Anda di halaman 1dari 19

ELEMEN DALAM

KOMUNIKASI LISAN
PENYAMPAI SALURAN

PENERIMA MAKLUM BALAS

MESEJ GANGGUAN
PENYAMPAI
Untuk memastikan komunikasi
berlaku secara berkesan, penyampai
haruslah mematuhi beberapa perkara

Penyampai haruslah jelas tentang


mesej yang disampaikannya, teliti
dengan baik mesej yang ingin
disampaikannya, pasti dengan
mesejnya, pasti dengan kepentingan
mesejnya, menggurangkan gangguan
yang mungkin diterima penerima dan
sebagainya
CARA PENYAMPAIAN YANG EFEKTIF

• Mempunyai kemahiran dalam bertutur dan cekap dalam berbahasa.


• Mengetahui cara penyampaian yang betul.
• Membuat persediaan sebelum menyampaikan sesuatu maklumat.
• Bijaksanaan memilih dan menyusun ayat dengan efektif.
• Nuraini Yusoff (2005) mendefinisikan susunan sebagai satu proses
yang melibatkan susunan dalam teks pengucapan.
• Konsep 4M seperti yang dikemukakan oleh Eddy Rosyadie (2007)
untuk pengucapan awam sesuai untuk diaplikasikan ke dalam konsep
penyampaian maklumat yang berkesan.
KONSEP 4M DALAM PENYAMPAIAN
MAKLUMAT
• 4M tersebut ialah memahami, menghayati, menghafal dan melafaz.
• ‘Memahami’ adalah merujuk kepada tahap ‘faham’ pengucap tentang
topik yang hendak disampaikan.
• Manakala ‘menghayati’ merujuk kepada tahap penghayatan topik
dengan penuh emosi.
• ‘Menghafal’ berkait rapat dengan ketajaman fikiran dan kelancaran
pengucap.
• ‘Melafaz’ bermaksud mengeluarkankan perkataan-perkataan dengan
penuh yakin
PENERIMA

Orang yang menjadi


sasaran mesej
PENERIMA
MESEJ

Mesej yang disampaikan akan dihantar


menggunakan perkataan, simbol, ayat, atau bahasa
tertentu bagi menggambarkan makna sesuatu mesej
CARA PENYAMPAIAN MESEJ
• Lisan
• Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan lisan sebagai percakapan atau
pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau
sebutan.
• Bertulis (SMS, surat, nota, memo, e-mel)
• Pendengaran (nada suara atau cara percakapan)
• Penglihatan (pandangan atau pergerakan mata)
• Sentuhan (pelukan – mencetuskan emosi dan perasaan)
• Bau, rasa, pergerakan badan, mimik muka dan hubungan mata.
SALURAN
• Mesej yang dibentuk boleh dihantar
melalui saluran tertentu
• Saluran ini boleh berbentuk lisan,
tidak lisan, tulisan atau lain-lain
• Saluran mempengaruhi keberkesanan
sesuatu komunikasi itu
MAKLUM BALAS
• Tindak balas terhadap penerimaan mesej

• Boleh berbentuk lisan atau bukan lisan


GANGGUAN

• Perkara-perkara yang mengganggu keberkesanan


komunikasi

• Akibatnya, maklumat yang dihantar kemungkinan


tidak dapat diterima
• Menggunakan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
• Kesantunan lisan secara formal mempunyai perbezaan dari
segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan
gerak laku.
• Pemilihan kata hendaklah bersesuaian dengan suasana
ataupun keadaan sesuatu majlis dan urusan yang berkenaan.
• Dalam urusan rasmi, ragam bahasa rasmi hendaklah
digunakan iaitu yang mematuhi peraturan-peraturan bahasa
baik daripada sudut linguistik, sosialinguistik mahupun
pragmatiknya.
• Penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta
pangkat hendaklah bersesuaian.
• Penggunaan kata ganti diri yang bersesuaian seperti “ Tuan”,
“Puan”, “Encik”, dan sebagainya.
• Penggunaan kata panggilan hormat seperti “Yang Amat
Berhormat”, “Yang Berhormat” dan sebagainya.
• Sebutan yang sempurna dan jelas semasa memberi ucapan.
• Menggunakan nada suara dan intonasi yang bersesuaian.
• Tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai