Anda di halaman 1dari 7

SALAM DAN SELAWAT.....

TERIMA KASIH SAUDARA PENGACARA MAJLIS,


YB............................,

YBHG.

................YBHG........,

YBHG.

PENCERAMAH-

PENCERAMAH, KETUA-KETUA JABATAN, GURU-GURU, MAHASISWA DAN


PELAJAR SERTA HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN DENGAN
KERJASAMA

UNIT

PEND.ISLAM

PEJABAT

PENDIDIKAN

KLANG

DAN

SEKRETERIAT PEKDIS DAERAH KLANG BERSAMA PEJABAT AGAMA ISLAM


DAERAH KLANG... DIUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS ANJURAN PROGRAM YANG
BERMANFAAT INI. . SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA
2. 1. ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA MERAFAKKAN SETINGGITINGGI
KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH DAN
KURNIANYA, KITA DAPAT BERKUMPUL PADA PAGI INI UNTUK SAMA-SAMA DI
DALAM MAJLIS WACANA ILMUBERTEMAKAN GURU PEMBINA GENERASI
RABBANI...
2. SAYA AMAT BERBESAR HATI UNTUK BERADA BERSAMA SAUDARA-SAUDARI
SEKALIAN.

SAYA

UCAPKAN

SYABAS

DAN

TAHNIAH

KEPADA

PIHAK

PENGANJUR YANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS ILMU INI.


KEHADIRAN PARA PENCERAMAH TERKENAL YANG AKAN MEMBICARAKAN
MENGENAI TEMA HARI INI DIHARAP DAPAT DIMANFAATKAN OLEH SETIAP
HADIRIN SETERUSNYA MEMPERERATKAN UKHWA SESAMA KITA DALAM
MENGHARUNGI KEHIDUPAN HARI INI DAN MASA HADAPAN. FIRMAN ALLAH
DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 103: "DAN BERPEGANG TEGUHLAH KAMU
SEKALIAN DENGAN TALI ALLAH (AGAMA ISLAM) DAN JANGANLAH KAMU
BERCERAIBERAI".
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
3. BARU-BARU INI, NEGARA KITA TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KEHILANGAN
KAPAL TERBANG SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) MH 370 YANG
SEHINGGA KINI MASIH DALAM USAHA PENCARIAN. MARILAH KITA BERSAMASAMAI MENDOAKAN AGAR DIBERI JALAN DAN PETUNJUK SERTA SEMOGA
KAKITANGAN DAN PENUMPANG MH370 BERADA DALM KEADAAN SELAMAT.
PERISTIWA KEHILANGAN KAPAL TERBANG INI TELAH MENYAKSIKAN SEMUA
RAKYAT MALAYSIA TERDIRI PELBAGAI KAUM TELAH BERSATU HATI DAN
SUARA DALAM HARAPAN AGAR MH370 INI DITEMUI DENGAN SELAMAT.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN


Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, di samping kita
berusaha mempertingkatkan pembangunan dan pendidikan anak-anak dan ahli keluarga agar
menyempurnakan kewajipan masing-masing. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan
dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Belia adalah aset yang
amat berharga. Merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan
negara.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka
yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Pada masa ini golongan belia dianggarkan seramai
11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah seramai
28 juta orang. Berdasarkan peratusan yang besar ini dan selari dengan wawasan belia pemacu
pembangunan satu ummah dan satu Malaysia, maka amat wajar golongan ini diasuh, 2 dididik
dan dibimbing menjadi generasi belia ulul albab. Secara umumnya generasi belia ulul albab
adalah merujuk kepada belia yang bertakwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif
lagi berupaya menyelamatkan dirinya dari pengaruh hidup budaya berdosa serta mampu
menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian. Kehebatan
generasi belia seperti ini menjamin kemakmuran dan kemajuan negara di masa depan
Persoalan besar timbul ialah bagaimana usaha untuk melahirkan generasi belia ulul albab ini?.
Berdasarkan sejarah Islam, penglibatan pendakwah negara berjiwa besar memberi
sumbangan sangat beerti dalam membentuk remaja dan belia ulul albab. Soalnya, siapakah
sebenarnya pendakwah negara ini?. Rasulullah SAW selain sebagai pemimpin umat, adalah
seorang ketua pendakwah negara yang memberi penekanan khusus membimbing belia dengan
cara menggesa mereka sentiasa taat beribadah kepada Allah, berakhlak mulia, menjaga
kesihatan akal, kebersihan jasmani dalam semua sudut yang membawa kepada kesempurnaan
peribadi. Bimbingan ini akan mencorakkan jati diri yang beramanah dan bertanggungjawab
kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah SAW: Mafhumnya: Sesungguhnya
Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan
menyeleweng(Riwayat Ahmad.) Berdasarkan hadith ini, pemuda soleh adalah individu yang
menerima amanah paling baik sehingga kelihatan coraknya pada akhlak mereka. Generasi
pemuda soleh ini terus lahir seperti Khulafa al-Rasyidin, pemimpin tentera, pemimpin
kerajaan di zamannya juga bertindak sebagai pendakwah negara. Mereka berdakwah,

mentarbiah dan temu-mesra dengan kumpulan sasar serta menjadi contoh teladan kepada
masyarakat khususnya para belia. Sejarah juga telah merakamkan tentang kegigihan tentera
Islam sejak kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan Kepimpinan awal kerajaan Othmaniah Turki
untuk 3 menawan Kota Konstantinopel (Istanbul) tetapi gagal. Namun satu ketika tampil
seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Kerajaan Othmaniah Turki
bangkit menghidupkan cahaya dakwah.

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,


Dalam usia 21 tahun baginda berjaya menawan semula kota Konstantinopel daripada
Rom. Antara penyebab kejayaan tersebut ialah tertanamnya kekuatan bijak, pintar dan kreatif .
Kota tersebut menjadi laluan dan menjadi pintu masuk penyebaran Islam di Eropah. Antara
kata-kata keramat baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke 53 kepungan
untuk menawan Kota Konstantiopel ialah, Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan
Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutilah aku. Menurut riwayat, baginda tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi.
Demikianlah contoh kepimpinan pendakwah negara dimana kekuataan rohani tidak dapat
dipisahkan dalam diri mereka sebagai pemimpin. Justeru itu menjadi tanggungjawab umat
Islam sekalian bahawa corak tingkah laku golongan belia masakini merupakan cerminan masa
depan sesebuah negara. demi golongan belia yang kita kasihi, jalankan tugas dakwah dengan
penuh hikmah. Tugas berdakwah adalah fardhu ain dan tidak boleh diserah kepada golongan
tertentu sahaja.
Dalam usaha membentuk akhlak murni kumpulan sasar yang besar ini, maka saya
menyeru semua pemimpin dalam pelbagai peringkat marilah tampil kedepan bertindak
sebagai pendakwah negara sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jangan di
biarkan api mendekati minyak, kerana ia akan menyemarakkan lagi api tersebut. Begitu juga
dengan penyebaran budaya yang menyemarakkan gelojak nafsu dan syahwat. Lebih-lebih lagi
pada era dunia tanpa batas dan teknologi media elektronik, internet atau CD/VCD yang sangat
mudah diperolehi dan murah pula harganya. Ingatlah dan insaflah bahawa hawa nafsu dan
syahwat merupakan ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja
dan belia. Jika 4 punca dan tempat yang menaikkan nafsu tidak dibendung atau ditutup, maka
selagi itulah gejala keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa. Penglibatan dengan
dadah, berzina, pembuangan bayi, minum arak dan penglibatan dalam gejala sosial lainnya

adalah berpunca daripada kegagalan mengawal gelora syahwat dan hawa nafsu. Kehendak
nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan ia boleh
menjatuhkan kualiti akhlak manusia setaraf dengan binatang. Ibnu Abbas RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW telah mengingatkan sabdanya, Mafhumnya: Rebutlah lima perkara
sebelum kamu di datangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu
sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa
hidupmu sebelum mati(Riwayat : al-Hakim dan Ibnu Majah).

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,

Selain itu, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14: Maksudnya:
Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang
beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan
Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang
menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang
lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran.
Muslimin Yang di Rahmati Allah, Sesungguhnya agama Islam berkehendakan supaya setiap
umatnya menjadi sebaikbaik manusia yang sempurna keperibadiannya, mulia budi pekertinya
dan menjadi teladan yang baik kepada orang lain. Rasulullah SAW pernah menasihatkan kita
dalam sabdanya:5 Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat
kepada orang lain.(Riwayat Al-Tabarani) Hadith ini menjelaskan bahawa manusia yang baik
menurut pandangan Islam ialah orang yang hidup menggunakan sepenuhnya potensi yang ada
untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Pekerjaan sebagai guru , murabbi dan pendakwah diiktiraf amat mulia di sisi agama
dan masyarakat kerana mereka mewarisi tugas-tugas Rasul membimbing manusia ke jalan
yang benar, pencetus hidayah, membantu mengubah nasib seseorang, mengangkat darjat
seseorang, membebaskan seseorang dari kemiskinan dan membentuk tamadun manusia
melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Betapa besar peranan guru ini, maka mereka
diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan menerangi laluan sama di
desa atau di bandar, di darat atau di lautan.

masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan


kepahitanWalaubagaimana pun kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan
sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan
ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan
adalah unsur penting membantu kecemerlangan pendidikan.

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,

Pangkat dan hadiah tinggi menggunung bukanlah dituntut oleh para guru. Tetapi apa
yang penting ialah murud -murid yang dibimbingnya menjadi manusia yang berguna dan
mampu mengembalikan maruah agama dan martabat negara .Bagaimanapun kadangkala guru
-guru menghadapi cabaran besar dalam membentuk murid yang berjaya dan bertamadun.
Berdasarkan pemerhatian mimbar walaupun besar pengorbanan guru tetapi terdapat juga
dikalangan ibubapa dan murid yang tidak menghormati guru.Penghormatan kepada guru
semakin longgar dan semakin luntur dalam masyarakat kita.Tidak salah jika kita berkawan
rapat dengan guru, tetapi adalah salah jika kita tidak beradab dan kurang ajar kepadan
ya.Sejahat--jahat guru, selagi mana dia menumpahkan ilmu maka adalah perlu untuk kita
menghormatinya.Ingatlah pesan Saiyidina Ali RA yang bermaksud :Kecantikan dan pakaian
itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri
seseorang.Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang
sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.Jika kita hendak menegur seseorang guru hendaklah
dilakukan dalam keadaan penuh beradab .Setinggi mana pun kita mencapai kedudukan ,
ingatlah kepada guru yang membimbing kita . saya tidak nampak ruang dan sebab untuk
seseorang murid mendabik dada kepada gurunya. Malah kalau hubungan antara murid dan
guru ini baik,maka akan terhasil satu gabungan dan perkongsian ilmu yang cantik.Apa yang
nyata tidak rugi jika kita menghormati guru tetapi sebaliknya satu kerugian besar jika kita
tidak mengambil peluang menimba ilmu bersama guru. Guru adalah manusia biasa, mereka
juga mempunyai kelemahan. Tetapi kita sebagai anak muridnya perlu berlapang dada dan
menerimanya secara waras kerana dia memberikan manfaat yang banyak kepada kita

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,


Saya amat yakin generasi belia ulul albab inilah yang menjadi cita-cita negara kita
untuk membentuk belia yang kreatif, pencetus dan pembina tamadun Islam yang dihormati
dan disegani oleh masyarakat dunia. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mimbar berpesan,
marilah kita khususnya golongan belia memastikan kehidupan kita di dunia ini mendapat
perlindungan Allah SWT. Ini selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah RA mafhumnya: Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi
Allah SWT pada hari akhirat iaitu : Pertama : Pemimpin yang adil Kedua : Pemuda yang
hidup dalam beribadah kepada Allah SWT Ketiga : Orang yang mengingati Allah SWT ketika
bersendirian lalu menitis airmatanya Keempat : Orang yang hatinya bergantung kepada
masjid Kelima : Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT semat-amata Keenam :
Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah
SWT Ketujuh : Orang bersedekah dan memyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak
tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan. marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan
generasi belia negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh AllaH SWT dan seterusnya
berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa
yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.

Tuan- tuan dan puan-puan sekelian ,


Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian, terus
melaksanakan amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas, bertunjangkan integriti dan
berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada
proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik sesungguhnya wajar
mempunyai kedudukan tersendiri dalam masyarakat, seharusnya sentiasa disegani dan
dipandang tinggi. Jadilah seperti pohon kayu yang subur dan lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan, dilempar dengan batu tetapi tetap dibalas dengan buahdari Saidina Abu Bakar asSiddiq

REDUP INI AMATLAH NIKMAT,


BERKAT RIMBUNNYA SI POKOK JATI,
HIDUP INI AMATLAH SINGKAT.
SEKALI HIDUP BIARLAH BERERTI.

Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ... Saya merasmikan PROGRAM WACANA


ILMU GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM dengan tema GURU PENDIDIKAN ISLAM
MURSYID UMMAH.

Anda mungkin juga menyukai