Anda di halaman 1dari 69

Modul Seni Bahasa U4

KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

UNIT
SENI BAHASA
4
TEMA KEMASYARAKATAN AKTIVITI 1

TAJUK Syair: ”Wasiat Ayahanda Siti Zawiah” (WASZ)

Memahami dan mengapresiasi karya


Standard sastera dengan memeberikan respon
4.2
Kandungan peribadi dengan betul dan penuh
penghayatan.
FOKUS
UTAMA Memahami unsur gaya bahasa dalam
Standard
4.2.3 karya sastera dengan mengecam diksi
Pembelajaran
dan unsur pengulangan dengan betul.

Membaca dan memahami maklumat


Standard
2.2. daripada pelbagai bahan prosa, puisi dan
Kandungan
grafik dengan betul dan tepat.
FOKUS
Membaca dan memahami makna kata
SAMPINGAN
Standard dan rangkai kata yang terdapat dalam
2.2.1
Pembelajaran pelbagai bahan menggunakan glosari
dan kamus dengan betul dan tepat.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Menyatakan maksud diksi dan unsur bunyi dalam syair
dengan betul, tepat dan penuh penghayatan.
OBJEKTIF
ii. Membaca dan memahami makna kata dan frasa yang
terdapat dalam syair menggunakan kamus dengan betul
dan tepat.

i. Ilmu: Etika hidup


PENGISIAN ii. Nilai: Kasih sayang, berbudi bahasa
KURIKULUM
iii. KBT: KP

SISTEM i. Tatabahasa: Vokal dan konsonan


BAHASA ii. Sebutan dan intonasi (syair)

MEDIA Kamus Dewan, Antologi KOMSAS Tingkatan 1

293
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1
a. Guru meminta dua orang murid bersyair
Set induksi.
Syair Siti Zubaidah secara duet seperti
dalam Lampiran 1. Lampiran 1.
b. Guru menerangkan bahawa terdapat
beberapa versi irama syair.

LANGKAH 2
i. Guru menerangkan maksud diksi kepada Ilmu: Fokus
murid iaitu pemilihan dan penggunaan Etika hidup Utama:
kata yang tepat dan berkesan untuk 4.2.1
mengungkapkan idea atau peristiwa Nilai: Mengecam
secara bertulis atau lisan. Kasih sayang diksi
ii. Guru mengedarkan Lampiran 1 kepada keluarga dan
setiap kumpulan. hormat kepada ibu Fokus
bapa sampingan:
iii. Dalam kumpulan murid diminta mencari 2.2.1
maksud diksi dan maksud frasa yang KBT: Membaca
diwarnakan dengan merujuk kamus. Muzik (irama syair)
iv. Catatkan jawapannya dalam Lembaran Lampiran 1
Kerja 1.
LK1

LANGKAH 3
a. Dalam kumpulan murid diminta Tatabahasa: Fokus
mengenal pasti unsur bunyi asonansi Vokal dan Utama:
dan aliterasi dalam syair. konsonan 4.2.1
Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal Mengecam
(a, e, i, o, u) manakala aliterasi ialah bunyi
pengulangan bunyi konsonan (selain a,
e, i, o, u).
b. Catatkan bunyi ini dalam Lembaran LK2
Kerja 2.
PENILAIAN
a. Edarkan petikan Syair Sultan Maulana. Lampiran 2
b. Minta murid melagukan syair dan
berikan maksud kata.
LK3
c. Nyatakan asonansi dan aliterasi yang
terdapat dalam syair.

294
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Lampiran 1

Baca syair ini dan berikan Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
maksud kata dan frasa yang
diwarnakan. Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.

Saudagar tahu akan dirinya,


Mari kita cari Hampirlah mati kepada rasanya,
maksud diksi ini! Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.

Katanya wahai cahaya mataku,


Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.

Serta harta aku tinggalkan,


Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.

Jikalau tidak anakku berakal,


Harta pusaka dimanakah kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.

Kerana harta tiada berguna,


Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.

Budi dan bahasa janganlah lupa,


Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.

Kerana adat orang berbeza,


Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalam dada.

Anwar
Anwar Ridhwan
Ridhwan dan
dan Rahman
Rahman Shaari
Shaari
Kuntum
Kuntum Pertiwi
Pertiwi Buku
Buku 3,
3, 1993.
1993.
Dewan
Dewan Bahasa
Bahasa dan
dan Pustaka
Pustaka

295
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK1/M

1. Berikan maksud kata

laki isteri

gerangan

berakal

fana

merana

2. Berikan maksud frasa

tidak bergerak kanan dan


kiri

laksana perahu bersauh


tunggal

muliakan olehmu ibu dan


bapa

Itulah penambah di dalam


dada

296
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK1/G

1. Maksud kata

laki isteri Suami isteri

gerangan agaknya

berakal berfikir secara rasional

fana tidak kekal

merana menderita

2. Maksud frasa

Kaku, tidak dapat mengerakkan


tidak bergerak kanan dan
badan kerana sakit.
kiri

laksana perahu bersauh Hidup seorang (tunggal).


tunggal

Muliakan olehmu ibu dan Meletakkan ibu bapa di tempat


bapa yang tinggi.

Itulah penambah di dalam Selain ilmu, hidup mesti lengkap


dada dengan kesopanan dan
kesusilaan.

297
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK2/M

Kenal pasti bunyi asonansi dan


Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah aliterasi dalam syair ini.
Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari, bunyi aliterasi
Tidak bergerak kanan dan kiri.

Saudagar tahu akan dirinya,


Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya, bunyi asonansi
Dicium kepala dengan tangisnya.

Katanya wahai cahaya mataku, bunyi asonansi


Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.
bunyi aliterasi
Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.
bunyi aliterasi
Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka dimanakah kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.
bunyi asonansi
Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.

Budi dan bahasa janganlah lupa, bunyi asonansi


Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.

Kerana adat orang berbeza, bunyi asonansi


Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalam dada.

Anwar
Anwar Ridhwan
Ridhwan dandan Rahman
Rahman Shaari
Shaari
Kuntum
Kuntum Pertiwi
Pertiwi Buku
Buku 3,
3, 1993.
1993.
Dewan
Dewan Bahasa
Bahasa dan
dan Pustaka
Pustaka

298
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK2/G

Bunyi asonansi dan aliterasi


Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah dalam syair ini.
Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari, bunyi aliterasi
Tidak bergerak kanan dan kiri.

Saudagar tahu akan dirinya,


Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya, bunyi asonansi
Dicium kepala dengan tangisnya.

Katanya wahai cahaya mataku, bunyi asonansi


Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.
bunyi aliterasi
Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.
bunyi aliterasi
Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka dimanakah kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.
bunyi asonansi
Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.

Budi dan bahasa janganlah lupa, bunyi asonansi


Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.

Kerana adat orang berbeza, bunyi asonansi


Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalam dada.

Anwar
Anwar Ridhwan
Ridhwan dan
dan Rahman
Rahman Shaari
Shaari
Kuntum
Kuntum Pertiwi Buku 3, 1993.
Pertiwi Buku 3, 1993.
Dewan
Dewan Bahasa
Bahasa dan
dan Pustaka
Pustaka

299
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK3/M
Penilaian

1. Lagukan syair dengan penuh 2. Berikan maksud kata.


penghayatan.

Syair Sultan Maulana


Dengarkan tuan suatu madah

kisah baginda sultan di Kedah

negerinya ramai terlalu indah

isi negeri semuanya mudah.

Adinda baginda Sultan Muda

di bandar Perlis semayam baginda

di sana pun tempat paduka nenda

hulubalang pegawai semuanya ada.

Baginda sangat bijak bistari

3. melayani
Tandakan bunyikelengkapan
segala asonansi dan aliterasi dalam syair.
negeri

lengkap dengan pegawai


Syair menteri
Sultan Maulana
cukup seperti perintah
Dengarkan bahari.
tuan suatu madah

kisah baginda Sultan di Kedah

negerinya ramai terlalu indah

isi negeri semuanya mudah.

Adinda baginda Sultan Muda

di bandar Perlis semayam baginda

di sana pun tempat paduka nenda

hulubalang pegawai semuanya ada.

Baginda sangat bijak bistari

melayani segala kelengkapan 300


negeri

lengkap dengan pegawai menteri

cukup seperti perintah bahari.


Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK3/G
Penilaian

2. Maksud kata.

Syair Sultan Maulana


Kata-kata yang digunakan untuk
Dengarkan tuan suatu madah memuji-muji.

kisah baginda sultan di Kedah

negerinya ramai terlalu indah


Duduk di atas takhta atau
isi negeri semuanya mudah. singgahsana.

Adinda baginda Sultan Muda

di bandar Perlis semayam baginda

di sana pun tempat paduka nenda Lengkap seperti pada zaman dahulu.

hulubalang pegawai semuanya ada.

Baginda sangat bijak bistari

3. melayani
Tandakan segala
bunyikelengkapan negeri
asonansi dan aliterasi dalam syair.
lengkap dengan pegawai menteri
Syair Sultan Maulana
cukup seperti perintah bahari.
Dengarkan tuan suatu madah
asonansi
kisah baginda Sultan di Kedah

negerinya ramai terlalu indah

isi negeri semuanya mudah.


aliterasi
Adinda baginda Sultan Muda

di bandar Perlis semayam baginda asonansi

di sana pun tempat paduka nenda


aliterasi
hulubalang pegawai semuanya ada.

Baginda sangat bijak bistari

UNIT melayani segala kelengkapan negeri


SENI BAHASA 301
4 lengkap dengan pegawai menteri

TEMA SETIAperintah
cukup seperti KAWAN bahari. AKTIVITI 2
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

TAJUK Cerpen: Sepucuk Surat Daripada Kawan

Menghasilkan karya fiksyen dan puisi


Standard
4.3 secara terancang, tertib dan kemas
Kandungan
dengan bahasa yang indah dan menarik.
FOKUS
Menghasilkan karya berbentuk cerita
UTAMA Standard
4.3.1 remaja secara terancang, kemas dan
Pembelajaran
kreatif dengan bahasa yang indah.

Menghasilkan prosa secara terancang,


Standard
3.3 tertib dan kemas menggunakan bahasa
Kandungan
yang tepat, indah dan menarik.

Membina ayat topik dan ayat huraian


FOKUS
serta menggunakan penanda wacana
SAMPINGAN
Standard yang sesuai untuk menghasilkan
3.3.2
Pembelajaran perenggan karangan yang kohesif dan
koheren menggunakan bahasa yang
tepat dan indah.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Menghasilkan dua perenggan bahagian akhir cerita kanak-
kanak secara terancang, tertib dan kemas dengan bahasa
OBJEKTIF yang indah dan menarik.
ii. Membina ayat topik dan ayat huraian untuk menghasilkan
perenggan akhir yang kohesi dan koheran menggunakan
bahasa yang tepat, indah dan menarik.
i. Ilmu: Kesihatan
PENGISIAN ii. Nilai: Setia kawan
KURIKULUM
iii. KBT: Kajian masa depan

SISTEM i. Tatabahasa: Kata adjektif emotif


BAHASA ii. Kosa kata

Antologi KOMSAS Tingkatan 1


MEDIA
Sepucuk surat daripada kawan, muka surat 121-128

302
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1
Set induksi.
Guru membuka perbualan tentang cara manusia
berhubung sekarang (melalui surat, telefon, e-
mel) dan pengalaman murid menulis surat.

LANGKAH 2
a. Guru meminta murid membaca cerpen Ilmu: Fokus
’Sepucuk Surat Daripada Kawan’ oleh Kesihatan Utama:
Kamalkhalid Kamarludin. 4.3.1
b. Minta murid berbincang untuk merangka Nilai: Menghasilkan
Setia kawan cerita kanak-
kesudahan cerita. kanak
c. Gunakan Lembaran Kerja 1 untuk KBT:
menulis catatan kesudahan cerita. Kajian Masa Depan Fokus
sampingan:
d. Tulis dua perenggan peleraian cerita 3.3.2
berdasarkan catatan yang dibuat dan Menulis
gunakan kata adjektif emotif dalam
penulisan. Catatkan peleraian cerita ini LK1
dalam Lembaran Kerja 2.
LK2

PENILAIAN
Minta murid menghasilkan dua perenggan karya LK3
cerita remaja dengan tema setia kawan.
Masukkan kata adjektif emotif dalam penulisan
ini. Gunakan Lembaran Kerja 3.

303
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK1/M

1. Baca ayat di bawah yang dipetik daripada cerpen ‘Sepucuk Surat


Daripada Kawan’ dan hayati maksudnya.

Apakan dayaku, buku rahsia yang selama ini menjadi tanda


tanya tidak dapat kubuka.

2. Berdasarkan pernyataan di atas, buat jangkaan tindakan ‘aku’ setelah


gagal membuka rahsia sahabatnya, Abe sebagai peleraian cerita.

TINDAKAN 1

TINDAKAN 2

TINDAKAN 3

3. Setelah memutuskan untuk mengambil salah satu daripada tindakan yang


difikirkan, catatkan huraiannya.
Huraian:
Tindakan yang
diambil:

304
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK1/G

1. Murid meneliti dan menghayati petikan cerpen yang berbunyi ‘…Apakan


dayaku, buku rahsia yang selama ini menjadi tanda tanya tidak dapat
kubuka…’

2. Jangkaan tindakan ‘aku’ setelah gagal membuka rahsia sahabatnya, Abe


sebagai peleraian cerita.

Pergi melawat sahabatnya, Wan Mohd. Tarmizi


TINDAKAN 1 (Abe) di Kelantan untuk mendapatkan
penjelasan.

Menulis surat kepada sahabatnya Wan Mohd.


TINDAKAN 2 Tarmizi (Abe) di Kelantan untuk mendapatkan
penjelasan.

Tidak mengambil apa-apa tindakan dan hanya


TINDAKAN 3 membiarkan sahabatnya Wan Mohd. Tarmizi
(Abe) menyimpan rahsia tersebut.

3. Huraian tindakan ‘aku’ setelah memutuskan untuk mengambil salah satu


daripada tindakan yang difikirkan.

Huraian:
Tindakan yang Mengajak ibu bapa menemani aku ke Kelantan.
diambil: Pergi ke rumah Abe tetapi dimaklumkan Abe
berada di hospital.
Pergi melawat Melawat Abe di hospital. Aku terkejut.
sahabatnya, Wan
Abe kelihatan pucat dan dan tidak bermaya.
Mohd. Tarmizi Ibu bapa memaklumkan Abe sakit dalam perut –
(Abe) di Kelantan
kanser usus.
untuk Abe meninggal dunia seminggu kemudian.
mendapatkan
penjelasan.

305
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK2/M

1. Berdasarkan aktiviti dalam LK1, tuliskan dua perenggan peleraian bagi


cerpen ‘Sepucuk Surat daripada Kawan’ dengan menggunakan kata
adjektif emotif.

PELERAIAN CERPEN ‘SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN’

306
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK2/G

1. Cadangan dua perenggan peleraian bagi cerpen ‘Sepucuk Surat daripada


Kawan’ dengan menggunakan kata adjektif emotif.

PELERAIAN CERPEN ‘SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN’

Setibanya di rumah Abe, kami disambut oleh ibu bapa Abe.


Aku tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat yang sangat aku
rindukan itu. Namun, ibu Abe memaklumakan Abe tiada di rumah
kerana telah tiga hari dimasukkan ke Hospital Besar Kubang Kerian.
Berderau darahku. “Abe sakit? Terukkah dia? Apa sakitnya?”, soalan
demi soalan menerjah benakku. Malam itu, Ibu dan bapa Abe
menceritakan segala-galanya kepada kami. Abe sebenarnya
mengalami kanser usus tahap kronik, namun semangatnya tinggi
untuk belajar. Abe telah memohon kepada kedua ibu bapanya agar
saat-saat akhirnya dapat dihabiskan bersama-sama aku, teman
baiknya. Walaupun berat, ibu bapanya menurut sahaja kehendak Abe
untuk tidak mengecewakannya. Tanpa disedari air mata meleleh di
pipiku. Patutlah semasa di rumah kami dahulu Abe asyik sakit perut.

Petang itu kami melawat Abe. Tidak banyak yang dapat kami
bualkan walaupun Abe ternyata sangat terharu dengan kehadiranku
di sisinya. Aku meminta maaf kepada Abe atas apa yang berlaku
terhadap suratnya itu, yang telah menyebabkan aku menyusulnya di
Kelantan ini. Sepanjang cuti sekolah penggal itu, aku banyak
menghabiskan masa bersama Abe di hospital. Hari demi hari tahap
kesihatan Abe semakin kritikal. Pada hari ke-5 aku di sana, Abe
menghembuskan nafasnya yang terakhir di kelilingi ahli keluarga dan
sahabat handai termasuk aku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa
sedihnya aku kehilangan seorang sahabat sejati seperti Abe.

307
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK3/M
Penilaian

Hasilkan dua perenggan karya cerita kanak-kanak dengan tema setia kawan
dengan menggunakan gambar berikut sebagai panduan. Masukkan kata adjektif
emotif berikut dalam penulisan anda.
kag ban ser bah terh
um gga ono agi aru
k a

308
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK3/G
Penilaian

Cadangan dua perenggan karya cerita kanak-kanak dengan tema setia kawan
dengan menggunakan gambar berikut sebagai panduan. Kata adjektif emotif
dimasukkan dalam penulisan.
kag ban ser bah terh
um gga ono agi aru
k a

Aku berasal dari kampung yang terletak di pinggir bandar. Walaupun kampungku
tidaklah sehebat mana, namun aku bangga kerana jiran kami turut dihuni oleh bangsa
lain. Ayah dan ibu selalu berpesan agar aku berkawan dengan semua orang dan jangan
selalu berburuk sangka. Di sekolah, teman baikku ialah Jason, Harjit dan Suhaimi. Aku
seronok berkawan dengan mereka kerana Jason selalu membantu aku dalam
Matematik. Aku rasa ini ada kaitan kerana bapa Jason merupakan pemilik kedai runcit di
kampung kami dan Jason selalu menolong bapanya semasa hujung minggu dan cuti
sekolah. Harjit pula memang terkenal di kampung kami kerana bapanya sering
membawa van dengan menjual permaidani dari rumah ke rumah. Ha, tentang Suhaimi
pula, di dusunnyalah tempat kami berkumpul semasa musim buah-buahan. Keluarga
Suhaimi ada dusun buah-buahan yang luas dengan buah durian, rambutan dan manggis
yang dijual kepada peraih pada setiap musim. Aku? Aku, Hazmi anak tunggal kepada
kedua ibu bapaku. Di rumah aku, kami selalu lepak dan menelaah pelajaran dan ibu
selalu memasak makanan yang enak untuk kami berempat. Ibu selalu kata ibu sangat
kagum dengan persahabatan kami yang benar-benar melambangkan 1 Malaysia.

Boleh dikatakan kami memang sahabat sejati, susah dan senang bersama.
bahagia dan derita kami kongsi berempat. Bak kata peribahasa berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Seperti aur dengan tebing, bak isi dengan kuku itulah gambaran
persahabatan kami. Semua ini membuatkan aku rasa terharu kerana mempunyai kawan-
kawan seperti ini. Semoga Tuhan merestui persahabatan yang kami bina atas nama
keikhlasan ini.

UNIT
SENI BAHASA
4 309

KEBUDAYAAN AKTIVITI 3
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

TAJUK Prosa Tradisional: Budi Seorang Bapa Angkat

Memahami dan mengapresiasi karya


Standard sastera dengan memberikan respon
4.1
Kandungan peribadi dengan betul dan penuh
penghayatan.

FOKUS Memahami dan mengapresiasi karya


UTAMA prosa dengan memberikan respon
Standard
4.1.1 peribadi tentang jalan cerita, tema dan
Pembelajaran
persoalan dengan betul dan penuh
penghayatan.

Berbincang dan berunding tentang


Standard sesuatu perkara secara rasional
1.6
Kandungan dengan ayat yang gramatis dan bahasa
yang santun.
FOKUS
SAMPINGAN Berbincang tentang sesuatu perkara
Standard yang didengar atau dilihat untuk
1.6.1
Pembelajaran bertukar-tukar pandangan dengan ayat
yang gramatis dan bahasa yang santun.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Memahami dan mengapresiasi prosa klasik melalui
OBJEKTIF pembacaan dialog dengan betul dan penuh penghayatan.
ii. Berbincang tentang makna kata dan isi kandungan prosa
klasik yang dibaca secara rasional dengan ayat yang
gramatis dan bahasa yang santun.
i. Ilmu: Budaya berkhatan
PENGISIAN ii. Nilai: Patuh kepada pemimpin
KURIKULUM
iii. KBT: Kontekstual

SISTEM i. Tatabahasa: Kata kerja


BAHASA ii. Kosa kata

Antologi KOMSAS Tingkatan


MEDIA
Budi seorang bapa angkat muka surat 61-71

310
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1
Guru bercerita tentang budaya Melayu, iaitu Set induksi.
adat berkhatan dan meminta murid
menceritakan pengalaman mereka.

LANGKAH 2
a. Guru mengedarkan petikan daripada Ilmu: Lampiran 1
prosa klasik ’Budi Seorang Bapa Angkat’ Budaya berkhatan
kepada setiap kumpulan. Fokus
b. Minta murid membaca petikan dan Nilai: Utama:
berbincang dalam kumpulan untuk Patuh kepada 4.1.1
menjalankan aktiviti seperti dalam pemimpin Apresiasi
Lembaran Kerja 1. karya
KBT:
c. Dalam kumpulan minta murid berbincang Kontekstual Fokus
untuk bertukar-tukar pendapat secara Sampingan:
rasional dengan ayat yang gramatis dan Tatabahasa: 1.6.1
bahasa yang santun. Kata kerja Mendengar
dan bertutur
Kosa kata
LK1

PENILAIAN
a. Minta murid mentafsir petikan untuk LK2
memastikan mereka memahami petikan.
b. Setiap kumpulan diminta menyampaikan
maksud petikan hasil daripada
perbincangan kumpulan.

311
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Lampiran 1

1. Baca petikan prosa klasik ‘Budi Seorang Bapa Angkat’ dengan teliti.

2. Cari maksud perkataan yang berwarna merah menggunakan Kamus


Dewan.

3. Kenal pasti kata kerja yang terdapat dalam petikan.

Tabuh larangan pun dipukul, canang pemanggil dan


gong pelaung segera dibunyikan, sebentar kemudian telah
penuh sesak sekalian rakyat datang berkampung sambil
tertanya-tanya:
“Di mana musuh akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang? Atau ubat akan dijemur?
Mana senapang akan diampai?
Mana jamban dikincah dagang?
Atau parit sudah ditembus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana yang akan tiba?

“Wahai rakyat sekalian, kalian dihimpun bukanlah kerana


ada malapetaka yang menimpa atau musuh datang menyerang
tetapi beta meminta kalian membuat persedian untuk
mengkhatan anakanda beta Awang Sulung Merah Muda,
membuat gelanggang selama seminggu dan menyembelih
kerbau empat belas ekor.”

Petikan Teks KOMSAS Tingkatan 1


Prosa Klasik ‘Budi Seorang Bapa Angkat’, muka surat 66

312
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK1/M

1. Berikan maksud perkataan dengan merujuk Kamus Dewan.

tabuh

canang

gong

berkampung

ampai

kincah

aur

khatan

2. Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan

LK1/G

313
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

1. Maksud perkataan dengan merujuk Kamus Dewan.

tabuh Gendang raya, beduk, geduk di surau atau istana

canang Gong kecil

gong Alat bunyi-bunyian daripada logam yang


bertombol

berkampung Berhimpun atau berkumpul

ampai Panjang

kincah Mengacau air

aur Buluh atau bambu

khatan sunat

2. Senarai kata kerja yang terdapat dalam petikan.

dipukul dijemur dihimpun mengkhatan


dibunyikan diampai menimpa menyembelih
datang dikincah menyerang
runtuh ditembus meminta
dijuang tiba membuat
LK2/M
Penilaian

Tafsirkan petikan ke dalam bahasa baku.

314
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Perenggan 1

Perenggan 1

Perenggan 1

LK3/G
Penilaian

Tafsiran petikan dalam bahasa baku.

315
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Pada suatu hari kedengaran tabuh larangan, canang


pemanggil dan gong pelaung berbunyi. Sejurus
Perenggan 1
kemudian, kelihatan rakyat jelata berhimpun di
perkarangan istana.

Orang ramai tertanya-tanya sebab mereka dipanggil


berhimpun di istana.
Perenggan 1

Raja memberi penjelasan bahawa mereka diminta


membuat persiapan Majlis Berkhatan anakanda
Perenggan 1 baginda, Awang Suluh Merah Muda iaitu membina
gelanggang dan menyembelih kerbau, 14 ekor selama
seminggu.

UNIT
SENI BAHASA
4
TEMA UNSUR ALAM AKTIVITI 4

316
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

TAJUK PUISI TRADISIONAL: PANTUN TEKA-TEKI

Menghasilkan karya fiksyen dan puisi


Standard
4.3 secara terancang, tertib dan kemas
Kandungan
dengan bahasa yang indah dan menarik.

FOKUS Menghasilkan karya berbentuk pantun


UTAMA Standard dua kerat dan empat kerat secara
4.3.2
Pembelajaran terancang, tertib dan kemas dengan
bahasa yang indah dan menarik.

Membaca secara mekanis pelbagai


bahan prosa dan puisi dengan sebutan
Standard
2.1 dan intonasi yang baik , nada dan gaya
Kandungan
pembacaan yang sesuai serta
FOKUS kepantasan yang wajar.
SAMPINGAN
Membaca secara mekanis pantun dan
Standard
2.1.3 sajak dengan sebutan dan intonasi yang
Pembelajaran
baik.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Menghasilkan pantun beli secara terancang, tertib dan
OBJEKTIF kemas dengan bahasa yang indah dan menarik dalam
teknik simulasi berbalas pantun.
ii. Melafaz pantun dengan sebutan dan intonasi serta gaya
yang sesuai.
i. Ilmu: Matematik
PENGISIAN ii. Nilai: Menghargai alam
KURIKULUM
iii. KBT: Naturalis

SISTEM i. Tatabahasa: Kata Tanya


BAHASA ii. Sebutan dan intonasi

Antologi KOMSAS Tingkatan 1


MEDIA
Pantun teka -teki

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

317
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1
c. Guru memberikan murid teka-teki dan Set induksi.
minta mereka menjawabnya. Contoh
teka teki:
 Apa binatang keris di kaki?
(ayam)
 Apabila dibuka berhenti, apabila
diikat berjalan. Apakah dia? (tali
kasut)

LANGKAH 2
a. Murid didedahkan dengan teknik Ilmu: Lampiran 1
membeli pantun. Matematik (kiraan
b. Murid dibimbing cara mencipta pantun suku kata, baris) Fokus
beli dengan menggunakan pantun jual Utama:
sebagai panduan. Nilai: 4.3.2
Patuh kepada Mencipta
c. Lengkapkan pantun pantun beli yang pemimpin Pantun
diberi dengan diksi yang betul untuk
melengkapkan baris pantun. KBT:
Kontekstual
LK1
Tatabahasa:
Kata kerja
Kosa kata

PENILAIAN
Fokus
a. Murid duduk dalam kumpulan. Sampingan
b. Cipta pantun beli dengan menggunakan 2.1.2
Lembaran Kerja 2. Membaca
secara
c. Bacakan pantun jual dan pantun beli di mekanis
hadapan kelas.
d. Guru dan murid sama-sama menilai LK2
pantun beli yang dicipta mengikut ciri-ciri
pantun yang betul.

Lampiran 1

318
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Berikut ialah teknik


mencipta pantun beli
empat kerat.

1. Ciri-ciri pantun:

i. 4 baris serangkap
ii. 4-5 patah perkataan sebaris
iii. 8-12 suku kata sebaris.
iv. pembayang pada baris pertama dan kedua.
v. maksud pada baris ketiga dan keempat.

2. Contoh pantun jual:


Belayar perahu dari Berandan (baris 1)
Menuju arah Selat Melaka (baris 2)
Lebar kepala dari badan (baris 3)
Cuba teka apa jawabnya (baris 4)

3. Cara menghasilkan rangkap maksud pantun beli

i. Salin baris ketiga pantun jual.

Lebar kepala dari badan (baris 3)

ii. Tulis jawapan dalam baris keempat.

Layang-layang itulah jawabnya (baris 4)

iii. Rangkap maksud akan menjadi seperti berikut:

Lebar kepala dari badan (baris 3)

Layang-layang itulah jawabnya (baris 4)

4. Cara menghasilkan rangkap pembayang pantun beli

319
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

i. Ubah suai perkataan dalam baris baris pertama pantun jual


tersebut tanpa mengubah rima akhirnya seperti berikut:

Belayar perahu dari Berandan pembayang baris pertama


pantun jual

pembayang baris pertama


Sampan Kolek ke Pulau Pandan pantun jual yang diubah suai.

ii. Ubah suai perkataan dalam baris baris kedua pantun jual tersebut
tanpa mengubah rima akhirnya seperti berikut:

Menuju arah Selat Melaka; pembayang baris kedua


pantun jual

pembayang baris kedua


Belayar jauh dari Melaka; pantun jual yang diubah suai.

5. Rumusan

i. Pantun jual

Belayar perahu dari Berandan,


Menuju arah Selat Melaka;
Lebar kepala dari badan,
Cuba teka apa jawabnya.

ii. Pantun beli


Sampan kolek ke Pulau Pandan,
Belayar jauh Selat Melaka;
Lebar kepala dari badan,
Layang-layang itulah jawabnya.

LK1/M

320
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Lengkapkan pantun beli berikut dengan diksi yang sesuai untuk melengkapkan
baris pantun. Gunakan panduan yang diberi oleh guru dalam membeli pantun.

Pantun jual 1

Limau purut letak di dulang,


Buat peralatan majlis bercukur;
Negara kita dipuji dijulang,
Mengapa rakyat tidak bersyukur?

Pantun beli 1

Tajam mata si burung helang,


Tajam paruh burung terkukur;

Pantun jual 2

Tepak indah bersadur suasa,


Penuh berisi si daun sirih;
Dadah durjana pemusnah bangsa,
Mengapa pemuda terus menagih?

Pantun beli 2

Emas, perak, tembaga, suasa,


Tepak dibawa dari Mengkalih;

LK1/G

Pantun beli bagi menjawab pantun jual.

321
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Pantun jual 1

Limau purut letak di dulang,


Buat peralatan majlis bercukur;
Negara kita dipuji dijulang,
Mengapa rakyat tidak bersyukur?

Pantun beli 1

Tajam mata si burung helang,


Tajam paruh burung tekukur;
Memang negara dipuji dijulang, (ulang dan ubah suai)
Pemimpin berpengaruh rakyat bersyukur.

Pantun jual 2

Tepak indah bersadur suasa,


Penuh berisi si daun sirih;
Dadah durjana pemusnah bangsa,
Mengapa pemuda terus menagih?

Pantun beli 2

Emas, perak, tembaga, suasa,


Tepak dibawa dari Mengkalih;
Dadah memang pemusnah bangsa, (ulang dan ubah suai)
Agama diabai punca menagih.

LK2/M
Penilaian

Beli pantun berikut.

322
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Pantun jual 1 Helang berlegar hinggap di dahan,


Dahan bidara jatuh menimpa;
Udara segar anugerah Tuhan,
Tercemar ia angkara siapa?

Pantun beli 1

Pantun beli 2 Tumbuh berbaris si anak lada,


Disinar mentari nampak berbayang ;
Merintih bebilis lautnya ternoda,
Mana hilangnya kasih dan sayang?

Pantun beli 2

LK2/G
Penilaian

Berikut ialah pantun yang dibeli.

323
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Pantun jual 1 Helang berlegar hinggap di dahan,


Dahan bidara jatuh menimpa;
Udara segar anugerah Tuhan,
Tercemar ia angkara siapa?

Pantun beli 1 Buah mengkudu lebat di dahan,


Tumbuh melilit pohon peria;
Udara segar anugerah Tuhan,
Tercemar ia angkara manusia.

Pantun beli 2 Tumbuh berbaris si anak lada,


Disinar mentari nampak berbayang ;
Merintih bebilis lautnya ternoda,
Mana hilangnya kasih dan sayang?

Pantun beli 2 Lama menyimpan rindu di dada,


duduk berdua pasangan pengantin;
Merintih bebilis lautnya ternoda,
Kerana hilangnya rasa prihatin.

UNIT
SENI BAHASA
4
PATRIOTISME AKTIVITI 5

324
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

TAJUK Drama: ARAH KE MANA

Mempersembahkan karya prosa dan


Standard
4.4 puisi menggunakan pelbagai teknik
Kandungan
persembahan dan media secara kreatif.

FOKUS Mempersembahkan karya berbentuk


UTAMA Standard pantun secara kreatif dengan sebutan ,
4.4.2
Pembelajaran intonasi dan nada yang betul serta gaya
yang menarik.

Standard Mengulas sesuatu perkara dengan ayat


1.7
Kandungan yang jelas, tepat dan gramatis.
FOKUS
Mengulas peristiwa mengikut urutan
SAMPINGAN Standard
1.7.2 menggunakan ayat yang jelas, tepat dan
Pembelajaran
gramatis.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


OBJEKTIF i. Berpantun secara spontan dan kreattif.
ii. Mengulas peristiwa dalam mengikut urutan menggunakan
ayat yang jelas, tepat dan gramatis.
i. Ilmu: Sejarah
PENGISIAN ii. Nilai: Patriotisme
KURIKULUM
iii. KBT: Kecerdasan pelbagai (Interpersonal)

SISTEM i. Tatabahasa: Diksi


BAHASA ii. Sebutan dan intonasi

Antologi KOMSAS Tingkatan 1


MEDIA
Drama Arah ke mana muka surat 145-160

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1

325
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
Guru memperdengarkan lagu ’Bahtera
Set induksi.
Merdeka’ seperti dalam Lampiran 1 dan
meminta murid menyatakan tema lagu tersebut Lampiran 1
(patriotisme).

LANGKAH 2
a. Murid diminta membuka teks KOMSAS Ilmu: Lampiran 1
Kasut Kelopak Jantung muka surat 23 Sejarah
dan membaca senyap sajak ’Diari Fokus
Lama’. Nilai: Utama:
b. Minta murid mendeklamasi sajak ini. Patriotisme 4.4.2
Deklamasi
c. Dalam kumpulan, minta murid mencari KBT: Sajak
maksud diksi dan mengulas rangkap- interpersonal
rangkap sajak seperti dalam Lembaran Fokus
Kerja 1. Sampingan:
1.7.2
Mendengar
dan bertutur

LK1

LANGKAH 3
Guru mengedarkan Lembaran Kerja 2 dan Tatabahasa: LK2
meminta murid melengkapkan pantun dengan diksi
diksi yang dipetik daripada sajak.

PENILAIAN
Sebutan dan
a. Murid diminta mempersembahkan LK3
intonasi
(melafaz) pantun yang telah lengkap
dengan diksi yang betul.
b. Kumpulan yang mempersembahkan
pantun dinilai oleh kumpulan lain.
Gunakan borang penilaian dalam
Lembaran kerja 3.
c. Guru membuat rumusan.

Lampiran 1

326
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Guru memperdengarkan lagu Bahtera Merdeka kepada murid. Murid boleh turut
menyanyikan lagu ini.

BAHTERA MERDEKA

Bonda senyum riang menerima bahtera merdeka


Putera puteri sayang 2X
Sedang berjuang

Fajar telah tiba nan menyingsing membawa harapan


Tanah semenanjung 2X
Permata nilam

Jiwa dan raga buktilah pada nusa bangsa


Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi


Putera putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan 2X
Sumpah dan janji

Ciptaan dan lirik: Kassim Masdor


Penyanyi asal: Ahmad Jais

LK1/M

327
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

1. Berikan maksud diksi yang terdapat dalam sajak Diari Lama

panji

bumi merdeka

semarak

menongkah persada

nusa

2. Ulas peristiwa dalam sajak menggunakan ayat yang jelas, tepat dan
gramatis.

Ulasan rangkap 1
DIARI LAMA

Di halaman diari ini aku amati selembar


tulisan
tentang perjuangan – bertitis air mata
mengalir
namun tak sederas darah tertumpah

Di naungan panji yang megah Ulasan rangkap 2


kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa makmur setiap ketika
sampai bila-bila.

SMahadzir
Senja Pinggir Musim, 2007

LK1/G

328
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

1. Berikan maksud diksi yang terdapat dalam sajak Diari Lama.

panji bendera

bumi merdeka negara yang bebas daripada penjajahan

semarak semangat

menongkah persada menghadapi cabaran dunia

nusa tanah air

2. Ulas peristiwa dalam sajak menggunakan ayat yang jelas, tepat dan
gramatis.

Ulasan rangkap 1
DIARI LAMA Penyajak mengamati catatan yang
terdapat dalam sebuah diari lama
Di halaman diari ini aku amati selembar tentang kisah perjuangan. Hatinya ,
tulisan namun tidak setanding dengan
tentang perjuangan – bertitis air mata perjuangan para pejuang
mengalir kemerdekaan.
namun tak sederas darah tertumpah

Di naungan panji yang megah Ulasan rangkap 2


kutegakkan cinta dan kasih sayang Di bawah kibaran bendera,
anak bertuah bumi merdeka penyajak menanam rasa cinta dan
pada semarak ulang tahun sayang akan tanah air yang
diulit riang bersalut hiba merdeka. Dalam semangat
Dataran Merdeka menyambut suka keriangan menyambut
gagah perbarisan anak-anak Malaysia kemerdekaan di Dataran Merdeka,
menghayun langkah menongkah persada tersisip rasa sayu di hati. Kelihatan
riang di naungan nusa makmur setiap ketika anak-anak Malaysia berbaris
sampai bila-bila. dengan gagah, mengharungi
cabaran dunia. Mereka gembira
SMahadzir tinggal di negara yang makmur
Senja Pinggir Musim, 2007 sepanjang masa.

LK2/M

329
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Lengkapkan baris pantun dengan diksi yang diberi.

semarak Bumi merdeka

Menongkah persada panji

PANTUN 1

Lebat buah pohon bidara,


Tumbuh di tanah menjadi baka;
Tegak megah _____________ negara,
Amat bertuah __________________________.

PANTUN 2

Enak rasanya madu tualang,


Dibuat halwa juadah berbuka;
___________________ nusa terbilang,
_____________________ jiwa anak merdeka.

LK2/G

330
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Pantun yang lengkap dengan diksi yang diberi.

PANTUN 1

Lebat buah pohon bidara,


Tumbuh di tanah menjadi baka;
Tegak megah panji negara,
Amat bertuah bumi merdeka.

PANTUN 2

Enak rasanya madu tualang,


Dibuat halwa juadah berbuka;
Menongkah persada nusa terbilang,
Semarak jiwa anak merdeka.

LK3/G
Penilaian

331
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

BORANG PENILAIAN PERSEMBAHAN PANTUN

Penilaian ini dilakukan oleh rakan-rakan

Markah Penuh 10
Penghayatan Sebutan dan Jeda
Nama Kumpulan
dan Kreativiti Intonasi (3 markah) JUMLAH
(4 markah) (3 markah)

UNIT
SENI BAHASA
4
PATRIOTISME 332 AKTIVITI 6
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

TAJUK DRAMA: ARAH KE MANA

Memahami dan menggunakan


Standard peribahasa dan bahasa berirama secara
4.2
Kandungan lisan dan dalam penulisan dengan betul,
tepat dan mengikut konteks.
FOKUS
Memahami dan menggunakan simpulan
UTAMA
Standard bahasa dan perbandingan semacam
4.2.1
Pembelajaran dalam komunikasi dan penulisan dengan
betul, tepat dan mengikut konteks.

Menghasilkan prosa secara terancang,


Standard
3.3 tertib dan kemas menggunakan bahasa
Kandungan
yang tepat , indah dan menarik.
FOKUS
SAMPINGAN Menulis karangan berformat dan tidak
Standard
3.3.3 berformat secara terarah menggunakan
Pembelajaran
bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Menggunakan peribahasa dalam komunikasi.
OBJEKTIF
ii. Menulis skrip drama dengan menggunakan peribahasa.

i. Ilmu: Sains kesihatan (dadah)


PENGISIAN ii. Nilai: Kebersihan fizikal dan mental
KURIKULUM
iii. KBT: Kontekstual

SISTEM i. Tatabahasa: Ayat majmuk


BAHASA ii. Peribahasa

Antologi KOMSAS Tingkatan 1


MEDIA
Drama Arah ke mana muka surat 145-160

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

333
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1
a. Guru meminta dua orang murid Set induksi.
membaca skrip yang mengandungi Lampiran 1
simpulan bahasa.

b. Murid lain diminta menyebut simpulan


bahasa yang terdapat dalam skrip
tersebut.

LANGKAH 2
Fokus
a. Guru meminta murid merujuk teks Ilmu: Utama:
KOMSAS Tingkatan 1 Antologi Kasut Sains kesihatan 4.2.1
Kelopak Jantung bagi drama ’Arah Ke (dadah) Mendengar
Mana’. Bertutur
b. Guru meminta 3 pasangan murid Nilai:
membaca skrip drama. Rujuk Lampiran Kebersihan fizikal Lampiran 2
2 sebagai panduan. Murid lain diminta dan mental
mengenal pasti peribahasa yang
terdapat dalam lakonan tersebut. KBT:
Kontekstual

LANGKAH 3
a. Murid diminta melengkapkan peribahasa Tatabahasa: LK1
yang telah dikenal pasti dengan maksud. Ayat majmuk
b. Lengkapkan skrip drama dengan LK2
peribahasa yang sesuai dalam Peribahasa
Lembaran Kerja 2. Fokus
sampingan:
3.3.3
Menulis

PENILAIAN
Minta murid membina ayat dengan peribahasa LK3
yang telah dipelajari.

Lampiran 1

334
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

1. Minta dua orang orang murid membaca skrip berikut.

2. Minta murid menyatakan peribahasa yang terdapat dalam skrip.

Hai, apa khabar? Lama tidak


mendengar berita tentang kamu. Ke
mana kamu menghilangkan diri?
Makan angin ke?

Oh, saya sihat. Saya tidak


makan angin ke mana-mana.
Sekadar balik ke kampung
untuk menziarahi keluarga.
Tambahan sekarang musim
buah-buahan.

Lampiran 2

335
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

1. Minta 3 pasangan murid untuk melakonkan 3 petikan skrip seperti berikut.

2. Murid lain diminta mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam skrip.

Petikan 1 (bagi Pasangan 1)


Muka surat: 150
Jawapan peribahasa:
Haji Pakir: Cik Aji! Selama ini saya sangkakan Bagaikan menatang minyak yang
penuh
menjaga anak seorang ….
Ibarat kain putih yang bersih
Sehingga Melentur buluh perlu dari rebungnya
Hajah Darisah: .....maksud awak, Bang Aji!

Petikan 2 (bagi Pasangan 2)


Muka surat: 151 - 152
Jawapan peribahasa:
Hajah Darisah: Awak ni betullah, Bang Aji! Membabi buta
Bercakap bertindak …. Panas baran
Sehingga Berkecil hati

Hajah Derisah: ……..Saya takut dia akan


berkecil hati.

Petikan 3 (bagi Pasangan 3)


Muka surat: 157 - 159
Jawapan peribahasa:
Berendam air mata
Haji Pakir: Balik-balik kau tanya apa ….
Kurang ajar
Sehingga Kacang hantu
Haji Pakir: ……..kawan-kawan kau tu?

LK1/M

336
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Padankan peribahasa berikut dengan situasi yang betul.

1 Bagai menatang minyak yang penuh


2 Melentur buluh biarlah dari rebung
3 Panas baran
4 Berendam air mata
5 Membabi buta
6 Kacang hantu
7 Ibarat kain putih yang bersih
8 Berkecil hati

Budak-budak nakal di kampung tersebut sering menimbulkan kemarahan orang


kampung kerana mengganggu ketenteraman mereka.

Anak Pak Kassim tidak pernah memuaskan hati ibu bapanya dalam melakukan
sesuatu kerja kerana dia melakukannya mengikut sesuka hatinya sahaja.

Ahmad sangat disayangi oleh kedua ibu bapanya kerana dia anak tunggal.

Pak Hassan cepat melenting apabila ditegur oleh isterinya tentang sikap
pemalasnya.

Mak Esah berasa tersinggung dengan sikap anaknya yang jarang menjenguknya di
kampung.

Amalan menabung hendaklah diterapkan sejak kecil lagi.

Ibunya sentiasa menangis kerana mengenangkan perbuatan anaknya yang tidak


mengenang jasa.

Bayi yang baru lahir itu sangat suci daripada sebarang noda.

LK1/G

337
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Padanan peribahasa dengan situasi yang betul.

1 Bagai menatang minyak yang penuh


2 Melentur buluh biarlah dari rebung
3 Panas baran
4 Berendam air mata
5 Membabi buta
6 Kacang hantu
7 Ibarat kain putih yang bersih
8 Berkecil hati

Budak-budak nakal di kampung tersebut sering menimbulkan kemarahan orang


kampung kerana mengganggu ketenteraman mereka. 6

Anak Pak Kassim tidak pernah memuaskan hati ibu bapanya dalam melakukan
sesuatu kerja kerana dia melakukannya mengikut sesuka hatinya sahaja. 5

Ahmad sangat disayangi oleh kedua ibu bapanya kerana dia anak tunggal.
1

Pak Hassan cepat melenting apabila ditegur oleh isterinya tentang sikap
pemalasnya. 3

Mak Esah berasa tersinggung dengan sikap anaknya yang jarang menjenguknya di
kampung. 8

Amalan menabung hendaklah diterapkan sejak kecil lagi.


2

Ibunya sentiasa menangis kerana mengenangkan perbuatan anaknya yang tidak


mengenang jasa. 4

Bayi yang baru lahir itu sangat suci daripada sebarang noda.
7

LK2/M

338
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Lengkapkan skrip drama berikut dengan peribahasa yang telah dipelajari di atas.

Pada petang itu, suasana di Kedai Kopi Pak Din di Kampung Sentosa
terusik dengan perbualan tiga orang sahabat iaitu Pak Mat, En. Ah Chong
dan En. Mutuhusamy dengan berita penangkapan Haziq,
_______________ pasangan Pak Hassan dan Mak Besah.

Pak Mat: Budak ________________________ itu patut ditangkap


kerana dia telah membuat huru-hara di kampung kita.

Ah Chong: Budak itu tidak salah tetapi ibu bapanya yang salah kerana
silap mendidik anak. Semua orang sayangkan anak, apa
lagi anak tunggal bagai
______________________________.

Muthusamy Aku setuju dengan Ah Chong kerana anak ibarat


___________________________.

Pak Mat: Dalam mendidik anak, ibu bapa hendaklah mendidik anak
sejak kecil bak kata perpatah
_____________________________________.

Ah Chong: Tetapi kesian juga aku melihatkan emak Haziq itu, sentiasa
____________________________ mengenangkan anaknya
di penjara.

Perbualan tiga sahabat tersebut terhenti di situ apabila Pak Din


menghantar kopi pesanan masing-masing.

LK2/G

339
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Skrip drama dengan peribahasa yang telah dipelajari.

Pada petang itu, suasana di Kedai Kopi Pak Din di Kampung Sentosa
terusik dengan perbualan tiga orang sahabat iaitu Pak Mat, En. Ah Chong
dan En. Mutuhusamy dengan berita penangkapan Haziq, anak tunggal
pasangan Pak Hassan dan Mak Besah.

Pak Mat: Budak kacang hantu itu patut ditangkap kerana dia
telah membuat huru-hara di kampung kita.

Ah Chong: Budak itu tidak salah tetapi ibu bapanya yang salah
kerana silap mendidik anak. Semua orang
sayangkan anak, apa lagi anak tunggal bagai
menatang minyak yang penuh.

Muthusamy Aku setuju dengan Ah Chong kerana anak ibarat


kain putih yang bersih.

Pak Mat: Dalam mendidik anak, ibu bapa hendaklah mendidik


anak sejak kecil bak kata perpatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Ah Chong: Tetapi kesian juga aku melihatkan emak Haziq itu,


sentiasa berendam air mata mengenangkan
anaknya di penjara.

Perbualan tiga sahabat tersebut terhenti di situ apabila Pak Din


menghantar kopi pesanan masing-masing.

LK3/M
Penilaian

340
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Bina ayat dengan peribahasa yang telah dipelajari.

1 Amar sangat disayangi oleh kedua ibu bapanya


___________________________________________ kerana dia
merupakan anak tunggal bagi pasangan tersebut.

2 Amalan membaca perlu diterapkan kepada anggota masyarakat


sejak kecil lagi bak kata perpatah
_________________________________________________.

3 Dia seorang yang _______________________________, jadilah


berhati-hatilah ketika memberi nasihat kepadanya.

4 Mak cik Yam sentiasa ____________________________


memikirkan sikap anak-anaknya yang tidak mengambil berat akan
dirinya.

5 Kita tidak boleh bertindak ____________________________


semasa menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan
oleh anak-anak.

6 Ayah dan ibu sentiasa menasihatiku agar tidak menjadi


________________________________ dan bergaul dengan budak-
budak dadah di kampung kami.

7 Anak-anak ialah anugerah Tuhan


______________________________________ ibu bapalah yang
mencorakkannya.

8 Sally ________________________________ apabila guru Bahasa


Malaysianya selalu memuji sahabatnya, Ramiza.

LK3/G
Penilaian

341
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Cadangan ayat dengan peribahasa yang telah dipelajari.

1 Bagai menatang minyak yang penuh


Amar sangat disayangi oleh kedua ibu bapanya bagai menatang
minyak yang penuh kerana dia merupakan anak tunggal bagi
pasangan tersebut.

2 Melentur buluh biarlah dari rebung


Amalan membaca perlu diterapkan kepada anggota masyarakat
sejak kecil lagi bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari
rebung.

3 Panas baran
Dia seorang yang panas baran, jadilah berhati-hatilah ketika
memberi nasihat kepadanya.

4 Berendam air mata


Mak cik Yam sentiasa berendam air mata memikirkan sikap anak-
anaknya yang tidak mengambil berat akan dirinya.

5 Membabi buta
Kita tidak boleh bertindak membabi buta semasa menjatuhkan
hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.

6 Kacang hantu
Ayah dan ibu sentiasa menasihatiku agar tidak menjadi kacang
hantu dan bergaul dengan budak-budak dadah di kampung kami.

7 Ibarat kain putih yang bersih


Anak-anak ialah anugerah Tuhan ibarat kain putih yang bersih, ibu
bapalah yang mencorakkannya.

8 Berkecil hati
Sally berkecil hati apabila guru Bahasa Malaysianya selalu memuji
sahabatnya, Ramiza.

UNIT
SENI BAHASA
4
342
KEGIGIHAN AKTIVITI 7
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

TAJUK Novel : Sukar Membawa Tuah

Memahami dan mengapresiasi karya


Standard sastera yang dibaca dengan memberikan
4.1
Kandungan respon peribadi dengan betul dan penuh
penghayatan.
FOKUS
Memahami dan mengapresiasi karya
UTAMA
Standard puisi tentang huraian ,maksud dan
4.1.2
Pembelajaran bentuk dengan betul dan penuh
penghayatan.

Standard Menulis arahan, peraturan dan pesanan


3.4
Kandungan dengan ayat yang betul dan tepat
FOKUS
Menulis pesanan berbentuk nasihat
SAMPINGAN Standard
3.4.2 dengan ayat yang betul, tepat dan
Pembelajaran
santun.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Membaca dialog dengan betul dan penuh penghayatan.
OBJEKTIF
ii. Menulis peristiwa yang memberi pengajaran dengan
menggunakan ayat yang betul, tepat dan santun.

i. Ilmu:Kehidupan masyarakat orang Asli


PENGISIAN ii. Nilai: berdikari, berusaha, taat, rajin.
KURIKULUM
iii. KBT: Kecerdasan Pelbagai (verbal-lingusitik)

SISTEM i. Tatabahasa: Rangkai kata


BAHASA ii. Sebutan dan intonasi

Lembaran Kerja, Gambar, Novel Sukar Membawa Tuah, M.Z


MEDIA
Erlysha, Rindu Senja Sdn Bhd.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

343
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1
Set induksi.
Guru merangsang murid dengan gambar bubu
dan orang Asli lalu meminta murid memberikan Lampiran 1
respon terhadap gambar tersebut.

LANGKAH 2
Ilmu:
a. Guru mengedarkan petikan dialog antara Kehidupan Fokus
Pak Katan dengan Adit. masyarakat orang Utama:
b. Guru menunjukkan cara melafazkan Asli 4.1.2
dialog dengan betul dan penuh Apresiasi
Nilai: dialog.
penghayatan. Berhemah tinggi,
c. Guru memilih secara rawak dua orang kasih-sayang Lampiran 2
murid untuk membaca dan melakonkan
Tatabahasa:
petikan dialog tersebut.
Sebutan dan
intonasi
KBT:
Kecerdasan
pelbagai (verbal-
linguistik)
LANGKAH 3
Nilai:
a. Guru mengedarkan LK1 kepada semua Kerjasama Fokus
murid. sampingan:
Tatabahasa: 3.4.2
b. Dalam kumpulan, murid diminta Rangkai Kata
berbincang dan mencari pesanan Menulis
berbentuk nasihat dalam dialog. nasihat

c. Wakil kumpulan diminta Lampiran 2


membentangkan hasil perbincangan. LK1
d. Guru membetulkan hasil pembentangan
murid.

PENILAIAN
a. Guru meminta dua orang wakil setiap KBT: Lampiran 3
kumpulan untuk membaca dan KP ( verbal
melakonkan dialog yang disediakan linguistik)
oleh guru. Nilai:
b. Guru membuat rumusan. Keberanian

Lampiran 1

344
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

1. Tunjuk gambar orang Asli dan minta pandangan murid tentang gambar
tersebut.

Dialog antara Adit dengan Pak Katan

Adit :Bapak, Adit mahu bersekolah.Pak Katan :Kamu nak bersekolah?


Tidak pernah ada dalam keturunan kita yang belajar di sekolah.Lagipun kamu
anak sulung. Kamu sepatutnya belajar selok-belok hutan yang cukup
menampung kehidupan kita.
Adit :Tapi bapak, sampai bila kita nak bergantung dengan hasil hutan,
sedangkan sekarang hutan diancam pembalakan? Sampai masanya nanti tiada
apa-apa lagi yang tinggal di dalam hutan ini.
Pak Katan :Untuk apa Adit nak belajar?Adit :
2. Tunjuk gambar bubu dan minta murid kaitkan gambar bubu dengan masyarakat orang
Asli. Adit ingin melihat dunia luar yang sudah maju. Adit ingin belajar seperti
Akeh. Akeh pandai menulis, membaca, dan mengira. Adit ingin mengubah
nasib kehidupan keluarga dan kaum kita. Adit tidak mahu kehidupan kita seperti
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pak Katan :Kau memperkecilkan kata-kata bapak Adit?Adit :Tidak..Adit
bukan memperkecilkan bapak, Adit fikirkan masa depan. Orang
di luar sana sudah guna perkakas elektrik dan air paip.
Sedangkan kita di sini masih guna pelita minyak kuing dan air
sungai.
Pak Katan :Biarlah mereka dengan dunia mereka. Kita kaum orang Asli
sepatutnya berbangga dan mengekalkan warisan nenek moyang kita.
Adit :Bapak, kalau kita berterusan begini, kita takkan maju, sampai bila
masyarakat kita seperti katak di bawah tempurung, Adit tidak
mahu macam ini bapak?

(Diubahsuai daripada novel Sukar Membawa Tuah


muka surat 26-28).

Lampiran 2

345
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK1/M

346
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Berdasarkan petikan dialog yang diberi, catatkan nasihat yang terdapat dalam dialog
tersebut.

Nasihat
(pengajaran)

LK1/G

347
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Berdasarkan petikan dialog yang diberi, apakah nasihat yang terdapat dalam dialog
tersebut.

Nasihat
(pengajaran)

Sebagai ibu bapa kita seharusnya mementingkan pelajaran


anak-anak untuk masa depan.

Sebagai anak, kita perlu menggunakan bahasa yang sopan


ketika berbual dengan ibu bapa.

Sebagai anak, kita perlu mendengar nasihat ibu bapa

Sebagai manusia kita perlu menghargai alam sekitar ciptaan


Tuhan.

Lampiran 3

348
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Dialog antara Mak Nawi dan Pak Katan

Mak Tawi :Abang, abang, abang.Pak Katan :“Ada apa ni ? Awak nampak
cemas sangat kenapa?”Mak Tawi :Adit belum pulang!, Adit
belum pulang!Pak Katan :Belum pulang, “Ah, jangan
bimbang sekejap lagi sampai la tu.Mungkin lori balak yang dia
tumpang lambat tiba agaknya.
Mak Tawi :Saya risaulah bang, saya rasa tak sedap hati seperti ada
sesuatu yang buruk telah berlaku kepada anak kita.Biasanya Adit pulang
sebelum matahari terbenam.
Pak Katan :Ish, awak ni, suka sangat fikir yang bukan-bukan . kejap lagi
baliklah Si Adit tu. Janganlah risau.
Mak Tawi :Abang pergilah ke rumah Tok Batin Ahboi tu.Cuba tanya
pendapat darinya.Mungkin dia boleh menolong kita.
Pak Katan :Yalah, yalah, abang nak ke rumah Tok Batinlah sekejap. Awak
janganlah risau.Abang pergi dulu.

(Diubahsuai daripada novel Sukar Membawa Tuah


muka surat 83-84).

UNIT
SENI BAHASA
4
349
PATRIOTISME AKTIVITI 8
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

TAJUK Prosa Tradisional: Tajul Muluk

Mempersembahkan karya prosa dan


Standard
4.4 puisi menggunakn pelbagai teknik
Kandungan
persembahan dan media secara kreatif.

FOKUS Mempersembahkan karya berbentuk


UTAMA Standard cerita remaja menggunakan pelbagai
4.4.1
Pembelajaran teknik persembahan dan media secara
kreatif.

Mengolah maklumat untuk menghasilkan


pelbagai bentuk penulisan dan grafik
Standard
3.6 dengan kata dan rangkai kata yang betul
Kandungan
serta ayat yang gramatis, indah dan
menarik.
FOKUS
SAMPINGAN
Mengolah maklumat daripada bahan
Standard prosa dan bahan puisi kepada bahan
3.6.2
Pembelajaran ilustrasi dengan kata dan rangkai kata
yang betul serta ayat yang gramatis.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. Mempersembahkan cerita Tajul Muluk dalam situasi
bercerita dengan kata dan rangkai kata yang betul serta
OBJEKTIF ayat yang gramatis.

ii. Menyusun semula cerita dalam bentuk ilustrasi dengan kata


dan frasa yang betul serta ayat yang gramatis.
i. Ilmu: Permainan catur
PENGISIAN ii. Nilai: Jujur
KURIKULUM
iii. KBT: KP (verbal linguistik dan kinestatik)

SISTEM i. Tatabahasa: Bahasa istana


BAHASA ii. Sebutan dan intonasi

Antologi KOMSAS Tingkatan 1


MEDIA
Prosa Tradisional Tajul Muluk muka surat 29-50

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

350
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

LANGKAH 1
Guru bersama murid menyanyikan lagu ’Nenek Set induksi.
Kebayan’ (irama lagu ’Nenek Nenek’)seperti Lampiran 1
dalam Lampiran 1. Guru kemudian mengaitkan
dengan senario orang dahulu yang menjadikan
cerita sebagai hiburan masa senggang.
LANGKAH 2
a. Guru menjalankan sesi bercerita dengan Ilmu: Fokus
memilih seorang murid menjadi Nenek Permainan catur Utama:
Kebayan dan membahagikan murid 4.5.1
kepada 3 kumpulan. Nilai: Bercerita
b. Lihat Lampiran 2 untuk menjalankan sesi Jujur
bercerita. Lampiran 2

LANGKAH 3
a. Dalam kumpulan, edarkan grafik seperti Tatabahasa: Fokus
dalam teks prosa klasik dan bina dialog Bahasa istana sampingan:
daripada grafik berkenaan. 3.6.2
b. Jalankan aktivititi dalam Lembaran Ilustrasi

Kerja 1. LK

PENILAIAN
KBT:
a. Dalam kumpulan, minta murid LK 3
KP (verbal linguistik
merumuskan cerita Tajul Muluk untuk
dan kinestatik)
dipersembahkan. Dalam perbincangan,
selitkan nilai sebagai penutup cerita.
Sebutan dan
b. Setiap kumpulan persembahkan hasil intonasi
kreativiti masing-masing. Murid boleh
melakonkan, pantomin, power point,
menggunakan bahan tambah seperti
pamplet, prop dan juga melagukan
seperti syair.
c. Kumpulan lain menilai dengan
menggunakan Lembaran Kerja 2.

Lampiran 1

351
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

1. Nyanyikan lagu ‘Nenek Kebayan’ mengikut irama lagu ‘Nenek Nenek’


bersama-sama murid.

2. Kaitkan bagaimana orang dahulu menjadikan sesi bercerita sebagai


hiburan semasa lapang.

Lagu Nenek Kebayan

Nenek, nenek si bongkok tiga


Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Sebab nenek mahu cerita

Nenek, nenek si bongkok tiga


Siang mengantuk malam berjaga
Tajul Muluk punya ceita
Nenek nak beri cucu gembira

Lampiran 2

352
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

SKRIP SESI BERCERITA NENEK KEBAYAN

a. Lantik seorang murid menjadi Nenek Kebayan dan tiga kumpulan untuk
melakonkan babak-babak.
b. Terdapat tiga episod dalam sesi bercerita ini.
c. Dalam setiap episod, Nenek Kebayan akan bercerita dan diikuti dengan
lakonan sebabak oleh kumpulan.
d. Proses ini diulang bagi episod kedua dan ketiga.

Episod 1: Pengembaraan Tajul Muluk

Nenek Kebayan:

Mari cucu-cucu duduk di sekeliling nenek. Hari ini nenek nak


menceritakan satu kisah yang boleh kita buat teladan. Pada zaman
dahulu ada seorang anak raja bernama Tajul Muluk. Tajul Muluk sangat
sayang akan ayahandanya yang telah buta. Tajul Muluk telah keluar
mencari Bunga Bakawali untuk mengubat mata ayahandanya setelah
keempat-empat abangnya terperangkap dengan Puteri Jenuh Hati akibat
kalah bermain catur. Tajul Muluk telah bekerja dengan seorang amir
sehingga duit simpanannya bertambah. Pada suatu hari, Tajul Muluk
meminta izin daripada amir untuk bertemu dengan sahabat lamanya.

Lakonan sebabak:

Tajul Muluk: Ya tuanku, seorang sahabat hamba bekerja di negeri ini.


Hamba minta izin untuk berjumpanya selama dua jam
pada setiap hari.

Amir: Baik anakku, ayahanda tidak akan menghalang


anakanda.

Episod 2: Mencari Rahsia

353
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Nenek Kebayan:

Wahai cucu-cucu. Begitulah tadi episod 1 yang menceritakan Tajul Muluk


bersama amir. Sebenarnya cucu-cucu nenek, Tajul Muluk setiap hari
pergi bermain catur ke merata tempat. Setelah mahir bermain catur, Tajul
Muluk pergi ke mahligai Tuan Puteri Jenuh Hati untuk berlawan catur
dan membebaskan abang-abangnya.

Di pintu istana, Tajul Muluk berjumpa dengan seorang perempuan tua,


penghulu mahligai. Tajul Muluk menghampiri perempuan tua tersebut
bagi mendapatkan rahsia kejahatan Tuan Puteri Jenuh Hati.

Dengarkanlah cucu-cucu, episod seterusnya…

Lakonan sebabak:

Perempuan tua: Hai, orang muda, kenapalah tuan menangis-nangis di


kaki hamba? Siapa yang berbuat aniaya?

Tajul Muluk: Wahai nenda, hamba ini seorang musafir, tidak


mempunyai sanak saudara atau sahabat handai di dalam
negeri ini. Apabila melihat wajah nenek, teringat hamba
akan nenek yang datang bersama-sama ke sini tetapi
dah meninggal dunia.

Perempuan tua: Wahai cucuku, mulai hari ini, tuan hamba menjadi cucu
nenek kerana nenek tidak mempunyai cucu.

Tajul Muluk: Hai nenekku, apakah sebabnya tiada orang dapat


mengalahkan Puteri Jenuh Hati bermain catur.

Perempuan tua: Sebenarnya tuan puteri itu ada memelihara seekor kucing
dan seekor tikus yang telah diajarnya beberapa lama. Di
atas kepala kucing itulah disimpannya suatu pelita dan
tikus itu menghendap di sebalik pelita itu. Apabila
dilihatnya dia hendak kalah, segeralah diisyaratkan
kepada kucing. Kemudian kucing itupun menggoyangkan
kepalanya. Nescaya padamlah pelita itu. Setelah padam
pelita itu, maka tikus itupun keluar mengacau buah catur
itu.
Episod 2: Mencari Kebenaran

354
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Nenek Kebayan:

Cucu-cucu nenek nak tahu cerita seterusnya? Baiklah … Tajul Muluk telah
membeli seekor anak musang yang dipeliharanya di dalam tangan
bajunya serta diajar apabila dia memetik tangan, lalu keluarlah musang.
Setelah musang mengerti isyarat tersebut, Tajul Muluk pergi ke rumah
mahligai tuan Puteri Jenuh Hati untuk berlawan catur. Apakah kisah
seterusnya?

Lakonan sebabak:

Permainan Pertama

Tajul Muluk: Hai tuan puteri, hamba dengar tuan pandai bermain
catur. Mari kita bermain.

Tuan Puteri Hamba tidak pandai bermain. Tuan hamba dengar dari
Jenuh Hati: mana?
Nenek Kebayan mencelah:
Tajul Muluk: Hamba tidak kira, hamba tetap mahu bermain dengan
tuan
Permainan catur hamba. Tuan
diteruskan. hamba
Sewaktu mestiJenuh
Puteri bermain dengan
Hati hamba.
menyedari
dia hampir kalah, maka kucing suruhannya menggerakkan kepala.
Pada permainan pertama Tajul Muluk kalah.
Pelita pun padam. Pada waktu itu juga Tajul Muluk memberi isyarat
kepada
Permainan Keduaanak musangnya supaya keluar dari lengan bajunya
memburu tikus yang mengacau buah catur.
Tajul Muluk: Bolehkah kita bermain sekali lagi, tuan hamba?
Tajul Muluk pura-pura marah kerana lampu tidak dipasangkan.
Tuan Puteri lampu Baiklah,
Apabila menyala,hamba setujukalah
tuan puteri dengan
dan cadangan tuan hamba.
terpaksa membayar
Jenuh Hati:
100 dirham. Kita bermain sekali lagi.

Maka diketahuilah oleh Tajul Muluk selama ini rupa-rupanya Tuan


Puteri Jenuh Hati menggunakan tipu muslihat dalam permainan.

355
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

LK1/M

356
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Hasilkan grafik cerita dengan merujuk prosa klasik Tajul Muluk sebagai panduan.

KUMPULAN 1 dan 2

Lukis semula grafik pada muka surat 34

Dialog / skrip

KUMPULAN 3 dan 4

357
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Lukis semula grafik pada muka surat 34

Dialog / skrip

KUMPULAN 5 dan 6

358
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Lukis semula grafik pada muka surat 34

Dialog / skrip

LK2/G

359
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

Taju’l Muluk :Ampun ayahanda, sembah anakanda harap


diampun.Ayahanda Taju’l Muluk:Silakan anakanda. Apakah
gerangannya tujuan anakanda bermohon sembah hari ini?Taju’l
Muluk:Ayahanda, izinkan anakanda berkelana mencari bunga
bakawali buat penawar penyakit mata ayahanda itu.Bonda Taju’l
Muluk :Bersungguh benarkah anakanda mahu mencari bunga
bakawali?Taju’l Maluk :Benar bonda, lagipun kekanda berempat
belum pulang-pulang sehingga kini. Jadi, moleklah kiranya anakanda
menyusul mereka. Pada firasat anakanda, kekanda berempat di
dalam kesulitan dan memerlukan bantuan anakanda. Ayahanda Taju’l
Muluk :Jika begitu kehendak anakanda, ayahanda tidak mampu
menghalang lagi.Bonda Taju’l Muluk :Pergilah anakanda, bonda dan
ayahanda izinkan. Segeralah bawakan bunga bakawali penawar mata
ayahanda itu.Taju’l Muluk :

Baiklah ayahanda, bonda. Anakanda bermohon diri.

LK3

360
Modul Seni Bahasa U4
KSSM_Bahasa Malaysia_Tingkatan 1/Rintis

BORANG PENILAIAN PERSEMBAHAN


TAJUL MULUK

KUMPULAN SEBUTAN KREATIVITI JALAN BAKAT NILAI JUMLAH


DAN (30 CERITA (10 (10 MARKAH
INTONASI markah) (20 markah) markah) (100
(30 markah) markah)
markah)

KUMPULAN TERBAIK:

361

Anda mungkin juga menyukai