Anda di halaman 1dari 3

BANGSA BERILMU BANGSA BERTAMADUN

Assalamualaikum wrt….salam warga madani

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّر ِح ْيِم‬


‫ َو الَع اِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّمٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang menjunjung panji
keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga dewan yang dirahmati
Allah.
Andai patah sayap rajawali,
Bertongkat jua patik kemari,
Bukan kerana ingin mencari autoriti,
Tetapi untuk membawa kita semua, memahami,menerokai serta menghayati tajuk syarahan
saya pada hari ini iaitu ‘BANGSA BERILMU BANGSA BERTAMADUN’.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Sebelum lidah menutur bait kata, sebelum bibir rancak berbicara , izinkan saya terlebih
dahulu untuk mendefinisikan tajuk syarahan saya pada hari ini.

Diksi bangsa menurut kamus dewan edisi keempat merujuk kepada manusia daripada satu
asal keturunan yang mengamalkan cara hidup dan adat resam yang sama.

Ilmu pula, menurut Prof. Yusof Dr.Sayyid Akhtar dalam rencananya, The Islamic Concept of
Knowledge mendefinisikan ilmu sebagai teori, praktikaliti dan proses pendidikan tanpa henti.

Manakala tamadun atau civilization diambil dari perkataan latin ‘Civilis’ yang bererti
warganegara yang berpadu dalam kerangka politik, ekonomi, sosial dan organisasi agama
bagi membina negara maju dari setiap penjuru.

Frasa, ‘Bangsa Berilmu, Bangsa Bertamadun’ adalah mendesak atau untuk merungkai dan
menilai kemampuan ilmu untuk membentuk individu, masyarakat dan negara ke arah
kegemilangan peradaban rohani dan jasmani.

Wacana fikrah saya yang pertama “ Ilmu tuntutan agama”

Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini
kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan
samada perkara tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah SWT juga akan
mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan
firman-Nya:
‫َي ْر َف ِع ال َّلـُه ا َّلِذ يَن آ َم ُنوا ِم ن ُك ْم َو ا َّلِذ يَن ُأو ُت وا ا ْل ِع ْل َم َد َر َج ا ٍت‬
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di
antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada
kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

Kita sedia maklum bahawa menuntut ilmu adalah satu fardu (wajib) terhadap seseorang
insan. Maka, dengan adanya pendidikan ini, ia mampu mengeluarkan seseorang atau
sesebuah keluarga daripada kepompong kemiskinan. Oleh itu, untuk keluar daripada
belenggu kemiskinan, maka pendidikan yang dapat menentukan sejauh manakah seseorang
itu boleh pergi lebih jauh lagi. Namun begitu, kepentingan pendidikan ini tidak harus dilihat
dari segi matlamat ekonomi sahaja, tetapi ia berkaitan dengan melahirkan seorang insan yang
beriman, bertanggungjawb, amanah, mempunyai akhlak atau moral yang tinggi serta matang
dalam menguruskan kehidupan diri dan keluarga dengan lebih sempurna.Dalam mendepani
era globalisasi, kita seharusnya membina masyarakat yang mampu berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan masyarakat asing. Izharnya, melalui ilmu pengetahuan,
masyarakat yang madani akan terhasil dan memacu negara ke arah yang lebih baik.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Wacana fikrah saya yang kedua “ Ilmu penerus kehidupan bertamadun”

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat : 110

Yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada
Allah”

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik,
berwawasan, berdaya saing dan mampu mendepani cabaran berteraskan keimanan kepada
Allah.

Sebenarnya sifat berwawasan dan kehidupan bertamadun ini dapat dilihat pada Tokoh
Ulama terulung Al-Biruni yang mengorbankan tenaga, harta dan masa untuk mengkaji
ilmu putaran bumi. Al-Biruni mengemukakan bahawa bumi, bulan dan planet berputar
mengelilingi matahari.. Bagi umat Islam, astronomi sangat penting dari segi ibadah dalam
Islam, seperti solat, puasa, hari raya, haji, dan lain-lain berhubungan langsung dengan
masalah aturan suria.Selain itu, beliau juga menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika
menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang bintang-bintang dan
kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan.Dengan
adanya penemuan ilmu ini, maka berlakulah perkembangan maritim yang membolehkan
pasaran barangan dagangan ke seluruh pelosok dunia.

Namum begitu, kemajuan teknologi dari bangsa lain tidak boleh dikesampingkan oleh umat
islam.Walaupun Islam berdiri atas dasar keterbukaan, namum ia tetap tidak mengadaikan
prinsipnya dan tidak jumud. Jesteru sebagai orang muslim, kita perlu bersifat terbuka dan
kritis terhadap apa-apa sahaja yang datang dari barat dengan menapis yang mana baik dan
yang mana buruk.
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Kebijaksanaan itu adalah barang kehilangan
orang Mukmin. Sesiapa yang menjumpainya, maka dia berhak mengambilnya.” (Riwayat al-
Tarmizi)
Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,
Wacana fikrah ketiga "Bangsa berilmu tunjang Masyarakat Gemilang”

Manusia pertama Adam A.S diciptakan bersama semangat ingin tahu, hinggaa manusia
terakahir yang lahir pun pasti akan memiliki semangat itu. Melalui semangat yang dimiliki oleh
Adam A.S itu,,maka kita generasi penerus masih meneruskan penerokaan ilmu sesuai dengan zamannya
untuk mencapai kegemilangan. Kewujudan ilmu tidak pernah membeza-bezakan siapakah penuntutnya.
Dari golongan raja dan pemimpin tertinggi, hinggalah kelompok marhaen ,ilmu tersedia untuk sesiapa yang
gigih mencari. Nilai sebenar ilmu terletak pada bagaimana kita melihat dan memahami falsafahnya.Selain
itu, menelusuri kepentingan ilmu dalam segenap lapisan masyarakat. Sejarah telah
membuktikan kepada kita, betapa masyarakat yang berilmu mampu membentuk sebuah
negara yang gemilang.Tamadun India, tamadun China dan tamadun Mesir berkongsi rahsia
kegemilangan yang sama iaitu penguasaan ilmu oleh seluruh kelompok masyarakat.Justeru,
kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini menjadi
satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Tanpa ilmu pengetahuan yang
seimbang, keupayan untuk memajukan negara adalah amat sukar malahan akan menjejaskan
apa jua rancangan dan kemajuan yang telah direncanakan. Begitulah pentingnya ilmu
pengetahuan, tanpanya siapalah kita. Dunia kini lebih mengutamakan ilmu pengetahuan. Jika
bangsa kita tidak berilmu kita akan jauh ketinggalan, malah akan ditinggalkan dalam usaha
untuk menjana pembangunan negara kearah masyarakat gemilang.

Para hadirin yang terhormat,


Akhir kalam dapatlah saya simpulkan bahawa :

Tamadun berkembang dengan kehebatan ilmu sehingga mampu menyumbang


kecemerlangan luar biasa kerana 3 fikrah yang saya telah nyatakan tadi. Iaitu Ilmu
tuntutan agama,Ilmu penerus kehidupan bertamadun, dan bangsa berilmu tunjang
masyarakat gemilang.

Buat ikhtitam kalam, mari hayati bersama pantun ini:

Segak bersampin di teratak bitara;


Tanda berguru menjaga santun,
Generasi berilmu paksi tamadun,
Teras pemangkin transformasi negara.

Sekian. Wassalamulaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai