Anda di halaman 1dari 5

SKK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT TAIPING

LAPORAN
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS PERINGKAT
DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

TARIKH : 21 APRIL 2018


MASA : 8.00 – 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SMK(P)TREACHER METHODIST TAIPING

PENGENALAN
Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar mengenal diri dan
masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan
induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama kreatif, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi
secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan
penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan
improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar belajar dengan lebih
bermakna dan menyeronokkan. Drama merentas kurikulum, kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai
pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti
drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara
berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan
ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh
membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang
skrip yang dibaca. Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku
manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut.

OBJEKTIF

Pertandingan Drama Komsas Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan pada 21
April 2018 merupakan medan terbaik kepada pelajar untuk menyerlah bakat berteater yang
dimiliki disamping mengasah kemahiran berdepan dengan orang ramai.  Pertandingan ini juga
seiring dengan dasar MBMMBI yang ingin menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dalam
kalangan pelajar.  Di samping itu, pertandingan ini juga dapat mendedahkan pengalaman
pengurusan acara dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta
pertandingan.

ATUR CARA MAJLIS


7.30 – 8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 – 1.30tgh : Pertandingan bahagian pertama
1.30 – 2..00ptg : Penyampaian hadiah
2.30 : Bersurai

SASARAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 5. Bagi memilih wakil peringkat daerah,

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

Rujuk kertas konsep pertandingan drama komsas

SENARAI PESERTA PERTANDINGAN :

1. SMK Convent
2. SMK Treacher Methodist
3. SMK King Edward
4. SERATAS
5. SMK Simpang
6. SMK Dr Burhanuddin
7. SMK Dato Kamaruddin

PEMENANG PERTANDINGAN :

Johan : SMK King Edward


Tempat kedua : SMK Convent
Tempat ketiga : SMK (P) Treacher Methodist

SENARIO PERTANDINGAN
ULASAN/KOMEN

Pertandingan berjalan dengan lancar Masalah utama telah dikenal pasti dan akan dibuat
penambahbaikan pada masa yang akan datang

Disediakan oleh,

…………………………..
(SARINA BT MOHD NOR)
Guru Pengiring Drama KOMSAS
SMK Convent Taiping

Anda mungkin juga menyukai