Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH

Mata Pelajaran dan


Bahasa Malaysia Tingkatan 2
Kelas
Tema/Tajuk Tatabahasa (Kata Seru dan Kata Tanya)
Masa 8.40 10.00 pagi (1 jam 20 minit)
Standard 3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan
Kandungan: kata sepakat.

Standard
3.1 Berbincang dengan menggunakan ragam bahasa dan gaya
Pembelajaran:
pengucapan yang betul semasa berunding.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:
i Pelajar dapat menyatakan maksud kata seru dan kata tanya
dengan tepat.
ii Pelajar dapat mengenal pasti penggunaan kata seru dan kata
tanya dalam binaan ayat dengan membina sekurang-
kurangnya dua ayat menggunakan setiap jenis kata dengan
betul.
Pengetahuan Sedia Pelajar pernah mempelajari kata praklausa dalam Tingkatan 1.
Ada
Aktiviti 1. Guru menayangkan video pendek tentang kata seru dan kata
tanya kepada pelajar.
2. Guru menerangkan kepada pelajar tentang kata seru dan kata
tanya.
3. Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai topik yang
diajar.
4. Guru menayangkan slaid power point kepada pelajar.
5. Guru mengedarkan nota ringkas kepada pelajar.
6. Guru memberi `Gelang Tangan Berwarna kepada pelajar dan
membentuk kumpulan mengikut warna gelang.
7. Pelajar berbincang di dalam kumpulan.
8. Pelajar membentangkan penggunaan kata seru dan kata tanya
dengan menggunakan peta pemikiran pokok.
9. Pelajar diedarkan lembaran kerja.
Penyerapan Nilai Murni : Kerjasama, kerajinan, kreatif, ketekunan,
ketulusan, berkeyakinan
Ilmu : Bahasa Melayu
KBT :Kemahiran mendengar, kemahiran berfikir,
kemahiran menulis, kemahiran bertutur
KBKK :Membuat inferens melalui pemerhatian, menjana
idea

Bahan Bantu Belajar LCD, slaid power point, lembaran nota, alat tulis, lembaran
1
kerja, buku teks, gelang kertas warna, kertas mahjong
Penggabungjalinan HHP : 8.3 Aras 1
i. Menentukan maklumat yang sesuai untuk sesuatu tugasan.
Tatabahasa:
Morfologi, iaitu menyenaraikan contoh kata seru dan kata tanya
yang digunakan dalam ayat. Sintaksis, iaitu membina ayat
menggunakan kata seru dan kata tanya.
Refleksi Pembelajaran hari ini berjaya mencapai objektif pengajaran.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PEDAGOGI CATATAN


Permulaan (5 minit) Nilai Murni ABM
-Ketulusan - LCD, video
1. Pelajar melihat tayangan video `Kata Tanya,
Kata Seru` KBT
2. Guru bertanyakan soalan kepada pelajar -Kemahiran berfikir
berkaitan video yang ditayangkan: -Kemahiran bertutur
a) Siapa tahu topik apa yang akan kita
belajar hari ini? KBKK
b) Apa yang kamu faham mengenai kata -Kemahiran
seru dan kata tanya? membuat inferens
3. Pelajar diminta untuk memberikan respon melalui
terhadap video yang ditayangkan. pemerhatian
4. Pelajar menjawab secara lisan.
5. Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk
pelajaran hari ini.

Aktiviti 1 (15 minit) Nilai Murni ABM


-Keberanian -LCD, slaid power
1. Guru menayangkan slaid kepada pelajar point, lembaran
berkaitan dengan kata tanya dan kata seru. nota
2. Guru mengedarkan nota ringkas kepada KBT
pelajar sebagai rujukan semasa proses P&P -Kemahiran berfikir
berlangsung. -Kemahiran bertutur
3. Guru menerangkan maksud kata tanya dan
kata seru. KBKK
4. Guru menerangkan golongan kata bagi kata -Kemahiran
tanya dan kata seru kepada pelajar. menjana idea
5. Guru memilih pelajar secara rawak seramai
lima orang untuk tampil ke hadapan bagi
menjalankan satu aktiviti mengingat
maklumat yang telah dipelajari.
- Apakah yang dimaksudkan dengan kata
tanya?
- Apakah yang dimaksudkan dengan kata
seru?
- Bagaimana kita mahu mengenal pasti
sama ada ayat tersebut kata tanya atau
2
kata seru?
- Adakah kata seru termasuk dengan
golongan kata yang sama dengan kata
tanya?
- Apakah golongan kata bagi kata tanya dan
seru?
6. Guru merumuskan jawapan pelajar.
Aktiviti 2 (20 minit) Nilai Murni ABM
-Kerajinan -LCD, slaid power
1. Bagi menarik perhatian pelajar, guru -Berkeyakinan point, alat tulis,
mengedarkan `Gelang Tangan Berwarna` lembaran nota,
kepada pelajar untuk dipakai sebelum KBT gelang kertas
menyambung penerangan mengenai topik -Kemahiran bewarna.
yang diajar. menulis
2. `Gelang Tangan Berwarna tersebut mestilah -Kemahiran berfikir
dipakai dipergelangan tangan kanan. -Kemahiran
3. Guru menyambung pengajaran dengan bertutur.
memberi penerangan mengenai kata tanya dan
kata seru beserta contoh penggunaannya
dalam ayat dengan menggunakan slaid.
4. Pelajar diminta oleh guru untuk membuat nota
tambahan nota di atas lembaran nota yang
telah diberikan berdasarkan penerangan yang
telah dibuat oleh guru.
5. Semasa sesi penerangan, guru turut bersoal
jawab dengan pelajar dan mencungkil
pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik
yang diajar.
- Selain daripada kata seru yang dinyatakan
apa lagi contoh kata seru yang biasa
digunakan oleh kamu dalam ayat?
Contoh: Wah, Nah, Aduhai,Celaka.
- Selain daripada kata tanya yang
dinyatakan apa lagi contoh kata tanya
yang sering kamu gunakan dalam
percakapan?
Contoh: Bagaimana, Kenapa, Siapa.
6. Guru merumuskan jawapan pelajar.

Aktiviti 3 (20 minit) Nilai Murni ABM


-Kerjasama -Gelang tangan
1. Guru meminta semua pelajar mengangkat -Kreatif bewarna, alat
tangan kanan dan memberi arahan kepada -Berani tulis, kertas
pelajar untuk membentuk enam kumpulan mahjong, papan
mengikut warna `Gelang Tangan Bewarna. KBT putih
- Satu kumpulan mempunyai lima orang -Kemahiran
pelajar. membaca
2. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas -Kemahiran menulis
mahjong. -Kemahiran berfikir
3
3. Setiap kumpulan diminta untuk membuat peta
pemikiran iaitu peta pokok tentang kata seru
dan kata tanya.
4. Guru menunjukkan dahulu contoh cara untuk
mengeluarkan maklumat dengan
menggunakanpeta pemikiran `peta pokokdi
papan putih.
- Apa yang perlu ada dalam peta pokok
ialah definisi, contoh kata dan ayat bagi
kata tanya dan kata seru.
4. Pelajar berbincang mengikut kumpulan dan
menulis jawapan dengan menggunakan peta
pemikiran pokok di atas kertas mahjong.
5. Guru meminta setiap kumpulan tampil ke
hadapan kelas untuk membentangkan hasil
perbincangan.
6. Guru merumuskan jawapan murid.

Aktiviti 4 (15 minit) Nilai Murni ABM


-Berdikari, -Lembaran
1. Guru meminta pelajar untuk kembali ke -Keyakinan
tempat duduk masing-masing. -Jujur
2. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai
latihan pengukuhan yang mengandungi tiga KBT
soalan struktur kepada setiap pelajar untuk -Kemahiran
menguji tahap kefahaman secara individu. membaca
3. Guru meminta tiga orang pelajar terawal yang -Kemahiran berfikir
dapat menyiapkan lembaran kerja untuk -Kemahiran menulis
memberi jawapan secara lisan.
4. Guru berbincang mengenai jawapan yang
diberikan oleh pelajar dengan bertanyakan
pendapat kepada pelajar-pelajar lain.
5. Guru merumuskan jawapan pelajar dan
mebuat penilaian terhadap jawapan pelajar.
6. Guru memberi ganjaran sebatang pen kepada
ketiga-tiga orang pelajar awal tersebut.

Penutup (5 minit) Nilai Murni ABM


-Tanggungjawab -Buku teks
1. Guru meminta beberapa orang pelajar untuk -Berani
membuat kesimpulan dan memberi komen
terhadap pelajaran pada hari itu. KBT
2. Guru merumuskan isi pelajaran dan meminta -Kemahiran berfikir
pelajar membuat latihan berdasarkan soalan -Kemahiran bertutur
latihan di dalam buku teks dan menghantarnya
pada minggu hadapan.

Anda mungkin juga menyukai