Anda di halaman 1dari 3

Kisah Musab bin Umair r.

Sebelum memeluk Islam

Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa beranganangan untuk menjadi isterinya. Musab adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak.

Musab bin Umair memeluk Islam

Suatu hari beliau mendengar berita mengenai Nabi Muhammad SAW dan apa yang diajarkannya. Di antara berita yang beliau dengar adalah bahwa Rasulullah saw biasa mengadakan pertemuan disuatu tempat yang tersembunyi dan menghindari segala macam ancaman dan bahaya dari kaum Quraisy, yaitu di bukit Shafa di rumah Arqam bin Abil Arqam. Disana ia mendengar ayat-ayat Al-Quran yang begitu mempesona. Hatinya menjadi tenang dan damai mendengar untaian ayat-ayat tersebut. Maka Mushab pun memutuskan untuk memeluk agama Islam dan meninggalkan berhala-berhala yang disembah kaumnya, kesenangan dan kehidupan yang mewah, bahkan orang yang dicintainya iaitu ibunya sendiri beliau tinggalkan demi Islam yang tercinta. Keislaman Musab bin Umair diketahui ibunya Suatu hari ada orang yang bernama Usman bin Thalhah melihat Mus'ab memasuki rumah Arqam secara sembunyi-sembunyi. Kemudian di waktu yang lain dilihatnya pula Mus'ab solat seperti Rasulullah. Dengan cepat ia segera melaporkan kepada ibu Mus'ab, Khunas bin Malik tentang apa yang dilihatnya. Ibu Musab terkenal sebagai seorang wanita yang memiliki keperibadian yang tegas, pendiriannya tidak dapat ditawar atau diganggu gugat, disegani dan ditakuti.dan dijamin kebenarannya.

Keislaman Musab akhirnya diketahui oleh ibunya dan ibunya sangat marah terhadap Musab hingga hampir-hampir menamparnya. Tetapi kerana kasih sayangnya kepada Musab dia tidak jadi menampar anaknya itu. Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi dan lemah. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya. Melihat keadaan ibunya, Musab berkata: Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali Musab akhirnya dihalau keluar daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersamasama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Setelah memeluk Islam Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Bajunya lusuh dan bertampal-tampal, kulitnya juga menjadi kasar kerana hidup dalam kepayahan. Rasulullah SAW apabila melihat Musab bin Umair, baginda akan menangis. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat: Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di

tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Duta Islam Yang Pertama Sebelum peristiwa Hijrah, Nabi Muhammad saw telah memilih Musab Bin Umair untuk menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk di Madinah. Berkat

kesungguhannya dan doa Rasulullah saw, tidak ada rumah di Madinah yang tidak terpancar dengan cahaya Islam. Atas izin Allah swt, semua penduduk Madinah telah memluk Islam di tangan Musab Bin Umair r.a. Musab Bin Umair syahid di medan Uhud Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul. Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya.

Begitulah kisah seorang pemuda yang telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasannya mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan.

~semua watak dalam cerita boleh dilakonkan kecuali watak Rasulullah s.a.w

Anda mungkin juga menyukai