Anda di halaman 1dari 30

Organ berongga- berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulangulang.

Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun Terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum).

ANATOMI JANTUNG

Rongga/ruang jantung
Atrium kanan - Menerima darah yang kurang beroksigen

daripada tisu - tisu tubuh


Atrium kiri - Menerima darah yang kaya dengan oksigen dari

paru paru.
Ventrikel kanan - Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-

paru
Ventrikel kiri - Mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan

ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan darah yang kurang oksigen dari bercampur.

Injap-injap - Terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap Atrioventrikular (AV) - Membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Injap Semilunar Pulmonari - Menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.

Kedudukan Jantung

Pericardium

Kantung yang meliputi jantung Mempunyai cecair yang dikenali sebagai cecair

pericardial yang bertujuan untuk melicinkan pergerakan jantung.(pelincir) Melindungi jantung dan melekatkan jantung kepada struktur sekeliling Mengurangkan geseran jantung semasa jantung berdegup

SISTEM PEREDARAN/KITARAN

Peredaran darah manusia melibatkan dua sistem

peredaran:

(a) (b)

sistem peredaran sistemik sistem peredaran pulmonari

a) Sistem peredaran sistemik melibatkan peredaran

darah beroksigen dari ventrikel kiri ke seluruh badan dan darah terdeoksigen dari seluruh badan ke atria kanan jantung Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paruparu. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta. Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.

b) Sistem peredaran pulmonari melibatkan peredaran darah terdeoksigen dari ventrikel ke peparu dan darah beroksigen dari peparu ke aurikel kiri. Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari

Salur Darah
Arteri

Salur Darah
Kapilari Vena

Arteri
salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke

bahagian-bahagian lain badan


Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh

tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung


Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol

Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri

pulmonari

Vena

Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung

dari bahagian-bahagian lain badan.


Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang

lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.


Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan

yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah
Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan

darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja

Kapilari
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan

resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat

DEGUPAN JANTUNG

Jantung menguncup & mengendur secara berulang Penguncupan jantung sistol Pengenduran jantung diastol Semasa sistol ventrikel (ventrikel menguncup),

tekanan darah dlm ventrikel meningkat Injap bikuspid & trikuspid tertutup lalu Menghasilkan bunyi denyutan pertama (lub).
Semasa diastol ventrikel (ventrikel mengendur),

tekanan darah dlm ventrikel rendah berbanding dlm aorta & arteri pulmonari injap semilunar tertutup lalu menghasilakan bunyi denyutan kedua (dub)

jantung mempunyai sistem arus elektrik yang

merangsang untuk menguncup dan berdegup. Degupan : Terdapat satu sel khas yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan elektrik secara sendiri. Sel ini memisahkan partikel yang mempunyai cas. Kemudian, sel ini secara spontan melepaskan cas ini ke sel-sel yang berdekatan. Ini menghasilkan impuls elektrik lalu menyebabkan jantung mengecut. Sel ini bekerja secara berterusan untuk menghasilkan degupan yang biasanya 72 kali seminit.

Nod Sinoarteri (SA node) ini menghasilkan degup

jantung secara normal. Ia terletak di atrium kanan. jantung juga mempunyai gentian khas yang membawa arus elektrik dari nod sinoarteri ke seluruh jantung

Impuls elektrik ini bergerak dari nod sinoarteri (1) ke atrium kiri dan kanan, menyebabkan kedua-

dua atrium ini mengecut. Proses ini mengambil masa 0.04 saat. Selepas itu, impuls elektrik ini bergerak ke Nod Atrioventrikular (AV node) (2) dan terus ke Bundle of His (3). Kemudian ia terbahagi kepada cabang kiri dan kanan (4) dimana ia bergerak dengan pantas menuju ke gentian Purkinje (5) lalu menyebabkan ventrikel kanan dan kiri mengecut.

PENGURUSAN JANTUNG

Langkah Ke Arah Jantung Sihat


Tidak merokok
Rajin bersenam Mengambil diet yang seimbang

Kurangkan makanan yang berlemak


Mengawal berat badan

Anda mungkin juga menyukai