Anda di halaman 1dari 2

TEKS PIDATO JIKA SAYA SEORANG RAJA

Terima kasih pengerusi majlis ,yang saya hormati tuan pengerusi majlis,yang
adil lagi bijaksana para panel hakim, guru-guru seterusnya para hadirin yang
dikasihi sekalian.Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam
sejahtera.

Pantun…..

Sebelum saya berbicara dengan lebih lagi izinkan saya untuk mendeklamasikan
tajuk saya pada hari ini. Mengikut kamus dewan edisi kedua, raja bermaksud
ketua atau orang yang berada di atas sekali dalam sesebuah pentadbiran
Negara.Raja juga merupakan pemerintah berkuasa atau simbol kedaulatan
bagi sesebuah negara.

Jika saya seorang raja…..

Saya akan jadikan rakyat saya tidak buta huruf.Yang mana saya akan pastikan
semua kanak-kanak tidak akan tercicir untuk menuntut ilmu.Apabila semua
kanak-kanak ke sekolah, sudah pastilah rakyat saya akan bijak keturunannya.

Seterusnya saya juga akan memastikan maruah negara saya akan dipandang
tinggi oleh semua masyarakat dunia. Ini melalui kejayaan-kejayaan yang
ditonjolkan oleh rakyat saya.Baik negara-negara Eropah, Asia Barat, atau
penduduk dunia amnya.Sebut sahaja Malaysia semua masyarakat dunia teruja
untuk menghampiri dan mendampinginya.

Disamping itu, saya juga akan membina banyak hospital-hospital atau klinik-
klinik untuk kemudahan rakyat saya.Setiap hospital yang dibina akan
mempunyai pakar-pakar perubatan yang boleh membantu rakyat saya kekal
sihat.Dengan kesihatan yang sempurna barulah Negara saya boleh bergerak
dengan jayanya.
Para hadirin sekalian,

Selain itu , saya juga akan memastikan rakyat saya sentiasa mengamalkan sikap
berdisiplin yang tinggi.Bagi yang melakukan kesalahan,saya akan berikan
motivasi dan didikan rohani yang cukup supaya “ pisang tidak akan berbuah
dua kali ”.

Oleh yang demikian sudah pastilah negara saya akan bergerak dengan lebih
maju dan cemerlang berpaksikan undang-undang yang telah digubal.

Sebagai raja yang disenangi rakyat, sudah pasti saya akan turun padang
mencemar duli bagi bersama-sama rakyat bekerjasama dalam memajukan
Negara. Bak kata pepatah “ Raja dan rakyat bercerai tiada “.

Para pendengar sekalian,

Sebagai raja yang terulung, saya juga akan memberikan suntikan dana kepada
rakyat saya yang berada pada paras kemiskinan. Golongan ini akan saya
kemaskan jatii diri mereka untuk bangkit dan bersaing dalam kelompok
sederhana dan ke atas. Saya juga akan menghantar golongan-golongan yang
berpendapatan rendah ini ke serata dunia bagi menimba banyak pengalaman
dalam membentuk atau merealisasikan impian mereka untuk berada setaraf
dengan golongan yang berjaya.

Akhir sekali saya akan memastikan sumber ekonomi Negara saya stabil
sepanjang masa.Saya akan memastikan setiap warga Negara mendapat
peluang pekerjaan dan memansuh kemasukan pekerja asing .Justeru peluang
pekerjaan akan bertambah dan pasti dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
saya.

Konklusinya, untuk menjadi raja yang cemerlang, gemilang dan terbilang maka,
saya akan mengotakan janji yang telah dipatri demi merealisasikan impian
rakyat untuk kecemerlangan negara.Bak kata pepatah “ harimau mati
meninggalkan belang ,manusia mati meninggalkan nama :”Saya juga ingin
menjadi raja yang sentiasa dikenang dan disanjung walaupun saya tiada di
dunia ini.

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai