Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU (TINGKATAN 1)

MODEL KOPERATIF

Tingkatan/ 1A1/ 20 orang

Bilangan Pelajar

Tarikh/ Hari 21.09.2018/ Jumaat

Masa 4.35 petang - 5.35 petang (1 jam)

Tema Tema 12: Sukan dan Rekreasi

Tajuk Kata Nama Dengan Imbuhan Awalan dan Akhiran

Kemahiran 5.0 Tatabahasa

Standard 5.3 Memahami dan menggunakan kata terbitan dalam pelbagai ayat.

Kandungan

Standard 5.3.1 Memahami dan menggunakan awalan dan akhiran bagi kata

Pembelajaran nama dengan betul mengikut konteks.

Objektif Pada akhir pengajaran, pelajar dapat

Pengajaran dan i) Mengenal pasti lima kata nama yang sesuai

Pembelajaran menggunakan awalan dan akhiran.

ii) Membentangkan dapatan di dalam kelas.

Penyerapan Ilmu:

Tatabahasa

Nilai:

Kerjasama, keberanian, keyakinan, kerajinan.

Alat Bantu Laptop, pelekat warna, sampul surat, keratan kertas, papan putih mini,

Mengajar lembaran kerja.


Fasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Induksi 1. Guru menayangkan video mengenai kata ABM: Laptop

5 minit nama dan imbuhan awalan dan akhiran.

2. Guru bertanya kepada pelajar tentang apa

yang boleh difahami daripada video yang

guru tayangkan.

3. Guru mengaitkan isi yang terdapat dalam

video dengan pembelajaran yang mereka

bakal pelajari pada hari ini.

Fasa 1: 1. Guru menayangkan video wartawan yang ABM: Laptop

Memberitahu bercakap dengan kesalahan penggunaan

10 minit imbuhan.

2. Kemudian, bertanya kepada pelajar tentang

kesalahan imbuhan yang terdapat dalam

video tersebut.

3. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang

imbuhan awalan dan akhiran yang sesuai

digunakan untuk kata nama yang terdapat

dalam video tersebut.

4. Guru menerangkan dengan lebih lanjut

mengenai kata nama yang sesuai

menggunakan imbuhan awalan dan akhiran.

Fasa 2: 1. Guru memberikan pelajar pelekat warna ABM: Pelekat

Transisi yang berlainan secara rawak. Kemudian, warna

5 minit Guru membahagikan pelajar kepada empat

kumpulan mengikut warna pelekat yang

diberikan.
2. Guru meminta pelajar bergerak dan

berkumpul mengikut kumpulan masing-

masing secara senyap.

3. Guru menerangkan peranan dan tugasan

bagi setiap kumpulan.

4. Guru mengingatkan pelajar agar setiap ahli

kumpulan memberikan kerjasama dan

bergiat aktif dalam perbincangan kumpulan

masing-masing.

Fasa 3: 1. Setiap kumpulan akan diberikan papan putih ABM: Sampul

Kerja Kumpulan mini dan satu sampul surat yang surat, keratan

20 minit mengandungi keratan kertas yang bertulis kertas, papan

lima kata nama. putih mini.

2. Kemudian, dengan menggunakan papan

putih mini, pelajar diminta untuk

membincangkan dalam kumpulan tentang

imbuhan awalan dan akhiran yang sesuai

digunakan untuk kata nama tersebut dalam

masa 10 minit.

3. Selepas siap memberikan imbuhan awalan

dan akhiran pada kata nama yang diberikan,

setiap kumpulan diminta untuk membentang

hasil perbincangan di dalam kelas.

4. Guru dan pelajar daripada kumpulan lain

akan menilai dan memberi pandangan untuk

sebarang pembetulan.
Fasa 4: 1. Guru akan membacakan beberapa ayat yang ABM: Papan putih

Penilaian mengandungi kata nama dengan imbuhan mini

15 minit awalan dan akhiran kepada setiap kumpulan.

2. Pelajar diminta untuk mengenal pasti kata

nama yang menerima imbuhan awalan dan

akhiran dalam ayat yang guru bacakan dan

mencatatnya pada papan putih mini.

3. Setelah setiap kumpulan sudah menjawab,

papan putih mini akan diangkat dan

ditayangkan di hadapan kelas.

4. Guru dan pelajar-pelajar lain akan menilai

dan memberikan pandangan untuk sebarang

pembetulan.

Penutup 1. Guru meminta beberapa orang pelajar untuk ABM: Lembaran

5 minit memberi kesimpulan dan memberi komen kerja

mengenai pelajaran pada hari ini.

2. Guru merumuskan isi pelajaran. Kemudian,

memberikan lembaran kerja kepada pelajar

untuk di hantar pada minggu depan.

Refleksi:

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai