Anda di halaman 1dari 4

TEKS MODERATOR MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA

SERTA TINTA ILMU PAKSI 2021

Assalammualaikum wbt

Bismillah hirahman nirahim

Alhamdulilah hirabil alamin solatuwasalamu rasulilamin, Muhammad


saw, wa’ala alihi waashabihi ajimain, amabaa’

Bagi memberkati majliis kita pada malam ini, marilah sama-sama kita
mulakan membaca umul kitab Al-Fatihah.

Yang Berusaha Ustazah Nur Kamilah binti Had

Yang Berusaha Ustazah Nor Hidayah binti Mohd Khalik

Majlis ingin mengalu-alukan 2 tetamu jemputan kita pada malam ini iaitu
saudara Mohamad Zulkifli Bin Mohd Khalik, UNISZA , Pengajian Islam
dan saudara Muhammad Izzat Bin Mukhali, UIAM, Al-Quran & As-
Sunnah. Kedua-dua tetamu kita pada malam ini masih melanjutkan
pengajian dalam bidang masing-masing.

Barisan AJK Surau SMK Bandar Bintulu, barisan rakan-rakan PAKSI,


seterusnya pelajar-pelajar yag dihormati sekalian.

Tidak kira dimana sahaja anda berada, semoga semuanya berada


dalam keadaan sihat, dan ceria di malam yang berkat ini.

Persatuan PAKSI SMK Bandar Bintulu merakamkan jutaan terima kasih


kepada saudara Mohamad Zulkifli Bin Mohd Khalik dan saudara
Muhammad Izzat Bin Mukhali kerana sudi bersama-sama kita dalam
majis ilmu pada kali ini .

_________________________________________________________

Tuan2 dan Puan2 yang saya hormati sekalian,

Hari ini 10 Jun 2021 bersamaan 29 Syawal 1442 Hijriah sekali lagi kita
dapat bersama-sama dalam majlis Bacaan yassin dan tazkirah ilmu
pada malam yang penuh berkah ini.
Untuk makluman semua program ini akan bersiaran selama 1 jam. Pihak
urusetia telah memberikan pautan kehadiran dalam bentuk Google
Forms untuk dilengkapkan oleh tuan2 dan puan2 serta para pelajar
sekalian.

Kita masih menggunakan GF untuk membuat pendaftaran kehadiran,

Berbalik kepada program kita pada malam ini, seperti biasa program
bacaan yassin dan tazkirah ilmu ini mengandungi 2 segmen.

Segmen pertama ialah bacaan yassin dan doa

Manakala segmen kedua pula merupakan program tazkirah ilmu dengan


menampilkan pembicara undangan pada malam ini .

Mudah-mudahan segala pekerjaan yang kita lakukan ini akan mendapat


keberkatan illahi . Insyallah.

Pesanan saya untuk kita semua, agar sentiasa menjaga SOP bagi
memastikan kita dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang
sedang berleluasa pada ketika ini.

#kitajagakita

#kitamasihbelummenang

Di samping itu, marilah kita bersama-sama bermunajad kepada Allah


swt agar diberikan kekuatan mental dan fizikal kepada semua para
pelajar kita yang bakal berhadapan dengan peperiksaan SPM 2021 dan
juga STPM 2021. Semoga mereka semua akan beroleh kejayaan yang
cemerlang pada tahun hadapan.

#normabaharusegalanyabaharu

Tuan2 dan Puan2 sekalian,

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah swt mengangkat bahana


pandemic Covid-19 yang melanda negara kita sekarang ini .

Saya menyeru kita semua tekadkan niat di dalam hati agar usaha kita
pada malam ini akan dapat membantu bagi menjauhkan bencana
penyakit Covid-19 ini daripada seluruh rakyat Malaysia pada amnya dan
secara khususnya kepada seluruh warga Bintulu terutamanya bagi
mereka yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit Covid-19 ini.
Semoga Allah memberkan kekuatan kepada mereka dan kita semua.

Tidak dilupakan juga kepada kita semua yang melawan virus Covid-19
disamping semua arwah yang pergi mendahului kita akibat bahana
penyakit covid ini.

Seterusnya di jemput saudara mohamad zulkifli bin mohd khalik untuk


memimpin bacaan yassin, tahlil dan doa.

Dipersilakan.

Minnawaminkum takabal ya karim,

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara mohamad


zulkifli bin mohd khalik di atas pimpinan bacaan Yassin, dan doa itu
tadi.Mudah-mudahan Allah menerima amalan dan memakbulkan doa
kita di malam Jumaat , penghulu segala hari yang penuh barakah ini.

Tuan2 dan Puan2 seterusnya pelajar2 yang dihormati sekalian,

Untuk segmen tazkirah atau tinta ilmu kita pada malam ini pentazkirah
kita pada malam ini saudara Muhammad Izzat Bin Mukhali yang akan
mengupas perbincangan berkaitan tajuk niat.

Tanpa melengahkan masa lagi marilah kita bersama-sama mendengar


tazkirah yang akan disampaikan oleh saudara Muhammad Izzat Bin
Mukhali yang bertajuk “ NIAT “

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Izzat Bin Mukhali


di atas tazkirah ilmu yang telah disampaikan sebentar tadi. Moga kita
semua mendapat manfaat daripada perkongsian beliau .

Tuan2 dan Puan2 serta para pelajar semua,

Jangan lupa untuk mendaftar kehadiran program kita pada malam ini
melalui pautan GF yang diberikan.

Dengan berakhirnya segmen tazkirah ilmu sebentar tadi maka


berakhirlah sudah program bacaan yassin dan tazkirah ilmu pada kali
ini.
Terima kasih sekali lagi kepada saudara mohamad zulkifli bin mohd
khalik dan saudara Muhammad Izzat Bin Mukhali di atas kesudian
menjayakan majlis ilmu kita pada malam ini. Jangan jerak kata orang
Sarawak.

Semoga kita akan berjumpa semula pada siri yang akan datang
insyallah.

Kita akhiri program pada malam ini dengan tasbih kifarah dan surah al-
as.

Wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatuallahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai