Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KURSUS PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

NAMA PELAJAR

: NORAKMALINA BINTI AHMAD TARMIZI : WAN HALIMATUL SYAADIAH BT WAN AZIZ

NO.KAD PENGENALAN

: 901030-08-6430 : 910204-11-5284

KOD MATA PELAJARAN : AG1310D (PENDIDIKAN ISLAM) TARIKH SERAHAN KUMPULAN NAMA PENSYARAH : 21 OGOS 2009 : 1 PPISMP SAINS : USTAZAH ZAHARIAH BT AIYUB

PRA KATA

Segala puji-pujian dan kesyukuran hanya untuk Allah Azza Wajalla. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad seluruhnya. Sesungguhnya cinta, redha dan tawakkal merupakan satu tuntutan syahadah. Di sebalik perkataan cinta yang sering disalaherti sebagai cinta kepada manusia semata-mata, tersirat satu maksud yang sangat luas yang mana cinta merangkumi pelbagai aspek dan cinta yang paling utama dan sempurna ialah cinta kepada ALLAH s.w.t. Redha pula membawa erti sedia menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t. Di sini, kami membincangkan konsep redha kepada ALLAH. Sesungguhnya,manusia itu perlu dan mesti redha akan ketentuan yang telah ditetapkan kerana ALLAH telah menetapkan yang terbaik untuk hamba-Nya seperti yang dikehendaki-Nya. Konsep tawakal juga diperjelaskan dalam tugasan kami yang mana ramai umat Islam kini menggunakan tawakal sebagai alasan mereka untuk tidak berusaha dalam mendapatkan sesuatu yang diingini padahal tawakal itu sendiri secara ringkasnya bermaksud menyerahkan semua urusan kepada setelah berusaha dan berdoa. saw, juga kepada keluarganya dan para sahabat

Pengertian cinta, redha dan tawakal itu amatlah luas dan dalam tugasan kami, kami hanya menghuraikan sebahagian saja daripadanya. Semoga serba sedikit maklumat yang diperoleh melalui

pembacaan bahan ini akan membawa kebaikan kepada kita semua. Mudah-mudahan usaha ini diberkati ALLAH s.w.t di samping kita sama-sama beroleh manfaat daripada bahan ini.

PENGHARGAAN

Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta Alam, yang telah menurunkan kitab-Nya berisi firman-firman yang kukuh kuat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya Assalamualaikum menyulam bicara, Salam dihulur pemanis kata... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Islam yang ditugaskan kepada kami dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang memberi panduan kepada kami bagi menyempurnakan tugasan ini. Dengan bantuan beliau, kami akhirnya berjaya menyiapkan tugasan yang merangkumi esei mengenai tajuk yang telah diberikan. Seterusnya, ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sekelas kami yang sama-sama berkongsi maklumat dalam proses melengkapkan kerja kursus ini.Tanpa bantuan mereka, mungkin tugasan ini tidak mendapat hasil sebegini.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian kata, kami akhiri dengan assalamualaikum....

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PRA KATA PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN TOPIK


-Cinta,redha dan tawakal satu tuntutan syahadah.Bincangkan.

2-3 4 5 6-14

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN
- Lampiran A- Himpunan maksud ayat-ayat Al Quran dan hadis - Lampiran B- Peta Minda - Lampiran C- Refleksi kumpulan - Lampiran D- biodata ahli kumpulan

15-16

17-18

19

20

21-22

ESEI
Cinta,Redha dan Tawakkal Satu Tuntutan Syahadah

" Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa asy-hadu anna Muhammadar rasulullah ".Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH s.w.t, dan aku bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH s.w.t. Acapkali, fasih meluncur bait-bait kalimah syahadah ini dari bibir kita. Namun, terungkapkah makna di sebalik kelancaran lidah menuturkannya? Terhuraikah simpulan persoalan kesaksiannya? Dan, teguhkah paksi keyakinan kita saat melafazkannya? Kalimah syahadah atau syahadatain ialah umpama tiket atau tanda pengenalan keislaman seseorang manusia itu. Di dalam kalam ALLAH s.w.t ; al-quran pula, ada menyebut perumpamaan kalimah syahadah ini seperti akar tunjang sebuah pohon yang menjadikan pohon tersebut kukuh dan teguh.Di saat seseorang itu bersaksi dengan kalimah syahadah, tika itu dipertanggungjawabkan segala hukum, peraturan dan tuntutan syahadah di pundak bahunya untuk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba ALLAH s.w.t yang bertakwa. Cinta, redha dan tawakkal antara tuntutan syahadah yang wajib dilaksanakan bagi menegakkan syahadatain. Sama-sama kita singkap kebenaran, rungkai makna dan nikmati keindahan syahadah itu. Professor Abdullah Nasih Ulwan, seorang ulama besar dalam dunia Islam pernah menulis di dalam bukunya yang bertajuk Cinta mengenai jenis-jenis cinta. Beliau membahagikan cinta manusia kepada tiga kategori.Pertama, cinta kepada ALLAH s.w.t dan rasul. Ini adalah cinta yang mulia. Kedua, cinta sesama manusia. Di dalamnya terdapat cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada suami atau isteri serta anak-anak. Cinta ini adalah cinta biasa. Ia dibenarkan di dalam agama.Ketiga, cinta nafsu iaitu cinta yang tidak berlandaskan syariat. Ia semata-mata berpaksikan nafsu haiwan. Ini adalah cinta yang paling keji dan dilarang sama sekali dalam agama. Jadi,tepuk dada, tanya iman. Cinta yang mana satu yang sedang kita alami dan agungagungkan. Mengapa cinta itu penting bagi melengkapkan tuntutan syahadah ini? Hal ini adalah kerana satu-satunya cara untuk mengekspresikan segala perasaan kasih, sayang dan syukur kepada ALLAH s.w.t. Seseorang manusia itu tidak dianggap sempurna imannya sehingga dia mencintai ALLAH lebih daripada segala-galanya. Tidak lengkap kesaksian syahadahnya tanpa meletakkan ALLAH sebagai yang pertama di dalam hatinya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Tidak dianggap beriman seseorang daripada kamu hingga dia menjadikan ALLAH dan rasul-Nya yang paling dicintai selain daripada keduanya "
7

Antara tanda-tanda orang yang mencintai ALLAH ialah dia cinta akan kematian. Kematian yang menjadi titik pertemuannya dengan ALLAH. Sepasang kekasih yang saling mencintai pasti akan sentiasa menanti-nanti saat-saat pertemuan. Sekiranya dia mencintai ALLAH, bermakna dia juga mencintai saat pertemuan dengan-Nya. Selain itu, tanda kecintaan kita kepada ALLAH juga ialah kita sanggup dan bersedia mengorbankan kehendak sendiri untuk menurut kehendak ALLAH dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada ALLAH serta benci kepada apa yang menjauhkan dirinya dengan ALLAH. Bila kita mencintai seseorang itu, pasti kita akan sentiasa mengingatinya, bukan? Begitu juga andai kita benar-benar mencintai ALLAH, kita pasti akan mengingati-Nya tanpa perlu ditekan atau dipaksa-paksa. Sekiranya cinta itu sempurna, kita tidak akan lupa pada apa yang kita cintai itu. Tanda cintanya kita kepada ALLAH juga ialah cinta kepada kalam ALLAH, iaitu Al-Quran dan cinta kepada Rasulullah, Muhammad s.a.w. Seterusnya, kita akan sentiasa merindui dan menantikan kehadiran malam supaya kita dapat beribadat dan bersama-sama dengan kekasih hati, ALLAH s.w.t. Dan akhir sekali, tanda orang yang cinta kepada ALLAH ialah mereka akan mencintai semua makhluk ALLAH yang taat kepada ALLAH dan benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada ALLAH s.w.t. Sekiranya kita benar-benar menghayati makna di sebalik ungkapan " Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH " pasti seluruh rasa cinta akan tertumpah hanya pada-Nya. Seandainya kita benar-benar menghayati erti di sebalik lafaz "Aku bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH " nescaya tiada insan yang lebih dirindui melainkan Rasulullah s.a.w. Semailah perasaan cinta itu dengan membersihkan kolam hati, suburkan pohon iman dan taqwa, didik nafsu, dan indahkan akhlak ; justeru kemanisan iman itu turut kita rasai. Sabda Rasulullah s.a.w, "Tiga perkara apabila ada pada diri seseorang nescaya dia akan merasakan kemanisan iman, iaitu ALLAH dan Rasul-Nya lebih dia kasihi daripada selainnya, mengasihi seseorang kerana seseorang itu mengasihi ALLAH s.w.t, dan dia benci kembali kepada kafir, sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka" Sunnah nabi jadikan bekalan menempuh hari-hari yang mendatang. Doa yang sering Rasullah amalkan juga dapat membantu menguatkan lagi rasa cinta pada ALLAH s.w.t. Doanya ialah :

Ya ALLAH, kurniakan perasaan cinta kepada-Mu dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dan dambakan daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Amin. Kita hayati pula munajat kekasih ALLAH Rabiatul Adawiyah sewaktu kesunyian di malam hari kepada ALLAH s.w.t.. Ya ALLAH, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! Tuhanku! Bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapan-Mu. Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada geseran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkanmelainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu. Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik masyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang bekerdipan dan setiap sesuatudi sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa Keindahan cinta kepada Ilahi sudah kita rasai, kita susur pula makna redha dan kepentingannya dalam menegakkan syahadatain. Sifat redha ialah sifat makrifah dan mahabbah kepada ALLAH s.w.t. Redha kepada ALLAH pula bererti mengakui, meyakini dan menerima ALLAH sebagai Tuhan. Bagi menegakkan kalimah syahadah, sifat redha amat penting kerana selain mengakui ALLAH sebagai Tuhan, kita juga harus menerima
9

dan redha ALLAH sebagai Tuhan yang berkuasa ke atas kita. Redha menerima peraturan (hukum) ALLAH s.w.t yang disyariatkan kepada manusia dan redha menerima ketentuan ALLAH tentang nasib diri. Mengakui dan redha adalah dua perkara yang berbeza. Firman ALLAH s.w.t: Sesungguhnya jika kamu (Muhammad) bertanyakan kepada orang-orang kafir itu, siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab ALLAH.. Lihat, orang kafir sekalipun turut mengakui ALLAH sebagai Tuhan tetapi dengan kejahilan dan keegoan mereka, mereka telah menolak dan tidak redha ALLAH sebagai Tuhan mereka. Sifat redhalah yang membezakan keyakinan dan pegangan kita dengan mereka. Justeru sifat redha adalah intipati utama dalam melengkapkan tuntutan syahadah. Sifat redha juga menunjukkan kebergantungan dan pengharapan kita hanya pada ALLAH s.w.t. Firman ALLAH s.w.t: Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang ALLAH dan RasulNya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : Cukuplah ALLAH bagi kami, Dia dan Rasul-Nya akan berikan pada kami kurnianya. Sesungguhnya pada ALLAH kami menuju ( Surah At-Taubah: Ayat 59) Antara sifat-sifat hamba-Nya yang redha ialah berlapang dada bahkan merasa gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh ALLAH dan Rasul-Nya. Mengerjakan segala perintah ALLAH s.w.t baik yang wajib mahupun yang sunat dan menjauhi larangan-larangan ALLAH dengan berlapang dada dan ikhlas. Selain itu orang yang redha kepada ALLAH, apabila diuji dengan nikmat dia bersyukur dan apabila ditimpa penderitaan dia sabar dan redha. Sesungguhnya setiap qada atau ketentuan nasib yang ALLAH corakkan dalam kanvas kehidupan kita adalah yang terbaik bagi kita dan merupakan tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Sekadar untaian kata-kata untuk dihayati bersama: Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Tuhan, tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.. kadang kala kita sedih, kecewa, dan terluka,
10

tapi jauh di atas segalanya, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.. Justeru itu, apabila engkau memandang segala dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya.. Yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu.. Pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segala sesuatu yang sia-sia.. Bukannya ALLAH tidak tahu derita hidupmu.. retaknya hatimu.. pilunya perasaanmu.. Tapi, mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat, akrab dan jatuh cinta dengan nur kasih-Nya. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud: Demi ALLAH yang jiwaku ditangan-Nya ! Tidaklah ALLAH memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperoleh kegembiraan dia berterima kasih beerti kebaikanbaginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar beerti kebaikan baginya (Riwayat Muslim) Semoga kita dapat sama-sama menghayati dan menyemai sifat sabar dan redha dalam diri kita dalam usaha membuktikan keimanan dan kesaksian syahadah kita kepada ALLAH. Ya ALLAH.. hatiku resah dan gelisah.. aku bingung.. aku rasa marah, sedih dan kecewa.. Mengapa engkau takdirkan begini jalan hidupku? Aku sudah berusaha bersungguh-sungguh. Susah payah aku berhempas pulas, mengorbankan masaku, kudratku, hartaku dan hampir segala-galanya untuk mencapai matlamatku. Tapi.. mengapa kegagalan jua yang jadi buah usahaku? Pernahkah dalam hidup kita, kita berfikiran sebegitu? Setelah kita lakukan segala-galanya, semuanya sia-sia sahaja akhirnya. Di manakah silapnya? Bukankah ALLAH sendiri yang menyuruh kita supaya berusaha untuk mencapai matlamat kita? Apa lagi kurangnya? Sesungguhnya.. Sedarlah usaha semata- mata tidak berguna tanpa disertai dengan tawakkal. Tawakkal ila ALLAH. Tawakkal kepada ALLAH. Apa itu tawakkal? Mengapa usaha itu tidak boleh berdiri sendiri tanpa diiringi dengan tawakkal kepada ALLAH? Dan apakah kepentingannya dalam menegakkan kalimah syahadah? Mengapa sifat tawakkal itu harus dimiliki bagi melengkapkan kesaksian syahadah kita? Ayuh, kita rungkai satu persatu simpulan persoalan ini.

11

Tawakkal daripada suku kata Arab bermaksud mewakilkan urusan kepada pihak yang lain. Tawakkal pula boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu: 1. 2. 3. 4. Tawakkal pada diri Tawakkal pada harta Tawakkal pada orang Tawakkal pada ALLAH s.w.t

Tawakkal juga bermaksud meletakkan kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya. Sekiranya kita ingin menyerahkan sesuatu amanah kepada orang seseorang, pasti kita akan memilih yang terbaik di antara yang terbaik bukan? Seseorang yang diyakini kebenarannya ( muntahal-hidayah ),diyakini yang paling kuat ( muntahal-quwwah ), diyakini paling lancar ( muntahal-fashahah ) dan juga diyakini paling memiliki perhatian dan kasih sayang ( muntahas-syafaqah ). Bukankah semua sifat ini hanyalah milik Dia? Adakah makhluk yang diciptakan-Nya mempunyai semua sifat di atas untuk kita sandarkan sepenuh kepercayaan kita? Maka jelaslah sudah, di antara keempat-empat jenis tawakkal itu tadi, selayaknya hanya pada ALLAH sahajalah kita harus bertawakkal. Firman ALLAH s.w.t : Maka jika mereka berpaling ( dari keimanan )maka katakanlah ( Muhammad ) Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy ( singgahsana ) yang agung.. ( Surah At-Taubah: Ayat 129 ) Seterusnya, mengapa kita perlu memiliki sifat tawakkal dalam diri bagi melengkapkan tuntutan syahadah? Hal ini adalah kerana tawakkal itu salah satu tanda dan syarat keimanan seseorang manusia kepada ALLAH s.w.t. Firman ALLAH s.w.t : Dan hanya kepada ALLAH hendaklah kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman ( Surah Al- Maidah: Ayat 23) Dan ALLAH juga berfirman:

12

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ( dengan sempurna ) itu adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerananya, serta hanya kepada Rabbbnya meraka bertawakkal (Surah Al-Anfal: Ayat 2) Tawakkal dan usaha juga saling berkait rapat antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan kita. Usaha semata-mata tidak akan membawa apaapa makna tanpa disertai tawakkal dan begitu juga sebaliknya. Kita hayati teladan dan pengajaran yang terdapat dalam sebuah kisah benar yang pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w ini.. Seorang sahabat datang berjumpa Rasullah s.a.w. Lalu baginda bertanyakan bagaimana kamu datang? Sahabat menjawab Saya datang menaiki unta. Rasulullah bertanya lagi di mana unta kamu. Dia menjawab unta itu saya biarkan di sana tanpa diikat. Sesungguhnya saya bertawakkal kepada ALLAH. Lalu jawab baginda ikatlah unta kamu dahulu, kemudian bertawakkallah kepada ALLAH.. Kisah ini menunjukkan dengan jelas mengenai konsep usaha dan tawakkal itu. Tanpa berusaha terlebih dahulu pelaksanaan tawakkal itu tidak akan lengkap. Sementelah pengertian tawakkal itu sendiri ialah berserah kepda ALLAH s.w.t selepas melakukan usaha. Tetapi, usaha semata tidak bernilai di sisi Allah jika kita hanya mengharapkan usaha kita sedangkan kita lupa untuk meletakkan Allah sebagai yang Menentu. Jangan sekali kita meletakkan usaha kita menjadi neraca hasil kerana bukankah itu seolah kita mengiktiraf diri kita bagaikan berkuasa dan tidak perlu mengharap pada Ilahi?.Andai inilah yang kita lakukan, secara sendirinya kita menghitamkan hati kita dengan riya dan takabbur. Sedangkan hasil suatu itu adalah ketentuanNya, nikmatnya untuk memberikan menurut pertimbanganNya. Mungkin terjadi, mungkin tidak. Sesungguhnya ALLAH menjanjikan nikmat yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang bertawakkal. Rasullah s.a.w pernah bersabda : Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petangnya pulang ke sarang dalam keadaan kenyang. HR At Tirmidziy.

13

Maka kita jejaki kembali tawakkal kita, adakah sudah kita benar-benar mengharapkan dari Ilahi yang sepenuh-penuh takwa seperti yang dituntut ke atas kita. Bila kita melakukan tawakkal, bukankah itu lebih tenang di hati kerana kita yakin ALLAH telah menentukan rezeki untuk setiap kita yang masing-masing ada bahagian sendiri. Bila kita yakin suatu rezeki itu ditentukan untuk kita, maka tidak perlu kita takut untuk orang lain mendapatnya pula. Namun kita tidak akan tahu apa rezeki yang akan diberikan kepada kita kerana suatu usaha itu mungkin tidak mendatangkan hasil seperti yang kita harapkan. Mungkin lebih dari kita harapkan atau mungkin lebih teruk daripada jangkaan kita. Tapi bagi seorang yang hidupnya penuh dengan tawakkal kepada ALLAH tahu dan yakin bahawa itulah rezeki yang ditetapkan untuknya yang datang bukan sebagai ganjaran atau balasan kepada dia, namun sekadar ujian untuk menguji secebis iman di dada. Ini kerana dia yakin, segala apa yang dilakukan di dunia adalah kerana untuk memetik ganjarannya di syurga sana. Kita hanyalah penyemai benih keimanan dan diindahkan dengan tawakkal kerana tawakkal itu satu daripada pembuktian iman, yang meyakini Dialah segalanya, yang dinantikan bukan hasil dan ganjaran di muka bumi, tetapi adalah ganjaran abadi syurga firdausi. Dan kerana itulah orang yang benar bertawakkal, dia tidak akan takut untuk berusaha kerana tahu rezekinya datang dengan tidak disangka-sangka, dia akan terus berusaha untuk masa depannya, terus berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya disamping berusaha mengelak musibah kepada dirinya kerana dia yakin, setiap usaha yang dilakukannya hanyalah wasilah yang akan membenarkan dia untuk menggapai cinta Ilahi di jannah Ilahi..

Suatu

tawakkal

dan

keyakinan

yang

kuat

tanpa

ikhtiar

yang

mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan siasia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya. Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya. Kesimpulannya, cinta, redha dan tawakkal ialah antara sifat-sifat yang harus ada dalam diri setiap insan dalam usaha menjadi hamba ALLLAH yang bertaqwa. Dan, fahamilah dengan sepenuh-penuhnya erti yang tersirat di sebalik ketiga-tiga

14

sifat ini. Semoga kesaksian syahadah kita akan sentiasa disirami dengan keimanan. Insya ALLAH.. Wallahualam.

Setiap titis peluh dan darah tak akan sirna ditelan masa, Segores luka di jalan ALLAH kan menjadi saksi pengorbanan..

15

BIBLIOGRAFI
1. Warkah Cinta Berbaur Syurga, A.Ubaidilla H. Alias, PTS Millennia Sdn.Bhd, Cetakan pertama 2008 2. Syaamil Al-Quran Edisi Khat Madinah,Yayasan Penyelenggara Penerjemah/Penafsir Pentasmik Mushaf Al-Quran Al-Quran Revisi Terjemah oleh Lajnah Rebuplik Departemen Agama

Indonesia,PT Syaamil Cipta Media 3. Mari Sembahyang ( perempuan), Ahmad Sonhaji Mohamad, Hasani Books and Stationary Buku dan Alatulis Hasani Edar Sdn.Bhd 4. Islam Agama Rabbani, Dasar Pendidikan Islam Teras,Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad, Oxford Fajar Sdn Bhd. 5. Onesaiful.blogspot.com/2007-10-01-archive.html
6. 7. 8.

http://id.shvoong.com/humanities/1640397-tawakkal-kepada-allah/. http://www.angelfire.com/journal/suluk/kimia.html http://qitori.wordpress.com/2007/12/13/cinta-kepada-allah-dan-cintakepada-manusia-mungkinkah-dipadukan

9.

http://www.iluvislam.com/v1/infusions/thetop_panel/thetop_panel_m ore.php

10. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.html 11. http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/233

16

LAMPIRAN

17

HIMPUNAN MAKSUD AYAT AL QURAN DAN HADIS


1. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah

(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. ( QS Al-Hujuraat ayat 10)

2. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,

banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. (nasihat Luqman Hakim)

3. ''Tingkat berat ringannya ujian disesuaikan dengan kedudukan manusia itu

sendiri. Orang yang sangat banyak mendapatkan ujian itu adalah para nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka berurutan secara bertingkat. Orang diuji menurut tingkat ketaatan kepada agamanya'' (HR Turmudzi).

4. Sabda Rasulullah saw: Tiap malam Allah swt turun ke langit dunia hingga

sepertiga malam terakhir dan berfirman: barangsiapa yang berdoa maka Aku mengabulkannya, barangsiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya."

18

5. "Barangsiapa membiasakan istighfar maka Allah menjadikan jalan keluar dari segala kesulitannya, memberi kemudahan dari segala kesusahannya dan melapangkan rezeki yang tidak ia duga." (HR Abu Daud).

6. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi

tenteram" (Ar-Ra'd:28)

19

PETA MINDA

RAJAH 1

RAJAH 2

20

REFLEKSI KUMPULAN
Assalamualaikum wbt. Sepanjang tempoh masa kami menyiapkan kerja kursus pendek ini, kami memperoleh pelbagai pengalaman yang mengajar kami menyesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru di sini kerana kami baru sebulan menuntut di Institut Perguruan Teknik. Kami belajar membuat tugasan yang akan menjadikan kami bersedia untuk menjejakkan kaki ke dunia perguruan yang diketahui umum sebagai mencabar. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang kami peroleh, kami akan dapat menyesuaikan diri apabila mendapat tugasan di sekolah walaupun masa yang diberi untuk menyiapkannya agak singkat. Dengan pengalaman juga, kami tidak akan mudah merasa tertekan kerana kami akan terbiasa dengan tugasan yang diberikan. Tugasan-tugasan yang diberikan juga telah dihasilkan berkualiti seperti yang membuatkan kami lebih oleh pensyarah berdikari. Kami harus bijak membahagikan masa supaya kerja yang diharapkan pembimbing. Kami belajar bagaimana mencari, mengumpul maklumat dan mengarang esei yang bertepatan dengan arahan soalan. Kami sedikit sebanyak membuat rujukan dan mencari maklumat yang relevan dari dalam buku,artikel dan jurnal yang boleh dilayari melalui internet. Kami juga bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Kami mengharapkan agar usaha kami berhasil dalam melengkapkan tugasan ini. Sekian kata,terima kasih..

21

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA : NORAKMALINA BT AHMAD TARMIZI NO. KAD PENGENALAN : 901030-08-6430 KUMPULAN : 1PPISMP SAINS LATAR PENDIDIKAN : 1) SK BUKIT JANA (1997-2002) 2) SMK BUKIT JANA (2003-2007) 3) MATRIKULASI PULAU PINANG (2008-2009) 4) INSTITUT PERGURUAN TEKNIK (2009-Sekarang)

22

NAMA : WAN HALIMATUL SYAADIAH BT WAN AZIZ NO. KAD PENGENALAN : 910204-11-5284 KUMPULAN : 1PPISMP SAINS LATAR PENDIDIKAN : 1) SK FELDA KERTEH 1(1998-2003) 2) SMK TEJA PUTRA (2004-2008) 3) MATRIKULASI GAMBANG,PAHANG (2009) 4) INSTITUT PERGURUAN TEKNIK (2009-Sekarang)

23

Anda mungkin juga menyukai