Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

(refleksi bedasarkan pengalaman anda selepas mempelajari TITAS)

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t dengan izin dan rahmatnya dapat juga saya dan rakan-rakan mempelajari matapelajaran Tamadun Asia dan Tamadun Islam sepanjang semester ini. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd Hairudin bin Amin yang mengajar serta berkongsi ilmu dengan kami pada matapelajaran ini. Di dalam matapelajaran ini banyak ilmu pengetahuan yang saya pelajari terutamanya dalam terbentuk tamadun di sekitar Asia dan juga Tamadun Islam. Salah satunya adalah pengenalan tamadun di awal bab. Berdasarkan bab ini, dua perkara yang saya perlu diberi perhatian ialah pengajian ketamadunan dan sejarah tamadun itu sendiri. Pengajian ketamadunan telah membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun. Sejarah tamadun ialah merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun. Tamadun dari segi pengertian, menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Selain itu, saya juga banyak mengetahui lebih lanjut mengenai tamadun Islam. Hal ini kerana, Islam adalah agama yang bersifat sejagat, untuk seluruh manusia. Kemunculannya telah memberi sinar baru kepada dunia yang malap dengan nilai-nilai jahiliyah kepada dunia petunjuk dan rahmat. Islam telah membawa perubahan kepada tamadun manusia dengan bertunjangkan akidah, berpaksikan perlaksanaan syariat dan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak mulia. Segala perlakuan manusia sebagai penggerak tamadun mestilah berteraskan Al-Quran dan AsSunnah di samping memanfaatkan sumbangan intelektual muslim dalam

membangunkan dunia sejagat. Di samping itu, TITAS telah membuatkan saya mengenali tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan Al-Khawarizmi. Tokoh-tokoh ini yang telah membawa satu kemajuan kepada sesuatu tamadun. Hasil kajian dan teori mereka ini telah diaplikasikan sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, masih ramai juga rakyat Malaysia yang bukan Islam mahupun Islam itu sendiri kurang mengetahui pengetahuan Islam yang sebenar-benarnya. Sebagai cadangan, sebelum memberitahu apakah itu Islam sedalamnya kita haruslah berfikir dengan

membuat perbandingan sumbangan tokoh-tokoh hebat dalam agama lain dan sumbangan mereka terhadap ketamadunan mereka sendiri, menonjolkan nilai dan pujian daripada sumber-sumber orientalis dan tokoh bukan Islam lain. Berdasarkan apa yang saya pelajari matapelajaran TITAS ini, kumpulankumpulan etnik di Malaysia perlu bersatu di atas nilai-nilai sejagat serta bersikap patriotik dan kursus TITAS adalah satu wahana dalam memberi pengisian ke arah tersebut. Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing boleh memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain. Meskipun Malaysia sudah merdeka selama 55 tahun dan agama rasmi persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan adalah Islam, namun ramai daripada rakyat bukan Islam di negara ini masih tidak faham malah tidak tahu langsung mengenai Islam secara tuntas. Kebanyakan mereka apabila ditanya mengenai Islam mungkin akan mengungkapkan yang negatif berdasarkan maklumat yang mereka perolehi daripada media massa seperti isu hukum hudud yang dijenamakan sebagai hukuman potong tangan jadi sup bagi pencuri dan lainlain. Oleh itu, sebagai cadangan bagi memberi kefahaman khusus kepada rakyat bukan Islam. Subjek TITAS ini memberi ruang dan peluang kepada rakyat membuka minda mempelajari serta memahami konsep tamadun yang menerangkan segala aspek yang terdapat dalam sesuatu agama terutamanya agama Islam.

Saya mesti mentaati dan melaksanakan agama saya iaitu agama Islam kerana....

Saya mesti mentaati dan melaksanakan agama saya iaitu agama Islam kerana Allah s.w.t . Tiada alasan untuk saya mengabaikan agama Islam. Islam merupakan satu agama yang mudah dan difahami jika seseorang itu mendalami agama Islam. Islam dari segi etimologi bermaksud tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera. Dari sudut istilah pula Islam membawa maksud taat kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Islam juga adalah agama universal yang tidak khusus kepada bangsa tertentu mahupun dibatasi sempadan waktu. Islam juga merupakan ajaran yang dibawa dan disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul semenjak nabi Adam, A.S. sehinggalah rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. untuk mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T Tuhan Yang Esa, pencipta dan pemilik segala yang ada di bumi dan di langit seluruhnya. Para nabi dan rasul diutuskan bagi memahamkan dan menjelaskan ajaran Islam kepada manusia kerana keterbatasan akal manusia tidak akan mampu menyingkap dan memahami masalah keturunan, perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, pembalasan baik dan buruk, syurga, neraka dan sebagainya. Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T. manusia akan sesat kerana akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas. Selain itu, Islam bukan hanya sekadar agama yang mengatur hal-hal kerohanian bahkan Islam adalah cara hidup yang menyediakan panduan dalam segenap aspek kehidupan manusia. Justeru tidak berlaku pemisahan di antara halhal keduniaan dengan hal-hal kerohanian. Sehubungan dengan itu, Ibadah yang mendorong untuk melakukan

perkara-perkara seperti ini, walaupun banyak, tidak berkesan mengubah akhlak dan peribadi kita kekal lama. Ia tidak akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan dan pengabdian di dalam hati atau qalbu kita. Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan dan menguatkan sifat-sifat mahmudah untuk menyampaikan kita kepada-Nya, dan melemahkan sifat-sifat mazmumah sebagai penyakit hati yang

bersarang di hati kita yang akan menghalang kita sampai kepada-Nya. Ini kerana Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat (Allahu ghayatuna) dalam ibadah kita. Kalau Tuhan tidak dilibatkan sebagai matlamat tujuan, maka hati akan kurang berperanan kerana hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan dalam ibadah. Berpandukan pada hadith ini: Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah, dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam. " Daripada hadith ini kita boleh mengambil faedah yang besar iaitu jangan sesekali merasakan agama Islam ini suatu yang membebankan. Ini adalah satu tanggapan yang sangat salah dan harus diperbetulkan tanggapan sedemikian. Setelah itu, kita boleh ambil bahawa setiap amalan yang disyari'atkan kepada setiap muslim adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala hikmah dan rahsia disebalik perintah dan laranganNya. Maka lakukanlah sekadar yang mampu dan jangan hanya setakat kata-kata kosong. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dengan tahap kemampuan yang sesuai. Apabila kita istiqamah dengan suatu amalan maka bergembiralah dan teruskan amalan itu kerana itulah yang disukai Allah s.w.t..

Anda mungkin juga menyukai