Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEKOLAH MENENGAH

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


BAHASA
TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN
TEMA KEWANGAN
TAJUK Mari Menabung
TINGKATAN 1
MASA 1 JAM

Standard Berbicara tentang sesuatu perkara dalam


1.4
Kandungan pelbagai situasi formal dan tidak formal.

Berbicara untuk memulakan dan


STANDARD Standard mengakhiri perbualan, bertanya khabar
1.4.2
Pembelajaran serta menyatakan terima kasih dan
penghargaan secara berterusan.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Berbual tentang pengalaman diri dan keluarga berkaitan


OBJEKTIF amalan menabung dalam pelbagai situasi formal dan tidak
formal.
ii. Berbual tentang kebaikan menabung

i. Ilmu: Ekonomi
ELEMEN ii. Nilai: Berjimat cermat
MERENTAS
KURIKULUM iii. KBT: Kecerdasan Pelbagai dan kontekstual
iv. KBAT: menilai, membuat pertimbangan dan keputusan.

i. Tatabahasa: Kata nama am dan kata nama khas


SISTEM
ii. Sebutan dan Intonasi
BAHASA
iii. Peribahasa

MEDIA Gambar, petikan dialog Kebaikan Menabung, lagu

1
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1 Murid diperdengarkan lagu ’Gila Judi’ dan Set induksi


meminta murid menyatakan keburukan tabiat
Lagu (audio)
berjudi serta akibat tidak menabung
LK5
berdasarkan lagu.
Dialog: Main
Guru meminta murid melakonkan aktiviti main
peranan
peranan (pegawai bank dengan seorang
pelanggan).
LANGKAH 2 a. Guru mengedarkan petikan dan
membimbing murid membaca secara
LK1
imbasan untuk mendapatkan maklumat
tentang kebaikan menabung.
b. Garisi maklumat tentang kebaikan
menabung dan peribahasa yang
terdapat dalam petikan.
LANGKAH 3 a. Secara pasangan murid diberikan
sekeping gambar seperti dalam
Mendengar
Lembaran Kerja 2 dan minta murid
dan bertutur
berbual tentang gambar dengan
bertatasusila.
Lampiran 1
b. Ceritakan topik perbualan di hadapan
kelas dengan gaya yang menarik,
bersopan dan bersahaja dengan
menyelitkan peribahasa yang sesuai.
c. Catatkan kata nama am dan kata nama
khas yang terdapat dalam perbualan di
atas.
PENILAIAN a. Dalam kumpulan jalankan simulasi
situasi ketika berurusan dengan institusi
kewangan menggunakan kata panggilan
hormat yang sesuai.
b. Murid lain membuat penilaian dengan
menggunakan Borang Penilaian seperti LK3
dalam Lembaran Kerja 3.
c. Murid membuat refleksi berkenaan
pembelajaran pada hari ini.
PENGAYAAN Murid diminta berurusan dengan institusi
kewangan tentang cara-cara membuka akaun
simpanan. Catatkan maklumat dalam
Lembaran Kerja 4. LK4

2
LK1

1. Dengar lagu ’Gila Judi’ oleh Dato’ M. Daud Kilau.

GILA JUDI

Banyak orang gila judi (2X)


Hai judi merosak diri, merosak diri *
Banyak yang setengah mati akibat judi

Kalau sedang main pakau


Banyak orang naik angau
Mereka selalu risau, selalu risau **
Sama-sama jadi sasau, hai jadi sasau

Hai satu ringgit, dua ringgit


Tiga ringgit, Empat ringgit 2X
Lima... ringgit
Hangus..........

Ulang *

Ulang **

Hey... One dollar


Two dollar, three dollar
Empat ringgit
Lima… ringgit

2. Bersama dengan pasangan, nyatakan keburukan tabiat berjudi akibatnya jika kita
tidak menabung.

a. Tiada simpanan masa hadapan


b. Menenggung bebaban hutang

c. Mencetuskan pergaduhan

3
LK2
Main perananantaraseoranglelakituadenganpegawai bank di sebuah bank.

Assalamualaikum
Encik Hafiz , saya nak
Waalaikumussalampak cik,
tahu tentang akaun
di bank ini ada tiga jenis
simpanan ?
akaun iaitu akaun simpanan
biasa, akaun simpanan
semasa dan akaun simpanan
tetap.Akaun apa pak cik
hendak tahu?

Pak cik nak tahu tentang Oh, kalau secara Islam yang
akaun simpanan biasa kita ada ialah Akaun
secara Islam ? Simpanan Al-Wadiah. Pak
cik nak buka akaun
inikah?Kalau pak cik nak
buka akaun ini, pak cik kena
isi borang ini.

Terima kasih, encik.


Sama-sama,
pak cik.

4
LK3

Baca dialog berikut dengan teliti. Garisi maklumat tentang kebaikan menabung
dan peribahasa yang digunakan.

KEBAIKAN MENABUNG

Ahmad : Assalamualaikum. Apa khabar saudara? Bolehkan saudara menerangkan amalan menabung?

Abu: Amalan menabung merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh
masyarakat Malaysia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan
keluarga.Oleh itu langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanam sikap berjimat cermat dalam
kalangan masyarakat.

Ahmad: Apakah peranan kerajaan bagi memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat?

Abu: Ya, kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat
tentang pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan.

Ahmad: Bagaimana pula dengan ibu bapa?

Abu: Anak-anak harus dididik supaya mempunyai tabungan di rumah iaitu menabung wang
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan wang simpanan tersebut semasa kecemasan kerana malang tidak
berbau. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak seperti di Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat
dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk
keperluan masa depan yang lebih gemilang. Amalan menabung sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak
dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan
yang lebih cerah.

Ahmad: Terima kasih saudara atas perkongsian berkenaan kepentingan menabung.

Abu: Sama-sama.

5
Lampiran 1

Setiap pasangan diberikan sekeping kad gambar daripada beberapa contoh


berikut:

1 2

6
LK 4

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Catatkan senarai kata nama am dan kata nama khas yang kamu dengar
daripada persembahan rakan kamu.

KATA NAMA KATA NAMA


AM KHAS

1. tabung 2. Tabung Haji

2. wang / duit 2. Amanah Saham Nasional

3. saya 3. RM50.00

4. bank 4. AM Bank

5. buku akaun 5. Jalan Tun Razak

6. unta 6. Mekah / Madinah

7
LK5
Penilaian

BORANG PENILAIAN

Berikan penilaian terhadap persembahan kumpulan berdasarkan skala berikut:

NAMA KUMPULAN:

5 Sangat baik
4 Baik
3 Sederhana
2 Memuaskan
1 lemah

BIL. KRITERIA SKALA


1. Sebutan yang betul dan jelas. 5 4 3 2 1

2. Sebutan yang mudah difahami. 5 4 3 2 1

3. Intonasi yang sesuai dan bersahaja. 5 4 3 2 1

4. Menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai. 5 4 3 2 1

5. Menghormati dan fokus terhadap pendengar. 5 4 3 2 1

6. Mempamerkan tingkah laku yang sopan 5 4 3 2 1

JUMLAH

SKOR:

SKOR KETERANGAN
25 – 30 Syabas kerana dapat berinteraksi dengan cemerlang.
19 – 24 Dapat berinteraksi dengan baik.
13 – 18 Masih boleh meningkatkan kemahiran berinteraksi.
7 – 12 Kurang menguasai kemahiran berinteraksi.
0–6 Lemah dalam kemahiran berinteraksi.

8
LK6
Pengayaan

Lengkapkan rajah berikut dengan maklumat yang diperoleh hasil daripada temu
bual dengan pihak institusi kewangan.

Nama institusi:

Lokasi:

Tarikh:
HASIL
TEMU BUAL

Masa:

Pegawai yang ditemui:

Urusan:

Maklumat yang diperoleh:

Anda mungkin juga menyukai