Anda di halaman 1dari 2

Kerosakan akidah boleh berlaku melalui iktikad, perkataan dan perbuatan,

Jelaskan pernyataan ini dengan mengemukakan contoh-contoh yang jelas

Kehidupan seseorang itu mempunyai hubungan dengan pencipta iaitu Allah,


tuhan yang maha Esa yang dapat diikat oleh akidah melalui kalimah tauhid dan
hubungan sesama manusia yang diikat oleh dua kalimah syahadah. Akidah
seseorang muslim itu boleh terbatal sama ada dari aspek iktikad, perkataan
mahupun perbuatan.

Dari segi iktiqad, akidah seseorang muslim itu terbatal apabila timbulnya
perasaan ragu-ragu dan berbolak-balik dalam hati mereka terhadap ibadah-ibadah
yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Contohnya,
seseorang individu yang tidak yakin tentang kepentingan solat bahawa dengan
menunaikan solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.
Selain itu, akidah seseorang muslim terbatal apabila dia tidak mempercayai mana-
mana nas Al-Quran yang telah sabit secara yakin yang merupakan panduan hidup
orang Islam iaitu al-Quran dan al-Hadith. Setiap umat Islam hendaklah mempercayai
akan kebenaran al-Quran dan al-Hadith kerana kedua-duanya merupakan panduan
hidup umat Islam dan Rasulullah SAW turut bersabda dalam sebuah hadith sahih,
Muwatta’ Malik yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang
kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya
iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi”.

Seterusnya, akidah seseorang muslim juga boleh terbatal melalui perkataan


seperti memperkatakan bahawa hadis hanyalah rekaan manusia semata-mata
kerana Rasulullah juga merupakan manusia walhal baginda merupakan utusan Allah
dan setiap hadis yang disabdakan oleh baginda datang daripada Allah. Hal ini
membatalkan akidah seseorang muslim kerana lafaz tersebut menggambarkan
penafian terhadap Rasulullah SAW sebagai utusan Allah. Selain itu, seseorang
individu muslim akan terbatal akidahnya jika seseorang itu mengejek atau mencaci
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama seperti mengatakan bahawa hukum
Islam sudah lapuk dan tidak sesuai diamalkan pada zaman moden ini. Contohnya,
pada hari ini kita dapat lihat ramai di kalangan muslim yang menafikan dan
memperkatakan bahawa tuntutan menutup aurat tidak lagi sesuai diamalkan pada
zaman sekarang walhal setiap suruhan dan larangan Allah mempunyai hikmah-
hikmah pensyariatannya yang tersendiri.

Di samping itu, akidah seseorang individu muslim boleh terbatal melalui


perbuatan iaitu meninggalkan dan mengingkari ibadat yang wajib seperti kewajipan
berpuasa pada bulan Ramadan. Contohnya, terdapat segelintir individu muslim yang
tidak berpuasa pada bulan Ramadan malah turut melakukan perbuatan yang
mempersendakan agama iaitu makan di khalayak ramai. Hal ini sememangnya
bertentangan dengan suruhan agama iaitu berpuasa pada bulan Ramadan yang
merupakan rukun Islam yang ketiga. Akhir sekali, perbuatan menghina dan
merendah-rendahkan perkara yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith.
Contohnya, meletakkan ayat-ayat al-Quran di tempat yang hina seperti ayat-ayat al-
Quran walhal ayat-ayat al-Quran merupakan kalimah yang suci yang wajar
dipelihara dan dijaga oleh setiap individu muslim. Melakukan upacara ibadat orang
kafir seperti menyembah berhala dan pergi ke tempat keramat juga akan
membatalkan akidah seseorang individu muslim. Oleh itu, sebagai seorang individu
muslim, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam tindak tanduk kita agar tidak
melakukan perkara yang bertentangan dengan agama yang boleh membatalkan
akidah seterusnya membawa kepada kekafiran.

Anda mungkin juga menyukai