Anda di halaman 1dari 4

Pendidikan : Generasi Berilmu Pemangkin Tranformasi Negara

T.kasih saya ucapkan pada tuan pengerusi majlis , barisan


panel hakim yang menjunjung panji keadilan , penjaga masa yg
setia dengan masanya dan seterusnya warga dewan yang
diredhai Allah sekalian .
Bersilat lidah untuk mencari yang hak , meninggalkan yang
bathil , menghayutkan yang lara dan menegakkan panji
keadilan serta menerbitkan keinsafan. Insya Allah , pada pagi
yang mulia saya menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk Generasi Berilmu Pemangkin Tranformasi
Negara .
Memulakan mauduk syarahan saya pagi ini , elok kita renung
definisinya terlebih dahulu . Generasi berilmu ditakrifkan
sebagai kumpulan individu yang berpengetahuan. Pemangkin
pula merupakan tonggak. Manakala transformasi negara
membawa maksud bentuk perubahan dan halatuju sesebuah
negara. Maka dapatlah disimpulkan kumpulan individu yang
berpengetahuan menjadi tonggak kepada perubahan
dan kejayaan sesebuah negara.
Hadirin Sekalian ,
Penegasan Pertama,
Generasi berilmu tunjang kesempurnaan ummah .
Kesempurnaan ummah penting kerana ummah yang sempurna
memiliki kemantapan rohani.
Firman Allah Dalam Surah Al-Ankabut Ayat 45 :

Mksud :Sesungguhnya solat itu pecegah perbuatan keji dan


mungkar.
Summayah Ummu Amar dan keluarganya dijemur di padang
pasir menghadap mentari dan disuruh memilih antara iman
atau kekufuran . Summayah tetap memilih Allah . Dewasa ini
berapa ramai yang sanggup menjadi seperti Summayah?

Malahan kita sering dikejutkan dengan kelemahan iman umat


Islam. Ingatkah sidang dewan dengan kes Ariff Alfian Rosli,
yang mengahwini kaum sejenisnya sendiri? Konklusinya ,
generasi berilmu tunjang kesempurnaan ummah.

Penegasan Kedua ,
Generasi berilmu membentuk masyarakat mencintai ilmu dan
peneroka kemajuan . Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
mampu melahirkan generasi berinovatif dan berdaya saing .
Firman Allah dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:

Maksudnya : Maksudnya : Allah mengangkat darjat orang-orang


yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat dan keistimewaan
Saidina Aisyah boleh dijadikan sebagai teladan kerana beliau
digelar Ummul Mukminin kerana luasnya ilmu yang dimiliki.
Langkah UiTm yang melancarkan Operasi Khidmat Masyarakat
(OPKIM) harus dipuji kerana ia menunjukkan masyarakat saling
peneroka kemajuan bersama-sama. Tegasnya , generasi
berilmu akan berusaha mengembangkan ilu dan memajukan
Negara.
Penegasan Ketiga ,
Generasi berilmu dapat membentuk masyarakat berjiwa
patriolitik dan bertoleransi . Rasullullah perlu dijadikan sebagai
qudwah hasanah atau contoh ikutan terbaik .
Firman Allah Dalam Surah Al-Ahzab Ayat 21 :

Maksudnya : Maksudnya : Sesungguhnya telah ada pada diri


rasulullah itu contoh teladan yang baik .

Dapat kita lihat , Syarifah bt Abdul Mutalib mempelajari ilmu


agama dengan penuh keikhlasan dan mendalam sanggup
berjihad. Beliau menjadi wanita pertama membunuh musuh
Islam . Allah , sungguh besar kasihnya pada Islam. Jika kita lihat
pada masa kini , PBS dilaksanakan bagi melahirkan pelajar
berkemahiran tinggi , berakhlak terpuji dan cinta akan Negara.
Terbuktilah bahawa generasi berilmu akan memiliki semangat
cinta akan Negara.

Penegasan keempat ,
Generasi berilmu membentuk masyarakat yang mengutamakan
perpaduan sejagat. Perpaduan antara kaum membolehkan
Wawasan 2020 dapat direalisasikan.
Firman Allah Dalam Surah Al-Hujurat Ayat 10 :

Maksudnya :

Contoh yang jelas ialah tegaknya Negara Islam Madinah


dibawah pimpinan Rasulullah S.A.W kerana perpaduan serta
persaudaraan muhajirin dan ansar, yang bersatu di bawah
agama Islam hingga membawa kepada kesejahteraan.
Manakala, sambutan rumah terbuka aidilfitri, Tahun Baru Cina
dan Deepavali yang dijalankan setiap tahun menjadi agenda
dalam memupuk perpaduan sejagat di Malaysia . Jelaslah ,
generasi berilmu mengutamakan perpaduan .
Penegasan Kelima ,
Generasi berilmu mampu membina dan membentuk
masyarakat yang ampuh akhlak dan utuh budayanya.
Pentingnya akhlak ialah supaya martabat dan nilai diri sesuatu
bangsa tetap terpelihara walaupun mencapai kemajuan.
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah Ayat 2 :

Pada zaman dahulu , Empaya Umawi yang terkenal juga runtuh


kerana masyarakatnya rendah akhlak . Pada hari ini, kes
murtad, ajaran sesat dan Black Metal umpamanya menghiasi
media akibat daripada kerapuhan tunjang akhlak. Seorang
anak tidak sah taraf dilahirkan setiap 4 minit di Negara kita
pada tahun 2013 juga menunjukkan masyarakat di Negara kita
kurang berakhlak. Nyatalah bahawa generasi berilmu akan
utuh akhlak dan budayanya walaupun mencapai
ketamadunan .

Rakan-rakan sekalian,
Natijahnya, generasi berilmu pemangkin tranformasi
Negara.Jadi bagi menjulang aspirasi dan inspirasi negara,
pembangunan modal insan menjadi keutamaan, berlandaskan
pegangan akidah yang teguh. Ayuh saudaraku, mantapkan
akidah, perkasakan minda, majukan ummah, lahirkan modal
insan yang cemerlang.
Sebelum lidah berhenti bicara, sebelum kaki mengundur diri ,
renungkanlah kata-kata Iman Malek , Tidak akan memperolehi
kejayaan ummah kemudian , melainkan mencontohi bagaimana
ummah terdahulu memperolehinya.

Anda mungkin juga menyukai