Anda di halaman 1dari 10

3.

Anda sebagai pengurus sebuah syarikat yang memasarkan ikan hiasan bercadang
untuk meluaskan pasaran ikan hiasan anda ke pasaran Antarabangsa. Bincangkan
kaedah membangunkan perniagaan ikan hiasan serta pertimbangkan strategi
pemasaran yang boleh dilakukan bagi memajukan industru peternakan ikan hiasan.
(40%)

Pengenalan
Negara Malaysia kaya dengan pelbagai spesis ikan air tawar. Terdapat 250
jenias spesis ikan air tawar telah dijumpai dan 33% daripada ikan air tawar yang
terdapat di Malaysia berpetensi untuk dijadikan ikan hiasan, contohnya spesis eksotik.
Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau
kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman. Ikan hiasan merupakan satu
industri perikanan yang berpotensi untuk dimajukan di negara Malaysia kerana
masyarakat Malaysia adalah penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan yang paling terkenal
ialah ikan koi, ikan cupang, ikan arwana, ikan koki, ikan guppy, ikan louhan dan
sebagainya.
Pemeliharaan ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapat yang lumayan kepada pengusaha. Sekarang, Negara Malaysia turut menjadi
Negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak Negara di dunia. Penternakan ikan
hiasan merupakan satu hobi yang bagus kerana ianya memerlukan kaedah penjagaan
yang sistematik sehingga melahirkan keprihatian dan jiwa penternak ikan hiasan. Ia juga
dapat membina ketengan dan kesabaran kepada penternak ikan hiasan.

Lokasi yang
sesuai
Rakan
Kongsi

Bidang
bioteknologi

Suhu air
yang sesuai

Kaedah
Membangunkan
perniagaan Ikan
Hiasan

Pengurusan
pemuliharaa
n

Penjagaan
kolam ikan

Pemilkihan
ikan hiasan
Varieti ikan
hiasan

Kaedah Membangunkan Perniagaan Ikan Hiasan


Sebelum membangun perniagaan
memilih lokasi yang sesuai

ikan hiasan. Seseorang peniaga perlu

untuk menjadi penternakan ikan hiasan. Berbanding

dengan ikan hiasan air laut, ikan air tawar adalah lebih mudah untuk didapatkan dan
lebih mudah untuk mencari lokasi penternakan ikan tawar. Modal untuk membangunkan
perniagaan ikan hiasan air tawar adalah jauh lebih jimat daripada perniagaan ikan
hiasan air laut. Pemilihan tempat yang mempunyai sumber air yang bersih adalah
sangat penting dalam penternakan ikan hiasan. Hal ini disebabkan kualiti air yang tinggi
dan bersih dapat menjamin kesihatan ikan. Seseorang peniaga seharusnya jangan
memilih tempat yang airnya tidak berkualiti dan tercemar. Lokasi penternakan ikan
hiasan seharusnya lebih dekat dengan jalan raya untuk memudahkan transportasi. Kos
pengangkutan adalah lebih murah.
Setiap jenis ikan beradaptasi untuk hidup pada suhu tertentu. Suhu yang
berbeza akan menambah atau menurunkan perkembangan metabolisma ikan hiasan.
Suhu yag rendah daripada suhu normal akan menyebabkan ikan kehilangan nafsu
makan dan lebih mudah untuk dijangkiti penyakit. Jika suhu air terlalu tinggi, ikan akan
berasa tertekan dan menyababkan kerosakkan pada insang. Sebaliknya, oksigen dan
karbon dioksida akan menjadi kurang larut. Untuk mengawal suhu air dalam air, kita
boleh menggunakan chiller dan heater. Untuk tingkatkan suhu dalam air, heater
hendaklah selalu direndam di dalam air dan jangan ekspos ke udara. Bagi turunkan
suhu air, kita boleh guna chiller. Chiller merupakan satu peralatan yang menyerap
kepanasan air dan membebaskannya ke udara. Oleh itu, untuk menjamin keperluan
asas ikan hiasan adalah mencukupi, seorang peniaga perlua mempunyai chiller dan
heater bagi menjamin suhu yang sesuai untuk ikan hiasan yang berlainan.
Penjagaan kolam ikan hiasan juga penting bagi memastikan air di kolam
sentiasa bersih dan jernih. Salah satu caranya ialah membina sistem sirkulasi air secara
terus menerus. Proses penyaring (filter) amat diperluakan untuk menjernihkan air kolam.
Teknik ini juga mampu mengurangkan kandungan bahan organik di perairan sehingga
kualiti air dapat dijaga dengan baik. Dengan adanya sistem kolam filter, peniaga tidak
perlu kerap membersih kolam dan ikan dapat sentiasa sihat. Gabungan antara sistem
penapisan air dan pembuatan air terjun dapat meningkatkan ketumpatan molekul air dan
membawa lebih banyak oksigen ke dalam kolam. Air terjun dapat meningkatkan

interaksi udara dan melarutkan gas oksigen ke dalam air dengan lebih mudah. Oksigen
yang banyak akan mewujudkan satu habitat yang ideal bagi ikan hiasan.
Seterusnya, pemilihan ikan hiasan juga merupakan satu aspek yang penting
dalam perniagaan. Berdasarkan laporan Jabatan Perikanan, industri ikan hiasan
Malaysia telah berkembang dengan pesat. Terdapat ikan yang mempunyai nilai yang
tinggi, contohnya ikan arowana (Scleropages formosus). Ikan arowana digelar sebagai
emas berenang kerana harganya yang mahal di pasaran. Ikan Pelaga juga merupakan
ikan hiasan yang sangat terkenal di Malaysia. Ikan pelaga mempunyai daya tahan hidup
yang kuat. Ia dapat ditempatkan di dalam bekas dengan air yang sedikit dan tidak perlu
alat sirkulasi udara, ia dapat bertahan hidup.Ikan Guppy dan ikan Koi juga mudah
dipelihara dan dibiakkan. Pada pendapat saya, saya akan memilih ikan yang berbeza
nilainya sebagai perniagaan saya.
Varieti ikan hiasan adalah amat penting supaya peminat ikan hiasan
mempunyai pilihan yang pelbagai semasa ingin membeli ikan hiasan dengan saya.
Status ekonomi bagi setiap penggemar ikan hiasan adalah berbeza. Oleh itu, ikan
hiasan yang berbeza nilainya harus disediakan oleh seorang peniaga bagi memenuhi
keperluan pengguna. Sebagai seorang peniaga yang bijak, saya perlu sentiasa
mengambil berat tentang pasaran ikan. Sekiranya sejenis ikan menjadi minat orang
ramai, maka saya akan memperbanyakkan penternakan spesis ikan hiasan tersebut
untuk memenuhi keperluan pasaran.
Bagi memastikan pembangunan industri ikan hiasan berterusan, pengurusan
pemuliharaan harus dijalankan terutamanya ikan hiasan yang bernilai tinggi, Ikan
Arowana. Peniaga harus bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Air Tawar (PPPAT).
Pelbagai kajian dalam bidang akuakultur perlu dijalankan untuk mengkaji, mengumpul
dan menyebarkan maklumat tentang cara pemeliharaan dan pemuliharaan ikan hiasan
air tawar. Teknologi yang sesuai untuk pelbagai genetik ikan dapat diwujudkan untuk
pembiakan ikan hiasan air tawar. Kajian yang dijalankan dapat meningkatkan
keupayaan teknikal penternak dan meningkatkan hasil keseluruhan ikan haisan yang
berkualiti.
Dalam bidang bioteknologi enzim, saringan mikroorganisma yang berupaya
mereputkan komponen tumbuhan yang tidak dapat dihadam oleh ikan. Kaedah
pembiakan terkini harus dipelajari oleh peniaga untuk menghasilkan induk,benih dan

baka yang berkualiti. Conothnya, benih yang lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti oleh
penyakit. Pelbagai kajian ternakan juga perlu dijalankan untuk pelbagai spesis ikan
haisan serta pemilihan genetik ikan yang baik untuk menambah produktiviti ternakan
ikan hiasan. Dengan meningkatkan produktiviti ternakan ikan, maka modal perniagaan
akan meningkat juga.
Sesuatu perniagaan memerlukan rakan kongsi. Rakan kongsi yang baik akan
menjamin kelangsungan perniagaan yang berterusan.Peniaga boleh mencari rakan
kongsi yang mempunyai ikan hiasan yang berbeza daripada penternakan ikan sendiri.
Peniaga boleh saling bertukar jenis ikan hiasan mengikut keperluan pasaran.Perniagaan
perkongsian perkongsian membolehkan penggabungan idea yang banyak antara rakan
kongsi. Keupayaan berfirkir daripada idea rakan kongsi yang banyak dapat memberi
keyakinan kepada perniagaan perkongsi untuk berhadapan dengan pesaing yang lain.
Selain itu, pelbagai kemahiran dan kepakaran tentang penternakan ikan hiasan dapat
dikongsi antara rakan-rakan kongsi.

Lokasi yang
sesuai

Jalinkan
hubungan
baik dengan
pelanggan

Pengiklan
banner di
tempat yang
strategik

Strategi
Pemasaran

Penggunaan
internet dan
laman web
sosial

Promosi dan
tawaran
hadiah
percuma

Strategi Pemasaran
Menurut Wikipedia, pemasaran adalah proses penyusunan komunikasi terpadu
yang

bertujuan

untuk

memberikan

informasi mengenai barang atau jasa

dalam

kaitannya dengan memuaskan kebutuhan dan keinginan manusia. Strategi pemasaran


merupakan hal yang sangat penting bagi perusahaan dimana strategi pemasaran
merupakan suatu cara mencapai tujuan dari sebuah perusahaan. Strategi adalah
serangkaian rancangan besar yang menggambarkan bagaimana sebuah perusahaan
harus beroperasi untuk mencapai tujuannya sehingga dalam menjalankan usaha kecil
khususnya diperlukan adanya pengembangan melalui strategi pemasarannya.Terdapat
beberapa aspek yang perlu diperhatikan untuk pemasaran iaitu tempat yang strategi,
produk yang bermutu, harga yang berpatutan dan promosi.
Keupayaan mendapatkan langganan yang menggalakkan sebahagian besarnya
bergantung kepada tempat atau tapak perniagaan yang dipilih. Pemilihan tempat atau
tapak perniagaan berkait rapat dengan fungsi pemasaran. Untuk memasarkan produk
ikan hiasan saya, tempat yang strategi harus saya pilih, iaitu di kawasan Bandar raya
yang mempunyai penduduk yang ramai. Bandar ini mempunyai taraf ekonomi penduduk
yang berbeza. Kemudahan infrastruktur di lokaki tersebut juga mencukupi. Perniagaan
ikan hiasan yang pertama akan didirikan di kawasan tersebut. Dengan ini, tiada
persaingan Antara perniagaan ikan hiasan yang lain dan dapat mengetahui status
pemasaran yang senang. Lokasi perniagaan harus terletak di tepi jalan dan mempunyai
papan kenyataan di tepi jalan raya untuk memudahkan penduduk untuk mengetahui
perniagaan ikan hiasan yang pertama.
Rakyat Malaysia merupakan rakyat Negara Asia yang paling ramai melayari
internet di dunia. Banyak usahawan di seluruh dunia menjana hamper berbilion ringgit
daripada medium internet ini. Kerancakan transaksi wang di internet di sokong lagi
dengan pengembangan internet ke telefon bimbit dan juga penggunaan kad kredit. Oleh
itu, kita dapat mengetahui bahawa internet merupakan satu cara yang paling baik untuk
memasarkan produk ikan hiasan .
Melalui internet dan laman web sosial, peniaga dapat membuka laman web
untuk perniagaan sendiri, contohnya laman web Fish Lovers. Peniaga boleh meletakkan
gambar-gambar akuarium, gambar-gambar ikan dan lokasi kedai di atas internet.
Dengan ini, orang yang sedang ingin membeli dan berminet dengan ikan hiasan dapat

melayari laman web yang telah dibuat. Jika mereka ingin membeli atau membuat
pertanyaan, mereka dapat pergi ke kedai kerana lokasi tempat telah diberikan. Melalui
internet, pelanggan dapat berkomunikasi dengan peniaga di internet. Jika terdapat apaapa masalah, mereka dapat mengemukan masalah ikan hiasan mereka dan perkara
tersebut akan dibincangkan di laman web. Peniaga perlulah memberi respon dalam
jangka masa yang paling singkat. Halaman Facebook atau Twitter boleh dicipta untuk
mempromosikan produk ikan hiasan melalui iklan dan akan membawa fasedah yang
berharga kepada perniagaan ikan hiasan. Peniaga juga boleh mengirimkan emel
kepada pelanggan dan memberikan perkembangan terkini tentang produk ikan hiasan.
Promosi dan tawaran hadiah percuma juga merupakan salah satu strategi
pemasaran yang dapat mengembangkan perniagaan. Setelah peniaga mengumumkan
prosomi dan tawaran hadiah percuma di laman web ataupun iklan, pasti terdapat
banyak peminat ikan hiasan akan berminat dengan promosi dan tawaran hadiah.
Sebagai contohnya, peniaga boleh membuat promosi membeli 5 ekor ikan percuma 1
ikan hiasan yang sama ataupun percuma makanan ikan hiasan. Set peralatan akuarium
juga boleh dibeli dengan harga yang lebih murah jika pelanggan membeli satu set
akuarium. Tawaran hadiah percuma adalah satu pilihan yang tepat kerana semua orang
suka akan hadiah percuma. Melalui promosi dan tawaran, peniaga juga dapat
mengukuhkan hubungan dengan pelanggan dan seterusnya mempunyai pelanggan
yang tetap dan pelanggan yang baru.
Setelah perniagaan ikan hiasan dimulakan, pengiklanan banner untuk
perniagaan adalah sangat penting dan cara yang paling cepat untuk menguasai wilayah
perniagaan ikan hiasan. Banner harus diletakkan di kawasan yang strategik, contohnya
kawasan bandar atau bandar berhampiran. Pada pendapat saya, iklan boleh dipaparkan
di papan kenyataan yang besar di tepi jalan raya atau di kawasan lampu isyarat adalh
satu pilihan yang bernas. Hal ini disebabkan setiap orang akan menunggu giliran
mereka di lampu isyarat dan mereka pasti akan memerhati keadaan jalan raya dan tepi
jalan.
Salah satu strategi pemasaran yang efektih ialah menjalinkan hubungan yang
baik dengan pelanggan. Sebagai seorang peniaga yang bijak, kita tidak boleh risau
jika orang lain meniru cara pernigaan kita. Setiap orang mempunyai ilmu dan
pengalaman yang tersendiri. Seorang peniaga ikan hiasan perlulah mengeratkan
hubungan dengan pelanggan dengan cara berkongsikan ilmu atau informasi yang

berguna kepada pelanggan tentang cara pemeliharaan ikan hiasan yang betul supaya
ikan hiasan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Peniaga juga boleh
menghubungi pelanggan sekadar bertanyakan perkembangan ikan hiasan dan juga
menginfomasikan produk ikan hiasan yang varu atau promosi yang sedang dijalankan
kepada pelanggan. Terdapat satu slogan perniagaan yang terkenal iaitu Customer
always right. Peniaga haruslah memahami masalah pelanggan dan seterusnya
memenuhi keperluan pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai