Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Mengajar Harian Sekolah Menengah

Pendekatan Pembelajaran Koperatif dan Didik Hibur

Kemahiran bahasa ASPEK SENI BAHASA

Tingkatan 1

Masa 60 minit

Tema/Tajuk Bahasa dan Kesusasteraan/ Cerpen “Oren”

Standard 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons
Kandungan peribadi.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan memberikan respons


Standard peribadi tentang sinopsis, tema dan persoalan dengan betul, rasional dan penuh
Pembelajaran penghayatan.

Objektif Pengajaran
& Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:

1. Menulis peristiwa yang terkandung dalam cerpen mengikut kronologi.


2. Menyatakan tema dengan betul.
3. Menjelaskan persoalan cerpen Oren dalam bentuk lakonan.

Ilmu: Kemanusiaan

Nilai: Kasih sayang, bertanggungjawab, prihatin

Kemahiran:
Elemen Merentas
Kurikulum a) KBAT - Menganalisis, menilai

b) TMK - Mengaplikasi TMK

c) EMK - Bahasa, Nilai murni

Bahan Bantu Antologi Kuingin Berterima Kasih, Video, Kad peristiwa, Kertas sebak, Pen
Belajar marker.
Perkembangan Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
pembelajaran

i. Guru menayangkan rakaman video berkaitan kucing. Video

5_728517622672392193.mp4 5_72851762267239
2193.mp4
ii. Sumbang saran murid mengenai video tersebut.
EMK: TMK
iii. Guru bertanya soalan yang membawa kepada
perbincangan lebih lanjut:

- Apakah yang anda faham mengenai video yang


Set Induksi dipaparkan?
(5 minit) - Nyatakan peristiwa yang menyentuh perasaan
anda?

- Apakah peristiwa yang menarik dan memberi


kesan pada diri anda?

iv. Guru mengaitkan pembelajaran hari ini mengenai


sinopsis,tema dan persoalan cerpen Oren.

Aktiviti 1: Menganalisis dan menyusun peristiwa yang


terkandung dalam cerpen.

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.


PA21: Aktiviti Kumpulan
2. Setiap kumpulan diberikan kad peristiwa yang
mengandungi kad peristiwa. Kad Peristiwa
3. Setiap ahli kumpulan menerima 5 kad.
Langkah 1 4. Murid perlu menyusun kad peristiwa yang diberi i-Think : Peta Alir
mengikut kronologi dengan melengkapkan tempat
15 minit Kertas Sebak
kosong pada ruangan sipnosis pada kad peristiwa.
5. Hasil aktiviti kumpulan dinilai oleh rakan daripada Gam
kumpulan lain. ( AFL )
6. Aktiviti pemulihan: Murid yang belum menguasai Kemahiran Berfikir:
kemahiran dalam aktiviti pertama dibimbing oleh
Memahami dan
rakan dengan menggunakan pengurusan grafik
menganalisis
berpandu. ( Lembaran 1 ).
Perkembangan Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
pembelajaran

Aktiviti 2: Menganalisis, menyatakan dan menghuraikan


tema yang terdapat dalam cerpen Oren.

i. Guru menyediakan 2 stesen wajib dan 3 stesen


bonus ( Teknik Stesen ). Teknik Stesen
Stesen 1: Tema
Stesen 2: Persoalan Lembaran 2 - 6
Stesen 3 : Tema
Koperatif & Kolaboratif
Stesen 4: Persoalan
Stesen 5: : Tema
Kemahiran Berfikir:
Menganalisis
ii. Ketua kumpulan menugaskan ahli kumpulan
bergerak ke stesen lain yang telah ditetapkan. Peta Minda Tony Buzan
iii. Setiap ahli kumpulan yang baharu dibentuk dalam PA21: Gallery walk
Langkah 2
stesen masing-masing diberikan lembaran kerja dan
(15 minit) perlu berbincang, menganalisis, menyatakan,
menghuraikan dan memberikan respons peribadi
tugasan stesen masing-masing berserta contoh
peristiwa.

iv. Ahli kumpulan kembali ke kumpulan asal untuk


berkongsi dapatan maklumat daripada setiap stesen
dan menghasilkan peta minda berdasarkan dapatan
maklumat kumpulan.

v. Murid memaparkan hasil kerja pada dinding kelas.

vi. Setiap wakil kumpulan dikehendaki menerangkan


hasil perbincangan mereka semasa aktiviti ”Gallery
Walk”.

Langkah 3 Aktiviti 3: Menjelaskan sinopsis cerpen Oren dalam bentuk


lakonan.
(20 minit)
i. Murid membentuk 3 kumpulan baharu.
Kemahiran Berfikir:
ii. Berdasarkan hasil dapatan maklumat dalam aktiviti 1 Menilai dan menaakul
dan aktiviti 2, setiap kumpulan diberikan masa
KBAT: Aplikasi dan
selama 5 minit untuk merancang aktiviti lakonan
mana-mana perisitwa cerpen Oren. Penialian

Didik Hibur : Aktiviti


Perkembangan Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
pembelajaran

Lakonan

iii. Setiap kumpulan membuat persembahan dengan


melakonkan contoh peristiwa yang telah dipelajari
daripada aktiviti gallery walk.

iv. Kumpulan pelajar yang lain meneka mesej


(persoalan) yang hendak disampaikan daripada
lakonan perisitwa tersebut dengan mengaitkan
lakonan tersebut dengan persoalan.

v. Guru dan pelajar membuat penilaian dan penegasan


berhubung persoalan yang dinyatakan oleh pelajar
yang meneka mesej lakonan.

Penutup i) Murid merumuskan topik dan kemahiran yang telah


dipelajari.
( 5 minit ) ii) Guru dan murid menilai keberhasilan pembelajaran
pada hari ini dengan merujuk objektif pembelajaran.

Penilaian PdP / Murid menulis dan menyatakan karya prosa dengan


Pentaksiran
memberikan respons peribadi tentang sinopsis, tema dan
persoalan dengan betul, rasional dan penuh penghayatan.

( Rujuk Aktiviti 2 dan 3 )


Atau
Pentaksiran SP 4.1.1 dilaksanakan – ( rujuk aktiviti 3 dan
standard prestasi dalam DSKP )

Refleksi / Impak / Pengajaran hari ini berjaya mencapai objektif kerana


Kerja Rumah keseluruhan / sebilangan besar / separuh daripada
bilangan / amat sedikit murid dapat menguasai
kemahiran yang dipelajari.
Terdapat __ orang murid yang masih tidak
menguasai kemahiran dan akan dibimbing dengan
bahan bantu dan latihan yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai