membawa maksud kebolehan atau prospek pembentukan, pembinaan, dan
penyempurnaan sesuatu hasrat. Pendek kata, usul kerajaan kali ini secara mudah bererti bahawa
siaran interaktif televisyen yang memungkinkan harapan terbentuknya sebuah masyarakat yang
serba sejahtera.

Saya, ___________________________ telah menjelaskan definisi konsep usul persidangan


sebentar tadi. Pihak kerajaan akan tampil dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest yang teramat
sukar digugat oleh pihak pembangkang. Seribu langkah bermula dengan satu langkah. Strategi
kerajaan yang pertama bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri. Menteri Kedua, Yang
Berhormat Dato’ Seri ________________________ akan meneguhkan kes kerajaan dengan menolak
definisi Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu
kebaikan, sebaliknya mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan membidas hujah
Ketua Pembangkang, dan kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes kerajaan. Saya
tidak nafikan bahawa pembangkang kedua akan menolak dan menyembunyikan kebenaran kes
kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat gelas separuh kosong itu mudah diruntuhkan, dan kes
pembangkang berantakan dan punah ranah bagaikan puing-puing debu yang dibawa taufan Nargis
oleh Yang Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi penggulungan, kerajaan akan memastikan hujah
pembangkang hancur luluh sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan mendapat sokongan
padu sidang dewan yang mulia.

Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah utama kerajaan ialah pembentukan jati diri dalam kalangan peserta rancangan realiti dan para
penonton yang menjadi pengundi. Para peserta perlu menyiapkan diri mengikut tema tertentu dengan
menerapkan elemen kreativiti dan komitmen dalam persembahan demi untuk memancing perhatian
dan memenangi sebanyak mungkin undian. Di pihak pengundi yang menjangkau segenap pelosok
negara, pada akhirnya akan memenangkan peserta yang benar-benar memiliki bakat dan ciri
pemenang sejati, setelah mengambil kira ulasan juri profesional usai persembahan setiap seorang
peserta. Jelaslah bahawa peserta mesti menampilkan aksi yang terbaik, unik dan memukau.
Keyakinan diri dan daya saing akan jadi taruhan. Para pengundi yang menjadi hakim perlu menjadi
jauhari yang mengenal maknikam. Dalam jangka masa panjang, faktor emosi yang mungkin
mempengaruhi pola undian akan berada pada skala yang kecil sahaja. Sebagai contoh, Mawi
sebagai produk Akademi Fantasia berjaya mendekatkan masyarakat Malaysia kepada hiburan yang
santai tetapi sarat mesej. Begitu juga rancangan realiti televisyen yang lain seperti Akademi al-Quran,
Akademi Nasyid, Gadis Melayu, Mencari Menantu, Pesona Nona dan sebagainya yang memupuk jati
diri dalam kalangan peserta dan penonton yang menjadi pengundi. Ini belum termasuk pihak
penganjur yang berhempas pulas menyajikan format, dan konsep rancangan realiti televisyen yang
diterima, serta mempunyai sejumlah besar pengikut yang setia. Jelaslah bahawa konsep rancangan
televisyen kita memiliki acuan sendiri, dan tidak sama sekali meniru rancangan realiti televisyen Barat
yang menjurus kepada budaya hedonisme dan hawa nafsu. Pihak kerajaan memberi jaminan bahawa
apa-apa jua kelemahan dan kekurangan yang mungkin cuba diuar-uarkan oleh pihak pembangkang
tidak berupaya menghapuskan gemerlap kebaikan rancangan realiti televisyen yang menyumbang ke
arah pembentukan masyarakat madani yang sama-sama kita impikan.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Masyarakat madani yang serba sejahtera bertunjangkan jati diri. Sebab itu, saya ingin menegaskan
buat kesekian kalinya bahawa rancangan realiti telivisyen mampu melahirkan masyarakat madani.

Saya, Perdana Menteri Malaysia mohon mengusulkan.


Kebaikan dan Keburukan Hukuman Merotan

Pada era ini, amalan merotan tidak lagi dipraktikkan di institusi-institusi pengajian. Padahalaman
1344, kamus dewan edisi keempat,merotan membawa maksud memukul atau menyebatdengan
rotan sebagai satu hukuman terhadap pesalah. Antara kesalahan yang boleh disabitkan
denganhukuman merotan di sekolah ialah ponteng sekolah, membuli, melawan guru, samseng
sekolah danlain-lain lagi. Hukuman merotan dapat membantu para guru untuk menyelesaikan
masalah disiplindalam kalangan pelajar. Namun begitu hukuman ini mempunyai kebaikan dan
keburukan tersendiri.Antara kebaikan merotan ialah dapat memperbaiki akhlak para pelajar yang
bermasalah.Hukuman merotan tidaklah dilaksanakan sekiranya pelajar itu malakukan kesalahan
pertama tetapi pelajar tersebut diberi amaran terlebih dahulu. Hukuman ini dijalankan sekiranya
pelajar tersebuttidak mengendahkan amaran pertama dan amaran kedua. Pesalah yng tidak
menghiraukan teguranoleh guru disiplin ibarat

‘mencurah air ke daun keladi’

. Individu yang menerima hukuman ini dapatmembentuk disiplin diri. Mereka juga dapat mengambil
iktibar dari hukuman yang diterima. Oleh itu, jelaslah di sini merotan dapat memperbaiki akhlak para
pelajar disamping memberi satu pengajaranyang dapat diterap dalam diri setiap pesalah.Selain itu,
merotan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah.Hal ini kerana para
pelajar tidak lagi berani mengulangi kesalahan yang dilakukan. Seterusnya, para pelajar juga akn
lebih serius dan komited dalam menuntut ilmu pengetahuan. Negara memerlukan pemangkin masa
hadapan yang telus dan berwibawa. Oleh yang demikian negara dapat melahirkan pemimpin yang
berkualiti dan berfikiran rasional untuk membangunkan negara kita, Malaysia. Justeruitu, adalah
baiknya kita mengubah setiap individu sebelum mereka merubah sesuatu yang tidak terlintas di
fikiran.Seterusnya, hukuman yang dikenakan juga dapat mempertingkatkan jati diri para
pelajar.Pelajar yang dijatuhkan hukuman dapat berubah dan dapat mendisiplinkan dirinya dalam
pelbagaiaspek. Contohnya, apabila individu itu telah menamatkan pengajiannya,dia dapat
mempraktikkandisiplin dalam institusi pekerjaan, cara berkomunikasi dan dapat menentukan corak
kehidupan padamasa hadapan. Generasi masa kini adalah pemimpin masa hadapan. Oleh yang
demikian, kita perlulah bersama-sama memainkan peranan dalam membentuk jati diri para pelajar,
bak kata pepatah ‘beratsama dipikul, ringan sama dijinjing’.Terdapat pelbagai keburukan bagi
hukuman merotan ini. Antara keburukan merotan ialahmenimbulkan perasaan ketidak puasan hati
dalam diri setiap individu terbabit. Hal ini para pesalahakan memikirkan cara untuk memuaskan hati
mereka dengan mengadu domba hal ini kepada orangyang terdekat. Pada kebiasaannya, individu
terbabit akan meluahkan ketidak puasan dengan tindakanguru terhadap ibu bapa bagi mendapatkan
pembelaan. Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihatkekecewaan yang ditanggung oleh anak-anak
mereka akibat dari hukuman tersebut. Malah ibu bapaakan menyalahkan pihak yang telah
menjatuhkan hukuman terhadap anak emas mereka. Hal ini dapatmenjejaskan hubungan
silaturahim antara guru dan ibu bapa. Malah mereka sering bermusuhan.Jelaslah di sini bahawa
salah satu keburukan yang dapat menimbulkan rasa ketidak puasan hati palajar apabila menerima
hukuman.Selain itu, keburukan daripada merotan ialah para pelajar tersebut akan berasa
bosanseandainya guru yang merotannya mengajar di dalam kelas. Sikap tidak bersungguh-sungguh
dalammenuntut ilmu juga akan wujud dalam diri pelajar tersebut. Pelajar tersebut tidak akn
menyiapkankerja sekolah yang diberikan oleh guru yang merotannya. Contohnya, pelajar-pelajar
tidak aknmembantu guru yang meminta pertolongan. Sikap suka memberontak dalam kalangan
pelajar akanwujud secara semulajadi.Tuntasnya, merotan dapat mendisiplinkan para pelajar. Semua
pihak harus bersama-samamemikul tanggungjawab untuk menjadikan para remaja berjaya pada
masa hadapan dan bakalmentadbir negara yang kita cintai ini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya
tersendiri,jadi janganlahkita menuding jari kepada satu pihak sahaja. Sebagai rakyat Malaysia yang
telah mengecapikemerdekaan selama 51 tahun, kita perlulah membentuk para pelajar agar kita
dapat melahirkanmasyarakat yang dikagumi pada masa hadapan. Bak kata pepatah ‘bagaimana
acuan, begitulah bentuknya.

Saya tertarik dengan kenyataan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan


Jenayah Malaysia ( MCPF ), Tan Sri Lee Lam Thye bertarikh 10 Mei lalu
yang mahu kerajaan menyegerakan langkah untuk memberi kuasa penuh
kepada pengetua dan guru besar bagi melaksanakan hukuman rotan
terhadap para pelajar.

Pada hemat saya hukuman ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran


sekali gus membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah
negara kita. Bagaimanapun hukuman dalam bentuk itu wajar dilakukan di
dalam bilik tertutup dan bukan di khalayak ramai semasa perhimpunan
bagi memelihara aib pelajar terbabit.

Saya amat yakin melalui hukuman rotan pelajar-pelajar lain turut terkesan
dan mereka pasti akan mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan
sama. Dengan kata lain, hukuman rotan boleh menjadi peringatan kepada
mana-mana pelajar yang bercita-cita mahu melanggar peraturan sekolah.

Sungguhpun begitu perlu diakui ada sesetengah ibu bapa beranggapan


hukuman rotan di sekolah tidak wajar dilaksanakan kerana kesannya
kepada pelajar berkenaan seperti kecederaan dan tekanan emosi.

Itu pandangan sesetengah daripada mereka tetapi pada hakikatnya,


hukuman rotan sebenarnya mampu mendidik pelajar yang melakukan
kesalahan jenayah di sekolah untuk lebih berdisiplin dengan sentiasa
mengikut peraturan sedia ada.

MOHAMAD ISMAN KAHAR

Banting, Selangor

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/hukuman-rotan-


8232-wajar-dilaksanakan-1.326967#ixzz5NNN8uq2i
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wajarkah hukuman rotan ke atas pelajar?
RELEVENKAH HUKUMAN ROTAN BAGI MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPADA
MASA KINI ?
Oleh : Maria Binti Tationo

Malaysia kini sedang mengecapi arus pemodenan. Pembangunan yang dikecapi bukan hanya dalam sektor
ekonomi, malah sektor pendidikan juga sering mengalami perubahan penamabahbaikan selaras dengan arus
pembangunan negara. Sistem pendidikan sering berubah dan berlaku penambahbaikan bertujuan mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan hanya dari segi
intelek tetapi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Ini bermakna, sektor pendidikan di Malaysia memainkan
peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Jika kita lihat ketika ini, sektor pendidikan
mampu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. Namun begitu, tanpa kita sedar nilai moral di
kalangan generasi muda ketika ini semakin rendah. Tahap disiplin pelajar pada masa kini semakin
membimbangkan. Banyak kes-kes berkaitan disiplin pelajar seringkali diperkatakan di dada akhbar. Adakah
disebabkan kurang penguasaan disiplin pelajar? Apakah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah bagi
mengatasi masalah ini? Justeru itu, penulisan ini akan menjelaskan tentang perkara yang sering menjadi isu
di kalangan ibu bapa dan masyarakat iaitu isu rotan. Persoalannya, mampukah hukuman rotan memperbaiki
disiplin pelajar di sekolah? Apakah inisiatif lain yang wajar dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Isu ini
masih lagi diperkatakan di kalangan masyarakat. Terdapat segelintir ibu bapa dan masyarakat
mempertikaikan tindakan ini. Mengapa pertikain ini berlaku? Segalanya akan dibicarakan di ruangan ini.

Generasi kini berbeza dengan generasi kita sebelum ini. Perbezaannya sudah jelas kita lihat di mana semakin
banyak berlaku keruntuhan moral di kalangan pelajar sekolah. Misalnya, kes pelajar samseng, kes pukul
guru, budaya lepak, hubungan seks bebas, pergaulan bebas, terlibat dengan sendiket pengedaran dadah dan
penyalahgunaan dadah. Kes-kes seperti ini semakin banyak dilaporkan. Apakah tindakan yang dilakukan
oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini. Semua pihak harus memandang serius masalah ini kerana
ianya semakin menular di kalangan pelajar sekolah. Pihak sekolah harus lebih tegas dalam menangani isu
ini. Tindakan merotan pelajar sering dipertikaikan oleh segelintir ibu bapa dan masyarakat. Berbeza dengan
masyarakat pada zaman dahulu. Masyarakat dahulu lebih bersifat terbuka yang mana mereka boleh
menerima hukuman rotan sebagai tindakan untuk mendidik anak mereka. Kesannya, generasi pada masa
itu lebih memiliki nilai moral yang tinggi berbanding generasi pada masa kini. Penerimaan ibu bapa kini
terhadap tindakan rotan berbeza, ada segelintir mereka menyifatkan hukuman rotan sebagai suatu tindakan
kejam ke atas pelajar sekolah. Adakah hukuman rotan mampu mendidik generasi muda pada masa
kini? Generasi pada masa kini banyak terdedah dengan perkembangan teknologi. Mentaliti mereka telah
dikuasai oleh budaya yang dibawa oleh arus perkembangan teknologi yang tidak mampu dikawal lagi.
Keperluan pembangunan teknologi ini penting sebagai jentera penggerak pembangunan negara. Namun
begitu, akibat tiada kawalan yang menyeluruh, kesannya adalah kepada generasi muda pada masa kini yang
lebih bersifat berdaya saing dalam arus pemodenan teknologi.

Oleh yang demikian, peranan guru pada masa kini kian mencabar dalam memenuhi harapan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang berkualiti dalam semua aspek. Guru bukan
hanya bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa, tetapi yang lebih penting adalah mendidik modal
insan yang berkualiti dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pelbagai usaha yang
telah dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kualiti kecemerlangan pelajar. Akan tetapi, masalah
disiplin juga semakin berada pada tahap yang membimbangkan semua pihak.

Penulisan ini akan memfokuskan tentang isu tindakan rotan yang sering menjadi buah bicara masyarakat
kita pada masa kini. Sebelum mengupas lebih lanjut tentang isu ini, terlebih dahulu kita perlu tahu apa itu
‘hukuman berat’? Menurut Mohd Rashid Mohd Saad (2006), ia dapat didefinisikan sebagai sesuatu
hukuman yang menyebabkan kesan ke atas tubuh badan seseorang. Sebagai contoh, di rumah apabila ibu
ataupun ayah menangani anak ataupun dengan menggunakan rotan ke atas tubuh badan mereka dan di
dalam institusi penjara pula, seorang penjenayah yang melakukan jenayah berat seperti membunuh dan
sebagainya. Walaupun kedua-dua contoh di atas menimbulkan kesan tragis ke atas orang yang dihukum,
namun ia dibolehkan. Ini kerana, jika sesuatu hukuman itu didasari oleh keadilan, maka ia tidak menjadi isu
yang hendak diperdebatkan.

Namun, bagaimana pula jika merotan dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia di institusi sekolah ? Ramai yang tidak setuju dengan tindakan ini. Oleh itu,
bagaimana kita boleh membentuk modal insan yang memiliki nilai moral yang tinggi selain daripada
hukuman ini. Tujuan merotan yang menimbulkan kesan yang tidak memcacatkan anggota tubuh pelajar
difokuskan dalam penulisan ini. Daripada segi logiknya, perbuatan merotan yang tidak menimbulkan kesan
kecacatan fizikal selalu menjadi isu di kebanyakkan sekolah di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Mengapa
isu ini menjadi satu perbalahan besar antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang?

Merotan ; jika dibenarkan oleh KPM dilakukan secara adil ke atas seseorang murid yang melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, dikenakan hukuman sedemikian atas dasar setelah nasihat, amaran
dan denda yang dikenakan masih tidak mengubah tingkah laku negatif murid tersebut. Selain itu, merotan
dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah, tidak menimbulkan kecacatan fizikal,
dengan penuh rasa menjaga kepentingan menjaga keseimbangan sistem sekolah demi keselamatan murid
lain dan juga dilakukan oleh guru bukan mengikut emosi atau perasaan membalas dendam adalah
dibolehkan.

Adakah dengan menghapuskan hukuman merotan di sekolah-sekolah di negara-negara maju ada


menunjukkan penurunan kes-kes disiplin di sekolah? Kajian-kajian yang dijalankan di negara maju
walaupun dapat membuktikan yang penderaan kanak-kanak adalah berleluasa tetapi mereka tidak dapat
membuktikan yang merotan dengan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan pelajar dapat
memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu, tidak ada satu pun kajian
yang menunjukkan, merotan dengan teknik yang betul dan dengan tujuan mendisiplinkan pelajar adalah
tidak berkesan. Kebanyakkan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi tidak menggunakan kaedah
penyelidikan yang betul. Ini menyebabkan kita dapat menolak dapatan kajian yang dilihat sebagai berat
sebelah dengan tujuan membuktikan pendapat mereka dan bukan dapatan kajian mereka. Banyak kajian
yang dilakukan cenderung hendak membuktikan kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa
yang tidak bertangungjawab dan bukannya penggunaan rotan oleh guru selepas nasihat, amaran dan denda
yang digunakan tidak mengubah tingkah laku pelajar.

Terdapat beberapa pemikir barat memberi pandangan tentang hukuman rotan ini. Antaranya, Friedman dan
Schonberg (1994), mentakifkan perbuatan memukul sebagai tujuan mendisiplinkan anak-anak bagi
membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan etika. Memukul anak
mereka dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan daripada penderaan
kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka.

Manakala, Larzelere (2001) mengatakan dalam keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat seperti
merotan membuatkan anak itu lebih berdisiplin berbanding anak-anak yang tidak dikenakan hukuman dan
hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun denda. Jika hukuman berat ini kerap dan tidak memalukan
pelajar, ia adalah hukuman paling baik bagi mendisiplinkan anak-anak.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa, merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan tidak
mencederakan anggota pelajar walaupun kanak-kanak akan berasa pedih dan sakit. Ia Cuma bertujuan bagi
menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa kali dinasihati dan
diberi amaran. Hukuman ini perlu dijalankan selepas merancang dengan teliti teknik-teknik terbaik supaya
tidak mencederakan pelajar dan bukan kerana marah atau dendam. Biasanya guru perlu merasionalkan
kenapa pelajar dirotan dan menyatakan kebaikan supaya pelajar terus menjaga disiplin. Walau
bagaimanapun, hukuman tersebut hendaklah dijalankan di tempat tersembunyi seperti di dalam bilik
pengetua dan elakkan di tempat terbuka. Guru juga harus ada belas kasihan pada pelajar dan tidak
mencederakan pelajar dengan kesan luka. Jika hukuman rotan masih tidak berkesan, pelajar tersebut
dinasihatkan dihantar ke pakar-pakar psikiatri atau kaunseling untuk memperbaiki tingkahlakunya.
Berdasarkan pendapat tersebut, jelaslah di sini bahawa hukuman rotan ke atas pelajar yang melakukan
kesalahan disiplin dengan cara yang betul adalah satu tindakan yang wajar. Semua pihak harus membuka
minda terhadap hukuman ini dan menerimanya sebagai membentuk diri pelajar ke arah yang baik dengan
berkesan. Ini kerana, pelajar sekarang semakin berani mencuba sesuatu yang boleh merosakan diri mereka
seolah-olah pihak sekolah tiada hukuman yang tegas dalam pengawalan disiplin pelajar. Diharap, melalui
tindakan ini akan dapat membantu membentuk jiwa dan diri pelajar dengan berkesan. Walau bagaimanapun
semua pendidik tidak harus mengambil kesempatan ini dengan memberi hukuman rotan sesuka hati tanpa
alasan yang sewajarnya. Misalnya, guru harus mematuhi etika memberi hukuman rotan kepada murid. Guru
perlu diberi pelbagai kursus berkaitan hal ini bagi membolehkan guru mengawal emosi dan memberi
hukuman tersebut dengan cara yang betul supaya hukuman yang dikenakan tidak menyebabkan kecacatan
kepada pelajar.
Turut dikongsikan di sini, bentuk-bentuk hukuman yang di larang berdasarkan maklumat Unit Disiplin KPM
iaitu :

Hukuman terhadap fizikal Hukuman terhadap mental dan


emosi
· Berdiri lama di tengah panas · Gunting rambut
· Lari keliling padang · Berdiri membuat latihan
· Berdiri lama dalam/luar bilik · Berleter
darjah · Gantung tulisan dibadan
· Memukul diri sendiri/sesama · Memalukan di khalayak ramai
sendiri · Kelas tahanan pada waktu rehat
· Berdiri di atas kerusi / meja · Memaki hamun
· Menarik rambut / tarik telinga · Conteng muka dengan kapur
· Belasah dengan alat seperti · Koyak buku latihan
tali pinggang atau pembaris. · Mengugut atau menggertak murid
· Junjung kerusi atau buku · Tidak menanda buku latihan
· Cubit · Tidak menghiraukan murid
· Enjut/ketuk ketampi
· Ketuk/ sekel kepala
MENGIMBAS zaman belajar dahulu, rasa seram sejuk bila melihat rotan di atas meja
guru disiplin. Hujung rotan dah pecah seribu. Entah berapa ramai pelajar yang sudah
menjadi mangsa rotan.

Di tapak tangan atau punggung? Mungkin sahaja hanya gertakan dengan memukul
rotan di atas muka meja...

Hukuman rotan ini sebenarnya tidak asing dalam masyarakat sejak zaman dahulu.
Ibu bapa dan guru menjadikan rotan sebagai peringatan dan hukuman kepada anak
untuk menjadi insan berguna bila besar nanti. Tambahan pula perbuatan merotan
bukanlah dilakukan berkali-kali dalam satu masa seperti pesalah dijatuhi hukuman di
penjara. Kebiasaannya pelajar hanya dirotan sekali dua bagi kesalahan dilakukan
dengan harapan sebagai pengajaran agar ia tidak berulang lagi.

Namun perkembangan dari masa ke masa, hukuman merotan semakin kurang


berbisa apabila ramai ibu bapa dan guru tidak mempraktikkan dalam mendidik anak
mahupun pelajar. Akibat kelonggaran hukuman tersebut, apakah ini menyebabkan
ramai kalangan remaja hari ini terjebak dalam gejala sosial, yang menimbulkan
masalah kepada diri, keluarga, sekolah, masyarakat mahupun negara? Apakah
hukuman rotan menjadi jalan penyelesai mutlak bagi mengatasi pelajar bermasalah?

Pada 11 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan, bekas Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Ismail Md Noor telah menyatakan sokongan terhadap
penambahbaikan hukuman disiplin dan memberi kuasa kepada cadangan pengetua
atau guru untuk merotan pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Beliau yang diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin
Woo, berpendapat, guru-guru sedia ada sudah terlatih dalam pelbagai skop
termasuk psikologi, akhlak dan disiplin. Mereka lebih maklum dengan masalah
pelajar. Bagaimanapun beliau tidak mahu pelajar sebagai mangsa guru di sekolah. Ini
boleh merosakkan nama baik kerjaya pendidik.

Melihat lebih lanjut terhadap pelaksanaan hukuman disiplin terbaru ini, GPS Bestari
mengupas reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah bekas Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, guru, ibu bapa dan pelajar sendiri untuk
mengetahui penerimaan dan sejauh mana mereka bersedia untuk menghadapi
penambahbaikan peraturan disiplin di sekolah ini.

Disiplinkan pelajar

Guru dari Sekolah Kebangsaan Demang Taha, Masjid Tanah, Melaka, Mohd Najib
Mazelan, berkata, warga guru menyambut baik hukuman rotan dilaksanakan semula.
“Hukuman rotan merupakan satu daripada cara untuk mendisiplinkan pelajar, dan
bukannya mendera seperti yang diperkatakan oleh ibu bapa masa kini. Hairan juga
kenapa ada sesetengah ibu bapa yang tidak boleh menerima hukuman rotan
dilakukan kepada pelajar yang bermasalah disiplin sedangkan sewaktu mereka
belajar dulu juga hukuman ini telah dilaksanakan, malah lebih teruk lagi.”

“Kita boleh lihat, bila hukuman rotan tidak dijalankan, kalangan murid semakin 'naik
lemak' dan jalan mendada seolah-olah tidak menghormati guru yang mengajar
mereka. Bila ada guru yang mengenakan hukuman, mulalah ibu bapa datang serang
sekolah dan mencaci guru.

"Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kami sebagai guru tahu tugas dan
tanggungjawab kami,” katanya yang berharap agar penambahbaikan hukuman
disiplin ini diterima baik oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan murid.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jasin, Melaka, Nur Syafiqah Mohd
Roslan yang merupakan bekas guru berkata, usaha tambah baik hukuman disiplin ini
amat disambut baik oleh warga pendidik.

Beliau berpendapat, hukuman disiplin seperti rotan ini merupakan satu cara untuk
mendisiplinkan pelajar sekolah. Ini kerana jika pelajar yang melakukan kesalahan
tidak dihukum, mereka akan menganggap perbuatan dan kesalahan yang mereka
lakukan itu bukan perkara besar. Jika berterusan, kesalahan tersebut sedikit sebanyak
boleh menjejaskan pelajaran mereka dan juga nama baik sekolah.

“Apabila adanya hukuman sebegini, ia memberi kesedaran terhadap salah laku


pelajar tersebut. Insya-Allah bila dikenakan hukuman, mereka akan tahu kesalahan
dan akan ingat hukuman yang dikenakan. Ia mengelakkan mereka melakukan
kesalahan yang sama berulang kali.”

“Apa yang boleh saya katakan, guru mempunyai peranan sangat kecil di sekolah. Ibu
bapa juga harus memainkan peranan mereka di rumah.

"Jangan terlalu manjakan anak dan didiklah mereka supaya sentiasa berdisiplin dan
menjauhkan diri daripada gejala sosial demi masa hadapan cemerlang,” katanya

Anda mungkin juga menyukai