Anda di halaman 1dari 3

JIKA SAYA SEORANG RAJA

Dalam negeri yang mengamalkan sistem beraja, raja merupakan pemerintah tertinggi

bagi sesebuah negeri. Jika saya seorang Raja, saya akan cuba sedaya upaya untuk membuat

rakyat saya bahagia dan gembira.. Saya ingin mempunyai sebuah kerajaan yang memiliki para

pemimpin dan ketua yang baik,ikhlas dan adil dalam mentadbir urusan kerajaan agar negara

saya sentiasa aman dan damai serta disayangi oleh semua masyarakat yang tinggal di negara

saya.

Jika saya seorang Raja,saya akan memastikan tiada rakyat yang hidup susah atau

miskin.Jika ada,saya akan menyediakan seberapa banyak rumah dan bantuan untuk mereka.

Saya akan bersuamuka dengan rakyat jelata jika ada sebarang masalah yang dihadapi oleh

mereka.Saya akan mendengar semua permasalahan dan akan berusaha menyelesaikan

masalah mereka sebaik mungkin dengan bantuan pemimpin-pemimpin lain yang telah dilantik

agar semua rakyat saya dapat hidup dengan aman dan tenteram.

Jika saya seorang Raja, saya ingin menjadikan negara saya sebuah negara yang maju

dalam pelbagai aspek seperti aspek pendidikan, politik dan ekonomi.Saya akan meningkatkan

kualiti pendidikan untuk kanak-kanak di dalam negeri saya. Selain itu, saya juga akan

menjadikan negara saya sebuah negara yang amat disukai oleh semua rakyat termasuklah

rakyat di negeri lain.

Jika saya seorang raja,saya mahu kerajaan saya berkembang seluasnya dan menyediakan

pelbagai kemudahan awam. Saya dan rakyat jelata akan bersama-sama mendirikan bangunan-

bangunan yang mesra alam, menjaga alam sekitar sebaik mungkin, menambah baik dan

membaik pulih sistem perhubungan jalan raya supaya rakyat jelata dapat bergerak ke tempat

lain dengan mudah dan selamat di samping menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang

setaraf dengan negara-negara maju di dunia ini seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Kemudahan-kemudahan ini akan saya berikan secara percuma kepada semua rakyat di negara

saya.
JIKA SAYA SEORANG RAJA

Jika saya seorang Raja, saya akan mengekalkan hubungan baik dengan negeri-negeri lain

supaya tiada pergaduhan. Saya juga ingin mempunyai sekumpulan tentera yang kuat untuk

melindungi negeri jika berlaku bahaya terutamanya perkara-perkara yang melibatkan rakyat

jelata.

Selain itu,sebagai seorang Raja yang,saya akan menghapuskan semua tempat yang

mendorong rakyat saya melakukan perkara-perkara memalukan negeri.Selain itu, saya akan

melarang kanak-kanak di sekolah dibuli kerana mereka harus dikasihi bukan dibuli.Saya juga

akan memastikan rakyat saya sentiasa hidup harmoni dan bertolak ansur.Dengan ini,kami dapat

memupuk semangat perpaduan kaum.Jika saya seorang raja,saya akan berusaha untuk menjadi

raja yang dikenang,dihormati dan ideal.

(362 patah perkataan)


JIKA SAYA SEORANG RAJA

Anda mungkin juga menyukai