Anda di halaman 1dari 6

2018242340112 BMMB3083

SOALAN 1

Drama merupakan karya kreatif yang unik kerana mengandungi dua aspek
iaitu aspek sastera dan aspek teater. Merujuk kepada aspek sastera ia
mengandungi cerita dan unsur-unsur karya kreatif seperti pemikiran, plot, watak,
bahasa, dan latar. Manakala aspek teater pula drama dilihat sebagai proses dan
hasil pementasan. Sebagai contoh, prop persembahan, pelakon dan skrip drama
yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas. Drama boleh dikaji menerusi
teks dan proses karangannya, proses produksi dan arahannya, persembahan dan
khalayaknya, estetika dan pelbagai aspek kehalusan seninya. Namun, untuk
mendapatkan kesempurnaan dalam drama banyak perkara yang perlu
dititikberatkan dari pelbagai aspek antaranya ialah skrip drama kerana skrip
membawa makna dan jalan cerita yang perlu disampaikan kepada penonton. Selain
itu, pemilihan pelakon juga amat penting kerana watak yang dibawa memerlukan
penghayatan yang sempurna agar penonton dapat menghayati watak tersebut.

Justeru, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat oleh pengarah drama
semasa pemilihan skrip iaitu pengarah perlu memahami, menganalisis dan menilai
skrip yang dicipta oleh penulis dari pelbagai aspek antaranya ialah dari segi tema,
plot, persoalan dan jalan penceritaan yang menarik serta memberi pengajaran
kepada penonton. Hal ini demikian kerana jika penulisan skrip drama tidak
membawa apa-apa nilai dan unsur seni kepada penonton, pastinya drama tersebut
tiada penghayatan nilai seni dan estetika kepada penonton dan kurang mendapat
sambutan.
Seterusnya, skrip yang ditulis perlulah asli dan bukannya diciplak daripada
hasil karya penulis lain supaya tidak berlaku persamaan dari segi jalan cerita yang
akan disampaikan menerusi drama tersebut. Hal ini demikian kerana jika berlaku
pengulangan dari segi jalan cerita dan dialog skrip yang sama dalam drama yang
berbeza, penonton akan berasa jemu dan tidak tertarik untuk menonton drama
tersebut kerana mereka boleh menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.

Perkara lain yang boleh diteliti oleh pengarah semasa pemilihan skrip ialah
dengan melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu. Antara
perubahan yang boleh dilakukan ialah dari segi gaya pementasan yang hendak

1
2018242340112 BMMB3083

disampaikan seperti menukar latar masa, latar tempat dan gaya bahasa supaya
lebih menarik dan mengikut peredaran zaman contohnya, terdapat beberapa cerita
zaman dahulu seperti “Bila Musang Berjanggut” dan “Anak Betong” telah
dimodenkan supaya lebih menarik dan difahami oleh penonton. Perkara-perkara
seperti ini boleh diubah namun tidak boleh lari dari jalan penceritaannya yang asal
supaya keaslian drama tersebut masih dikekalkan.

Selain skrip drama, pemilihan pelakon juga penting supaya penghayatan


watak dalam sesuatu drama akan lebih terkesan dalam hati penonton. Hal ini
demikian kerana, pelakon yang mampu menjiwai dan menghidupkan watak yang
dibawanya dengan sempurna seperti bijak bermain dengan mimik muka dan
pergerakan badan serta penyampaian dialog yang sempurna pasti akan memberi
kesan emosi kepada sesiapa yang menonton. Contohnya, pembawaan watak
antagonis dalam cerita drama “Nur” oleh Azhan Rani sebagai Ustaz Hamadi telah
memberi kesan kepada jiwa penonton dimana walaupun diluar set penggambaran
ada penonton yang membuat ugutan dan melontarkan kebencian terhadapnya
walaupun watak tersebut hanya rekaan semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa
pelakon tersebut berjaya memberi penghayatan dan menghidupkan watak yang
dilakonkannya itu sehingga membuatkan penonton marah dan benci terhadap watak
tersebut.

Di samping itu, uji bakat sebelum pemilihan pelakon amat penting untuk
menilai dan melihat dahulu tingkah laku pelakon semasa berada di pentas
pengujian. Hal ini kerana pengarah perlu memilih pelakon yang bertanggungjawab
serta berdisiplin. Pelakon juga perlu mempunyai kesungguhan untuk mengulangkaji
watak dan perwatakan serta latar belakang watak yang akan dibawa olehnya kerana
bukan semua pelakon terus dilahirkan dengan bakat lakonan yang mantap. Sebelum
pelakon diberikan watak untuk berlakon, pelbagai latihan perlu dilalui olehnya dahulu
untuk mengelakkan pelakon kaku di atas pentas seterusnya memberikan kesan
buruk ke atas proses dan hasil penggambaran. Oleh itu, uji bakat adalah penting
untuk memastikan pelakon yang diambil berbakat serta mampu membantu
meningkatkan mutu hasil lakonan mengikut keperluan pasaran dengan sempurna.

2
2018242340112 BMMB3083

Kesimpulannya, untuk menghasilkan sebuah drama yang bermutu perlulah


bermula dari penghasilan skrip yang sempurna sehingga ke pemilihan pelakon yang
berbakat. Perkara ini dapat disahkan oleh Asiah Sarji, (1997), dimana menurutnya,
sebelum memulakan sesuatu penerbitan, seseorang pengarah atau penerbit
memerlukan arahan atau skrip yang menerangkan secara terperinci mengenai
sesuatu bahan yang diperlukan dan memerlukan individu iaitu pelakon yang terbabit
dalam proses penerbitan itu untuk menjayakan sesuatu drama.

3
2018242340112 BMMB3083

SOALAN 2

Bercerita dikenal pasti sebagai suatu cara yang paling berkesan untuk
menyampaikan idea dan boleh mengakibatkan perubahan dalam pembelajaran
mengikut Forester, 1999; McDrury dan Alterio, 2002 (dalam Peel dan Shottland,
2004). Murid-murid sangat gemar mendengar cerita, melalui cerita mereka
cenderung untuk mendengar setiap perkataan yang diluahkan oleh pencerita.
Menurut M.C. Green (2004), cerita mempunyai beberapa peranan di dalam bilik
darjah, termasuk menaikkan minat murid, membantu perjalanan kuliah (pengajaran),
menjadikan bahan bermakna, mengatasi halangan dan rasa cemas pelajar, dan juga
membina hubungan yang baik antara guru dengan pelajar dan pelajar sesama
pelajar. Terdapat beberapa teknik bercerita antaranya ialah menggunakan alat dan
tanpa menggunakan alat. Namun teknik yang sering digunakan dan disukai murid
semasa dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan alat.

Teknik lipatan merupakan antara teknik bercerita yang menggunakan alat.


Teknik lipatan menggunakan satu bahan sahaja iaitu guru boleh menggunakan
kertas atau sapu tangan dan guru tersebut memerlukan kemahiran tangan supaya
lipatan yang dihasilkan menjadi satu bentuk yang menarik dan mampu ditafsirkan
oleh murid. Lipatan kertas tersebut merupakan bahan untuk menggambarkan
peristiwa atau aksi yang berkaitan dalam cerita dan hasil daripada penceritaan dan
lipatan tersebut akan menghasilkan satu objek. Contohnya, guru menggunakan
cerita “Kapal Idamanku”, sambil guru bercerita dia akan melipat kain tersebut dan
pada akhir cerita akan terhasilnya lipatan kain yang berbentuk kapal.

Alat yang seterusnya ialah menggunakan pasir. Teknik pasir juga merupakan
teknik bercerita yang mampu menarik perhatian murid dimana guru akan melukis
lukisan yang mengikut jalan cerita yang disampaikan olehnya. Apabila guru ingin
menukar lukisannya, guru boleh meratakan kembali pasir tersebut dan melukis
simbol baru. Contohnya, guru bercerita mengenai satu cerita bertajuk “pengalaman
ku di zoo”. Semasa guru bercerita mengenai pengalamannya yang melihat banyak
binatang di zoo, guru boleh melukis setiap binatang tersebut contohnya, (dialog:
“semasa guru berjalan di zoo, cikgu ternampak seekor burung yang besar”) sambil
itu guru boleh melukis burung tersebut di atas pasir. Untuk menjadikan aktiviti ini
4
2018242340112 BMMB3083

lebih menarik, guru boleh melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti ini dimana
setiap murid diminta mencipta satu jalan cerita pendek seterusnya, murid boleh
menterjemahkan cerita tersebut melalui lukisan di atas pasir. Aktiviti ini bukan
sahaja menarik malah mampu meningkatkan daya imaginasi dan daya kreatif murid.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan buah-buahan atau sayur-sayuran


sebagai alat bercerita dimana setiap buah atau sayuran tersebut menggambarkan
watak-watak dalam cerita yang akan disampaikan. Pemilihan buah tersebut perlu
menepati ciri-ciri watak tersebut contohnya sayur kacang panjang mewakili ular,
tembikai sebagai gajah dan brokoli sebagai pokok. Kemudian guru akan
menceritakan sebuah cerita dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran
tersebut sebagai watak. Teknik bercerita menggunakan alat seperti bahan maujud
ini penting kerana menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012) teknik ini
dapat membantu guru-guru menarik perhatian murid semasa proses PdP
berlangsung.

Seterusnya, aktiviti bercerita menggunakan aktiviti tampalan juga boleh


diaplikasikan semasa PdPc berlangsung. Teknik tampalan merupakan teknik
bercerita sambil melekatkan figuran mengikut urutan cerita pada papan cerita yang
disediakan. Set figuran yang dihasilkan sebaiknya diwarnakan supaya lebih menarik
dan saiz yang digunakan perlulah sesuai. Figuran ini perlu dihasilkan dulu oleh guru
sebelum aktiviti bercerita dimulakan, berbeza dengan teknik lipatan dan pasir yang
dihasilkan pada masa aktiviti dijalankan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh
guru ialah dengan memberikan satu situasi dan set figuran kepada murid kemudian
murid perlu bercerita menggunakan figuran tersebut. Murid lain yang menjadi
penonton perlu mencatatkan nilai dan pengajaran daripada cerita tersebut.

Alat lain yang boleh digunakan semasa bercerita ialah seutas tali yang akan
dibentuk menjadi imej, benda, ataupun peristiwa. Tali yang sama akan digunakan
dari permulaan hingga pengakhiran cerita. Sepanjang penceritaan, tali tersebut akan
direka menjadi beberapa jenis ikatan dan bentuk mengikut keperluan cerita. Sebagai
contoh, pada permulaan penceritaan guru menggunakan tali tersebut membentuk
satu keadaan atau situasi contohnya di dalam kolam maka tali tersebut akan
dibentuk menjadi bulatan seperti kolam. Lilitan tali akan diteruskan mengikut
5
2018242340112 BMMB3083

kesesuaian jalan cerita yang disampaikan.

Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa teknik bercerita sememangnya


membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka namun guru perlu
membuat penambahbaikan dan mencipta pelbagai teknik lain menggunakan alat
yang berbeza supaya pembelajaran menjadi lebih menarik. Ini adalah kerana,
dengan menggunakan alat semasa bercerita sesi PdPc akan menjadi
menyeronokkan disamping murid akan memperolehi pelajaran dan dan pengajaran
berdasarkan cerita yang disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai