Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Mengajar Harian Sekolah Menengah

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kolaboratif

Kemahiran MENDENGAR DAN BERTUTUR


bahasa
Tingkatan 1

Masa 1 Jam

Tema/Tajuk Permainan Tradisional

Standard 1.5 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan


Kandungan pelbagai soalan dan mengemukakan jawapan.

Standard 1.5.3
Pembelajaran Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu dan
mengemukakan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila.

Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:


Pengajaran 1. Bersoal jawab tentang permainan tradisional semasa berbual
&Pembelajaran menggunakan soalan bertumpu dan mengemukakan jawapan yang
sesuai berdasarkan bahan yang diberi secara bertatasusila.

Elemen Merentas Ilmu: Sejarah


Kurikulum Nilai: Menghargai

Kemahiran:
Bahasa

 Menggunakan sebutan, istilah dan laras bahasa yang betul semasa


berkomunikasi.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Pengenalan
Gambar permainan
 Guru menunjukkan gambar permainan tradisional. tradisional
 Sumbang saran murid mengenai gambar tersebut.

Aktiviti:
 Guru bertanya soalan yang membawa kepada perbincangan lebih Peta i-think : Peta buih
lanjut:
 - Apakah jenis permainan tradisional yang masih dimainkan  Pembentangan
sehingga sekarang?
 - Adakah anda tahu bermain permainan tersebut?
 - Mengapakah permainan tradisional semakin dilupakan?
 Secara berkumpulan murid membuat tugasan yang diberikan oleh
guru : Usaha-usaha mempopularkan semula permainan tradisional.
i. Murid berbincang dan menulis hasil perbincangan di kertas
sebak.
ii. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil dapatan mereka.
iii. Ahli kumpulan lain boleh mengemukakan soalan yang
berkaitan.

Rumusan :

 Murid diminta membuat refleksi tentang kepentingan usaha


mempopularkan permainan tradisional.

LAMPIRAN 1
TEKS : UCAPAN PELAJAR CEMERLANG

             Yang Berusaha Puan Naaimah Bt Ismail,Pengetua SMK Taman Desa,Yang Dihormati


Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis ini.

Para hadirin sekalian,

Saya berasa amat gembira dan terharu kerana dipilih sebagai murid contoh di sekolah ini.
Sesungguhnya, ini merupakan suatu kebanggaan bagi diri saya dan juga keluarga saya. Saya
dipilih kerana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai
rekod sahsiah yang baik di dalam sekolah. Saya sentiasa rajin belajar, menumpukan perhatian
yang sepenuhnya ketika guru mengajar, dan belajar mengikut jadual waktu. Berkat usaha
ketabahan hati, saya telah berjaya akhirnya.

Selain itu, saya juga suka membaca buku dan mencari buku-buku rujukan di perpustakaan
pada masa lapang bagi menambah ilmu pengetahuan saya. Saya juga selalu membuat
perbincangan dalam pelajaran dengan rakan-rakan saya secara berkumpulan.

Saya juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Saya sentiasa aktif
dalam persatuan, sukan, dan permainan. Saya berpegang kepada pepatah otak cerdas terletak
pada badan yang sihat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat yang bernas kepada saya. Dorongan daripada
merekalah yang telah menjadikan saya seorang murid yang cemerlang pada hari ini. Jasa guru-
guru tetap akan saya kenang hingga ke akhir hayat.

Akhir kata, saya berjanji akan terus memberi teladan yang baik kepada murid-murid di
sekolah ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai