Anda di halaman 1dari 2

NOTA KESELAMATAN DI BADAN AIR

Sukan air adalah antara sukan yang digemari. Aktiviti berenang, berkayak, berakit dan lain
memang popular. Tetapi kita kadangkala lupa kepada aspek keselamatan dan tidak mengambil
berat tentangnya atau mengetahui tetapi ambil sikap tidak kisah. Jika kita berpegang kepada
peraturan, kemungkinan kemalangan dapat dielakkan terhadap anak, keluarga dan rakan.
Berikut diberikan secara ringkas punca kemalangan air (lemas) dan langkah menyelamat agar
dapat menjadi panduan untuk semua.
 
Punca kemalangan air:
 
1. Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap terhadap anak atau peserta yang
bermain di air. Terbaik ialah beritahu kawasan-kawasan yang bahaya dan elakkan.
 
2. Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamat orang lemas
 
3. Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan
 
4. Kurang pengatahuan tentang aktiviti atau sukan air yang disertai (langkah keselamatan untuk
melepaskan diri) jika musibah berlaku, contoh: semasa berkayak
 
5. Kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan pengendalian sukan yang disertai.
 
6. Cemas/kelam kabut (panik), bila panik musibah mudah berlaku, sebaiknya tenteramkan diri
agar panik hilang
 
7. Kekejangan otot, kebisaan berlaku apabila berenang; ia disebabkan pengunaan tenaga yang
berlebihan dan sejuk. Jika berlaku tahan sakit apungkan diri dengan tangan dan berenanglah ke
tebing. Teknik lain ialah jika berlaki dikaki, bongkokan badan ke hadapan, bahagian muka
menghadap kebawah air, tarik nafas dan tarik kaki kearah atas sambil mengurut kaki itu. Jika
otot perut, tarik otot itu dengan menukarkan kedudukan badan.
 
8. Pengaruh bahan yang memabuk dan menghayalkan (dadah, arak dan lain-lain)
 
9. Ombak yang besar- jika boleh, elakkan.
 
10. Arus sungai atau laut yang kuat/deras
 
11. Akibat dari terkena hidupan air yang berbisa.
 
12. Tidak pandai berenang atau kurang mahir [penggunaan jaket keselamatan (life jacket) amat
digalakan]
 
13. Berenang ditempat yang merbahaya.
 
Langkah menyelamat:
 
Sebelum tugas menyelamat dilakukan empat prinsip ini harus diberi perhatian:
 
*Mengekalkan wujudnya kecemasan
 
*Menilai keadaan, kemampuan dan cara
 
*Tindakan menyelamat
 
*Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
 
Terdapat lima cara yang biasa digunakan untuk menyelamatkan orang lemas, tetapi ia
bergantung juga kepada situasi dan kesesuaian untuk menyelamat. Harus ingat orang yang
lemas itu amat panik dan jika tersilap cara anda sekali akan manjadi mangsa. Oleh itu fikirkan
keselamatan diri dahulu, kemudian baru pergi menyelamat.
 
Cara pertama: Capaian - gunakan tangan atau kayu hulurkan kepada mangsa jika jarak tidak
jauh
 
Cara kedua: Harungan - berlaku jika air cetek dan boleh pergi ke mangsa
 
Cara ketiga: Lontaran - gunakan tali dan lontar, agar dapat dipegang oleh mangsa dan kita boleh
tarik atau lontarkan apa saja objek yang boleh terapung.
 
Cara keempat: Kayuhan - gunakan perahu atau kayak untuk menyelamat
 
Cara kelima: Renang - Jika sudah tiada cara lain, renang untuk menyelamat dilakukan. Untuk itu
pastikan anda cekap berenang dan yakin untuk melakukan.
 
Cara untuk mengatasi:
 
1. Belajar berenang (jika boleh dari yang bertauliah)
 
2. Patuhi peraturan-peraturan yang telah ditulis ditempat berenang
 
3. Jangan bermain air terlalu lama (letih)
 
4. Jangan berenang bersendirian tanpa ada teman
 
5. Ketahui had kemampuan diri masing-masing
 
6. Jika melakukan penerjunan, lakukan ditempat air yang dalam dan selamat
 
7. Jangan berenang ditempat penerjunan sedang dilakukan
 
8. Jangan berpura-pura lemas, dan meminta pertolongan
 
9. Jika melibatkan diri dengan sukan air, pelajarilah dari mereka (jurulatih) yang bertauliah
 
10. Pelajari teknik-teknik menyelamat
 
11. Jika hendak berenang juga tetapi tidak tahu atau yakin gunakanlah jaket keselamatan (life
jacket) yang diakui selamat dan tahan.

Anda mungkin juga menyukai