Anda di halaman 1dari 8

RUMUSAN ARTIKEL

KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA SEKOLAH


MENENGAH
PENGENALAN

Makalah ini mengkaji kesantunan bahasa yang melibatkan pertuturan yang elok, halus

dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Penutur yang menggunakan

strategi kesantunan dalam pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, kata

gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya.

Pengkaji mengujarkan bahawa salah satu cara yang boleh menonjolkan nilai

kesantunan dalam masyarakat Melayu ialah melalui penggunaan bahasa semasa

berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang santun semasa berkomunikasi sama ada secara

lisan atau tulisan, rasmi atau tidak rasmi dan bersemuka atau tidak bersemuka amat

penting. Hal ini kerana bahasa adalah alat komunikasi massa. Sebagai alat komunikasi,

bahasa memegang peranan penting dalam memastikan interaksi antara manusia sentiasa

terjalin. Komunikasi yang terjalin antara manusia menjadi lebih terarah dan lancar.

Namun, kebelakangan ini pengkaji mendapati remaja sekolah lebih menggunakan

strategi ketidaksantunan dalam perbualan mereka. Sejajar dengan itu, pengkaji

berpendapat penerapan amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah

amat penting bagi melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik,

malah memiliki akhlak serta keterampilan yang unggul selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

Seterusnya, pengkaji juga menyenaraikan antara aspek bahasa yang perlu

diberikan perhatian semasa bertutur dalam mana-mana situasi seperti penggunaan ganti
1
nama, sistem sapaan dan panggilan serta pemilihan perkataan yang betul, tepat, dan tidak

menyinggung perasaan pendengar. Pengkaji menerangkan bahawa hal ini juga bagi

meneruskan kesinambungan amalan kesantunan yang telah diwarisi daripada generasi

terdahulu kerana kesantunan memainkan peranan mengekalkan hubungan baik antara

kaum keluarga, sahabat handai dan kejiranan demi menjamin masyarakat yang hidup

makmur dan sejahtera.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam pernyataan masalahnya, pengkaji mengutarakan kebelakangan ini didapati

golongan remaja sekolah mula mengabaikan nilai kesantunan berbahasa ketika

berinteraksi. Pengkaji juga mengemukakan contoh kes yang berlaku di Nibong Tebal,

apabila terdapat remaja yang berkelakuan dan berbahasa kasar terhadap guru mereka

sendiri. Remaja sudah tidak mengerti untuk hormat kepada insan yang menabur bakti

kepada mereka. Unsur negatif tersebut dapat dilihat melalui pertuturan serta tingkah laku

yang tidak sopan, sama ada terhadap guru ataupun rakan pelajar sendiri. Pengkaji khuatir

dengan penularan gejala ini. Jika tidak diberikan perhatian yang wajar, bakal

mendatangkan masalah kepada sistem sosial masyarakat pada masa akan datang.

Menurut pengkaji, kajian-kajian lepas telah menunjukkan unsur kesantunan

bahasa juga diteliti dalam perbualan khususnya dalam keluarga Melayu. Selain itu,

terdapat juga kajian yang berfokus kepada bahasa santun yang digunakan oleh

masyarakat Melayu dalam rundingan pertunangan dan falsafah yang tersirat dalam ujaran

semasa majlis pertunangan. Seterusnya, pengkaji turut mengupas kajian yang

menunjukkan pengguna bahasa Jepun dalam kalangan pengajar dari Jepun yang saling

bekerjasama dalam mengamalkan kesantunan bahasa ketika berinteraksi sesama mereka.

2
Di samping itu, hasil dapatan juga memperlihatkan bahawa penutur Jepun menggunakan

unsur kesopanan dalam komunikasi mereka.

Sementara itu, pengkaji turut berpendapat isu penggunaan bahasa Melayu kasar

sebagai medan perbahasan olehahli politik telah mendatangkan kesan yang negatif

kepada golongan remaja sekolah apabila pengkaji mendapati mereka mula mengabaikan

nilai kesantunan berbahasa ketika berinteraksi. Kesan terhadap isu ini dapat dilihat

menerusi kejadian remaja yang tidak mengenang budi dan berbahasa kesat terhadap

golongan yang berbakti kepada mereka.

Pengkaji menyimpulkan bahawa data-data yang diperoleh daripada kajian-kajian

yang lepas telah menunjukkan kesantunan berbahasa sebenarnya ialah tatacara atau

peraturan yang wujud dalam sesuatu bahasa. Pengkaji turut bersetuju dengan kata-kata

daripada Awang Sariyan (2007) yang menjelaskan bahawa kesantunan berbahasa

merupakan salah satu ciri penting bagi bangsa yang bertamadun serta diukur berdasarkan

kepatuhan seseorang pengguna bahasa itu terhadap peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan dalam sesebuah masyarakat. Unsur kesantunan berbahasa sering kali dilihat

sebagai interaksi antara individu dalam berkomunikasi. Kesantunan berbahasa dalam

sesebuah masyarakat itu turut dipengaruhi oleh norma budaya masyarakat tersebut. Hal

ini sekaligus memperlihatkan bahawa aspek budaya dan kesantunan berbahasa dalam

sesebuah masyarakat itu saling berkait rapat dan saling melengkapi.

OBJEKTIF KAJIAN

3
Pengkaji menyatakan bahawa institusi sekolah tidak berkecuali daripada persoalan

amalan budi bahasa, gejala tidak berbudi bahasa sememangnya wujud di sekolah. Oleh

itu, tujuan pengkaji melakukan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis

penggunaan kata dan ujaran santun remaja sekolah.

METODOLOGI

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih sebanyak 154 orang remaja sekolah yang terdiri

daripada enam buah sekolah , 80 orang lelaki dan 74 orang perempuan, berumur antara

14 hingga 17 tahun sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan kuota.

Menurut pengkaji, pensampelan kuota melibatkan pemilihan secara bertujuan melalui

beberapa tapisan.

KAEDAH KAJIAN

Pengkaji menggunakan teknik temu bual diikuti kaedah pemerhatian untuk proses

pengumpulan data. Responden ditemu bual bagi mendapatkan kata santun yang diujarkan

ketika di dalam kelas untuk memenuhi beberapa tujuan. Data yang diperoleh oleh

pengkaji pula dianalisis menggunakan Prinsip Kesopanan Leech (1983) dengan

menggunakan pendekatan pragmatik.

KEPENTINGAN KAJIAN

Menurut pengkaji, bahasa yang baik, elok, berfaedah dan santun itu bukan sahaja perlu

dipelajari daripada buku, tetapi diasuh oleh ibu bapa, di samping bergaul dengan mereka

yang lebih tahu dan berpengalaman. Hal ini demikian selaras dengan peribahasa Melayu

melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sejajar dengan itu, pengkaji berpendapat

kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar hari ini berada pada tahap yang

4
membimbangkan kerana adab dan budaya sopan santun sudah dicemari oleh ledakan

globalisasi, iaitu pengaruh budaya asing yang tiada sekatan dan sempadan. Oleh itu,

pengkaji menerangkan bahawa penerapan amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan

remaja sekolah amat penting bagi membantu pelajar mengadaptasi nilai-nilai murni

dalam kehidupan seharian dengan memilih kata-kata yang lebih santun untuk diujarkan

semasa berkomunikasi. Hal ini juga bagi merealisasikan ujaran Bahasa Menunjukkan

Bangsa dan Bahasa Disanjung Budi Dijunjung.

HASIL KAJIAN

Pengkaji menerusi hasil kajiannya telah mendapati kata sapaan yang dituturkan oleh

golongan remaja telah mematuhi maksim santun yang dipelopori oleh Leech (1983)

kerana penggunaan ujaran yang digunakan oleh golongan remaja di sekolah semasa

melakukan sapaan adalah untuk melahirkan harapan penutur terhadap keselamatan dan

kesejahteraan pendengar. Walau bagaimanapun, pengkaji dengan tegasnya mengucapkan

bahawa ujaran hai bersifat tidak formal dan hanya sesuai digunakan kepada pendengar

dalam kalangan umur yang sebaya. Penggunaan kata hai kepada pendengar yang lebih

berumur dan lebih tinggi statusnya daripada penutur dianggap kurang bersopan.

Seterusnya, pengkaji juga berpendapat ujaran yang digunakan oleh remaja

sekolah semasa bertanya dan menjawab soalan guru seperti cikgu

boleh/bolehkah/tak dan boleh/bolehkah merupakan ujaran yang menyerlahkan

kesantunan kerana remaja memberikan pilihan kepada guru untuk mengizinkan atau tidak

seperti yang diminta oleh mereka. Menerusi pemerhatian, pengkaji mendapati ujaran

yang paling kerap digunakan oleh responden ialah ujaran yang digunakan untuk bercakap

atau menyatakan pendapat. Walaupun golongan remaja di sekolah bebas untuk bercakap
5
atau menyatakan pendapat tetapi mereka perlu meminta keizinan daripada guru untuk

bercakap di dalam kelas.

Selain itu, pengkaji juga mendapati responden mengamalkan kesantunan

berbahasa semasa memberikan komen terhadap jawapan rakan. Menurut pengkaji, ujaran

oleh responden seperti boleh/bolehkah pula memberikan peluang kepada pendengar

untuk membenarkan responden memberikan komen ataupun tidak. Oleh itu, kos yang

dikenakan kepada pendengar dikurangkan dan kesantunan akan bertambah. Walau

bagaimanapun, ujaran wei/weh daripada responden pula dilihat kurang santun kerana

ujaran tersebut tidak memaksimumkan manfaat kepada pendengar. Sementara itu,

pengkaji mendapati ujaran santun juga diamalkan oleh remaja semasa mereka

menyatakan rasa tidak setuju terhadap sesuatu idea yang disampaikan oleh rakan mereka.

Remaja sekolah telah meminimumkan pujian terhadap diri sendiri dan memaksimumkan

cacian terhadap diri sendiri. Tetapi, ujaran maaf/ maafkan/ minta maaf/ harap

maaf/maaflah dan sorry/ sorrylah yang bertujuan untuk meletakkan perbuatan

menyatakan tidak setuju terhadap sesuatu idea yang disampaikan sebagai perbuatan

biadab walaupun penutur sebenarnya berhak menyatakannya.

Sementara itu, pengkaji turut menyatakan bahawa ujaran santun juga digunakan

oleh golongan remaja untuk menawarkan pertolongan kepada guru dan rakan atau

menolak permintaan seseorang. Pengkaji juga mendapati, dalam menegur

kesilapan/kesalahan rakan/seseorang, ujaran yang paling kerap diujarkan oleh responden

ialah ujaran "jangan/janganlah yang terlalu berterus terang kurang mempunyai nilai

santun apabila diujarkan untuk membuat teguran kepada pendengar. Begitu juga dengan

ujaran wei/weh dan awak/anda tidak/ tak/kau tak yang tidak begitu sesuai

6
digunakan semasa melakukan teguran kerana ujaran ini menonjolkan seolah-olah penutur

melahirkan kemarahannya kepada pendengar disebabkan kesalahan yang dilakukan.

KESIMPULAN

Pengkaji berpendapat responden telah menggunakan pelbagai strategi kesantunan dalam

ujaran mereka di dalam kelas. Amalan kesantunan berbahasa dalam perbualan remaja

sekolah ini menunjukkan perilaku yang berbudi bahasa. Daripada kajian yang dijalankan

oleh pengkaji, didapati kesantunan bahasa yang diamalkan oleh remaja sekolah semasa

berada di dalam kelas menunjukkan keberkesanan pendidikan kesantunan bahasa di

sekolah terutama dalam situasi formal.

Pengkaji mendapati tahap kesantunan bahasa dalam kalangan remaja sekolah

berada pada tahap sederhana. Pengkaji juga menegaskan bahawa teguran yang dilakukan

secara langsung kepada pendengar boleh menyinggung perasaan pendengar sekali gus

mengurangkan nilai kesantunan dalam ujaran. Kesantunan bahasa yang berlaku dalam

situasi formal telah memperlihatkan amalan kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh

remaja di sekolah. Oleh itu, pelbagai strategi kesantunan berbahasa harus dipraktikkan

bagi meningkatkan tahap kesantunan bahasa dalam kalangan generasi muda.

Pengkaji juga mengujarkan remaja sekolah harus lebih bijak mengaplikasikan

maksim kesopanan yang diutarakan oleh Leech (1983). Tambahan pula, sekolah dilihat

sebagai institusi yang sememangnya mampu menyediakan suasana yang ideal untuk

remaja sekolah mempraktikkan amalan kesantunan dalam pertuturan mereka. Oleh yang

demikian mereka akan mampu berkomunikasi dengan lebih santun melalui penerapan

7
strategi kesantunan bahasa apabila mereka berada di luar sekolah terutama ketika mereka

berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai