Anda di halaman 1dari 4

KAJIAN BEBAS

TAJUK : PERSEPSI GURU TERHADAP PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-


KANAK PRASEKOLAH SELEPAS PANDEMIK

PENGENALAN
Pandemik Covid 19 telah merubah cara pembelajaran pelajar dimana lebih 1.2 billion kanak-
kanak di 186 negara di seluruh dunia terkesan kerana penutupan sekolah termasuk Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah mengumumkan penutupan sekolah
dan mewajibkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi memastikan sesi PdP
terus berjalan. Walaubagaimanapun, penularan pandemik COVID-19 telah mencetuskan
norma baharu dalam pembentukan modal insan.

Pembukaan dan penutupan sekolah yang diulang beberapa kali dalam tempoh dua
tahun telah memberi kesan kepada semua pihak terutamanya sekolah, guru dan murid. Isu
generasi keciciran kian hangat diperkatakan akibat daripada penularan wabak ini (Walker, &
Chandir 2021). Pembukaan sekolah yang tidak menentu telah memberi kesan terhadap
keciciran pembelajaran malahan juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak terutamanya perkembangan psikomotor kanak-kanak.

Perkembangan dapat didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan
teratur.(definisi perkembangan salah) Menurut Sigelman dan Rider (2003), perkembangan
didefinisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik dan berterusan dalam diri seseorang
individu yang wujud di antara peringkat persenyawaan hingga kematian. Rohani (2000) dlm
(Kamarulzaman, 2016: 88) menyatakan pergerakan motor kanak-kanak ini hanya perlu
sedikit untuk berusaha untuk meningkatkan pergerakan mereka yang menjadi semakin bebas
dan pantas. Malahan, lagi pada usia tiga hingga lima tahun, biasanya mereka akan terus
memperkemas kemahiran motor kasar, seperti melompat, berlari, menunggang basikal kecil,
menendang dan menangkap bola. Kanak-kanak pada peringkat ini juga boleh berlari dengan
laju tanpa jatuh, meloncat secara berterusan, baling dan melambung. Kesimpulannya………

Oleh itu, setiap aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak perlu difahami
oleh guru dan ibu bapa agar dapat memfokuskan setiap tugas perkembangan yang perlu
dicapai. Pada waktu yang sama dapat membantu mereka dalam mencapai dan menguasai
setiap tugas perkembangan itu. Namun kesan penutupan sekolah, pergerakan dihadkan serta
program dan aktiviti sukan dibatalkan ekoran pandemik ia akan meningkatkan dalam kadar
pengurangan penglibatan dalam aktiviti yang membantu perkembangan psikomotor secara
aktif di kalangan kanak-kanak.

Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan
maklumat dan pandangan guru terhadap perkembangan psikomotor kanak-kanak prasekolah
selepas pandemik.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut irwan & rakan-rakan……, perkembangan koordinasi, pergerakan, kekuatan dan


keseimbangan tubuh badan perlu diberi perhatian yang sewajarnya Pembesaran kanak-kanak
yang berumur di antara tiga hingga enam tahun adalah merupakan peringkat pembesaran
yang pantas terutamanya dalam perkembangan psikomotor. Oleh itu, penutupan sekolah telah
memberi kesan terhadap perkembangan psikomotor kerana tidak dapat melakukan aktiviti
belajar sambil bermain di dalam kelas.

-Perkembangan dan penguasaan motor kasar di kalangan kanak-kanak adalah amat penting
bagi penglibatan sukan, permainan dan aktiviti rekreasi (Okley, Booth, & Patterson, 2004).

- Manakala, kajian Gosteva (2013)mengenai kesan terhadap guru awal kanak-kanak menerusi
intervensi terapi bermain kepada kemahiran sosial kanak-kanak menunjukkan bahawa
guru mendapat manfaat daripada latihan dan sangat berpuas hati dengan intervensi yang
dilakukan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini berasakan empat objektif berikut:

1. Meneroka kesediaan murid hadir ke sekolah setelah kembali ke sekolah.


2. Untuk mengenapasti tahap perkembangan motor halus kanak-kanak selepas
pandemik.
3. Untuk mengenalpasti tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak selepas
pandemik.
4. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap perkembangan psikomotor
kanak-kanak selepas pandemik.

PERSOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah kesediaan murid hadir ke sekolah setelah kembali ke sekolah?
2. Bagaimankah tahap perkembangan motor halus kanak-kanak selepas pandemik?
3. Bagaimankah tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak selepas pandemik?
4. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap perkembangan psikomotor kanak-
kanak selepas pandemik?

KAJIAN LITERATUR
Kebolehan melakukan kemahiran motor pada diri kanak-kanak membolehkan mereka
melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot besar. Kemahiran pergerakan motor
kasar yang dibina dengan baik dapat membantu kanak-kanak melakukan aktiviti dalam
kehidupan seharian mereka serta berkemungkinan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
rekreasi dan senaman atau sukan tertentu semasa alam dewasa. Kanak-kanak yang dapat
menguasai kemahiran pergerakan asas mereka dapat melibatkan diri dalam permainan dan
aktiviti fizikal lain apabila peluang tersebut ditawarkan kepada mereka (Gallahue, 2003).

METODLOGI
Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes yang mana kaedah temu bual
merupakan sumber utama untuk mendapatkan data kajian ini. Kaedah kualitatif dipilih
untuk digunakan dalam kajian ini adalah kerana ia ia bersifat terbuka dan luas dan
sesuai untuk digunakan bagi mengkaji kehidupan individu, perspektif, pengalaman dan
tingkahlaku sosial manusia (Rosenthal, 2016).
RUJUKAN

Sigelman, C.K. & Rider, E.A. 2003. Life-span human development. California:
Thomson/Wadsworh.
Walker, D. & Chandir, S. 2021. COVID-19’s lost generation of unvaccinated children. The
Lancet Global Health, 9(3), e250. doi:10.1016/S2214-109X(20)30535-0

Gallahue, D. & Donnelly, F. C. (2003). Developmentally physical education for all children (4th
ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Okley, A. D., Booth, M. L., & Patterson, J. M. (2004). Relationship between physical activity
to fundamental movement skill among adolescent. Medicine and Science in Sport and
Exercise, 33(11), 1899-1904.
https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4803/2879

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12571/6291

Anda mungkin juga menyukai