Anda di halaman 1dari 20

TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.

com
********************************************************
SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa


sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan
menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan
membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal


kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang
paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang
berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh
syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.
Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri
menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang
memulakan sambutan puasa dengan berpuasa
sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan


berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali
seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa
sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh
Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan


berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut
ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu
itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa
sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat
yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari
sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal
seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika
seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada
setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh
pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan
meneruskan puasa sunatnya sebagaimana
lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa


sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya,
maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia
dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa
Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang
berpendapat puasa seperti ini sebagai satu
penghormatan untuk menyambut ketibaan
Ramadhan tetapi  Rasulullah SAW sendiri
menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama
sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang


berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada
meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang
yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat
sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan
kajian yang  dijalankan menunjukkan bahawa puasa
adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap
kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang


konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa
digalakkan untuk memperbaiki dan menambah
amalan dari semada ke semasa terutamanya di
dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam
Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.
"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa
sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa
baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat


tersebut.
Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu


Subuh -  seseorang yang berkeinginan untuk
berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada
awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu
Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan
tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa
selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai,


namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih
berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini
diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang
kedua pula lebih mudah dan meringankan
Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa
selama sebulan Ramadhan, memadai jika
menyatakan niat puasanya sekali pada malam
pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap
malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan
tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.


TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com
********************************************************
SIRI 2 : EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib  ke


atas kamu berpuasa sebagaimana telah  diwajibkan
ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu
menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah:
183

     Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna 


bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai
kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk
menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan
simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan
mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

     Rasulullah SAW telah menggariskan empat


amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;


2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka
jahannam.

    Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat


untuk menjadikan keempat-empat perkara ini
sebagai suatu amalan.  Abu Saeed Khudri r.a
meriwayatkan bahawa: 

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah


SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana
Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat
memohon sesuatu melaluinya.  Lantas Allah SWT
menyuruhnya menyebut kalimah tersebut.  Nabi
Musa AS berkata:  "Wahai Allah, kalimah ini dibaca
oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang
khusus."  Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa,
jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang
terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke
atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah
yang lain, kalimah ini lebih berat  lagi daripada
segala sesuatu."

     Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa


jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu
"laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu
syurga akan segera terbuka untuknya.

     Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan


istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan
memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran
dan membebaskan kita daripada segala
kesedihan. Malahan sesiapa yang
memperbanyakkan istighfar akan memperolehi
rezeki daripada sumber yang tidak pernah
disangkakan.  Kalimah istighfar yang mudah disebut
adalah seperti "astaghfirullah".  Tidak ada batasan
dalam mengulang sebutan istighfar ini.  Semakin
kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang
dikumpul.

     Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa


berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil
meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita
daripada ancaman api neraka.  Doa yang boleh
diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di
dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika


minannar."

     Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka


akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita
lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. 
Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk
memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya
gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

     Justeru, sebagai umat yang sentiasa


mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan
ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka
layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang
ini yang datang hanya sekali dalam setahun.  Jika
kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata
untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang
untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara
percuma.  Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit
masa dan keikhlasan.  Masih enggankah lagi kita
menerima tawaran ini?  Fikirkan.
   
Selamat beribadat dan wassalam.
TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com
********************************************************
SIRI 3 : KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” 


-HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan 


diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah
cukup umur dan berkemampuan.  Dalam
mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu
amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang
berpuasa.  Namun dalam era globalisasi yang
sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin
menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak
bersahur.  Mengantuk dan letih kerap dijadikan
jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia
telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap
yang berpuasa. 

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga


mengerjakan puasa, namun apakah yang
membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan
mereka?  Perbezaannya jelas terletak di dalam
pengambilan makanan sahur yang mana mereka
tidak bersahur.  Ramai juga yang tidak menyedari
bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu
yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak
akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan


memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. 
Selain daripada memperolehi kekenyangan dan
kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada
sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi
berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka
melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah


menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang
antara lainnya ialah:
·        Menuruti sunnah;
·        Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
·        Menambah kekuatan untuk beribadat;
·        Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
·        Menghilangkan perasaan marah yang
diakibatkan oleh kelaparan dan
·        Mendapat peluang untuk mengingati Allah
dengan berzikir dan berdoa.

        Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil


terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada
waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang
secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan
puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan
makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan
menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur
yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma
atau tamar.  Bersahur dengan memakan kurma
adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru
jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan
memberikan pahala sebagai ganjaran. 

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: 


Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban &
Baihaqi

     Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran


untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar
tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai
dengan seteguk air untuk mengisi perut.
     Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu
menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit
sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah
SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur
itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci
Al-Quran.
   
Selamat bersahur dan wassalam.
TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com
********************************************************
SIRI 4  :     BERBUKA PUASA

    "Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan


selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR
Bukhari Muslim

Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa


sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. 
Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa
disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran
ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka
yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga
menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika
berbuka puasa.  Makanlah dengan sewajarnya
namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk
menunaikan solat
Maghrib.  Ini sejajar dengan sabda Baginda yang
bermaksud:
"Apabila makanan telah dihidangkan, maka
dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan
janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan
makanan malam kamu."  -HR Bukhari Muslim

Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa


adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah
berjanji akan mengabulkan doa mereka yang
berpuasa.  Sebaiknya hendaklah doa yang meminta
supaya diampunkan segala dosa yang pernah
dilakukan pada masa lalu.  Doa ini bukan sahaja
dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi
juga ketika berpuasa sunat.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan


pedoman ketika berbuka, iaitu:·
-         "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika
afthartu."  
(Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan
rezeki-Mu aku berbuka)
-         "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa
razaqani fa afthartu." 
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku,
sehingga aku (sanggup) berpuasa dan
memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)
-         "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika
aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas
samiiul 'aliim."
(Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan
dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah
(puasa) dari kami.  Sesungguhnya Engkau benar-
benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)
-         "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati
wasi'at kulla syai'in antaghfiralii." 
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-
Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi
segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni
diriku)
Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam
Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang
sahih.  Rasulullah  SAW bersabda bahawa setiap
individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan
keinginan mereka.  Namun sebagai manusia biasa,
adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan
Allah SWT.  Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah
mengkaji di mana kesilapan kita.  Mungkin juga
makanan atau minuman yang kita ambil datang
daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu
syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber
makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.
    
Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah
kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan
memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam
urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-
temeh.  Masalah tidak akan  timbul jika kita
menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu
sebelum
ianya menjadi lebih besar.

Selamat berbuka dan wassalam.


TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com
*******************************************************
12 Dis | 16 Ramadhan 1421
SIRI 5  :     LAILATUL QADAR
Bismillahirahmanirahhim.
Assalammualaikum wbt.
"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan.  Kerana itu,
hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari
terakhir.  Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil,
iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau  malam
25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam
terakhir." - HR Ahmad          
   
     Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang
dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran
kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang
semakin pendek.  Bagi mengatasi keraguan ini,
maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar
yang membawa pahala seperti beribadat selama 83
tahun.  Ini bagi menyamakan jarak masa umat
terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam
mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.
     Suatu masa Baginda hendak memberitahu
kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat
tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang
muslim.  Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh
Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya
perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan
nikmat dan rahmat.  Justeru, Baginda menyarankan
kepada kaum muslimin agar menghubungkan
silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik
daripada solat, puasa dan sedekah.  Silaturrahim
juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu
kaum.
     Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan
sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun
mengerjakan ibadat.  Rasulullah SAW sendiri tidak
pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah
dijanjikan tempat di sisi-Nya.  Malahan Baginda
khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa
memikirkan kesakitan yang ditanggung.
    Kita sebagai umatnya juga harus mengikuti contoh
ini.  Tidak sepatutnya kita memilih untuk mengikuti
sunnah Baginda yang dirasakan mendatangkan
faedah yang besar kepada kita sahaja kerana
sememangnya semua sunnah Nabi memberi
faedah.  Namun, apabila memperkatakan hal ibadat,
jarang sekali kita mahu mencontohinya. Bak kata
pepatah tepuk dada, tanya selera.
Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul
Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan
bertahmid.  Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika
kita dapat membezakan malam tersebut dengan
malam-malam sebelumnya. 
Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-
tanda Lailatul Qadar ialah:
·           Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
·           Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah
bulan memancar terang;
·           Tiada petir atau kilat sabung menyabung
sehingga subuh;
·           Pada paginya matahari akan timbul tanpa
pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
     Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda
terakhir yang pernah terjadi.  Andai bertemu dengan
malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang
bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang
mengurniakan keampunan terhadap dosaku.  Dikau
suka mengampun, maka ampunilah daku."
     Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke
bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung,
memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin
yang sedang beribadat di rumah mereka.  Namun
malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-
mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan
peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di
dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan
dan manusia.  Justeru, awasilah perlakuan kita dan
sentiasalah berusaha meningkatkan iman,
terutamanya dalam Ramadhan ini. 
Semoga bersua dengan Lailatul Qadar dan
wassalam.

Anda mungkin juga menyukai